2018-11-01

Sombong ke?


Pertengahan bulan lepas aku ada up kat IG screenshot list whatsapp aku.
Kat situ nampak betapa aku jarang baca mesej kat Whatsapp Group.
Sampai dah beribu-ribu mesej dalam whatsapp group aku tak baca.

Sometimes aku terfikir, adakah aku ni sombong atau aku sejenis malas ambil tau?

Entah, aku sendiri susah nak explain.
Aku rasa aku lebih kepada malas nak ambik tau.
Tapi mungkin juga orang nampak macam sombong.

Kalau aku pergi seminar, ceramah agama, taklim atau di Masjidil Haram, aku akan cuba duduk sorang atau dicelah-celah orang yang aku tak kenal.
Kalaupun duduk dengan kawan, aku akan pastikan kawan tu jenis tau adab berada di tempat-tempat tu.
Maksudnya, dia tau kita sedang dalam ceramah, maka sama-sama dengar ceramah, jangan ajak aku sembang.

Sekali pandang memang nampak sombong [berlagak pun ya gak].
Orang kata "Macamlah dia baik sangattttt!"
Tapi itulah pilihan aku.
Aku rela jadi 'sombong' dari objektif aku terganggu.

Just imagine, nak attend seminar kena bayar duit beribu.
Kalau boleh aku nak tumpukan sebaik mungkin pada penceramah.
Jadi aku terpaksa jadi 'sombong' tak bertegur sapa orang sebelah.
Setakat "Assalamualaikum, ada sesape duduk kerusi sebelah ni?", yang ni biasalah.
Takkan kau nak kejung tak toleh kiri kanan lansung.
Tapi habis kat situ je lah.
Aku elakkan berkenalan lebih lanjut.
Bukan apa, selalunya bila dah mula bercakap, kecenderungan nak terus bercakap tu akan ada.
Mula-mula tanya nama, pastu tanya tinggal mana, pastu tanya keje mana, pastu tanya dah kawen ke belum, ada anak ke belum, anak skolah mana, bla bla bla bla bla.
Nak sembang-sembang, selalunya aku buat masa rehat.
Selalunya kat seminar-seminar berbayar ni akan disediakan makanan sekali.
Kat meja makan tu nanti baru kita chit-chat.

Kalau gi ceramah agama, aku elakkan bertentang mata dengan sesape.
Kat majlis-majlis ilmu selalunya 'tarikan setan' tu lebih kuat.
Dia punya bersembang macamkan takde hari lain nak bersembang.
Kalau boleh selepas solat aku akan tunduk berzikir sampailah ceramah start so that takde sembang-sembang in between.

Aku tau itu dah macam sombong sangat.
Tapi aku faham sangat consequences-nya bila beramah-mesra waktu-waktu macam tu.
Konfem akan jadi meleret-leret.
Padahal kita ni dalam masjid, dalam ruang solat, tapi masing-masing bersembang tak hingat.
Kadang tu bila dah naik syok bersembang, tak sedar suara dia makin kuat dah nak besaing dengan suara penceramah kat depan.
Bila kita buat "shhhhh", dia jeling pulak. Adeh.

Bukan taknak bergaul dengan orang, tapi tempat dan masanya tak kena.
Nak sembang, meh kita sembang kat luar karang masa tengah makan ke, tengah moreh ke.
Time tu pandai pulak taknak bersembang sebab tengah makan katanya.
Makan tak elok bersembang
Tapi orang tengah berceramah kat depan boleh pulak kau membawang berjemaah kat blakang.

Masjidil Haram and Nabawi.
Aku memang always 'lari' dari duduk bersebelahan dengan jemaah Malaysia.
Walaupun tersepit bila solat sebelah makcik Arab, tapi at least aku tak perlu layan dia bersembang.

Aku dah terkena sekali masa first time buat umrah dulu.
Masa tu sengaja cari group melayu untuk solat sama-sama.
Penyudahnya aku tak dapat nak baca Quran sangat sebab biasa la bila Malaysia sama Malaysia bertemu di tanah Arab, jejak kasih lah apa lagi.
Masa tu la nak tanya macam-macam.
Tu belum lagi yang ajak membawang komplen pasal makanan kat hotel, bilik air leaking, bla bla bla.
Dah serba-salah kita nak melayan.

Ya, aku faham bila kita pi luar negara, nampak kelibat orang senegara, rasa teruja.
Tapi membayangkan aku ni sampai Mekah agaknya sekali seumur hidup, kalau boleh nak memaksimakan peluang di sana untuk beribadat.
Dah la kat Malaysia tak berapa rajin nak solat kat masjid.
Ni dah sampai kat sana, takkan nak bersembang macam nak rak dalam masjid kot.
Masa ni la kita nak fokus pada ibadat dan tinggalkan urusan dunia.
Nak sembang sikit-sikit boleh, bukan tak boleh.
Tapi selalunya payah nak berenti bersembang kalau jumpa sesama kita kat sana.

Itu je kot sekali aku solat sebelah geng-geng kita.
Lepas tu aku cari mak Arab.
Solat sebelah mak Arab ni satu yang aku tak berkenan, bila  bersolat sekejap kain terkibai ke kiri, terkibai ke kanan, garu kepala, siap betulkan tudung bagai.
Mazhab dia lain dari kita, dan tak salah nak buat gitu.
Cuma kita kat sebelah ni terganggu betul rasanya.
Tapi takpelah, at least lepas tu aku boleh baca Quran sebab dia nak bersembang dengan aku pun dia tak pandai nak cakap omputih.

Ok lagi satu, whatsapp group.

Aku ada a few whatsapp group tapi semuanya mute setahu, kecuali whatsapp group family saja yang berbunyi.
Ini tak boleh tak berbunyi sebab ada Mak Aji dalam tu. Naya karang.

Whatsapp group komuniti tempat tinggal aku ni pun kadang-kadang je aku baca, tu pun takde apa sangat.
Balik-balik tanya nampak tak kucing dia. Hahaha.
Lagipun komuniti sini suka bergerak dari satu rumah ke satu rumah.
Lebih muhibbah kot cara tu.
Bersembang depan-depan.
Baru betul namanya mesyuarat tingkap.

Whatsapp skolah anak-anak, banyak.
Sekolah Rayyan, KAFA Rayyan, Kelas KAFA Rayyan, skolah Redza, batch Redza, class Redza, kelas taklim, group hafazan, hoih banyak pulak rasanya.
Tapi aku jarang bukak.
Kalau bukak pun sebab aku tau dalam group tu ada cikgunya sekali.
Kalau takde cikgu, aku tak baca sangat sebab selalunya whatsapp group macam ni terlajak aktif.
Tapi aku bukak gak sesekali untuk scan-scan info kot-kot ada yang penting ataupun kalau malas sangat aku klik gitu je biar nampak 'read'.

Entahlah, hidup bermasyarakat ni adakalanya payah juga bila terlalu takutkan apa orang lain akan fikir tentang kita.
Aku bukan tak tau orang kata aku macam-macam.
Dulu masa aku bukak twitter.
Tau je la kan, kita ni bukan 24 jam hadap henfon.
Bila kita check akaun, tengok melambak orang mention kita.
Dah tu kadang-kadang aku tak larat nak respond satu-satu.
Itu pun ada yang kata aku berlagak diva.
Artis pun reply katanya, aku ni artis pun bukan tapi taknak reply komen followers.

Hoh, tak kuasa aku.
Dah tau artis tu reply, pegi la komen artis tu.
Yang kau komen kat aku kenapa.

Last-last aku delete akaun Twitter.
Aku rasa aku tak fit into that group.
Twitter ni untuk orang yang friendly kot.
Yang sombong macam aku ni jadi blogger je cukuplah.
Off komen box, tulis diam-diam syok sendiri. Hahaha.

Sometimes kita konfius between arrogant and ignorant.
Sedangkan bezanya agak ketara juga.
Asal orang tu tak campur orang, senyap, dikatanya sombong.
Padahal orang tu bukan taknak ambik tau tapi malas nak campur sangat.
Lebih suka jadi observer.

Orang yang sombong ni takkan nak duduk diam jadi pemerhati.
Dia seboleh-bolehnya akan tunjuk they are always right and refuse ikut cakap orang lain.
Dan dia juga akan merendah-rendahkan orang lain, tak bertolak-ansur dan tak nak memahami orang lain.
Senang cerita, rude.

Jenis yang ignorant ni lebih kepada kurang knowledge terhadap sesuatu perkara yang akan menyebabkan ujung-ujung dorang blur dan selalu ketinggalan ketapi.
Ignorance tak semestinya arrogant.
Tapi orang yang arrogant selalunya ignorant.
Sebab arrogant people always rasa they are smart.
Yes, smartass.





ESOK LAST DAY.