2018-11-20
Move Up
Dalam entry yang lepas-lepas [kalau tak salah dalam entry hijrah], aku ada mention yang bila kita nak berhijrah kepada kebaikan, seeloknya kita tinggalkan kawan-kawan yang tak menyokong/membantu hijrah kita, dan kita perlu mencari kelompok yang lebih baik.
Aku risau ada yang salah faham maksud sebenar.
Ini tak bermaksud kita dah jadi baik dan kawan-kawan lama kita jahat.
Bukan macam tu.
Kalau kawan-kawan yang sedia ada ni boleh membantu hijrah kita, tak apa.
Katakanlah kawan-kawan sekarang jenis yang tak membantu, hat ni yang kita jauhkan diri kejap.
Maksud 'tak membantu' kat sini ialah ada kemungkinan hijrah akan sangkut dek pengaruh yang datang dari kebiasaan lama.
Dia macam ni tau.
Kita menjauhi kawan-kawan lama bukanlah bermakna kita nak tinggalkan dorang terus.
Kita cuma nak kurangkan berkumpul macam dulu, bukannya menghilangkan diri terus.
Bukan apa, kita nak kuatkan iman kita dulu.
Bila iman dah kuat, baru kita patah balik ke mereka dan ajak mereka hijrah.
Kerana kalau hijrah kita masih baru, ada potensi untuk kita berpatah balik ke kita yang dahulu sekiranya kita kembali ke kebiasaan yang lama.
Tau je lah kan bila kita berkumpul dengan kawan-kawan yang jenis tak membantu hijrah ni, kita akan terbawa-bawa perangai lama.
"Alah, rilek lah. Takat sesekali tinggal kelas mengaji, bukannya kau tak pandai mengaji, mengaji kat rumah pun boleh apa...".
Selalunya bila kawan cakap macam ni, dah tentu kita pun meng-iya-kan je.
Tak sampai hati nak reject, takut dikata "bajet ustaz".
Rasa bersalah pun ya jugak menjauhkan diri dari kawan.
Lama-lama naik seronok pulak kembali ke kebiasaan lama.
Bye-bye hijrah.
Dunia celebriti/artis, contohnya.
Dorang ni semua baik-baik.
Ada di antaranya nak berhijrah penampilan tapi tak dapat buat lagi.
Ada yang dah berubah penampilan, tapi tak dapat buat sepenuhnya.
Bukan sebab tak nak tapi sebab persekitaran yang tak membantu.
Dunia mereka kurang membantu ke arah hijrah yang lebih baik.
Godaannya kuat.
Memang aku respect those yang nekad keluar dari dunia glamour untuk cari redha Allah.
That's why persekitaran sangat penting dalam hijrah.
Ini bukan sekadar hijrah penampilan, tapi jiwa.
Penampilan belum memberi apa-apa makna lagi.
Tetapi jiwa dekat dengan Allah, kita boleh nampak bukan setakat dari penampilan tapi juga akhlak.
Dari pengalaman aku sendiri, bila aku berada di persekitaran yang sama macam dulu, aku tak nampak kekurangan aku di mana.
Aku nampak aku 'normal', tak buat salah pun.
Aku nampak aku sama macam orang lain.
Sama-sama pakai tudung pendek.
Sama-sama pakai jeans ketat.
Sama-sama solat asal buat.
Sama-sama mempraktikkan agama dengan ala kadar.
Dah tentu semakin hari terdetik nak jadi semakin baik, semakin nak faham agama, semakin nak istiqomah dalam ibadah dan semakin nak memperbaharui iman.
Jadi, aku paksa diri untuk tukar persekitaran.
Rupanya seronok bila kita dapat kawan-kawan yang membantu hijrah.
Aku tak pernah sangka dorang ni berdakwah dengan cara pukul 3.30 pagi call aku untuk bangun solat malam.
Berdakwah dengan cara whatsapp aku untuk remind baca Al-Mathurat.
Sesape yang habis hafalan akan bantu mana yang masih merangkak untuk tamatkan hafalan [aku la yang merangkak tu].
Siap tanya lagi berapa ayat lagi kita pending, meh dia tolong.
Masa tu baru aku realized aku ni belum hijrah apa-apa pun lagi.
Takat hijrah pakai stokin je.
Tapi dorang sampai kejutkan orang bangun sahur, bangun solat, mengaji.
Betul-betul taknak masuk syurga sorang-sorang dorang ni.
Tapiiiiiiiiiiiiiiii, set-set ni kalau menegur memang pedih.
Walaupun teguran pedih, tapi menyedarkan.
Bak kata orang, ada yang membelai tapi membuatkan kita lalai.
Ada yang menampar tapi membuatkan kita sedar.
So this kelompok yang baru ni adalah set-set yang 'menampar'.
Ustaz aku kata istiqomah itu memang payah.
Tapi ia akan lebih susah kalau kita tak bersedia.
Kita kena bersedia untuk MOVE UP, barulah Allah permudahkan jalan hijrah.
Kerana Allah hanya akan memberi kepada orang yang bersedia.
Dia akan beri sesuai kemampuan kita.
Tindakan kita membuktikan keseriusan kita.
Doa kita dikabulkan sesuai dengan kesediaan kita.
Allah tak pernah mengabulkan doa dimana hati kita tidak ada keseriusan.
Contoh, kita doa setiap hari "Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan hidayah".
Tapi kita tetap belum berubah.
Lalu kita salahkah hidayah - "Belum dapat hidayah lagi".
Sedangkan kita yang takde usaha ke arah tu.
Hanya sekadar doa, tapi tak serius mencari hidayah.
Hanya harapkan hidayah terjun depan mata.
Samalah macam orang yang berangan nak jadi kaya.
Kalau tak serius berusaha, takde maknanya kaya nak datang kat kita.
Salah satu bukti kesediaan kita untuk berhijrah adalah mencari persekitaran yang membantu hijrah.
Kawan-kawan mencerminkan diri kita.
Cuba cari kawan yang boleh membantu memotivasikan kita untuk berhijrah.
Macam aku cakap tadi, bukan meninggalkan kawan lama.
Boleh je kita nak kawan dengan sesiapa pun asalkan niat untuk berhijrah tak jatuh.
Tapi kalau kita detect ada di kalangan kawan boleh buatkan semangat kita down, lebih baik jauhkan diri dulu.
Honestly, berkawan dengan orang yang have the same vision and mission, sangat berbeza.