2018-05-22

Serahkan saja pada Dia


Siapa pun yang nak naik satu level baru, akan melalui test.
Nak naik kelas, perlu ada ujian.
Nak masuk U kena diuji dulu.
Nak dapat kerja, pun diuji dulu.
Dah dapat kerja, nak naik pangkat, mesti lalu exam.
Nak naik gaji, kena tempuh exam.
Nak dapat lesen memandu pun kena lulus ujian.

Tak kiralah samada ujian bertulis atau tak, yang pastinya, setiap kali kita nak berganjak ke tingkat yang lebih tinggi mesti diuji terlebih dulu.
Samada diuji secara bertulis.
Atau diuji dengan keberhasilan kita menyelesaikan task-task yang diberikan oleh majikan.
Atau diuji dengan bersoal jawab dengan pakar/ahli.

Sudah sunatullah, siapapun yang nak naik level, mesti melalui ujian dulu.
Maknanya, ujian adalah something yang kita kena nikmati, bukan ditakuti.
Kerana menghadapi ujian adalah satu petanda bahawa kita sudah bersedia untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.

Ujian yang kita terima sebenarnya sikit.
Cuba tengok masa kita sekolah dulu.
Sepanjang bersekolah, cuma 3 kali je exam besar - UPSR, SRP and SPM (time aku dulu pakai SRP).
Setiap tahun pun cuma 3 kali je exam - awal tahun, mid and final.
The rest hanya belajar saja. Tu pun kalau blaja lah.
Maknanya ujian yang kita terima cuma sikit je berbanding waktu-waktu yang tak diuji.

Dan setiap ujian ini dah di-measure kemampuannya.
Mustahil soalan untuk student engineering dibagi kat budak Darjah 3, kan?
Maknanya, ujian yang diberi tu sesuai dengan kemampuan.

Kadang-kadang kita rasa beratnya ujian yang kita terima.
Ujian orang berat, tapi ujian kita jauh lebih berat rasanya.
Tapi sebenarnya ujian yang kita terima Allah dah measure.
Belum tentu ujian orang lain yang ringan pada pandangan mata kita boleh dipikul sekiranya diberikan pada kita.
Kalau Allah ambil ujian semua manusia kemudian dicampakkan semula untuk kita ambil, pasti kita tetap ambil ujian masing-masing.
Taknak rasanya ambil ujian orang lain, kerana belum tentu kita boleh carry.

Allah kenal si Diana ni macamana orangnya.
Allah tau apa ilmu yang Diana ada.
Allah tau level iman si Diana.
Allah tau kekuatan fizikal dan mental Diana jauh mana.
Dan Allah tau keperluan si Diana ni banyak mana.
Ujian yang bakal diterima semuanya akan diukur berdasarkan apa yang telah Dia beri.

Contoh paling mudah nak faham - sambung blaja.
Semakin kita sambung blaja, ujiannya semakin susah.
Tekanan meningkat.
Tapi oleh kerana kita tau apa yang bakal kita dapat sekiranya lulus, maka kita bertahan dan redah jugak.

Malangnya, kita (aku) kadang-kadang mengeluh pulak bila dapat ujian dari Allah.
Entah kenapa susah sangat rasanya nak tune kepala ni bahawa akan ada benefit kalau ujian tu berjaya ditempuh.
Tapi kalau dapat nikmat, kemain lagi syukur alhamdulillah, masa tu lah feeling blessed segala.
Time diuji, lembik.

Sikap.

Sebenarnya bukan ujian yang buatkan kita lembik, tapi respon kita terhadap ujian.

Contoh, dalam exam, apa je soalan atas kertas tu kita kena jawab.
Bila dapat result, tak seperti yang kita harapkan.
Adekah salah soalan?
Tak.
Kita tak lulus exam bukan kerana soalannya, tapi kerana salah menjawab soalan.
Begitulah dengan ujian kehidupan.
Kita stress dengan ujian Allah bukan kerana ujiannya tapi kerana tak tau nak handle the ujian.

Ujian Allah bukan semuanya susah, ada juga ujian kesenangan.
Manusia selalu tafsirkan kesenangan sebagai nikmat.

Sejujurnya, ujian kesenangan jauh lebih berat.
Aku dah pernah melaluinya.

Dulu, masa aku makan gaji, takde masalah besar untuk aku siapkan task mahupun kejar target.
Tapi kesenangan buatkan aku semakin jauh dari kebenaran.
Kerana bila semua benda aku buat menjadi, aku tak rasa ada perkara yang perlu diperbetulkan lagi.
Maka, pakaian aku kekal singkat.
Pergaulan aku kekal takde batas.
Buat amalan pun yang basic-basic je - solat 5 waktu, itupun dah hujung-hujung waktu, cukupkan syarat.
Mengaji kalau sempat.
Puasa bulan Ramadhan only.
Done.

Aku tak rasa ada keperluan untuk tambah amalan.
Sebab aku dah ok macam tu.
Buat amalan ala kadar  pun urusan dunia aku masih lancar.
Kenapa nak buat amalan sunat, ye tak?
Why bother why bother why bother gitu.

Kesenangan menjadikan aku buta dalam memahami konteks nikmat.
Bila dah senang macam tu, aku tak nampak apa keperluannya aku berubah, apa keperluannya aku solat sunat, apa keperluannya aku berdoa, berzikir, beristighfar.
Tak nampak apa motif aku nak buat semua tu sebab I was blessed with a good job and good pay.

Macam tu lah beratnya ujian kesenangan.
Menjadikan aku leka dan merasa serba ok.
Aku rasa aku tak buat jahat kat orang, itu dah memadai.
Lagupun Tuhan sayang aku that's why hidup aku lancar je.

Rupanya itulah konsep ujian Allah yang aku tak sedari.
Kerana ujian datang dalam perbagai bentuk.
Kita menyangka kepelbagaian ujian itu datang dalam bentuk mati anak, rumah terbakar, kereta accident, bisnes bankrup, kena buang kerja, rumah kena lelong, rumah kena rompak, etc.
Sedangkan kepelbagaian ujian itu boleh juga datang dalam bentuk kesenangan.
Hanya kita saja yang tak nampak.

Akhirnya aku faham, senang atau susah masih lagi sebuah ujian, bukan nikmat.
Apa pun yang kita terima baik susah atau senang, ianya hanya akan menjadi nikmat kalau ia membawa kita semakin mendekati Allah.

Semakin banyak susah yang diterima, kalau semakin menjadikan kita bersujud memohon bantuanNya = nikmat.
Semakin banyak senang yang diterima, menjadikan kita semakin berlama-lama di atas sejadah sebagai tanda syukur padaNya = nikmat.
Itulah nikmat sebenar.

Kerana jarang kita nak berlama-lama atas sejadah bila tengah senang hati.
Habis kuat pun up status "feeling blessed" #alhamdulillah #syukur.
Apetah lagi kalau dipuji dan dikagumi orang.
Terus hati ni terpesong sikit.
Mulalah lepas tu cari jalan macamana nak mengekalkan pujian.
Yang takde pun diada-adakan.
Yang sikit ditokok-tambah.
Asalkan nampak gah.
Dalam tak sedar kita semakin menjauhi redha Allah kerana obses dengan redha manusia.

Macam tu la aku dulu.
Bukan nak buka aib sendiri.
Tapi kalau aku tak cerita pengalaman sendiri, pengajaran itu mungkin susah nak disampaikan.
Masa aku free hair dan serba daring, semakin orang puji aku sexy, semakin terdedah baju-baju aku.
Semakin orang kata "Wow! Macam anak dara, tak sangka dah ada anak rupanya!", semakin singkat skirt aku beli.
Semakin banyak pujian bos pada performance aku, semakin galak aku bekerja lebih masa.

Nampak macam takde salah, sebab aku tak kacau orang, kan?
Tapi itulah ujian yang sangat besar, dan aku telah gagal dengan ujian tu iaitu ujian mencari redha manusia namanya.
Semua tu buatkan aku hampir terus hanyut.
Mujurlah Dia kejutkan aku dari leka yang panjang.

Hati-hati lah dengan pujian.
Especially orang perempuan yang dipuji "Wah, dah semakin kurus!", "Wah, macam anak dara!".
Kalau itu membuatkan kita tergedik-gedik nak pakai baju sendat ketat, itulah waktunya kita sedang diuji.

Ustaz pesan 2 perkara.

Yang pertama, kalau kita tengah senang, sujud kena lama.
Mintak kat Allah janganlah kita diuji dengan rasa leka.
Waktu inilah mesti berhati-hati supaya tidak bertukar menjadi ujub.
Kerana selalunya bila kita merasa kesenangan itu datang dari usaha dan kerja keras kita, waktu itulah ujub sampai.

Yang kedua, ketika dipuji, menangislah banyak-banyak pada Allah kerana Allah telah tutup aib kita.
Jangan sampai pujian buatkan kita terdetik rasa bangga dan sombong.

Tapi satu kebaikannya ujian Allah ni, dia tak sama macam kita ambik exam kat skolah.
Kalau exam kat skolah, dapat soalan susah, nak taknak kena jawab jugak.
Tak boleh kita nak suruh cikgu tolong jawabkan.

"Wahai cikgu yang baik hati, sesungguhnya kau lebih cerdik dari aku, jadi saya serahkan soalan ini untuk cikgu uruskan dengan bijaksana".

Boleh buat gitu?

Tapi kalau ujian kehidupan, memang sepatutnya kita serahkan pada Allah untuk settlekan semua masalah kita.

"Ya Allah, dengan rahmatMu, perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan biarkan aku menyelesaikan masalah ini dengan sendiri walaupun sekejap".

Itulah bezanya ujian skolah dengan ujian hidup.
Kalau ujian skolah kita selesaikan sendiri.
Tapi ujian hidup, serahkan pada Allah.
Nanti Allah yang guide kita, hati ditenangkan, fikiran dilapangkan, percakapan kita dibimbing, akhlak kita diperbetulkan, didatangkan dan dipertemukan dengan seseorang untuk membantu.
Allah akan atur semua cantik tersusun sehingga kita dapat selesaikan masalah.

Jadi, untuk yang 2-3 hari ni hantar email pada aku, tak banyak yang aku boleh tolong.
Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa, tapi ini sajalah balasan aku pada email korang semua.
Semoga sedikit sebanyak menjawab persoalan dalam masalah yang dihadapi.