2018-12-18

Jangan ada mindset "Aku agen je"


Mula-mula nak bagitau, insyallah hari ni kita akan pos semua Halal in Home Kit.
Minta maaf banyak-banyak sebab pending lama sangat.
Aku janji nak pos minggu pertama Dec tapi memandangkan kilang kotak kata maybe production kotak Halal tu akan siap mid Dec jadi aku nak tunggu jugak supaya all customers dapat produk dalam kotak.
Sebenarnya untuk customer-customer biotech aku tak bagi kotak, aku bagi dalam zip lock plastic bag je.
Kalau research people, barang-barang dalam zip lock plastic bag ni common, takde yang terperanjat pun bila dapat.
Memandangkan aku dah start sell to public users, jadi aku kena buat kotak.
Senang sikit kalau agen nak jual ke food entrepreneurs.

Sebenarnya aku nak cakap aku happy sangat dengan respond orang-orang yang berminat nak jadi agen untuk Halal in Home Kit.
Untuk yang berminat jadi agen produk ni, aku bagi a set of questions tentang their plan and how they would like to distribute kit ni.
Feedback memang surprising.
Ada yang jawab dengan panjang lebar siap bentang sales projection plan lagi.
Tetiba rasa nak nangis.
Bukan nak nangis apa, tapi aku rindu dengan team work macam ni.
Dulu masa dalam team biotech, sales projection planning macam ni memang buat every week.

Semalam aku nampak kat newsfeed ada sorang ni merempan dengan founder product yang dia jual.
Tak tau lah apa issuenya tapi from her writing macam tak puas hati dengan margin yang rendah and reward yang dapat kat kroni katanya.

Senyum je lah aku baca.

Sebab aku teringat zaman aku jadi agen produk biotech dulu.
In biotech business kita tak sebut "founder" tapi kita sebut "principal".
Dan kalau reseller kita tak sebut "agen" tapi "distributor".

So masa aku jadi distributor kepada 15-20 brand biotech, takde sorang pun principal yang janji nak bagi reward.
No such thing as "Kalau awak hit sales RM100K, kita akan bagi reward percutian ke Cape Town".

Takde.

Cara our Principal didik distributor adalah dengan bagi :

1. Higher margin
2. Pembelian secara credit
3. Sole Distributor


Higher Margin

Kalau dalam tempoh tertentu distributor sentiasa hit sales target, Principal akan ubah pricelist supaya kita dapat higher margin.
Nak dapat higher margin ni selalunya Principal tetapkan sales target secara quarterly.
Kalau 1st quarter tu distributor hit RM500K, next quarter that distributor akan dapat margin yang lebih besar berbanding distributor.

Selalunya kalau aku dapat higher margin, aku takkan rendahkan harga produk aku.
Malas nak price fight dengan distributor lain.
Lagipun aku taknak kena attack dengan distributor lain.
Jadi selalunya aku akan gunakan kelebihan margin tu untuk bagi gift pada customer.
Selalunya aku akan tengok apa keperluan researcher tu.
Kalau kerja dia perlukan thermocycler, aku akan bagi gift thermocycler
Thermocycler tu harga RM7K beb, bukan RM70 ya.

Kalau nak ikutkan RM7K tu margin aku, baik aku simpan dalam ASB je.
Tapi aku tau kalau aku bagi thermocycler kat dia, nak tak nak, dia akan beli accessorries thermocycler tu jugak satu hari nanti.
So, kiranya itu gift yang berupa investment.

That is how we do.
Kami usaha untuk dapatkan hak higher margin supaya dengan higher margin tu nanti kita dapat buat macam-macam benefit lagi untuk customer dan secara tak lansung bisnes tu ada kesinambungan.

Sorry to say, tapi aku tengok kes di Malaysia ni, kebanyakkannya bila founder bagi lower margin (sebab beli banyak), agen pi price fight.
Turunkan harga kaw-kaw sebab nak dapatkan sales.
Pastu price jadi huru-hara, orang nak beli pun takut sebab jauh sangat beza.

Itu cara bisnes akal pendek.
Pikir nak untung besar dan cepat je kejenya.
Patutnya gunakan kelebihan margin tu untuk bagi lebih benefit pada customer.
Build your bisnes dengan kelebihan untung tu.
Jangan anggap "Alah, aku agen je...".
Mindset macam tu kena buang.
Bila kita dah decide nak buat bisnes, buat betul-betul.
No such thing as "Aku jadi agen ni saje je part time nak cari duit lebih..."
Salah tu.
Bila mindset kita macam tu, forever lah kita berada di situ tak gerak-gerak.

Biotech company kat Malaysia ni boleh katakan semuanya distributor (agen), takde yang keluarkan produk sendiri pun.
Tapi try tengok sorang-sorang punya annual income.
Kawan aku sama-sama kerja dulu, Danny Chng nama dia.
Jual plasticwares je - petri dish, plastic bag untuk hospital, tabung uji.
Hari tu aku pergi jumpa dia kejap, dah beli 2 biji warehouse dah.
Tu semua "agen" je tu, bukan founder pun.

Tapi ye la, nak jadi macam tu kena tebalkan muka.
Ketuk satu pintu makmal ke satu pintu makmal yang lain.
Kena tahan dipandang lekeh dek orang sebab "cuma jual barang je" keje.

Kita ni pulak nak jadi agen, tapi nak founder carikan customer.
Kita duduk je depan pc tunggu customer datang cari.
Nak nampak stylo barulah bisnes katanya.
Habiskan duit kat style je la jawabnya.

Distributor biotek tak dibiasakan dengan mengharapkan founder bagi reward setiap bulan.
Apetah lagi baru buat berapa ribu je tapi dah demand nak trip, nak hadiah, nak macam-macam.
Dah la founder tu bagi harga rendah untuk kau jual, pastu mintak lagi macam-macam.
Bukan takleh demand, tapi founder dah bagi 20-30% margin (ada yang bagi lebih), dengan margin tu lah sepatutnya reward diri sendiri.


Pembelian secara kredit

Ini paling ramai distributor suka.
Ada yang tak pernah kejar pun higher margin.
Cukuplah sekadar dapat beli stok dengan hutang.

Principal ni semua kat overseas.
Tau je la duit dorang kan mahal.
Pastu nak beli stok kena minimum order.
Paling rendah USD5000.
Kalau zaman sekarang dah berapa tu, RM20K oready.
Bukan semua orang terdaya nak membayar RM20K selepuk sebab bukan satu je brand yang kita carry.
Ada banyak lagi brand.
Kalau semua brand ni mintak minimum order USD5000, kan dah bengkok nak membayor.
Dah la kerajaan punya sistem bayaran 60 hari.
Nak menunggu dapat balik duit untung tu, mau kunyah tayar kereta tengah-tengah bulan.

Selalunya mana-mana distributor memang akan buat sales gila-gila sebab nak dapatkan hak pembelian secara hutang ni.
Boleh bayar dalam tempoh 30 hari.
Kira ok lah kan, bernafas la sikit nak rolling duit.


Sole Distributor.

Yang ni paling best sekali.
Sejarah aku buat biotech under XZIZ Biotech, 2 brand aku dapat sole distributor.
Satu brand jadi sole distributor di Malaysia.
Satu lagi sole distributor untuk Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia and Thailand.

Bayangkan bila kau jadi satu-satunya distributor untuk that brand.
Semua yang nak beli kena beli kat kau sorang.
Tapi selalunya aku akan appoint re-seller di bawah aku.
Siapa yang consistent beli dengan aku, aku akan bagi hak re-seller kat dorang.
Maknanya dorang cover negara masing-masing.
Kalau orang lain dari negara dorang nak beli kit tu, re-seller cover, aku tak kacau.
Tapi bila re-seller nak beli stok, memang kena beli dengan aku sorang je.
Kalau dorang try nak beli dari principal, memang principal takkan layan.

Tapi jaga-jaga.
Bila dah dapat hak sole distributor maknanya principal akan naikkan sales target.
Kalau aku tak hit that sales target, dorang akan pindahkan hak sole distributor tu pada company lain.

That's why untuk Halal in Home Kit, approach aku berlainan dalam melantik agen.
Kalau boleh biar orang tu sejenis yang mahu memberi manfaat pada customer, bukan sekadar jual and done.
Jadikan ini medium dakwah kita.
Kita jual, at the same time kita educate customer.



Ni salah satu soalan yang di-PM kat page Halal in Home.
Dia tanya kenapa kit ni accuracy terlampau low sampai 0.005%.

10 tahun lepas, aku ikut bos aku buat pembentangan projek halal.
Ada this one guy, a chinese guy from company lain sama-sama buat pembentangan.
So masa panel tanya "How accurate is your kit?"

Dia jawab "99%"

Panel senyum je.
Terus kena reject proposal dia.

Ada orang belum faham in halal business, even 0.1% trace of pork is still not halal.

"So kalau pork tu ada 0.001% dalam makanan tu, macamana? Kit you cuma 0.005% je"

Yes, ada possibility pork tu ada serendah tu.
Tapi come to think of it, kejadah apa fungsi pork tu dia masukkan dalam makanan kalau setakat 0.001%.
Tak menjadi fungsi apa-apa lansung except ada cross contamination.

Ada yang kata takut nak beli kit ni nanti test kat makanan yang ada tanda halal, sekali ada positive babi.

Halo...
Dah kenapa nak test kat makanan yang dah ada Jakim logo?
Itu namanya kita yang nak pedajal orang.
Yang dah ada logo Jakim tu takyah la kita test lagi, kita percaya pada Jakim.
Yang kita nak test ni makanan yang kita tak pasti kehalalannya, contoh kita makan kat luar, kita travel, etc.

Tak mahal, cuma RM40/kit.
Dalam tu ada 1 strip and 1 tube solution untuk 1 kali penggunaan.

Mahal ke RM40?

Yang tak pernah buat DNA extraction maybe belum tahu 'hazabnya' duduk dalam lab berjam-jam untuk prepare sample, pastu extract DNA, pastu buat PCR, pastu run gel, pastu analyze results.
Tu mujur kalau tak blackout lah.

This Halal in Home kit, bagi results in just 10-15 minits je.
Tak perlu pandai biotek pun untuk guna ni.
Semuanya dah simplified.
So that RM40/kit dah reasonable.

Kalau ada yang nak beli this kit, boleh WHATSAPP SINI.
Esok aku ke Penang - IPP, NaFISH and USM.
Siapa nak aku bawa kit ni, boleh contact sekali nombor whatsapp di atas.