walk on wings, tread in air: Mak kita akan backing kita. Bapak kita akan favor pada anak sendiri. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Mak kita akan backing kita. Bapak kita akan favor pada anak sendiri.
2017-03-07



Lama dah email ni, bulan Jan lagi.
Sorry lambat reply.

Makin lama aku hidup, makin banyak cerita-cerita macam ni aku jumpa.
Menunjukkan bahawa masalah rumahtangga tu kadang-kadang bukan berpunca dari suami dan isteri tapi orang luar. Sometimes laki bini tu elok je, walau suami sendiri willing nak sidaikan baju atau suami yang sengaja taknak kejutkan isteri bangun tido - tapi orang lain yang pedih mata tengok. Yang ni memang biasa. Especially kalau mak kepada suami. Selalunya mak suami akan lebih 'berbulu' dengan isteri kalau nampak anak dia pulak yang banyak uruskan rumahtangga. Walhal anak laki dia tak kisah pun.

Kalau dapat jenis mak mertua yang faham, takpe.
Kalau dapat jenis yang perati je isteri buat apa, memang payah sikit la kau hidup.
Selalunya mak-mak macam ni adalah mak yang sejak zaman mudanya mempraktikkan semua benda di rumah dia buatkan untuk suami dan anak-anak lelaki. Jadi, bila dia boleh buat, dia akan ada anggapan kenapa menantu aku tak boleh macam aku buat dulu? Kenapa menantu aku tak boleh jaga anak laki aku macam aku jaga laki aku dulu?

Aku nak respond pada email ni pun serba salah.
Sebab everyone has its own story.
Tapi bukan lah bermakna aku tak percaya apa yang reader ni bagitau.
Kesian jugak dengan dia kalau betul dia dianiaya macam tu oleh family suami.

Tapi ikut pengalaman aku yang tak berapa banyak pengalaman ni, baru 16 tahun kawen, kebanyakkan masalah rumahtangga boleh selesai kalau yang duduk berbincang hanya suami dan isteri je. Orang lain jangan dibawak masuk berbincang. Serius! Walaupun mak bapak sendiri.
Of cos mak bapak kita akan favor pada kita.
Dan mak bapak suami akan lebihkan suami.
Kat situ je dah ada conflict personal interest.
Setakat nak cerita, boleh. Tapi kalau ambik pendapat keluarga selalunya akan jadi bias.
Tak percaya try la cerita masalah korang ngan laki/bini kat mak bapak masing-masing. Dan-dan dorang berbulu je ngan spouse korang.
Sama la ceritanya kalau kau cerita pasal si anu kat kawan, yang berbulu lebih mesti si kawan tu.
Sebab tu ada masalah apa-apa, settlekan dengan orang yang berkenaan.




Status aku semalam.
Kebetulan pulak semalam aku naikkan status ni.
Ni pun salah satu contoh argument aku ngan En Wan dulu.

Selama 2 tahun lebih ni rumah aku dah beberapa kali plumber masukkan clear-kan clog.
Ni bukan clog kat sinki tau tapi kat saluran bawah lantai terus.
Kadang-kadang, melambak-melambak air keluar dari lubang lantai dapur.
Kelmarin naik kat lubang lantai bilik air bawah. Aduii, memang ngeri.
Bayangkan pernah satu pagi tu turun bawah lantai dapur banjir!

Aku memang dah boleh bajet la puncanya apa tapi tak sampai hati nak ulang-ulang depan mak mertua. Pernah sekali tu masa dia balik Tganu, aku pam sinki sampai naik bicep-bicep aku, melompat-lompat keluar sisik ikan lah, nasik la, tulang ikan, isi sotong. Memang stress. Aku takleh buat time mak mertua aku ada takut dia kecik ati. So aku tunggu everytime dia balik Tganu baru aku overhaul apa yang patut. Penah sekali tu aku cuba cakap "Agaknya saluran bawah lantai ni tersumbat sebab ada sisa makanan atau bekas-bekas isi ikan kot, Mak".
Mak mertua aku dengan pantasnya cakap "Eh, takde. Mok kutip semua sisa buang. Ni agaknya lubang taik penuh kot". Kahkahkah.
Hari-hari dia suruh kitorang call IWK check manhole belakang kot-kot taik penuh.
En Wan layankan je pi call IWK datang check manhole belakang rumah.
3-4 orang IWK datang pi bukak lubang tu.
Memang betul pun takde. Tapi aku diamkan je.
Panggil plumber, plumber cakap sisa makanan tersumbat.

Ada satu kali tu tersumbat lagi.
Mak mertua aku cakap "Agaknya tanah ni mendap. Bila tanah mendap, paip bawah ni senget jadi air tak jalan betul. Sebab tu tersumbat".
Aku diamkan je.
Esok panggil plumber.

Kalau nak ikutkan rasa, boleh sakit jiwa.
So, jangan layankan sangat rasa tu.
Settlekan dengan En Wan.
Aku cakap "Camana ni bang? Tak sudah jadinya macam ni asik kena panggil plumber. Jenuh la nak mengemop sementara nak tunggu plumber datang".

Akhirnya kitorang sepakat - biar je lah.
Bukan biar tersumbat, tapi biarlah jangan ditegur-tegur mak. Takut nanti kecik ati.
Tak berbaloi pulak rasanya disebabkan saluran tersumbat, esok aku mati merana sebab mak mertua tak redha. Takpelah, En Wan kata biar dia yang bayar duit plumber. Ok fine.
Tapi pasni aku nak beli grinder tu pasang bawah sinki senyap-senyap. Thank you pada follower FB yang bagi suggestion.

Hidup berumahtangga ni kalau kita berdua je laki bini, memang senang.
Tapi sebab dia datang sepakej dengan keluarga mertua dan ipar duai, jadi nak taknak kena hadap.
Mungkin itu caranya Tuhan ajar kita bersabar dan redha.

Mak Aji agak hairan jugaklah aku tak kisah kalau keluarga En Wan beramai-ramai datang lepak kat rumah aku. Biasa la kan, mak kita. Mesti dia kesiankan kita.

"Larat ke kau nak layan orang ramai-ramai balik keje penat-penat?"
"Abis kau masak pagi petang ke?"
"Penuh la rumah kau pagi petang ada orang je, boleh berehat ke kau ni?"

Sebab tu aku cakap, mak kita akan backing kita.
Bapak kita akan favor pada anak sendiri.
Jadi, kalau kita 'hanyut' dengan kata-kata dorang ni, dalam tak sedar kita boleh bergaduh laki bini.
Sekadar ambik panduan boleh, tapi perlu adjust nasihat dorang tu sesuai ke tak kalau aplikasikan dalam masalah kita ni.

Alhamdulllah, aku memang takde hal sangat bab sedara-mara nak datang kat rumah.
Aku punya konsep, kalau aku sempat aku masak, kalau tak sempat aku ajak dorang makan kat luar. Kalau tak sempat jugak aku tapau lauk je. Settle.

Selalunya, yang hadapi masalah dengan ipar duai atau mak mertua, 95%-nya yang baru berumahtangga less than 5 years. Memang ada yang dah menjangkau 10-15 tahun masih lagi ada masalah dengan keluarga mertua, tapi tak ramai. Dan selalunya bila dah masuk tahun ke-10, mertua pun dah tak larat nak kondem heavy-heavy lagi.

Aku ngan En Wan pun tak terkecuali.

Mak Aji tu dulu cukup anti dengan orang pantai timur.
Padahal sepupu sepapat dia ramai je kat Kelantan tu. Elok je hu ha hu ha kalau berjumpa.
Tapi bila dia dapat tau aku berkawan dengan orang Tganu, terus menyirap.
Memang tak berkenan lansung ngan En Wan ni.

Aku pun sama.
Masa aku kawen ngan En Wan dulu, dalam klorga dia belum ada yang kawen ngan orang luar dari Tganu dan Kelantan.
Kawen sesama dorang je. Tak Tganu, Kelantan.
Alih-alih En Wan bawak balik aku.
Dah la orang luar, tak pakai tudung lak tu, rambut karat lak tu, kulit itam lak tu.
Ko rasa dorang leh terima aku on the spot?
Takde maknanya.

Aku boleh rasa beza penerimaan klorga En Wan dulu dan sekarang.
Aku rasa En Wan pun rasa benda yang sama masa mula-mula kawen dengan aku dulu.
Kak Long aku (kakak En Wan) penah cakap "Dulu Kak Long ingat Diana ni tak leh buat berkira orangnya, rupanya boleh je".

See?
Bila kita masuk dalam 'kawasan' orang, kita bukan saja kena pandai bawak diri tapi kena bagi peluang orang lain kenal kita. Bagi dorang ruang dan masa untuk kenal kita. Keserasian memang akan ambil masa. Apa ko ingat aku tak pernah dengar orang belah sana sok sek sok sek pasal aku dulu? Kalau pi beraya rumah sedara-mara En Wan, ada je lah mata yang memandang pastu sok sek sok sek. Bila aku lalu sebelah, masing-masing senyap. Citer pasal aku lah tewwwwww.
Tapi aku kan bangsa buat dek. Lantak kau lahhhh. Janji laki aku ok ngan aku. Nanti lama-lama dorang kenal kita, kita pun faham perangai masing-masing, kita akan ok. Jangankan kata klorga mertua, dalam klorga kita sendiri pun mesti ada satu dua orang yang perangai macam jamban. Tapi kita boleh terima kan? Sebab kita dah faham yang memang dia macam tu, jadi kita biarkan.

Sang Nila Utama pun penah cerita kat aku masa wife dia bersalin anak sulung, mak dia taknak masakkan apa-apa pun sampaikan bini dia berpantang berlapar. Kena turun tangga buat makanan sendiri. Tapi dia settlekan dengan wife dia baik-baik, and wife dia cuba fahamkan keadaan. Now, dah berderet pun anak. Mak mertua pun dah ok dah.

Aku rasa benda ni benda normal.
Yang penting apa je masalah jangan bagi orang luar pengaruhi kita walaupun mak bapak sendiri.
Dengar nasihat boleh, tapi perlu ada pertimbangan dalam buat keputusan.
Jangan sampai orang luar pulak yang akan membentuk halatuju rumahtangga kita.



WEDNESDAY SPECIAL.
1 HARI JE.
Whatsapp only. RM33/botol (Semenanjung) & RM40 (Sabah/Sarawak). Net price. Takde tambahan caj lain.
Kalau korang baca entry ni melalui desktop, please whatsapp 012-7728976
Kalau melalui henfon, klik sini untuk whatsapp : http://www.wasap.my/6012-7728976




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

posted by aveo757 @ 4:25 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER