2020-10-06

Langkawi Oktober 2020

Macam tak sangka pulak aku boleh terlepas ke Langkawi tahun ni.
Ingatkan forever berkurung tak boleh ke mana-mana.

Sebenarnya planning nak ke Langkawi tahun ni memang ada, sebab every year pun ada majlis salam restu [solat hajat] kat sekolah Redza.
Tapi tahun ni penyakit berleluasa, jadi segalanya pun cancel.
Tahun ni budak-budak seolat sesama dorang and cikgu je di surat sekolah.
Mak bapak tak dibenarkan datang pun.
Lama jugaklah tak jumpa anak-anak.
Kalau tak, setiap bulan Redza balik rumah.

Tiba-tiba pengetua benarkan parents jumpa anak kejap last week.
Hah kauuu, berdedai semua book tiket ke Langkawi, termasuklah kitorang.
Tapi masa ni belum dapat kepastian lagi boleh bawak keluar dari sekolah ke tak.
Masa ni masih dengar-dengar cerita hanya boleh jumpa anak di pondok pengawal je, kat foyer pun tak dibenarkan masuk.
Hingga hari kitorang sampai Langkawi, masih tak tahu boleh bawak Redza keluar ke tak.

For the first time esok nak naik flight, malam ni aku boleh tido nyenyak.
Sikit tak rasa gabra, punyalah semangatnya nak jumpa anak.
Dalam flight aku siap membuta oiii.
Belum take off aku dah padam, gila punya nyenyak, tayar flight cecah jalan baru aku tersedar tapi tersedar dengan pakej terpekik sekali.
En Wan macam biasa, buat-buat tak kenal aku kat sebelah.

And for the first time makan kat KLIA2 ada seat.
Selalunya jangan harap kau nak jumpa seat mudah kat Merrybrown.
Hari tu siap boleh pilih-pilih nak duduk mana.
Kesian pulak aku tengok, jarang KLIA2 nak lengang macam tu.
Takde la kata lengang benar, cuma berbeza betul dengan KLIA2 yang dulu.
Dulu umat punyalah ramai, mimpilah nak makan dengan selesa kat restoran dalam ni.
Now, silakanlah.

Keadaan dalam flight, penuh.
Takde social distancing, tapi semua pakai mask.
Nak keluar dari flight pun dia allow 3 baris-3 baris je.
Lebih selesa, kalau tak, menggelupur semua nak bangun serentak.

Flight take off on time, sampai Langkawi pun on time.
Terus pickup kereta, dan zasssssssssss ke MRSM Langkawi.



Nampak tak betapa cerianya aku turun flight kali ni?

Seperti yang dijangka, kereta parents tak boleh masuk kawasan skolah.
Parents hanya boleh tunggu di guard house sahaja.
Tak pernah-pernah selama ni parents berlonggok kat guard house.
Tapi takpelah, itu menunjukkan pihak sekolah ambil tanggungjawab untuk jaga students dorang.
Sejak budak-budak ni balik ke sekolah hari tu, dorang tak dibenarkan outing sekalipun.
Apa benda nak beli kirim kat koperasi je.
So, boleh imagine kan betapa berdedainya parents dan student bila dapat peluang berjumpa macam ni?
Tapi dalam masa yang sama, kesian jugalah kat those yang parents tak dapat datang.
Mesti sedih semua orang kalut jumpa mak bapak, ada yang duduk je dalam bilik.
Aku tahu sedih, tapi boleh jadi budak-budak ni pun kental.

Masa kitorang gerak ke skolah Redza, masih tak tau yang parents dibenarkan bawa anak pulang bermalam [di hotel].
Jadi kitorang sempat singgah KFC beli 1 bucket, konon nak bagi kat Redza makan-makan dengan kawan-kawan sebilik dia.
Aku siap minta En Wan cari Starbucks nak tapaukan untuk Redza sekali.
Mujurlahhhhhhh tak pegi, kalau tak??
Nak tau kenapa?
Rupanya makanan tak boleh bawak masuk guysssss.
Dulu boleh, tapi rasanya sejak Covid-19 ni pihak skolah dah larang makanan dibawa masuk kecuali makanan kering dalam paker macam biskut, coklat tu bolehlah.

Aku macam mak si Tanggang je dah rupa, keluar dari kereta, siap jinjit KFC dengan wajah berseri-seri nak bagi anak makan, sekali pak guard cakap "Minta maaf, makanan tak boleh bawa masuk".
Nak terduduk kejap aku dengar.
Maunya tak, aku bukan beli snack plate ni oii, ONE BUCKET, boleh?
Muntah KFC aku laki bini karang nak menghabiskan se-bucket ni.
Aduuiii, terasa nak gelak pun ada, nak nangis pun ada.

Aku call Redza "Mama dah ada kat guard house ni".

"Ok, Redza siap now". 

Masa ni aku tak terpikir lansung yang Redza boleh ikut kitorang balik hotel.
5 minit lepas tu aku terfikir, eh, jangan-jangan Redza boleh keluar tak, sebab dia kata "Redza siap now".

Aku pun call Redza semula "Redza boleh ikut mama balik hotel ke?" 

"Ya". 

Terus lebar senyuman aku laki bini boleh bawak anak keluar bermalam.
Plan asalnya duduk kat Berjaya Resort, terusssss En Wan tukar ke Westin supaya dekat sikit nak hantar Redza balik esok paginya.
Petang tu Redza ikut kitorang balik hotel, tapi esok Jumaat tu dia ada program di sekolah, jadi pagi-pagi dah kena hantar balik.
Kalau duduk Berjaya Resort, jauh pulak nak menghantar.
En Wan book Berjaya sebab konon nak honeymoon la berdua katanya, kan hari tu dia honeymoon-kan aku kat hotel Chow Kit.
Konon nak ganti balik. Punoh harapan kekanda anak join tido sekali hari tu. Kahkahkah.

Jadi ceritanya, KFC tu terpaksa la angkut balik ke hotel.
Makan sikit, selebihnya [banyak weii], kitorang bagi kat staff housekeeping hotel.

Masa dah sampai hotel, aku terpikir, si Redza ni turun dari asrama dia berlenggang dengan bawak beg kepit.
Mana bajunya? Kata nak join tido hotel?
Aku tanya "Redza bawak beg ni je ke? Tak bawak baju?"

"Tak. Redza ingatkan papa bawakkan baju Redza?"

Oh jem terus aku.

Baru aku teringat, memang selama ni kitorang kalau jumpa dia kat sana and bawa pulang bermalam di hotel, Redza takkan bawa baju sebab papa dia akan bawa baju siap-siap dari rumah so that dia tak perlu bawa balik baju kotor.
Selama ni, bukan sekatat baju, dengan selipar sekali bapak dia bawakkan, dia memang keluar asrama berlenggang je.
Tapi kali ni kan kitorang tak expect dia boleh keluar bermalam, jadi tak bawakkan.
Aku pulak terlupa nak ingatkan dia pack baju sekali sebelum keluar tadi.
Dah seram sejuk dah aku ni, En Wan masa ni masih bersembang dengan staff hotel kat patio [nampak tak dalam gambar tu?]

Lepas staff tu dah keluar, aku cakap "Bang, Redza tak bawak baju pun sebab dia ingatkan kita bawakkan baju dia".

"Ye ke? Takpe, nasib baik papa bawakkan seluar pendek, baju and jaket untuk Redza".

Rupanya En Wan bawakkan barang-barang yang dia belikan untuk Redza.
Bawak untuk minta aanak dia try, kalau tak ok, senang dia nak return balik kat mall.
Alhamdulillah, spender, T Shirt, jacket, seluar pendek semua just nice kat badan Redza.
Memang lepas lah sepersalinan dia hari tu.
Mujurlah dapat bapak sejenis teliti semua benda dia nak manage, ada gak pekdahnya.

Sementara aku mencekik KFC dalam bilik, En Wan bersiar-siar ambik gambar.
Nak ajak aku, sorry, aku dah bukak tudung. Malas nak pakai balik. Cantik Westin Hotel ni, padanlah dengan harganya. Tapi tu lah, perginya 1 malam je, tak sompek aku nak menikmati keindahan. Pulak tu hari yang aku sampai sana, katanya ada 3 jangkitan Covid kat Langkawi, terusssss aku jadi malas nak keluar bilik.



Giliran beliau pulak makan KFC.

Malam tu lepak tempat biasa - Wan Thai.
Tapi Wan Thai dah tak sesedap dulu, sebab dah tukar management.
Aku syak sejak Covid-19 ramai pekerja dia dah balik Thai, jadi now semua tak boleh masuk Malaysia, jadi dorang terpaksa rombak management.
Dulu staff dia 90% Siam kot, now ramai melayu.
Dia punya tomyam tak sesedap dulu.
Even dia punya sotong goreng tepung pun lain.
Tapi bolehlah makan, masih sedap lagi cuma yang dulu lagi sedap.

Makan musim Covid-19 ni, nak lepak lama-lama pun tak seronok.
Tak sempat aku nak merasa pulut mangga segala, makan nasi pun laju-laju, siap je, balik.
Mengah pulak rasanya.
Jadi sebab nak mencuci mulut jugak, terpaksa singgah Starbucks kat jeti.
Lagipun nak balik hotel memang kea melintas jeti pun, dah alang-alang singgah je la.
Kesian Redza, dia dah lama tak pekena Starbucks.
Aku pun joinlah sekaki.
Padahal lama aku menahan diri dari Starbucks tau.
Betullah orang kata, salah satu pemusnah diet adalah vacation.
Mood vacation ni lain, kita tend to makan apa saja [dan makan dengan banyak].
Jadi, kurang-kurangkanlah bercuti.

 

Dah kenyang, dah balik hotel barulah bergambar-gambar.
Baru teringat esok pukul 7am dah nak kena hantar Redza balik skolah, tu pasal pulun bergambar kejap.
Kat lobi pun kat lobilahhh, janji ada gambar.

Malam tu dorang padam awal, kecuali aku.
Layan Hindustan kat Netflix.
Esok pagi, pukul 7am En Wan hantar Redza balik asrama, aku tak ikut.
Tapi program Redza habis tengahari, jadi tengahari kitorang akan collect dia semula untuk keluar solat Jumaat sekali harung beli barang-barang makanan.

Dah nampak sebaya je bapak dengan anak dari belakang.



Dulu beliau begini je dengan appa-nya.

Tiba-tiba sebak tengok gambar ni. Rasa macam baru sangat aku mengagah dia. Rasanya anak-anak kita masih belum tahu apa perasaan kita, kan? Hari tu aku cakap kat Redza, walaupun dia dah besar panjang, setiap kali dia aku bercakap dengan dia, aku masih lagi membayangkan dia yang berumur 2 tahun badan debab ketak-ketak pakai singlet Tesco.

Ini gambar En Wan hantaq kat aku masa dia drop Redza depan skolah.
Masuklah kau sendiri, mak bapak tak dibenarkan masuk.
Macam tu lah gaya anak aku - dengan beg kepit anime favourite dia, dengan jinjit plastik bag - macam orang terbuang je aku tengok dari belakang.
Dia punya "tak kisah" tu makam tinggi betul.

Kalau korang tengok balik gambar atas-atas masa kitorang bawa dia balik ke hotel tu, perasan tak baju batik dia senteng and kecik?

Aku tanya dia "Apesal baju kau kecik sangat ni?"

"Oh, ni baju kawan Redza. Dia tinggi jadi baju dia kecik. Dia ajak Redza tukar, Redza tukar je lah. Redza tak kisah sangat". 

Boleh?? 

Main tukar gitu je, ya tuan puan.
Aku tak kisahlah kau nak tukar baju dengan member, kedermawanan kau tu sangat aku syukuri.
Tapi biorlah padan dengan badan.
Baju yang kau dapat ni pun aku tengok ni pun sama senteng, abis camno?
Alahaiii, brotherhood sungguh budak-budak ni. Gasaklah, janji bahagia.

Lepas balik dari hantar Redza, barulah turn dia breakfast dengan aku pulak.
Macam yang aku katalah, bercuti time Covid ni tak berapa best sebab bila bab makan kat hotel tak puas sebab kau takleh ambik sendiri.
Tapi breakfast kat Westin tak berapa sedaplah. Tak kena kat tekak aku and En Wan.

Makanan dia banyak, cuma tak berapa sedap.
Entahlah maybe aku penat kot.
Aku ni kalau nak ikutkan dah 2 weeks kerja straight including Sabtu Ahad non-stop sampai next week.
Hari tu je la sehari "cuti" ke Langkawi. 
Balik dari Langkawi esoknya pagi-pagi aku dah masuk kelas.
Kalau nak kata lemau memang tengah lemau ni, tapi passion punya pasal, ku redah jua.



Semua kaunter dia bercermin.
Belakang tu chef tengah siapkan roti canai aku.
Ah tapi roti canai dia sedap.



Lepas check out, ambik Redza kat sekolah, bawak pi makan and beli barang-barang makanan dia.
Banyak juga aku belikan makanan sebab tau dorang takkan boleh keluar dah lepas ni, sampailah cuti hujung tahun esok.
Lagipun this week [bermula Jumaat ni] dah start exam IGCSE.
Seram-seram sejuk je aku kat rumah.
Dorang yang exam aku yang berdebar.
Semoga kejayaan milik anakanda-anakanda semua.