2016-12-01

Rayyan bersunat


Ok, Rayyan dah selamat bersunat Selasa 29 Nov 2016 dengan jayanya.
Macam biasa, aku tak ikutlah kalau bab-bab melibatkan spital ni.
Redza bersunat, Ibal ambikkan video, jadi dapatlah aku tengok moment-moment dia nak 'disembelih' tu. Tapi Rayyan, hanya dia, En Wan and mak mertua aku je pegi jadi tak dan nak rekod bagai.

Aku tak boleh pegi nanti tetiba aku sama naik terbaring sebelah Rayyan.

En Wan telah menipu anak beliau malam sebelumnya. Dia kata esok pagi bangun awal sebab nak beratur kat skolah beli buku and alat tulis nak masuk Darjah 1. Rayyan ni kalau bab masuk kedai buku memang cukup suka. Pukul 6.30am dia dah masuk bilik aku mintak aku mandikan dia. Excited gila ni. Tak tau jap lagi kote kau kena siat.



Riang kan?

Ni gambar sebelum persunatan dijalankan.
En Wan kata masa sampai poliklinik ni (poliklinik Syaik, Kota Kemuning), dia dah tanya apesal pergi sini? Kata nak pergi beli buku.
En Wan kelentong dia cakap nak check lutut dia. Lutut dia kan ada bekas parut ekzema so bagitau Dr nak tengok kejap. Oklah dia ikut.

Pastu mintak sarung kain.
Lagi sekali dia tanya apesal nak kena sarung kain.
Rayyan ni memang banyak soal sikit. Dia tak macam Redza, Redza ni jenis obey apa kita suruh. Sebab tu manjang je bila aku tanya jawapannya "Tak pasti", sebab dia memang bangsa ikut je, Dia malas nak question.
Adik dia ni jangan buat main-main, semua benda dia nak kepastian. Tu yang aku selalu selotape je mulut dia tu banyak nau bertanya. Penat aku nak jawab.

Kebetulan ada beberapa orang yang keluar dari bilik rawatan, berkain pelekat. Dah settla sunat.
Jadi bila dia nampak orang lain pun pakai pelekat, dia pun sarung la pelekat.

Pastu giliran dia masuk.
Dia nampak katil je, dia dah nangis. Kah Kah Kah.
Dia dah terasa ada yang tak kena.
En Wan pujuk dia, pegang kepala dia, nurse pegang kaki, sebab doktor bius nak cucuk.
Bius tu sakit kot, dia nangis jugak tapi takdelah meraung.

Ok done doktor bius, dia ingatkan dah settle.
Sekali dokter sunat masuk pulak.
The moment Dr tu datang dekat je dia tanya Dr tu.
Kau mampu? Dia yang tanya Dr okeh!
"Kata satu aje, kenapa dua?" (kata sekali je, kenapa nak 2 kali sunat?)
Sebab dia nampak 2 dokter so dia ingat 2 kali sunat padahal yang tadi tu bius je.
Nurse dengan dokter gelak bila dia tanya.
Baru satu kali kena soal boleh la nak gelak-gelak kan. Ce duduk serumah ngan aku, kau layan dia punya soal dari pagi sampai ke malam aku nak tengok larat gelak ke tak.



Dipendekkan cerita - begini lah.
Keluar je dari bilik rawatan, nangis mintak nenek susu.
Nenek pun rupanya amat memahami. Dah siap prepare susu rupanya.

Rayyan sama macam Redza.
Dah nak masuk Darjah 1 masih membotol lagi.
Takpe, aku biarkan. Selalunya Rayyan takkan minum susu kat public, dia malu.
Tapi semalam stress agaknya, sakit. Terus lupa.
Redza pun stop botol masa pertengahan Darjah 1.
Cuma dia tak minum susu, tapi minum Ribena dalam botol susu.

Pukul 9.40am aku dapat whatsapp gambar ni dari En Wan.
Lega rasanya. Dah settle satu bab.
Mak mertua aku jenuh saiko aku ngan En Wan supaya cancelkan je sunat sebab dia kata Rayyan kecik lagi.
Aku bagitau mak, Redza pun dulu sunat umur 6 tahun gak, tapi disebabkan masa tu Redza dah ada adik, jadi kita nampak macam Redza tu dah besar. Rayyan ni bongsu, forever nampak dia kecil dan always tak ready. Tak boleh macam tu, kita redah je. Esok lusa kalau dah bersekolah, dah mula kawan, dah mula bercerita itu ini, dah makin takut sebab dah pandai imagine yang bukan-bukan.



Elok je ha pun naik tangga turun tangga keluar masuk bilik aku layan iPad and henfon mak dia. Takde hal. Tapi ubat kena bagi ikut waktu sebab ada ubat tahan sakit. Aku taknak dia meragam je nanti kalau sakit.



Anak kera setia menemani.

Dokter kata insyallah Sabtu ni akan jumpa lagi sekali untuk bukan clamp.
Pagi tadi dah mula mandikan, ok je.
Tak bengkak, mudah-mudahan cepat la baik luka tu.
Sebab minggu ni anak sedara aku si Jannah kat JB tu balik Bangi.
Rayyan suka main ngan Jannah. Jadi kau kena sembuh cepat-cepat nanti si Jannah takde geng nak main.



Ni video Redza bersunat 6 tahun lepas.
Kemain lagi terkinja-kinja.
Lepas keluar bersunat terus menung je. Hahahahah.




Lupa aku nak naikkan THANK YOU note kepada semua yang datang je booth GreenAard/Fleur by Mrs Him kat Ipoh baru-baru ni.

Aku tak dapat datang sebab clash dengan orientasi Rayyan masuk Darjah 1.
Jadi En Wan and the rest je pergi.
Kalau ikut hati aku, lepas balik settlekan hal Rayyan aku boleh je shoot pi Ipoh. 2 jam je kot drive tapi esoknya pulak Redza mendaftar Kem Tahfiz seminggu.
Memang takde rezeki la nak sampai Ipoh.

Aku nak ucapkan terima kasih pada yang datang ke booth.
Ada antaranya kenal aku, antaranya new customer yang sah-sah tak kenal aku.

En Wan kata customer GreenAard kebanyakkannya malu-malu nak diajak bergambar sebab ye lah aku paham. GreenAard ni sinonim dengan Weight Loss. Jadi malu lah kalau nak bergambar nanti orang tau pulak dia beli GC Plus. Takpe, takdehal. Yang penting beli :).

Cuma tu lah, hari tu kan aku buat promo GreenAard free gift.
Lepas buat sms blasting tu ramai gila yang respond nak beli.
Ayat kat sms tu "Pembelian GreenAard RM75 ke atas berpeluang dapat free gift" - something macam ni la ayat dia.
Bila admin aku bagi jumlah untuk dibayar RM90 (harga GC Plus), ada yang marah, "Apesal RM90 pulak? Kata RM75?".
Hahahahahaha.

Bila sebut GreenAard, orang terbayang main produk iaitu GC Plus. Orang tak terfikir pun yang GreenAard tu hanyalah nama brand.
Anyways, thank you, tapi lepas ni jangan marah-marah dulu tau.
Baca dulu sms tu betul-betul. Ngeee.