2018-02-19

Bertuahnya dia.


Azmil Mustapha.

Since the day he passed away, aku dok terpikir pasal dia.
Dia adalah bukti bahawa hidayah itu milik Allah.
Dan Allah bagi pada sesiapa je Dia nak.
Tinggal lagi kita nak ambik atau tak.
Beruntungnya Azmil, dia ambil.
Bukan setakat gapai je, tapi dia pegang kuat sampai ke akhir hayat.

Aku pernah dengar ceramah dia.
Dia kata dulu dia minum arak, clubbing, tak solat, malah dia bersalin baju satu bilik dengan pelakon wanita pun takde hal.
Tapi pengakhiran hidup dia cukup cantik.
Yang aku kagum sangat dengan dia bila dia sanggup susah asalkan dapat cari redha Allah.

Point 1
Dalam satu interview dia kata "Saya ni biasa-biasa je. Kereta pun tak ada, nak ke mana-mana naik teksi. Kalau dekat-dekat saya jalan kaki je".

Point 2
Dalam interview yang berlainan dia kata cerita Ali Setan tu dia yang initiate. Tapi zaman tu takde kredit diberikan untuk lakon layar jadi orang tak tau filem tu dia yang olah. Dan dia kata tak kisah, janji kerja dia dibayar sudah. Tak letak nama pun takpe.


Dua point atas ni dah nampak 'lojik' kenapa hidayah Allah sampai pada dia.
Kerana hidup dia tak perlukan penilaian manusia.
Walaupun dia kata dia jahat di zaman muda, tapi jahat dia orang kata jahat sendiri-sendiri. Jahat kat diri sendiri.
Tapi hati dia ikhlas.
Boleh jadi sebab itu hidayah Allah sampai.

Ustaz aku pernah cakap, kalau hati kita ni ada Allah, maknanya kita ada segalanya.
Tak risau lansung pada apa yang kita tak ada, let alone nak kisah apa orang lain ada.
Sebab bila hati ada Allah, bermakna semua urusan Allah jaga.

Ada orang kereta tak ada, tapi disebabkan hatinya ada Allah, urusan dia nak ke mana-mana sangat dipermudahkan.
Sebab yang kita perlukan sebenarnya bukan kereta, tapi kemudahan untuk bergerak.
Orang macam aku ni pulak anggap kereta tu dah jadi benda wajib ada.
Sebab kalau takde kereta payah nak gerak katanya.
Bila letakkan kemudahan nak bergerak tu pada kereta, tu pasal bila kereta rosak mengeluh, kereta kena langgar mengeluh, tersekat dalam jem mengeluh, minyak mahal mengeluh, kena bayar roadtax mengeluh, bayar loan mengeluh, cari parking pun mengeluh. Macam-macam.
Bila jadi macam ni, aku selalu terfikir yang Allah tengah cakap kat aku "Kau kata kalau takde kereta susah nak bergerak kan, patah kaki, kan? Now aku nak tengok how 'mudahnya' hidup kau bila ada kereta".

Lagi satu tentang hidayah.
Bila orang pertikaikan dia guru agama tapi anak dia model (model muslimah).
Pastu dia jawab "Hidayah itu milik Allah. Saya sebagai ayah doakan saja".

Bak kata ustaz aku "Zaman sekarang ni orang berebut nak hantar anak blaja agama, hafal Quran tapi dia sendiri tak nak blaja agama, balaja Quran apetah lagi blaja menghafal".

Kata-kata ustaz yang aku boleh kaitkan dengan Azmil ni, dia tau hidayah milik Allah, jadi dia lebih fokus pada menjaga hidayah dengan memperbaiki diri sendiri seboleh mungkin. Dia equipped diri dia dengan ilmu, dia sendiri blaja Quran, dia sendiri blaja menghafal, selepas tu dia mengajar pula.
Dia tau dia tak mampu nak ubah orang, dan kalau dia tak mampu nak ubah, setidak-tidaknya dia dah mendoakan.
Yang kita ni pulak sibuk nak betulkan salah orang. Kecam orang sana, kecam orang sini.
Sedangkan diri kita tak baik mana pun lagi. Hanya lebih baik sikit je dari orang yang kita tegur. Nampak la beriman sikit kan, takyah blaja agama dah sebab iman dah tinggi.
Yang peliknya, taknak pulak bandingkan diri dengan ahli agama. Ye lah, nanti nampak sangat pulak diri tu tak sebaik mana.

Dan lagi, yang solatkan jenazah dia adalah Mufti Wilayah Persekutuan.
Dan Mufti tu kata Azmil adalah kawan baik dia sebab tu dia datang untuk 'berkhidmat' buat kali terakhir untuk kawan.
Kalau kita fikir balik, kat mana lojiknya seorang Azmil yang zaman mudanya buat macam-macam benda jahat (seperti yang dia akui), akhirnya akan bersahabat baik dengan seorang mufti? Mana lojiknya? Sangat tak masuk akal.
Tapi itulah dia, kalau bersungguh cari redha Allah, Allah akan datangkan orang baik-baik pada kita.
Tak payah nak ubah semua orang, cukup ubah diri sendiri, maka persekitaran kita akan berubah sama.
Walaupun hakikatnya kita tak meninggalkan kawan-kawan lama, tapi bila kita berubah menjadi lebih baik dengan sendirinya orang baik-baik akan hadir dalam hidup.
Boleh jadi, mereka tertarik dengan hijrah kita, atau kawan-kawan lama yang willing nak undur diri sebab rasa segan atau kurang selesa dengan hijrah kita.
Tak kisah lah mana-mana, yang penting kat situ Allah dah tunjuk bukti kalau kita datang pada Dia dengan merangkak, Dia datang pada kita dengan berlari.

Saat-saat dia nak meninggal, dia cakap kat anak dia "Kejap lagi ayah nak gi makan".

KEJAP LAGI.
Tak sampai 10 minit, dah meninggal.

Macamana pulak kita yang "See you tomorrow!"....?

Yang "kejap lagi" pun belum pasti. Apetah lagi tomorrow.

Al-fatihah untuk Azmil.
Semasa hidupnya, dia banyak habiskan masa untuk blaja dan mengajar agama.
Setelah dia mati pun, dia tinggalkan pengajaran buat kita yang mahu berfikir.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Disebabkan gambar dalam ENTRY NI, cuti CNY ni kami tak bercuti sangat rupanya sebab Whatsapp and Live Chat meriah dengan orang dok tanya pasal ni. Jadi, aku bukak satu lagi option untuk blog reader beli kat sini. Pilih option mana korang nak. Kalau pilih harga RM54 tu maknanya aku akan tolak point korang 300 baru boleh dapat beli dengan harga tu. Kalau rasa-rasa point tak cukup, beli option pertama je.



Nama
Email
Produk pilihan : 1 x Cleansing Gel, RM59
1 x Cleansing Gel, RM54 (tolak 300 point)
1 x Cleansing Gel, RM49 (tolak 500 point)
Quantity 1
2
Alamat penuh beserta poskod
No Tel
Nota tambahan (jika ada)