2018-05-20

Bila orang tua berperangai macam budak tadika.


Straight to the point.

Kita semua tau keadaan politik Malaysia sekarang tengah panas dengan isu bekas PM dan isterinya.
Siasatan sedang dijalankan dan setiap hari news makin 'panas'.
Penjualan popcorn pun semakin laris nampaknya.

I am not a fan of both of them.
Tapi, terkilannya tengok ramai yang dah umur-umur macam aku ni, mengutuk both of them macam tak ingat mati.
Pandai pulak kata kat dia "Rumah kata pergi, kubur kata mari", tapi dalam masa yang sama menghina kaw-kaw macamkan kau tu hidup lagi 100 tahun.
Entah-entah mati dulu sebelum dia.

Eh tapi pandai pulak cakap "Tuhan tu Adil....".

Hah, tau pun Tuhan tu adil.
'Adil' bukan hanya bermaksud kalau buat jahat akan dapat balasan jahat.
Itu hanya manusia punya takrif 'adil'.
Maksud adil tu lebih dari yang kita sangkakan.

Kita lupa bahawa Allah adil dan bijaksana dalam dosa hamba-hambaNya.
Mana-mana pendosa berhak untuk jadi orang yang lebih baik in future kerana Allah selalu membuka pintu taubat.
Itulah maksud 'adil' di sisi Tuhan.

Kalau nak benci, bencilah saja pada apa yang dia dah buat.
Kenapa perlu sampai menghina fizikal?
Dah macam perangai budak-budak tadika bila sorang-sorang start kutuk badan orang tu gemuk, badan macam lembu bunting, muka plastik, muka macam ahli sihir, muka ketat - macam-macam.
Benci pada kesalahan dia, go head. Bencilah.
Tak perlu sampai nak jadi budak-budak, ejek rambut dia, ejek penampilan dia.
Apa ntah kaitan fizikal dia dengan apa yang tengah kecoh dalam negara sekarang?
Aku jadi konfius, selama ni kesalahan dia ke atau fizikal dia yang dah menyusahkan kita semua?

"Mesti mak dia sedih anak dia perangai macam tu, kan?".

Bukan mak dia je nokkk.
Mana-mana mak pun sedih kalau tengok perangai anak-anak tak serupa orang.
Apetah lagi anak-anak yang dah berbulu atas bawah masih lagi mengejek-ejek orang.
Tu mujur mak kau tak tau kau macam tu.
Kalau dia tau, entah-entah mati awal dah orang tua tu.

Sedap mulut je hina rupa bentuk orang.
Ingat sikit, yang kita hina tu orang yang dah berusia lebih dari 60 tahun.
Zaman dia muda dulu, dia pun sama bergetah macam kita.
Kulit dia sama tegang macam kita.
Muka dia sweet macam kita.
Badan dia kurus macam kita.
Malah dia jauh lebih cantik dari kita!

Kita belum sampai lagi di usia dia sekarang.
Tunggu esok bila masing-masing dah cecah 60 tahun, cuba tengok masih sama ke tak rupa kita waktu tu dengan zaman kita 30-40an ni.
Time tu nanti tunggulah anak kita balik rumah menangis-nangis sebab kawan-kawan ejek rupa bentuk mak bapak dia.
Waktu tu entah kepala kita dah botak.
Entahkan badan kita dah memboyak.
Entahkan kulit lemak peha kita terkibai-kibai.
Entah-entah lutut pun tak berapa nak kuat, dah duduk atas wheelchair.
Waktu tu baru kita nak istighfar banyak-banyak mengingatkan balik perangai buruk kita zaman muda menghina rupa bentuk orang.

Faham semua tengah marah, aku pun marah juga.
Tapi tak payah sampai biadap panggil nama yang pelik-pelik.
Kurang ajar sangat masing-masing kat ruangan komen dia.

Yelah, tengah ada peluang ni, elok hentam ye tak?
Bila lagi nak hentam.
Tapi jangan lupa, setiap kezaliman yang kita buat pada orang lain, Tuhan akan balas di dunia lagi.
Itu janji Tuhan.
Dua dosa yag akan dibalas di dunia - derhaka pada ibubapa dan zalim pada manusia.

Kalau apa yang berlaku sekarang adalah balasan pada kezalimannya, itu bahagian dia.
Tapi kezaliman kita mengutuk dan mengejek, itu masuk akaun lain tau.
Yang tu Allah tengah simpan.
You are on waiting list.
Tunggu nanti turn kau sampai.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujarat 11)

Kita dok kata dia zalim, padahal kita pun sama naik zalimnya.
Jangan ingat hanya kerana kita tak buat macam dia buat maka kita baik. Belum tentu!
Kerana bila kita menghina fizikal orang, maknanya kita terang-terang sedang berdebat dengan Allah.

Selalunya, dalam kehidupan, manusia cenderung melampaui batas melakukan sesuatu yang buruk tanpa disedari.
Mulut yang berfungsi sebagai alat untuk bercakap, makan dan minum selalu disalahgunakan untuk menghina dan mengejek orang.
Kita ejek badan orang gemuk tapi dalam masa yang sama mulut kita sama buruk, malah jauh lebih hodoh dari badan orang yang kita hina tu.

Jangan perasan kita sedang berjihad melawan kemungkaran.
Jihad apanya kalau sampai menghina ciptaan Allah?

Bila kita menghina dan mengejek-ejek orang lain, ia hanya akan membuatkan orang lain tahu tentang diri kita.
Apa yang keluar dari mulut kita, itulah bagaimana kita.
Tanpa kita sedar, orang lain sedang melihat siapa kita.
Bukan sahaja orang melihat tetapi para malaikat juga akan mencatat.

Tak boleh ke kita bercakap tanpa mengejek?
Tak boleh ke berdiscuss tanpa menghina?
Kalau bercerita, tak perlu usik fizikal orang tak boleh?

Kita takkan boleh ubah keadaan dengan cara menghina.
Apetah lagi nak menampakkan diri kita lebih baik dari orang yang kita hina.
Sedangkan kita sedang membuatkan diri kita sendiri nampak hina.