walk on wings, tread in air: Bisnes dengan Allah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Bisnes dengan Allah
2018-12-15

Bisnes dengan Allah.
Takkan rugi.

Bisnes yang baik adalah bisnes yang membuatkan kita semakin dekat dengan Allah.
Kerana sebenarnya, ramai juga di kalangan umat Islam yang berbisnes telah membuatkan mereka semakin jauh dari Dia.

Ini berdasarkan jumlah email/PM/DM yang aku terima.
Kebanyakkannya bagitau tak sempat nak beribadat, tak sempat nak mengaji, hati tu nak sangat berlama-lama atas sejadah tapi fikiran dok memikirkan nak membalas whatsapp customer manjang katanya.

Bisnes tu pada prinsipnya jangan sampai mengganggu ibadah.
Kerana, success kita dalam bisnes tak terlepas dari izin Allah.

Salah kalau kita melihat bisnes adalah satu lubuk duit.
Duit tu sentiasa bergerak dari satu tangan ke satu tangan yang lain, belum tentu boleh jadi simpanan.
Jadi jangan berbisnes berorientasikan duit.
Mesti berorientasikan Allah.

Dulu masa aku decided nak berhenti makan gaji and setup company sendiri (10 years ago), mindset aku adalah mengejar duit.
Aku merasa kalau aku boleh mengkayakan bos aku, why not aku kayakan diri sendiri.
Jadi aku resign and setup company sendiri.

Memang aku berjaya buktikan yang aku boleh dapat lebih bila berkerja sendiri.
Tapi boleh dikatakan aku berjaya dalam keadaan bersusah-payah.
Nampak je senang close deal ribu-ribu tapi hakikatnya aku lalui dengan berpenat-lelah.

Buat sebutharga and tender sampai pagi bawak ke malam, malam membawak ke pagi.
Prepare presentation, kejar appointment sana, keluar pagi balik malam.
Burn masa untuk family sebab nak kejarkan masa customer.
Bila berjaya close deal terasa berbaloi tapi sebenarnya tidaklah seberbaloi yang disangka.

Dengan penatnya, dengan stressnya, dengan memerah otak cari jalan nak get more sales, dengan masa beribadat yang huru-hara lintang-pukang perginya.
Alhamdulillah aku berjaya bangunkan company, tapi dalam keadaan bersusah-payah.

Nanti orang kata "Alah, itu biasalah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Yes, peribahasa tu betul.
Yang tak betulnya bila kita bergantung sepenuhnya pada kederat sendiri, memang konfem kedaan akan jadi sangat susah.

Ustaz selalu ingatkan aku konsep berbisnes.
Dia banyak ubah sudut pandang aku tentang bisnes.
Dia pesan dalam membina perniagaan, jangan always bercakap dan memikirkan tentang duit, duit, duit dan membina kekayaan.
Tetapi perkara yang terlebih dulu perlu ditanamkan dalam kepala adalah : Bisnes tujuannya untuk ibadat, kemudian dakwah dan yang ketiga baru mencari nafkah.

Bila kaitkan bisnes dan ibadah, niatkan segala kerja bisnis kita sebagai ibadah.
Pastikan sepanjang berbisnes biar segalanya berjalan sesuai dengan aturanNya.

Bila kaitkan bisnes dengan dakwah pulak, usahakan agar aktiviti perniagaan atau produk yang kita jual tu membuatkan diri kita dan pelanggan sama-sama menjadi lebih dekat padaNya.
Contoh, kita boleh me-marketkan produk tapi letakkan keberhasilan pada kuasa Allah.
Jangan melamupau-lampau sangat copy writingnya sampai tak pijak kaki ke tanah.
Kalau ada nilai pengajaran yang boleh disampaikan kepada customer melalui produk/servis kita, lebih bagus.
Itu semua adalah sebahagian dari dakwah.

Rasulullah kata "Janji palsu (terlampau bombastik semata-mata nak lakukan barang) akan membawa keluasan (viral) tetapi menghilangkan keberkahan." (Bukhari 1945).

Hadis ni warning kita bahawa dalam mempromosikan sesuatu produk, jangan melampau-lampau dengan statement-statement yang tak masuk akal.
Kalau merepek-repek sangat it can mislead and outwit consumers.

Bila kaitkan bisnes dengan nafkah pula, sememangnya kita semua ada tanggungjawab untuk menyumbang sesuatu pada keluarga.
Bila berbisnes dah tentu keuntungan menjadi satu keperluan.
Kalau bisnes kita smooth dan boleh dapat untung yang banyak maka kita dapat bina kekayaan.
Dan dengan kekayaan itu membolehkan kita buat banyak kebaikan dan menjalankan kewajiban untuk memberikan nafkah pada keluarga.
Jadi maksudnya kat sini adalah, bisnes bukanlah matlamat tapi satu CARA untuk membina kekayaan dimana dengan kekayaan itu nanti kita dapat buat lebih banyak kebaikan.

Dulu aku kerja dengan sangat teruk.
Orang lain dah tido aku masih depan laptop sampai 3 pagi.
Kadang-kadang video conference dengan principal luar negara malam-malam buta.
Dah takde beza weekdays and weekend, semua aku bantai kerja.
Aku banyak bergantung pada usaha sendiri.
Lupa (or maybe tak terfikir lansung) yang semuanya akan jadi lebih mudah jika aku pulangkan balik pada Allah.

Dalam masa yang sama aku always nak apa yang aku nak.
Kalau aku nak menang satu deal, aku akan mati-matian kerja sampai aku close that deal.
Orang nampak aku work hard.
Tapi aku tak work smart.

Work smart tu adalah bila kita serahkan kembali urusan dunia kita untuk Allah guide.
Yang ni yang aku jarang buat dulu sebab tak pernah terfikir pun.
Dapat je task, aku buat sendiri.
Takde lansung terfikir yang aku perlu libatkan Allah dalam urusan ni.
Tawakkal tawakkal ni semua takde dalam kamus aku.
Aku jenis buat-sampai-jadi punya orang.
Memanglah menjadi, tapi sampai lemau la life aku.

Di situlah rupanya Allah 'main-mainkan' aku.
Kau nak sangat, kan? Ok aku bagi, tapi Aku bagi jalan susah.
Gitulah agaknya Allah kata.

Sebenarnya apa yang kita dapat sekarang, takde kaitan dengan usaha kita pun kerana rezeki kita memang Allah dah tentukan.
Cuma rezeki tu perlu dicari.
Dan bagaimana kita mencari menentukan samada ia datang dengan redha Allah atau tak.
Kerana Allah Maha Baik, Dia letak kita atas dunia ni bukan untuk kita bersusah-payah kejar urusan dunia bermati-matian sampaikan urusan akhirat jadi sangat terpinggir.
Kalau kita dahulukan dulu hak Allah, Dia akan mudahkan hak kita tanpa perlu kita berhempas-pulas.

Kalau siapa yang buat FB Ads atau Google Adsense, mesti faham yang untuk menjadikan iklan/website kita reach tepat pada sasaran, kita mesti kenal pasti faktor-faktor yang akan membawa kita kepada potential customer dan copywriting mesti gempak.

Konsep inilah yang kita kena guna iaitu, kalau kita nak urusan kita dimudahkan dalam mencapai segala impian, TEMBAKLAH SERVERNYA langsung iaitu Allah swt.

Aku tak kata semua urusan aku serba mudah sekarang, tapi aku dapat rasa now lebih santai.
Semuanya masih berjalan baik tanpa perlu aku bermati-matian menguruskannya macam dulu.
Kalau dulunya aku dah stress bila handle satu-satu projek, alhamdulillah dengan projek yang sama sekarang masih bertenang-tenang siapkan kerja.

Zaman sekarang ni kita boleh nampak orang offer macam-macam peluang bisnes dengan extraordinary profits.
Kalau mindset bisnes kita tuju keuntungan semata-mata, besar harapan serabutlah hidup.
Kita akan rasa susahnya nak jual barang, sakit hati dengan bisnes orang lain dan mula buat macam-macam benda merepek untuk lakukan produk.
Waktu ni "bisnes adalah ibadah" hanya jadi slogan semata-mata kerana realitinya ia tak membawa kita kepada kebaikan dan keyakinan bahawa rezeki itu milik Allah.

Satu ciri marketing yang tak ada dalam marketing konvensional adalah meyakini bahawa setiap apa yang kita lakukan dalam bisnes semuanya tidak akan rugi.

"Barang siapa yang melakukan suatu kebaikan sebesar zarah sekalipun, maka Dia akan melihatnya. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah sekalipun, maka Dia akan melihatnya pula". (Al – Zalzalah 7-8).

Maksudnya kat sini, apa yang kita buat walaupun nampak macam tak membagi keuntungan dalam perniagaan tetap dinilai sebagai satu keuntungan di sisi Allah.

Kalau hari tu satu sales pun tak masuk, yang tak masuk cuma duit.
Tapi kalau kita bersabar dengan ujian tu, pahala dah tentu masuk.

Kalau hari tu kita buat baik melayan soalan pelanggan tapi pelanggan tetap tak beli apa-apa dari kita, yang tak masuk cuma duit.
Tapi pahala berbuat baik kepada pelanggan dah tentu masuk.

Jangan anggap kita berniaga dengan manusia, tapi anggaplah berniaga dengan Allah, insyallah tenang buat kerja.





Aku dah create FB Page untuk Halal in Home Kit.
Dialu-alukan untuk follow, ok?



posted by Diana Ishak @ 7:44 PM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER