2016-12-08

Ada perkara yang di luar kawalan kita.



Kesian reader ni.
Dia ada DM aku kat IG, tapi biasalah aku kan, mana reti nak tengok DM DM ni semua.
Kalau tengok pun pastu aku lupa nak reply sebab dok ralit baca DM yang bertimbun.
Last-last dia email aku pulak. Sorry. Akak kau ni memang macam ni.

Panjang email dia, tapi aku taknak cerita pasal masalah dia.
Tapi nak jawab apa yang dia tanya (aku highlitekan merah).

Broke up dengan boifren, sakit dia lain macam.
Aku pernah rasa jadi aku tau camne dia punya sakit.
Dalam situasi aku dulu, aku bukan rasa sakit sebab komitmen tu hilang. Tapi aku rasa sakit sebab aku terasa macam aku dah buang masa bercinta bertahun-tahun tapi at the end takde hasil.
Tang buang masa tu yang aku paling menyampah dan rasa sakit hati sangat-sangat. Regret betul.

Stress memang stress.
Nak pulak dalam kes aku, exbf aku ada 'masalah' sikit. Bertambah lah stress.
Tapi masa tu aku memang bersabar. Series, aku pun tak tau mana datang kesabaran aku berdepan dengan situasi macam tu. Sebenarnya kalau ikut hati aku, the moment aku pandang muka dia ringan je tumit aku nak hayun kat muka dia. Tapi aku sabarkan diri sebab nak deal dengan manusia bermasalah, takde jalan lain melainkan sabar. Sebab tu bila orang cerita tentang masalah kat aku, aku always nak cakap "Cuba bersabar...", tapi aku sendiri tau bukan semua orang mampu bersabar.

Bukan semua perkara kita nak persoalkan kenapa jadi macam tu, kenapa boleh jadi macam ni.
Sebab ada perkara yang di luar kawalan kita. Tak boleh nak kontrol. Kalau benda dah nak jadi kita nak buat camana.
Kena faham yang setiap sesuatu yang terjadi yang tak sesuai dengan kehendak kita, semuanya adalah salah satu bentuk kasih sayang dari Allah.

Allah kata kau usaha, kau dapat.
Tapi DIA juga kata, kau meminta, AKU memberi.
Jadi, kalau kita dah usaha bermati-matian nak dapatkan sesuatu, spend hours, spend money, tapi apa yang kita nak tetap tak tercapai, pada saat itu kita kena belajar terima hakikat yang apa kita nak sebenarnya tak sesuai untuk kita.
Sebab tu masa berdoa kena mintak "Ya Allah, jika apa yang aku sedang usahakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah, jika ia buruk untukku dan agamaku, maka jauhkanlah, dan gantikanlah dengan yang lebih baik".
Kalau hari-hari doa macam ni, di saat kita tak dapat apa yang kita nak, kita akan rasa lebih tenang sebab kita yakin itu pilihan Allah untuk kita.

Sebab tu apa yang kita usahakan, jangan lupa dengan kata-kata 'semoga' atau 'mudah-mudahan'.
'Semoga' dan 'mudah-mudahan' bukan saja buatkan kita rasa ada kebergantungan pada Allah, tapi menunjukkan kita faham prinsip akidah Islam - tempat kita sandarkan pengharapan kita.
Dari sinilah datangnya tawakal dan pasrah.
Bila kita faham apa itu 'mudah-mudahan', akan buatkan kita jadi lebih bijak memahami takdir Allah, akan mudah nampak hikmah dari setiap kejadian dan tak carried away dengan putus asa.

Skrip hidup kita ni Allah dah karang 50 ribu tahun sebelum DIA ciptakan langit dan bumi.
Skrip dah ready lama dah.
Semua DIA dah siapkan.
Dan DIA tak pernah zalim kat hambaNYA.

Orang kata kalau kita ada suami kat dunia, nanti yang tunggu kita kat pintu syurga adalah suami kita juga.
Habis kalau yang tak berjodoh, siapa tunggu pulak?
Rasulullah saw kata "Aku yang tunggu".

See?
Allah tu adil.
Skrip paling baik memang skrip DIA.

Dulu masa aku skolah, aku tak penah ada couple.
Takde lansung.
Rasa segan gak bila kita ni spesis yang takde sape nak.
Tapi, walaupun aku takde couple, amazingnya kawan-kawan aku lagi ramai lelaki dari perempuan.
And they enjoy berkawan dengan aku.

Masa kat matrik, aku start bercinta.
First love.
Gila kau aku tak excited? Harus excited!
Dah la tak pernah bercinta, sekali bila dah bercinta, cinta tak menjadi lak tu.

Macam terasa Allah cakap kat aku "Kau nak rasa bercinta sangat? Ok AKU bagi. Sedap ke tak? Sakit kan? Tapi kau nak sangat rasa kan?"

Pastu kenal pulak dengan En Wan.
Dah dapat yang ok, tapi long distance pulak. Tak dapat dating hari-hari macam orang lain.

Mana ada Tuhan zalim.
Semua DIA bagi kita rasa sorang sikit.

Petua kalau nak faham hikmah Allah, nak belajar redha, nak belajar sabar - berlama-lamalah atas sejadah.
Ini benda yang aku belajar.
Aku buat dan menjadi.
Jangan tanya "Ye ke jadi?".
Aku dah buat. Memang jadi.
Jadi buat je lah, jangan tanya-tanya dah.

Berlama-lama atas sejadah tu maknanya banyakkan zikir, bersolat, mengaji - cas positif akan mengelilingi kita.
Sebab tu di Mekah and Madinah kita lebih tenang, lebih sabar.
Sebab tenaga positif tu terlampau kuat kat sana.
Kiri kanan orang dok mengaji, zikir, solat.
Badan kita secara otomatik akan menyerap tenaga positif ni.
Otak kita otomatik akan tune ke level alpha.
Tau tak apa jadi bila otak kita tune ke level alpha?
Bila otak dah tune ke alpha, masa tu lah minda bawah sedar kita aktif.
Masa tulah kita dapat berfikir dengan lojik.
Masa tulah kesabaran kita berada pada tahap paling tinggi.
Masa tu tenaga dalaman kita berada paling maximum.

Perasan tak kenapa lepas kita solat, kita rasa lebih tenang and fresh?
Itu adalah kerana otak kita dah tune ke alpha.
Nak lagi best, sujudlah lama-lama.
Waktu sujud otak kita berada pada point alpha paling max.
Saat paling khusyuk adalah bila otak tune ke aplha.
Masa sujud tu luahkan semuanya pada Allah. Nak mintak, mintaklah masa sujud.
The moment kau bangun, kau akan rasa fresh.
Try.

Just yakin yang setiap takdir Allah untuk kita selalu baik, tak kira apa pun bentuk takdir tu.
Takdir yang baik, confirm baik untuk kita.
Takdir yang nampak macam tak menguntungkan kita, sebenarnya ada kebaikan yang Allah 'paksakan' untuk kita terima.
Ujian itu hadir dengan tujuan mendidik kita menuju kesempurnaan diri.
Jangan putus asa dengan rahmat Allah apetah lagi buruk sangka.
Just yakin ketetapan Allah adalah yang terbaik.