2020-06-24

My unpopular opinion


Awas! Ini adalah unpopular opinion.
Tapi, bacalah dengan nada lemah-lembut bagi mengelakkan tersentap.

1-2 hari ni aku perasan ramai share gambar Sugu Pavitra [harap-harap nama ni betul, sebab aku memang pakar memetik nama orang ikut sedap aku je].
Gambar dia dah di-makeover-kan.
Manis. Nampak berseri-seri.

Maka, bermulalah era dia menerima komen-komen negatif.
Dah start orang pertikaikan kenapa suami dia berhenti kerja, kenapa nak harap kat duit You Tube saja, begitu, begini.

Telahan aku betul.

Dulu, masa dia mula viral, ramai yang suka.
Berebut-rebut orang nak follow dia dengan alasan dia pandai memasak.
Aku pun cuba tengok video-video masakan dia.
Pandangan peribadi aku, masakan dia biasa-biasa je.
Kalau nak kata pandai masak, rasanya Khairulaming lagi pandai.
Faradiya lagi pandai. Eina Azman pandai. Lagi macam-macam resepi dia ajar.
Sheila Rusly lagi sedap-sedap masakan dia.
Kalau nak kata Pavitra buat demo memasak senang faham, aku rasa Eina Azman punya juga senang nak faham.

Hati aku terdetik sesuatu.
No, ini bukan kerana pandai masak atau tak.
Tetapi ada perkara yang jauh lebih menarik.

Pertama, dia berbangsa India tetapi pandai berbahasia Malaysia dengan sangat rapi.
Orang melayu suka kalau bangsa lain pandai cakap bahasa melayu.

Kedua, katanya Pavitra cakap dengan beradab.
Eh, tapi Eina Azman pun beradab juga.
Soft je suara dia tunjuk cara masakan.
Nak-nak lagi tang closing tu "...is doneeeeeeee".
Kemain lembut dan manja lagi.
Eina Azman tu ada pakej lengkap - kaya, cantik, pandai masak, keluarga bahagia, suami sayang dia.
Tapi orang tak berapa minat nak kisahkan dia, sebab dia ada segalanya.

Pada pandangan aku, Pavitra lebih disukai kerana point ketiga, iaitu - kerana hidupnya serba sederhana.
Not really because of dia pandai masak.
Manusia memang suka dan mudah simpati pada orang yang kurang bernasib baik.
Kalau orang tu orang kampung, orang susah - kita lebih mudah merasa suka.

Buktinya?

Buktinya sekarang, bila dia bagitau pendapatan YouTube dia sekian sekian, dah pindah rumah baru, dapat perhatian sana-sini, slowly dah nampak feedback-feedback yang negatif muncul.
Apa yang aku predict sebelum ni ternyata betul.
Sebenarnya Pavitra disayangi ramai orang bukan kerana dia pandai masak sangat, tetapi kerana dia lebih susah dari kita!
Kita tak rasa tergugat kerana dia bukanlah pesaing.

Standardlah manusia, masa orang lain di bawah, kita suka.
Kita rasa selesa sebab dia bukanlah rival.
Bila orang tu dah mula menaik, masa tu lah banyak benda yang tak kena kat mata.
Ini sebenarnya cycle yang sama untuk semua orang.
Ketika kita lebih bawah dari dia, apa yang kita buat semua ok di mata dia.
Cuba nanti bila kita mula dikenali, dah tak nampak dah segala baik.
Yang nampak semua buruk kita di mata dia.
Apa yang kita buat mula diperhatikan semata-mata untuk cari kesilapan.

Contoh paling mudah si Pavitra ni lah.
Apa salah dia tiba-tiba kena kecam? Dia ada usik pantat kau ke.
Dia bukan buat salah apa pun.
Salahnya, dia dah terkenal.
Salahnya, dia yang bukan siapa-siapa tiba-tiba earn income lagi tinggi dari kita yang kerja 9-5.
Salahnya, dia yang tak blaja tinggi tapi hidupnya bakal senang dari kita yang ada 8 PhD. Eh.

Bak kata omputih "It is not enough to succeed; others must fail".
Inilah sejenis penyakit emosi yang senang tengok orang lain susah dan susah bila tengok orang lain senang.
Manusia yang emosinya stabil biasanya seronok tengok orang lain bahagia dan sedih lihat orang lain susah.
Hanya orang yang tak bahagia dengan hidupnya saja yang tak suka melihat orang lain bahagia.
Zaman sekarang ni, kau tak payah buat jahat kat orang untuk buat orang benci kau.
Cukup kau jadi lebih hebat dari dia, kau akan dibenci 7 keturunan.

Pernah dengar "Schadenfreude"?
Ini adalah penyakit suka tengok orang lain susah.
Mempermainkan nama bapak orang atau make fun of situasi orang lain, itu juga termasuk dalam penyakit Schadenfreude.

Tak susah kalau nak tahu samada kita ada penyakit ni atau tak. Contoh :

1. Selalu sinis dengan pencapaian orang lain,
"Alah, dia berjaya sebab bapak dia kaya!"
Selalu gini, kan?

2. Diam-diam berharap orang lain jatuh susah.
Selalunya jenis ni stalker. Sanggup create fake akaun atau purak-purak jadi follower padahal haters. Sentiasa ambil tahu orang yang dia tak suka just to find flaws dan secretly wish one day orang tu jatuh.

3. Ada niat nak bersaing secara tak sihat.
Makin orang tu berjaya, makin dia gelisah. Mulalah nanti dia guna segala cara jahat untuk buatkan orang lain jatuh.

Kepada yang berkenaan, sedarlah yang setiap orang ada pencapaian masing-masing.
Ada yang cepat, ada yang lambat.
Ada yang berjaya, ada yang gagal.
Sedangkan kita suka kalau diri kita berjaya, apa salahnya dia pun berjaya juga.
Takkan kita sorang je boleh berjaya, orang lain tak.
Kita dah bertahun-tahun hidup senang, orang tu baru nak merasa.
Aku always percaya orang yang sakit hati tengok orang lain senang ni sebenarnya dia sendiri tak pernah benar-benar senang.
Dia potray hidupnya senang, tapi hakikatnya tak.
That's why bila tengok orang lain bahagia, dia sakit hati.
Orang yang betul-betul senang dan bahagia dengan hidupnya takkan kisah kalau ada yang lebih hebat because dia dah cukup content dengan lifenya.

Yang sebenarnya mereka-mereka yang ada penyakit tak boleh tengok orang lain senang ni, sifat iri hatinya dah berakar dalam hati.
Kau sebenarnya menyeksa diri kau sendiri.
Orang tu dah tentu-tentu tengah happy meniti kejayaan, yang kau sibuk nak torture diri sendiri.
Kau sedar tak makin kau follow orang yang kau benci, kau sebenarnya tengah sabotaj perasaan kau sendiri.
Lama-lama kau sakit jiwa.
Tak ada untungnya mengharapkan orang lain jatuh susah.
Lebih baik fokus untuk bahagiakan diri sendiri daripada sibuk memikirkan bila orang lain akan merana [macam kau].

Orang yang tak bahagia ni sebenarnya takde apa yang kurang dalam hidup dia pun.
Dia cuma kurang bersyukur je.
Belajar-belajarlah bersyukur dengan apa yang kau dah ada.
Kalau dah takde benda sangat nak disyukurkan, at least bersyukurlah yang kau masih hidup, sebelum orang lain rasa bersyukur kau dah mati.

Pandangan aku ni very unpopular, aku tahu.
But I really have to say this.
Bukan masakannya tak sedap. Aku percaya masakan Pavitra sangat sedap.
Cuma kita ni. Kita ni yang tak jujur dengan diri sendiri.
Kita kata Pavitra ada pakej boleh memasak, beradab, dapur bersih, that's why kita suka dia.
Habis tu dapur Sheila Rusly tu tak cukup bersih?
Eina Azman tak cukup pandai memasak?
Khairulaming tak cukup beradab?

No, bukan sebab tu.
Kita suka Pavitra bukan kerana dia pandai masak.
Kita sebenarnya suka Pavitra sebab hidupnya sederhana.
Kita sebenarnya suka dia sebab dia bukan senang.
Kita sebenarnya suka dia sebab dia bukan pesaing.
Kita tak jujur dengan diri sendiri.

Anyways, Pavitra membuktikan bahawa mudah je kalau nak orang sayang kita.
Tak perlu bergaya macam nak rak.
Tak peru kaya-raya tayang itu ini.
Tak perlu ada kabel network dengan orang sana sini.
Dan mungkin juga tak perlu ada degree.
Kerana kalau kita BERADAB, orang pasti suka.
Thank you Pavitra kerana membuktikan bahawa manners precede everything.