Berita baik untuk yang tak lancar membaca Quran (merangkak-rangkak) :
"Seseorang yang membaca Al-Quran dengan lancar, ia bersama malaikat yang diutus. Adapun orang yang membaca Al-Quran dengan merangkak-rangkak dan kepayahan akan mendapatkan dua pahala." (Bukhari 5027 dan Muslim 798).
Atau dalam bahasa mudahnya adalah, walaupun merangkak-rangkak sekalipun, jangan berhenti mengaji.
Teruskan usaha untuk mengaji, tak apa.
Kerana untuk orang yang bertatih-tatih mengaji, dia akan diberi 2 pahala.
Pahala pertama untuk mengaji, dan pahala kedua kerana merangkak-rangkak dalam mengaji (usahanya dinilai).
Ustaz aku always pesan, tak apa kalau merangkak-rangkak membaca, asalkan membaca.
Itu lebih baik dari tahu membaca tapi nak baca satu muka surat sehari pun payah.
Ada orang lagi banyak spend time baca newspaper dari baca Quran.
Baca paper sampai 2-3 jenis, tapi baca Quran 10 ayat pun bertangguh.
Kita mampu baca dan habiskan bacaan newspaper yang jumlah kata atau hurufnya hampir sama dengan 1 juz Al Quran dalam setengah jam tapi kita tidak mampu baca 10-20 ayat Al-Quran dalam tempoh masa yang sama.
Bahkan kita mampu khatamkan novel yang tebalnya sama dengan Al-Quran dalam seminggu.
Oklah fine, kita takkan mampu nak khatamkan Al-Quran dalam tempoh masa yang sama sebab bacaan Quran perlu tajwid and all, tapi tu pun masih tak mampu membuatkan kita habiskan 1 seminggu, betul tak?
Inilah petunjuk betapa iman kita sememangnya lemah.
Kalau kita nak tau samada kita layak dipanggil seorang Islam atau tak, cuba tanya berapa lama kita spend time baca Quran dalam sehari.
Bunyinya macam kasar sangat, kan.
Tapi tunggu jap, ada hadis tentang ni.
"Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara, jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, Al Quran dan Sunnah" (Tirmizi).
Hadis ini jelas bahawa orang-orang yang sesat adalah orang yang meninggalkan Al-Quran dan Sunnah.
Mengamalkan Al-Quran adalah kewajipan setiap orang Islam bahkan jadi syarat utama untuk jadi orang yang beriman.
Kalau boleh baca Quran, bacalah.
Yang tak lancar baca, jangan give up.
Syarat baca Quran bukan mesti lancar tapi mesti baca.
Tips yang pertama nak lancar baca Quran - MESTI BELAJAR.
Untuk yang masih belum lancar, mesti cari guru untuk membimbing.
Kalau kita tak tau mengaji, takde guru pulak tu yang nak guide, jawabnya beratlah nak mengaji tu nanti.
Jangan takut salah atau tak lancar membaca.
Adat belajar mesti ada salah.
Orang yang tak tahu mengaji, bila dia baca Quran salah, tak dosa.
Tapi orang yang dah lancar, dah faham tajwid, dah hafal Quran tapi masih salah membaca, itu baru berdosa.
Oleh sebab itu mesti blaja sampai pandai.
Pandai mengaji, pandai tajwid.
Jangan buat tak kisah tak kenal tajwid asalkan lancar, ni tak betul.
Umur 40 tahun masih belum lancar membaca, tak apa.
Yang penting ada kesedaran umur dah cecah 40 belum pandai mengaji dan sekarang nak blaja.
Itu lebih bagus dari dah sampai umur pencen, dah sampai umur dah nak mati tapi masih tak teringat nak baca Quran.
Kita baca Quran ni bukan sekadar dengan mulut tau, tapi dengan hati dan mata.
Mulut yang membaca dapat pahala.
Mata yang melihat Quran dapat pahala.
Hati yang mendalami maksud dapat pahala.
Macam tu sekali dia punya tawaran pahala masih tak menjadikan kita tergerak nak membaca, aku nasihatkan sebelum tido kunci jam pukul 3 pagi.
Bangun pukul 3 pagi tu, ambik wuduk dan pegang Quran.
Peluk Quran tu dan cakap "Ya Allah, apa dosa yang telah aku lakukan sehingga aku begitu susah untuk membaca ayat-ayatMu sedangkan aku fasih".
Tips kedua nak lancar baca Quran - NIAT.
Kalau kita baca Quran niat kerana Allah, hukum Allah akan berlaku ke atas kita.
Apa saja yang kita buat kerana Allah, Allah akan bantu.
Tapi kalau kita niat baca Quran sebab nak khatam cepat atau nak lawan si anu siapa khatam lagi awal - insyallah banyak halangan yang kita akan jumpa.
Halangan terbesar selalunya adalah masa.
Tips ketiga - FAHAMKAN HUKUM ALLAH.
Dulu kan masa aku tergerak nak join menghafal Quran, aku takut.
Aku menakut-nakutkan diri sendiri sebenarnya (takde siapa pun yang takutkan aku).
Aku cakap pada diri aku, aku dah tua, daya ingatan dah kurang.
Aku dah tua, entah sempat ke tak habiskan hafalan.
Aku bekerja, dah ada anak, ada tanggungjawab lain, mana sempat nak menghafal.
Aku takut nanti orang lain dah hafal 2 surah, aku 2 ayat pun tak lepas.
Tapi apa ustaz aku kata?
Semakin kita mengulang-ulang ayat (kerana tak ingat-ingat), semakin banyak pahala kita.
Satu huruf bersamaan 10 pahala tau.
Kalau satu ayat tu kita ulang sampai 30 kali, dah berapa pahala kita kat situ je.
Ini sama la kesnya tadi dengan orang yang kurang lancar membaca.
Dia dapat pahala disebabkan ketidaklancarannya.
Yang payah menghafal pula dapat pahala atas kelembapannya menghafal.
Sungguh, tak ada yang rugi kalau kita cari redha Allah melalui bacaan Quran.
Lagi kau lembap, lagi Allah tambah pahala.
Inilah konsep yang aku faham setakat ini.
Bila aku menghafal, adakalanya aku tak dapat hafal ayat tu walau dah 20 kali mengulang ayat yang sama.
Jangan buruk sangka dengan Allah.
Mustahil kita buat sesuatu keranaNya, tapi Dia nak susahkan kita.
Mungkin ketika Allah berikan kepayahan untuk menghafal sedangkan kita sudah mencuba, boleh jadi yang Allah mahukan untuk kita bukannya banyak hafalan tetapi Allah ingin mengalirkan pahala yang banyak untuk kita.
Sebab itu Dia bagi kita 'lembab' seketika untuk mengingat.
Antara sebab kenapa kita senang give up baca Quran adalah kerana kita belum faham tawaran yang Allah bagi.
Mudah-mudahan lepas baca post aku ni, jangan ada yang putus asa lagi kalau tak lancar membaca.
Bacalah biarpun merangkak, ada pahala besar yang menunggu.
Kalau kita faham hukum Allah yang ni, insyallah, putus asa takkan pernah hadir lagi dalam hidup kita.
Nak lancar ke, taknak lancar ke, nak bagi hafal ke, taknak bag hafal ke, kita dah tak peduli.
Yang penting kita teruskan membaca dan menghafal kerana kita tahu selagi kita membaca, selagi itu kita dapat pahala.