2019-11-11

DreamZmile



Another foundation untuk korang.
Ramai rupanya pengguna foundation ya, no wonder banyak product foundation kat market.

Kali ni foundation brand DreamZmile.
Botol dia cantik and unique dan ringan.
Yang uniknya foundation ni, dia ada bersekali dengan sponge, maknanya kau boleh bawa travel.
Nak pakai dalam kereta sambil sebelah tangan pegang strereng sebelah lagi tepek foundation pun boleh sebab senang nak apply.
Caranya, just putar sikit botol tu ke kanan and liquid foundation akan keluar kat sponge, then boleh terus dap kat muka.
Kalau tak konfiden, boleh letak dulu kat tangan then dap kat muka guna jari atau brush. Done.
Kalau nak stop kan liquid tu, pusing botol ke kiri pulak.



Kali ni aku tak tepek kat muka, aku letak kat tangan sebab tangan banyak buat kerja kasar, jadi kedut lebih. Hahaha.
Lepas tepek kat tangan, aku boleh nampak beza sikit bila pakai foundation dengan tak pakai.
Betul lah foundation ni tujuannya untuk bagi kulit nampak lebih flawless. It works.

Warna foundation DreamZmile ni satu saja.
Aku try sikit kat kulit sendiri yang tak berapa nak terang ni, hasilnya taklah bercapuk pun.
Kadang ada orang kata foundation nampak bercapuk, yang sebenarnya kau tak blend dengan betul.
Kena pandai apply and blend kasi rata.

Dulu kan aku macam "Apabenda la korang nak pakai foundation segala ni?"

Tapi bila aku dah start pakai [sometimes], memang nampak sangat bezanya kulit muka bila pakai dan tak pakai.
Selama ni aku rasa macam dah ok dah kulit aku setakat tepek bedak, tapi rupanya bila pakai foundation, seriously licinnn!
Kalau ambik gamba dah macam patung dah kulit tu.



Contohnya ini.

Ini gambar Ahad lepas, waktu ni aku pakai foundation DreamZmile.
Masa pakai tak nampak ketara sangat licinnya sebab masih boleh nampak bulu-bulu misai aku [silakan zoom kalau tak ngeri].
Tapi bila bergamba sebelah pakwe ni, hah kauuuu, nampak licin sangat lah pulak kulit aku ni.
Patutnya bukan aku yang pakai foundation ni, tapi dia. Hahahah.
Tapi lelaki tak macho la kalau kulit licin, geli I.



Setiap botol comes in box macam ni.
Harganya tak diberitahu, boleh whatsapp nombor yang tertera kat flyer tu ya.



Apa-apa pun part ni jugak yang best.
Khas untuk blog readers and followers Diana Ishak, korang akan dapat free gift yang comel ni.
Benda-benda comel macam ni kadang kita rasa "Eleh, boleh beli", tapi kalau dapat free why not, betul tak?
So, apa lagi. Tak baca tu dia kata "while stock lasts"?



Note : Interested untuk iklankan produk di blog ni, contact halina[at]xzizbiotech[dot]com.
Marketing material semua dari design Creative Studio, you can ambil and guna.