2016-04-19

Kalau nak rasa famous, aku dah lama rasa melalui blog aku.



Aku naikkan status ni semalam sebab nak ingatkan aku tulis entry pasal ni.
Kalau tak, nanti aku lupa.

Actually ni respond pada mesej sorang reader/follower kat FB semalam.
Dia ada la cerita sikit tentang isu dia sebagai menantu, bilamana dia usaha jadi menantu and ipar yang baik. Ayat dia "..macamana baik pun kita, bila tiba bab harta, bab duit, menantu tetap orang luar. Takde pun dia ajak kita duduk sekali. Bukan kita nak kaut harta bapak dia pun. Tapi kita ni bukan keluarga ke? Nak tumpang dengar je pun.."

Look, kita menantu.
Macamana baik sekalipun, kita tetap namanya menantu.
Walaupun keluarga mertua cakap kita ni macam adik-beradik sendiri, akan ada satu ketika, dorang selesa bercakap sesama keluarga saja. Pada waktu tu, menantu tak dikira sebagai keluarga.
Itu kita kena terima.
Tak perlu kecik hati.

Kita mula akan berasa kecik hati bila hati kita tak ikhlas buat sesuatu.
Mulut cakap ikhlas, tapi kalau benar ikhlas maka tak perlu ada 'berasa hati", 'jauh hati'. 'kecik ati' bila keikhlasan kita tak dihargai.
Kalau benar kita ikhlas, kita tak harap orang kenang jasa kita.

Of course, sape yang taknak dikenang.
Kita buat baik dengan harapan orang pun buat baik dengan kita.
Tapi tak semestinya semua perkara orang nak kena consider kita.

Aku pun menantu.
Aku pun macam menantu-menantu yang lain, seronok belikan buah tangan untuk keluarga mertua.
Kalau aku pi mana-mana ngan En Wan, aku rasa aku lebih ingat nak beli buah tangan untuk adik-beradik dia berbanding dengan En Wan sendiri.
Tiap kali aku bagi barang tu kat famili En Wan, aku cakap "Nah Kak Long, ni abang (En Wan) belikan".
Even kalau mak mertua aku nak balik kampung pun, aku bagi duit and cakap "Ni abang yang kasik mak, dia tak sempat nak bagi pagi tadi".

En Wan selalu marah aku apesal aku selalu bagi barang or duit gunakan nama dia.
Dia taknak nanti orang ingat dia banyak duit sangat.
Tapi aku pulak rasa aku perlu guna nama dia sebab aku taknak nanti aku harap balasan dari setiap apa yang aku bagi.
Bila aku sedar yang aku gunakan nama En Wan setiap kali aku belikan/bagi sesuatu kat famili dia, itu maknanya aku seolah-olah tak pernah bagi apa-apa. So kalau famili dia tak teringat aku pun aku tak kecik ati.
It's actually one of the way untuk aku didik diri supaya tak harap orang balas apa aku buat. Lebih tenang bila kita bagi dan dalam masa yang sama kita tak perlu kenang-kenang budi kita.

Biasa-biasakan bila kita rasa kita buat benda baik, lepas buat, jangan pikir dah.
Sebab bila kita start pikir, kita akan kenang.
Bila kita kenang, kita akan mengharap orang balas.
Bila orang tak balas, kita kata orang tu tak kenang budi.

Kalau tak salah aku dulu pernah ada kes blogger bergaduh pasal ni.
That was tahun 2008-2009 kalau tak salah aku.
Time-time aku rajin baca blog orang.
Ada la kes blogger bergaduh pasal blogger lagi satu lagi yang tak kenang budi.
Katanya kalau tak kerana dia yang promote blogger tu, sampai sekarang takde sape yang kenal.
Rupanya blogger yang dipromote tu dah lagi glemer dari dia.
Itu je punca nak sentap.
Tu yang payah bila tak ikhlas. Sebab ujung-ujung yang sakit ati pun kita jugak, bukan orang lain.

Kalau buat sesuatu untuk dapatkan perhatian manusia, memang perhatian tu takkan kekal lama.
Sebab hati manusia ni berubah-ubah.
Emosi manusia juga berubah-ubah mengikut persekitaran.
Bila kita selalu sangat buat sesuatu untuk dapat perhatian manusia, itu yang kejap-kejap datang angin sentap bilamana perhatian manusia tu beralih pada orang lain.

Seronok ke bila kita dapat perhatian manusia?
Nak bawak sampai ke mana seronok tu agak-agak?

Tahun lepas, aku pernah plan dengan sorang usahawan untuk hasilkan produk weight loss.
Tapi masa tu aku dah start RnD GreenAard, jadi projek tu pause kejap.
Masa tu usahawan tu cakap "Kalau kita join venture, sape nak ke depan (membawa produk ni)".
Aku cakap aku tak nak. Aku taknak orang tau pun aku terlibat.
Pastu dia tanya "Ko taknak ke rasa glemer, famous keluar majalah..".
Aku jawab "Kalau nak rasa famous, aku dah lama rasa melalui blog aku".

Dikenali orang bukan satu benda yang mudah untuk ko carry.
Pretend as if kau tak kisah orang perhatikan kau adalah simple.
Tapi untuk pretend as if hati kau tak seronok, tak bangga, tak riak bila kau dikenali adalah satu yang sangat sakit untuk kau tanggung.
Hanya Allah saja yang tau betapa sakitnya kau nak jaga hati kau dari rasa bangga, rasa takbur, rasa riak, rasa best, rasa bagus.

Allah akan bagi apa yang kita nak tergantung kepada apa yang kita niatkan.
Kalau niat kita memang kerana Allah, insyallah kita takkan rasa terkilan bila kita tak dapat apa yang kita nak.
Kalau kita buat baik kerana Allah, kita takkan rasa jauh hati bila orang tak kenang kita.

Aku always berdoa "Sekiranya cita-citaku, kekayaan, kemasyuran, kebijaksanaan yang kuminta itu membawa aku semakin melupakanMu, maka jauhkan dariku. Datangkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah aku bayangkan, yang hadir bersama-sama keredhaanMu".

Kalau bermanfaat, gunakanlah doa tu.