walk on wings, tread in air: 3 hari mencekik nasik minyak. Tiada sesalan! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


3 hari mencekik nasik minyak. Tiada sesalan!
2018-04-28

Ok cukup seminggu peram barulah kita update kat blog.
Trip ke Terengganu :)

Kalau dulu, Terengganu tu balik kampung.
Now tak.
Now balik Tganu dah macam pegi bercuti sebab spend duit sama banyak macam aku gi Langkawi tengok Redza.
Cuma kat Tganu takyah book hotel.

8 tahun mak dah tak duduk Tganu, everytime balik ke sana memang semua orang akan makan kat luar.
Jarang sangat masak kat rumah kecuali hari raya.
Duduk rumah untuk tido je.
Nasib baik ada astro, kalau tak sangap lah kat rumah tu takde benda nak buat.

Kali ni balik Tganu aim memang balik untuk makan.
Sebab tahun ni raya Bangi, bulan puasa takde plan nak balik.
Jadi, sebelum puasa, aku nak balik Tganu sebab nak makan.
Nak makan nasik minyak, nasik dagang, air buah gelas besor, sotong celup tepung, pulut lepas, etc.
Macam-macam!

Kitorang gerak balik Khamis lepas, waktu malam, lepas Rayyan balik dari Kumon.
En Wan kalau bawak kereta memang macam pelesit.
Dari tol rumah pukul 9 malam, sampai kat border Tganu pukul 11.50 malam.
Aku tak tau la yang dia nak pecut sangat kenapa.
Samada dia kena kejar dek hantu atau dia yang kejar hantu.

Sampai rumah mak, aku lapar sebenarnya tapi macam mengantuk mengatasi lapar, so aku tak ikut En Wan gi makan. Dia gi sorang. Aku membuta.



Esoknya Jumaat tak kemana pun waktu pagi sebab kedai-kedai pun banyak tutup.
Lagipun nak solat Jumaat, kalau pi town karang kelam-kabut nak balik rumah untuk solat.
Jadi waktu pagi tu lepak kat rumah je baca buku.

Around 3.30pm, aku dengan En Wan keluar berdua gi makan sotong le apa lagi.
Yang lain taknak ikut. Bagus, biar aku dating berdua.

Port aku makan sotong celup tepung sekarang bukan kat Pok Nong lagi.
Tak larat aku jem kat Pok Nong semata-mata nak makan sotong.
Beratur sejam, makan 15 minit je.

Aku gi kedai Cik Su.
Kedai ni satu jalan dengan kedai Pok Nong jugak tapi tak berapa jem.
Aku rasa port-port makan sedap ni memang namanya "Su".
Kat Perlis, Laksa Kak Su. Kat Tganu, Warung Cik Su.

Udang yang aku makan ni 3 ketul RM5.
Not a fan of udang, so aku ambik 3 ketul je buat kunyah-kunyah sementara tunggu sotong panas-panas.



Lawannya dengan ini!

Setiap kali makan sini yang ni wajib aku order.
Walaupun rajin datang sini, tetap aku lupa tajuk air ni.
Always ada masalah time nak order.

Hari tu aku cakap "Bagi saya ABC tapi taknak yang lain. Nak jagung je pastu bubuh eskrim".

Pastu budak tu tanya "Nok ebby capor ke?"

Aku tanya balik "Ebby apa?"

Rupanya Air Batu Campur. ABC.
First time aku dengar orang sebut ABC - AB Campur.

Rupanya air yang aku order ni namanya Jagung Parut Boh Eskreng.



Yang ni aku hadap sorang.
En Wan lansung tak makan. Dia bagi laluan kat aku mencekik sotong sorang-sorang.
Ya Allah kesedapannya toksah tanya la kan.
Fresh oi fresh baru naik laut. Memang manis lembut je rasa sotong ni. 

Sotong celup tepung kat area ni, baik kat Cik Su mahupun kat Pok Nong guna tepung beras je.
Bukan dia pakai tepung macam "sotong goreng tepung" kat kedai-kedai seafood.
Kalau nak ikutkan sotong celup tepung kat kedai seafood jauh lebih sedap tapi yang buat ramai orang datang makan sotong kat sini sebab sotongnya je.
Sotong dorang ni "besor lengang" bak kata En Wan.
The thrill makan sotong besar je yang buatkan ramai orang berbondong-bondong pi sini.
Lagipun aura laut tu menambahkan perisa.



Settle makan sotong, singgah Mydin Gong Badak dulu belikan jajan-jajan and air kotak untuk minum-minum kat rumah.
Kalau Rayyan balik, anak cucu En Wan akan lepak rumah mak.
Jadi biar ada pesta perut sikit kat rumah tu.

Singgah tepi jalan beli pulut lepa.
Selalunya beli pulut lepa kat town, tapi tekak pakwe aku tu teringin sangat dah takleh tunggu besok, jadi singgah je la warung pulut lepa tepi jalan masuk ke kampung dia.
Sama je rasanya tapi lagi sedap kat town.



Malam kita ke sini pulak.
Masih dalam kawasan kampung En Wan je ni.
Nama kedai ni Apit Buke Pintu.
Hipster sangat nama.

Last time aku pegi, menu dia very limited.
Tapi kali ni aku pegi macam-macam ada dah.
Tapi makanan bukan tujuan utama.
Ramai yang pi sini sebab nak minum air buah je.
Dia claim gelas besar tapi takde la besar sangat. Boleh la kot takat minum 3 orang.
Yang signature-nya adalah air buah dia. Memang pure and terlajak kaw!
Dua bukak 5pm sampai 2 pagi sahaja.



Takde la besar mana, tapi besar la dari gelas-gelas biasa. 
Lagi besar dari gelas Root Beer AnW.
Yang ni air pineapple.



Tiap kali datang pun memang ini air yang aku order.
Sebab so far air nenas dia sedap, tak masam macam tempat lain.



Walaupun kat rumah aku stok kepok lekor sentiasa ada, tapi tetap order gak kepok lekor untuk kunyah-kunyah.
Tak Tganu la kalau tak pekena kepok lekor kan.
Sometimes aku rasa aku lebih Tganu dari En Wan.
Aku boleh makan kepok lekor hari-hari without jemu.



Malam tu aku pekena chicken grill.
Takde la sedap sangat, biasa-biasa je.
Tapi boleh la daripada tak makan lansung.
Rumah mak aku takde makanan kot, kebulur karang.



Pagi esoknya, Sabtu, pekena nasik minyak kat Warung Cik De.
Ni kedai kawan En Wan (mak dia punya).
Nasik minyak ni memang tersohor sebab sedap.
Dia punya daging besar-besar. Bayangkan aku makan nasik ni hanya guna seketul daging je padahal dia bagi sampai 3 ketul.
Puas meratah daging le jawabnya.

Kedai ni asalnya kat Manir, pastu dia pindah kat mana ntah area ni lupa aku nak tanya En Wan.
Tapi maybe boleh waze kot.
Very cute kedai dia, tapi kemas dan selesa. Tepi jalan, senang nak jumpa.
Again, order kepok lekor jugak.

Kali ni balik aku cuma ambik bau nasi dagang je.
Tak berapa teringin pulak nak makan nasik dagang. Nasik minyak jugak best.



Pasti gi Pasar Payang la apa lagi.
Aku ni kalau pi sini memang nak beli baju tido kaftan je.
Aku suka pakai kaftan cotton sebab berat and selesa.
Selalunya orang beli kain suji. Kain suji ni nipis and kesat sikit.
Kalau cotton around RM35-RM40 sehelai.
Pandai cakap Tganu maybe boleh kurang sikit lah.

Terjebak beli sepasang kain batik kat sini.
Sebab ada diskaun.
Aku dah tau dah trick nak beli kain kat sini.
Rupanya waktu-waktu dah nak puasa gini, dorang dah start jual murah kain pasang.
Sebab tailor selalunya dah tak ambik tempahan lagi, jadi peniaga kain nak habiskan stok dia jual murah.
Boleh la beli waktu ni tapi tempah tahun depan. Hahaha.



Walaupun dah kenyang makan nasik minyak tapi AnW tetap singgah. Tapau buat lunch kat rumah.
Padahal AnW ada je ha kat USJ Taipan tu tapi takde selera nak pegi.
Nak beli kat Batu Burok jugak.



Kedai ni kat depan pasar Manir.
Jalan masuk Manir, terus nampak keda ni dulu, belah kiri.
Port wajib jugak. Dah macam-macam jenis roti paung dia buat, ada yang with sekaya, ada yang with kacang merah, tapi kitorang go for paung asli jugak. 
Sebuku RM2.50 saje. Beli RM10, settle tak sampai 10 minit.

Aku rasa roti paung ni dah ada kat mana-mana.
Shah Alam pun macam ada dah. Takyah gi Tganu.
Tapi aku tak pernah teringin pulak nak rasa yang kat tempat lain selain dari Manir.

Sebenarnya roti ni roti biasa je. roti kosong je pulak tu.
Tapi roti ni jauh lebih sedap dari roti yang bermacam-macam kat Berrys tu.
Paung ni samgat lembut and boleh terasa-rasa butter yang dia pakai.
Maybe sebab dia pakai oven jenis lama kot tu yang sedap nau lalu kat tekak aku.



Petang tu En Wan ajak pekena seafood kat Kuala Ibal (bawah jambatan).
Pernah sekali aku datang sini dulu. Jarang makan sini sebab ni jauh nau nak masuk ke Chendering dah tu.
Tapi sesekali boleh la sebab berbaloi, stok seafood dia banyak.
Ikan and sotong besar-besar. 
Cuma hari tu takde kerang, baru plan nak makan kerang bakor.
Yang ada lala je.



Tomyam campur. Boleh tahan.



Cucu aku. 
Konfius orang kiri kanan bila dia kejap-kejap panggil aku "Nenek! Nenek!"
Terjenguk-jenguk orang nak tengok cucu sape la terjerit-jerit ni.
Takkan la pompuan yang pakai jubah ni. Ni macam Angelina Jolie je. Takkan lah.
Lalu mereka pun kecewa tak nampak mana satu neneknya.



Aku order sotong 2 ekor.
Tapi besar sotong tu dari tapak tangan membawak ke siku!
Masa pilih tu kemain lagi tamak, macam tak cukup satu, nak beli 2 ekor terus.
Tu nasib baik En Wan sabarkan aku, kalau tak, mau 3 ekor aku ambik.
Sekor buat bakar, sekor lagi goreng.
Masa lauk sampai En Wan tanya "Ya Allah boleh habis ke ni?"

Ada ke patut tanya soklan tu depa aku?
Macam tak biasa pulak ngan bini dia ni.
Aku ni membujur lalu melintang patah.
Asal melintas je depan mata aku, settle.



Rayyan and cucu makan ikan.
Dorang tak berminat lansung dengan sotong.
Alhamdulillahhhh.




Settle 2 ekor sotong aku hadap!
En Wan ambik seperempat je kot sebab dia banyak makan ikan.
Melimpah-limpah kalori aku mencekik sotong 3 hari kat sana.




Last round nasik minyak pagi Ahad sebelum balik Putra Heights.
Ya ampunnn, 3 harui berturut-turut mencekik nasik minyak.
Ni pun ada rasa macam nak lagi.
Ni ada karang aku mintak mak buatkan nasik minyak ni.



By the way, siapa dari Kuala Tganu nak beli GreenAard boleh je gi kedai Kak Long En Wan kat Bukit Kecik. Nama kedai Siblings Little Shop.
Situ ada aku letak produk GreenAard.





Inilah bezanya beli kat whatsapp dengan beli direct dengan aku (blog).
Memang GreenAard tu aku punya, tapi untuk blog readers aku always bagi something special yang takkan dapat oleh pengguna GreenAard yang lain.
So, check email ok!


posted by aveo757 @ 8:56 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER