walk on wings, tread in air: Siapa yang berubah sebenarnya <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Siapa yang berubah sebenarnya
2017-03-03


Terima kasih.

Tapi jubah bukan jadi ukuran ketakwaan dan kemuliaan peribadi seseorang.
Yang jadi ukuran adalah bagaimana kita faham tentang nilai ilmu, menghayat Islam dan sejauh mana ia diamalkan. Jubah boleh dibeli tanpa ada syarat pemakai. Tapi akhlak dan peribadi tak boleh dibeli.
Jadi, jangan jadikan pakaian kita sebagai tahap kita ukur jauh atau dekatnya kita dengan Allah.
Asalkan formulanya kita ikut = longgar, labuh dan tutup semua kecuali muka dan tapak tangan - dah memadai. Tak berjubah pun tak apa.

Sebenarnya aku dapat email macam ni hari-hari.
Terima kasih sebab perhatikan 'evolusi' seorang Diana 😊.
Tapi sebenarnya, dalam kisah evolusi aku ni, En Wan yang lebih banyak berubah.
Tapi sebab highlite of the story adalah aku, jadi orang tak perasan En Wan.

Aku ni lebih kepada "terkehel" dan pulang ke pangkal jalan.
Macam En Wan memang berubah dari NO kepada KNOW.

Masa aku kenal En Wan aku memang dah on-off bertudung.
Aku pakai tudung kat UNIMAS je, balik rumah tak pakai pun. Kadang-kadang je lah.
En Wan pernah bagitau dia tak suka kat perempuan bertudung biar cantik macamana pun.
Dia kata selalunya kalau perempuan bertudung lalu dia akan tunduk atau pandang tempat lain.
Dia cakap perempuan bertudung ni orang baik-baik, tak layak dengan dia.
Lagipun tak baik mengorat perempuan bertudung. Jangan ajar budak tu jadi jahat dia kata.
Macam tu lah konsep En Wan terhadap pompuan bertudung.

Dan disebabkan dia rasa diri dia jahil, maka dia fokus pada pilih pompuan yang jahil jugak (agaknya la).
Sebab tu dia lagi suka kat pompuan yang sexy (ni dia yang confess sendiri).
Dia suka kat pompuan yang pandai bergaya dia kata.
Aku pernah cakap "Pompuan bertudung pun boleh bergaya la".
Dia kata "Memang boleh tapi tak kena".
Aku tak berapa faham apa maksud "tak berapa kena" tu.
Maybe maksud dia kalau kau dah bertudung tu pakailah sopan, takyah pakai ketat-metat ni semua.
Maybe camtulah.

Sebab tu aku tak berapa heran and ambik port sangat apa orang cakap and kutuk pasal aku dulu.
Aku pakai singkat ke, aku pakai nampak cleavage ke, aku kaler rambut ke - semua aku tak ambik port.
Sebab aku buat because laki aku approve dan dia suka.
Jadi fokus aku hanya nak bagi laki aku happy.
Masa tu aku punya konsep "Kalau suami suka, Allah suka". Gitu kau konsep aku.
Statement tu betul dah tapi cara tu salah.

Masa tu aku macam pelik jugak apesal korang ramai-ramai kutuk aku?
Laki aku yang suka aku pakai macam ni tapi kau pulak yang mendidih.

Tapi En Wan ni walau dia 'jahil' tapi dia ada common sense.
Kalau balik Tganu dia tak kasik aku pakai dedah-dedah.
Kalau pi kenduri tetap kena sarung selendang kalau taknak pakai tudung.
Dua ajar aku macam tu.

Tahun 2010 aku start bertudung.
Masa tu aku yang tergerak nak bertudung after beberapa episod dapat mimpi yang pelik - aku penah cerita pasal ni dulu. Malas cerita lagi.
Aku bagitau En Wan aku nak bertudung.
En Wan setuju tapi dia bagi syarat - Tutup hanya kat luar, dalam rumah mesti pakai pakaian yang sama macam dulu.
Aku ikut cakap dia, as long as dia suka.

Kalau kita nak orang berubah, kita kena berubah dulu.
Jadi bila aku dah mula bertudung, lama-lama, En Wan yang tak berapa selesa bila aku bershort berspageti strap kat rumah sebab waktu tu mak mertua aku dah duduk sekali.
Dia kata pakaian aku too sexy untuk mata orang tua walaupun mak mertua aku tak kisah.
Slowly aku buang short and mini skirt terus.

Sikit-sikit aku ubah cara berpakaian aku dari seluar ketat ke pants yang longgar.
Aku pastikan seluar tu walau longgar tapi bergaya.
Aku spent banyak kat baju.
Sebab bila aku nak ubah ke pakaian yang lebih longgar tapi cantik, kebanyakkannya ada kat brand yang mahal. Serious tak tipu. Kalau nak cari baju-baju yang longgar tapi cantik memang harganya mahal.
Tapi sebab nak pastikan En Wan approve cara aku berpakaian, aku gigihkan juga spend banyak duit kat baju.
Lama-lama En Wan selesa dengan gaya aku - longgar tapi bergaya.

Aku spent kat tudung Ariani beribu sebab nak pastikan En Wan 'selera' tengok bini dia walau bini dia bertudung.
Sikit-sikit aku cuba labuhkan tudung.
Pakai shawl lebih mudah nak adjust labuh tudung.

Cut story short, sampailah aku decide untuk berjubah hitam terus - itulah moment paling best bila En Wan setuju.
Bayangkan dari someone yang totally reject perempuan bertudung, now dia lah yang paling jaga cara aku berpakaian.
Kalau ada lelaki datang rumah, dia akan cari aku dulu - "Ada orang kat luar, pakai tudung".
Kadang tu kalau aku kebetulan kat dapur and ada orang kat depan, dia akan berlari naik atas capai tudung untuk hulur kat aku "Kawan abang datang, pakai tudung ni".
Kadang tu kalau kat Tganu tetiba ada orang lelaki datang, dia akan masuk bilik "Takyah keluar lah, kawan abang kat luar". Selamattttt aku takyah buatkan air. Kahkahkah.

Aku tak terdidik untuk hamun or pandang slack kat orang yang free hair.
Sebab aku pernah ada pada tempat dia satu masa dulu.
Aku pernah rasa macamana aku dikutuk atas sebab yang aku tak pasti - adekah kau kutuk aku sebab aku berpakaian macam tu atau sebab kau yang tak dapat berpakaian macam tu?

Mungkin ada yang sedang lalui situasi macam aku  dulu - suami tak suka isteri bertudung.
Aku tak pasti apa cara yang paling baik untuk seimbangkan situasi ni.
Macam aku dulu, apa yang aku terdaya buat is ikut selera suami dan dalam pada yang sama solat and mengaji tu buat - mudah-mudahan Tuhan kesian kat aku dan faham situasi aku masa tu.
Malangnya pompuan macam ni selalu je kena kutuk tanpa orang tau apa yang berlaku disebaliknya.

Hidayah tu kan milik Allah.
Ada orang dapat hidayah pada cara berpakaian.
Tapi malangnya hidayah hati belum sampai, sebab tu always ada buruk sangka kat orang.

Ada orang hidayah berpakaian belum sampai tapi hati dia Allah jaga supaya tak berprasangka.
Sebab itulah selalunya orang sebegini macam artis-artis yang pernah sexy, bila dia terima hidayah untuk berubah, perubahannya sangat memeranjatkan.
Tapi bila dia berubah nampak drastik, orang label dia sebagai extreme pulak.
Orang tu berubah slow-slow kau marah.
Orang tu berubah drastik pun kau mengata.
Abis ko nak yang macamana skarang ni?

Alhamdulillah, nampaknya apa yang aku 'laburkan' dulu - duit nak beli baju mahal-mahal sebab nak jaga hati suami dan telan semua kutukan-kutukan yang diterima - akhirnya Tuhan bagi sesuatu yang tak dapat aku beli kat mana-mana.
Tak apa kalau kita hanya bermula dengan stokin.
Atau dengan tudung singkat.
Takpe, yang penting kita istiqomah.
Kalau kita istiqomah, Tuhan mesti akan tunjukkan jalan and lembutkan hati kita untuk jadi lebih baik dari sekarang.



By the way, ada terima sms ni?
Ni kita blast lagi sekali as a reminder.
Ok kalau belum redeem, silakan.
Ada masa lagi.
Tak paham kalu, whatsapp nombor tu.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

posted by aveo757 @ 3:15 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER