walk on wings, tread in air: Macamana nak start? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Macamana nak start?
2017-09-19



Email ni ada lagi belah-belah atas, tapi atas permintaan beliau supaya aku untuk extract point je, jadi aku tepek penghujung email je lah.
Ceritanya dia nak kerja sendiri, dah letih makan gaji.
Tapi tak tau macamana nak start. Samada benti dulu then start atau start slow-slow semasa masih makan gaji ni.

Macam aku dulu, bisnes yang aku nak buat selepas resign adalah benda yang sama aku buat masa makan gaji.
Time makan gaji aku buat biotek, dengan bisnes sendiri pun buat biotek. Takde beza. Bezanya aku nak run bisnes sendiri.
Maknanya customer database dah ada dalam tangan. Dah kenal baik dengan customer. Dah ada customer yang konfem akan beli apa saja dengan aku tak kisah brand apa janji aku yang jual.
Jadi, awal-awal bisnes tu takdelah sesak sangat nak dapat sales sebab dah tau nak jual kat siapa.
Cuma kena kembangkan slowly, sebab takkan nak harap kat customer yang sama je beli dengan aku kan.

So, kalau ikut kes aku kat atas ni, aku sejenis yang berhenti makan gaji dulu, baru buat bisnes.
Ini kes number 1.

Ada je kawan-kawan aku yang sambil makan gaji sambil buat bisnes.
Yang jual kain pasang, yang jual branded stuff, yang buat cake, yang buat bisnes runner.
Boleh je, cuma jangan guna harta company bos kau untuk buat bisnes sendiri dah la ya. Tak berkat.

Tapi aku ada kes number 2 too.
Iaitu peralihan zaman antara waktu aku buat biotek dengan zaman aku start GreenAard.
Aku start GreenAard masa aku tengah run biotek.
Waktu ni Biotek masih core bisnes, GreenAard cuma part time bisnes.
GreenAard totally different sebab market berbeza, marketing approach juga berbeza, competitor berbeza dan produk pun berbeza.
But the good thing is, walaupun market berbeza tapi aku ada marketing medium yang agak strong iaitu blog.
Kalau masa biotek dulu, cara nak marketkan produk adalah dengan keluar jumpa potential customer, ketuk pintu makmal and call untuk buat demo appointment.
Dengan GreenAard aku marketkan kat blog je dulu.
Bila dah stabil, baru aku tinggalkan Biotek.

So maknanya, aku ada both pengalaman.
Pengalaman buat part time bisnes dulu then baru berenti kerja.
And also pengalaman berhenti kerja dulu then baru start bisnes.

"How to start?"

Nak start, maknanya kena start lah. Selagi tak start takkan jalan.
Cuma sebelum start mesti ada planning dulu.

Dulu, before aku benti keje, aku cari dulu satu brand untuk aku carry.
Bila dah berjaya dapat sole distributor untuk that brand, baru aku berhenti kerja. Aku perlu ada new brand in hand untuk promote kat customer.
Kiranya ini sebahagian dari planning aku sebelum jump into bisnes.
Sebab aku tau kalau aku run bisnes nanti, customer aku and customer bos aku adalah orang yang sama.
Takkan aku nak jumpa customer promote the same brand (brand bos aku) tapi dengan harga yang jauh lebih tinggi. Sah-sah customer takkan beli punya. What's the point beli same produk with higher price kan.

Jadi, aku perlukan new brand.
Bila ada new brand in hand, ada la reason untuk aku kerja kuat sikit.
Aku nak create engagement sebenarnya.
Bila customer try sample produk, ada lah alasan untuk aku datang lagi jumpa dia lepas tu.
Alasannya follow up gitewww.
Kalau aku jual produk yang sama macam produk bos aku, mati la aku.
Aku yang kehulu hilir jumpa customer promote barang tapi disebabkan harga aku lebih tinggi nanti customer beli direct ngan ex-bos pulak. Padahal aku yang berlelah promote kat customer.
So, bila ada new brand untuk aku promote, strong la sikit kedudukan aku.

Maksud aku kat sini, kalau nak start, mesti ada planning.
Tapi plan takyah beria-ia sangat. Ada 1-2 plan, jalan terus. Tak payah nak perfect segala benda baru nak jalan. Ambik yang perlu je.
Kena start dulu baru kita tau kat mana kelemahan and kelebihan kita.
Bisnes bukan teori tau. Ini praktikal.
Kalau kau baca buku marketing, pi seminar sana sini, tapi kalau tak start, kau takkan tau macamana nak berbisnes jugak. Jadi start je lah.
Kadang-kadang too much input pun buatkan kau jadi bengap jugak.
Asik kumpul ilmu je buatkan kau rasa masih belum cukup berilmu jadi kau takut nak mulakan.

Masa aku start bisnes biotek dulu, aku cuma ada laptop, printer-copier-fax (3 in 1) and new biotek brand (sole distributor).
Stok takde kat tangan tau. Hanya ada sample produk je.
Berbekalkan 3 bendalah ni, aku start XZIZ Biotech.
Nama company cam gempak. Jumpa customer dengan muka konfiden. Padahal ada 3 barang je in hand. Hahhaaha.
Opis takde, guna alamat rumah je. Takde pekerja.
3 benda tu je lah aku punya 'planning'.
Oh ada lagi satu - muka tebal.
Ini paling penting. Muka kalau tak tebal takleh jadi sales.
Berbekalkan muka tebal ni la aku angkut sample dalam cool box dan panjat setiap bangunan makmal, ketuk pintu untuk jumpa lab manager nak promote new brand.

Rejection? Banyak gila.
Itu standard la, new produk kan. Selalunya yang rejek ni new customer. Dia tak kenal aku lagi.
Tapi ada jugak yang willing nak cuba sample aku tu.
Mana-mana yang ambik sample, aku akan follow up 3-4 hari kemudian.
Bukan call tau, tapi jumpa sendiri dorang. Face to face.
Ada yang tak sentuh pun lagi sample, ada yang "Alah, saya lupa mana saya letak sample tu" but ada juga yang jenis suka mencuba.
Ko just imagine, aku drive dari KL pi Penang, bila jumpa dia, dia cakap lupa mana letak sample. Pastu mintak lagi new sample kat aku dengan muka sardin. Lazat betul muka dia aku rasa masa tu. Nak je aku cincang buat lauk.

Tapi takpe, tak rugi masa pun.
Sebab kat Penang tu bukan dia sorang yang aku jumpa. Aku boleh jumpa customer lain and boleh ketuk pintu makmal-makmal lain untuk promote.
Itu semua pengalaman berharga.
Kalau laluan ke puncak tu smooth, bila jatuh, kita akan jatuh terduduk.
Tapi kalau kita merangkak, tergostan sikit, bangun, pastu tergolek sikit, lama-lama kita kebal and dah tau what to expect in future.

Aku punya first order waktu tu datang dari UPM.
Student Vietnam buat PhD yang order. Amount RM3000+.
Seronok gila weiiii. Walaupun selama ni aku close deal puluh-puluh ribu tapi itu masa makan gaji.
Bila berjaya close deal new produk yang aku carry from scratch, walaupun RM3000, fuhh dia punya seronok macam dapat komisyen RM30K!
Lepas dapat first order baru aku bawak masuk stok.

Masa tu baru start pikir apa cara nak bawak masuk stok dengan lebih murah?
Jauh kot nak order dari Cape Town. Berat pulak tu, mesti mahal caj.
Aku try contact distributor Singapore tanya if boleh share parcel.
Maknanya order dari Singapore and Malaysia masuk dalam satu parcel.
Tapi parcel akan masuk Singapore dulu, baru re-pack and masuk kat Malaysia pulak (consolidate shipment).
Then tanya pulak distributor China boleh tumpang tak warehouse, bayar sewa warehouse je lah kiranya.
Benda-benda macam ni ko takkan dapat kalau kau asik join seminar dan baca buku marketing 24 jam tapi tak start apa-apa.
Kau kena start then along the way baru kau akan blaja macam-macam.
At the same time aku create network dan new frens.
Distributor aku kat China tu la yang tolong carikkan shawl untuk aku masa aku berjinak-jinak nak jual shawl dulu.

Masa aku start GreenAard sebagai bisnes part time, bisnes biotek aku dah stabil.
Aku boleh je teruskan bisnes biotek ni, tapi aku gatal nak try bigger market iaitu market orang awam pulak. Rasa dah lemau kot keluar masuk lab.
Jadi aku start plan untuk produce own produk.

Planning GreenAard ni aku prepare lama sikit berbanding planning XZIZ sebab segala-galanya baru.
Customer baru, market baru, produk baru. Takde yang sama dengan apa yang aku dah buat sejak 2003.
Planning aku start dari tahun 2014.
Aku start jumpa pakar kosmetik surgery (Dr Azhar) untuk blaja tentang weight loss.
Dia banyak buat surgery buang lemak, betulkan tetek, montokkan bontot.
Tapi tahun 2014 tu dia dah pencen (tapi umur 40 an je). Selama ni dia keje and tinggal kat London, dah pencen balik Malaysia.
Boleh katakan kerap jugak aku tadah muka aku jumpa dia untuk blaja tentang lemak, anatomi badan manusia and weight loss. Dengan dia aku discuss formula.
Lepas aku dah ada idea apa nak buat, dah ada formula, then baru start.
Dalam setahun lebih jugak baru aku release GC Plus (produk pertama GreenAard).
Masa ni aku buat GreenAard sebagai part time je. Tapi bila dah nampak ada jalan, baru aku stop Biotek.

Jadi, sebenarnya nak start bisnes ni kena plan and start.
Plan takyah beria sangat sebab kalau beria plan itu ini itu ini kadang-kadang abis kat plan je. Jalannya tak gak. Kena buat dulu. Belum tentu berjaya, tapi sekurang-kurangnya kita dah mula.
Daripada dok pikir how to start how to start tapi tak start-start.

Kalau rasa nak buat kuih/kek. Buat.
Takyah beria nak start dengan kek yang gempak-gempak.
Buat je kek basic-basic dulu. Buat sample, pass around kat opis.
Jangan ikut-ikut orang.

"Alah, orang lain semua dah buat brownies kedut, dah buat kek lava, aku baru nak jual kek marble. Ada ke nak beli?"

Jangan sabotaj diri sendiri. Buat je.
Berapa ramai sangat yang nak makan brownies kedut ngan kek lava? Takkan satu Malaysia kot.
Aku sendiri tak pernah makan brownies kedut ngan kek lava.
Market marble kek bodoh tu masih ada. Ada je orang yang nak beli nanti. Jadi, jalan terussssss.



Semalam another artikel appear kat BH. Kali ni Makeup Remover.
Dan bersempena dengan releasenya artikel ni kat paper, GreenAard buat 3 days offer khas untuk siapa yang nak try Makeup Remover size kecik. Dari 19-21 September je. Offer ni takde kat website. Kena whatsapp. Tapi untuk blog reader, aku sediakan form.

SM : RM33 (harga asal RM39)
SS : RM37 (harga asal RM43)


Isi form kat bawah


Name
Email Address
Package RM33/botle (Semenanjung)
RM37/bottle (Sabah/Sarawak)
Quantity
Address
Phone



posted by aveo757 @ 8:52 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER