walk on wings, tread in air: Tak tenteram <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Tak tenteram
2014-06-27

Rupanya tadi pun ada kes culik budak kan.
Aduiiii...takut la macam ni. Aku ni bukannya kuat sangat. Tak dapat aku bayangkan kalau jadi kat diri sendiri. Mintak jauhkanlah dari terkena. Ni sekarang tengah trend bisnes culik budak ke hape? Makin galak pulak aku tengok lepas sehari, sehari, ada je cerita budak kena culik. Dah la hari tu ntah sape share gamba badan kena potong-potong, dorang nak jual organ dalaman. Yang pelik-pelik je bisnes orang sekarang ni. Tak ke menyusahkan hidup kau memula nak kena menculik, nak kena bawak lari, nak kena bunuh, nak kena sembelih, pastu baru la nak menjual. Tu pun kalau lepas. Kalau kena cekup, sia-sia. Baik la kau jual taik lembu. Sodok, jual. Sodok, jual. Lagi cepat, mudah dan menguntungkan jugak.

Benda-benda macam ni la yang buatkan kita mak bapak payah nak ajar anak-anak berdikari.
Dah tu camana kan, kita nak lepaskan anak pegi sekolah sendiri pun dah tak tenteram. Kang bila anak tu spoil, ada pulak mulut-mulut puaka yang kata salah kita sebab manjakan anak sangat. Abis tu nak wat camana, kita ni nak jaga keselamatan dorang, alih-alih nampak macam kita manjakan dorang sangat. Pergi berhantar sampai depan pintu, balik berjemput dari depan pintu. Ce cita...camne nak buat ni.

Kes tinggalkan anak dalam kereta tu, sebenarnya aku pun kadang-kadang terbabas buat benda yang sama. Selalunya, aku buat time nak topup TnGo kat Shell. Malas betul nak matikan enjin. Memang rasa urusan kita tu kejap sangat, just nak topup TnGo, tapi time tu la malaun-malaun musibat ni ambik peluang buat keje. En Wan selalu marah aku buat gini. Lepas ni aku kena lebih berhati-hati la. Takut pulak bila mencanak-canak kes culik sekarang.

Anak-anak aku gi sekolah naik van/kereta sewa.
Redza gi sekolah En Wan hantar. Balik naik van sekolah.
Rayyan pulak pergi and balik sekolah naik kereta cikgu.
Kalau boleh memang tangan aku nak buat semua. Biar la aku yang hantar and jemput.
Takut jugak bila kita lepaskan anak-anak kita kat orang. Mana la tau kot orang lain terleka kan.
Tapi tak terdaya tangan aku nak pegang semua benda. Tak terkejar. Terpaksa jugak blaja-blaja biasakan anak bergerak sendiri. Baru nak rasa lega, muncul pulak kes-kes culik menculik ni. 

Bila ingat-ingat balik, dulu mak-mak kita takde de nak manjakan kita sampai tahap macam tu kan.
At least untuk aku adik-beradik memang tak merasa la balik sekolah mak tunggu depan gate, pegi sekolah bapak hantar sampai depan pintu. Jangankan kata nak pergi berhantar, masuk Darjah Satu pun aku yang mendaftar diri sendiri. Punyalah mak bapak dulu-dulu ajak anak berdikari sampai hari pertama masuk skolah pun pandai-pandai kau la. Mak Aji masukkan siap-siap duit dalam envelope pastu pinkan kat baju. Orang lain pi sekolah pakai lencana, aku pi skolah bertepek sebesor-besor sampul surat kat dada.

Aku sampai skarang tak berapa yakin nak lepaskan Redza main kat playground.
Lama-lama sok anak aku tu jadi kera sumbang tak berkawan dengan jiran. Sebab aku risau. Aku memikirkan dia ni boleh ke tidak melintas jalan. Terbayang-bayang kot ada kereta lalu kat tepi sauk anak aku bawak lari ke apa ke. Tu belum lagi bayangan anak kena pukul. Macamana la Mak Aji boleh yakin lepaskan aku pegi sekolah sendiri padahal masa tu baru umur 7 tahun. Nak kata jauh sangat sekolah ngan rumah tak jugak. Kalau jalan kaki tu dalam 15 minit je tapi tahap konfiden mak aku lepaskan anak umur 7 tahun pegi sekolah lalu jalan besar tu yang aku kagum. Bukan jalan perumahan tau, aku memang lalu jalan utama. Berjalan kaki. Mak Aji cuma pesan "Jalan tepi-tepi, nak lintas pandang kiri-kanan, kalau ada orang bagi tumpang jangan naik". Aku pegang 3 pesanan tu je. Alhamdulillah, selamat aku rupanya. Agaknya orang nak culik aku pun pikir 5-6 kali. Toksah culik la budak ni, muka dah la tak comel, tak balik modal.

Tu baru pegi sekolah. Belum lagi bab mak mintak kita gi kedai belikan santan.
Nak ke kedai pun kena lalu jalan besar gak. Belasah yakin je mak aku lepaskan anak gi kedai beli barang. Yang aku heran dia leh percaya lak anak umur 7 tahun belikan barang. Tapi aku suka jadi budak suruhan. Ada chan keluar merayap. Duduk rumah pun bukan ada makanan. Balik-balik ratah milo. Boring aku.

Tapi aku memang ingat sampai sekarang, masa aku Darjah Satu, aaku perasan dalam banyak-banyak kereta yang tunggu anak-anak depan sekolah, ada satu jip ni standby tak tau nak ambik sape. Dalam tu ada dalam 3-4 orang lelaki. Yang aku ingat, time aku jalan kaki nak balik, jip ni lalu slow je tepi aku pastu ada sorang laki keluarkan tangan. Dia gelak-gelak. Bila dah nak sampai rumah baru aku teringat payung aku tertinggal, jadi aku patah balik. Bila aku keluar dari sekolah, aku nampak jip tu ada balik depan pintu gate. And again, dia ikut aku. Wuii, serammmm. Cuma aku tak pasti apa motif dorang. Nak kata menculik tak kot. Nak buat apa culik aku? Ko takkan dapat apa-apa punya, makbapak aku bukan orang kaya pun. Tapi waktu tu umur baru 7 tahun. Ada possibility tak umur 7 tahun kita masih boleh nampak 'benda-benda'? Mana la tau kot-kot jip tu adalah 'benda'. Mana tau time Bandar Baru Bangi nak dibukak dulu ada kemalangan nyawa ke. Sape nak tau kan. 

Tapi kan dulu mana ada sangat kes-kes culik-menculik ni.
Tak tau la kalau aku yang tak tau. Maklumla, zaman kecik dulu mana reti tengok berita baca sokabar segala. Tapi time sekolah menengah pun tak rajin dengar berita kes culik. Jarang. Now macam hari-hari pulak. Apa punca?
Sebab takde duit?
Sebab takde keje?
Sebab terlampau nak kejar kesenangan dalam waktu yang singkat?

Nak bagi kesedaran kat orang-orang yang buat keje macam ni pun payah, kecuali satu hari nanti jadi kat anak bini dorang, time tu baru tau. Tapi spesis penyangak macam ni ada ke yang nak buat jadi laki? Perangai pun cam musibat.
Apa la perasaan dorang buat keje menculik budak ni kan.
Sedih aku bila tengok gamba budak sekolah yang dukung adik dia umur 3 bulan tu.

Semalam aku nampak kat newsfeed ada orang share status sorang ibu ni yang bagitau dia tengah bawak anak dia jalan kat luar rumah, tetiba ada kereta stop kat tepi cakap "Dik, mak budak ni mintak kitorang ambik budak ni sekarang". Dia bajet perempuan tu akak keje nursery kot. Kena sergah terus ngan perempuan tu. Terus pecut tak muncul-muncul dah. Bodoh.

Now orang nak buat keje jahat pandai pulak gunakan otak pikir macam-macam plan.
Tapi nak buat keje baik tak pandai pulak guna otak.
Ni time bulan puasa ni, korang baik-baik la dengan orang yang datang bawak hamper kat rumah. Konon ada orang hantar hamper raya. Padahal nak datang mencurik.
Kes macam ni dah jadi kat area rumah Mak Aji.
Dia keluar modal beli hamper sebijik, pastu ketuk rumah orang, selalunya rumah yang ada bibik, majikan gi keje. Nanti dia kata hamper tu untuk tuan rumah. Yang si bibik ni pun bukak gate sebab nak ambik hamper. Bukak-bukak je gate, hambik kau dia keluarkan pisau. Now pencurik dah tak masuk waktu malam. Dia masuk waktu siang pulak. Sebab dia tau waktu siang orang tak suspek sangat dia nak buat keje jahat.

Sekarang ni aku dah tak kasik bibik aku menyapu kat luar rumah (luar dari pintu gate) waktu pagi.
Nak menyapu, sapu petang-petang. Seeloknya pukul 6pm sebab time tu kat depan dah ramai orang. Jiran dah balik keje, budak-budak pun sibuk main.
Sebab dah jadi kes kat area rumah aku ni, ada bibik tu keluar nak menyapu kat depan rumah pukul 730 pagi, tau-tau ada motor benti kat sebelah acukan pisau suruh bukak pintu. Pandai dorang ni sekarang. Dia tau time tu semorang sibuk nak berkejar pegi keje, takde masa nak ambik tau hal sekeliling, time tu la dia pun sama sibuk nak mengerjakan harta benda orang.

Aku selalu pesan kat bibik aku kalau orang tekan bell, jangan terus bukak pintu gate. Jerit je dari dalam tanya dia nak apa. Kalau dia kata nak hantar barang, bibik kena call aku dulu untuk aku konfemkan hari tu memang ada orang nak hantar or collect barang. Aku harap sangat bibik ingat pesan aku. Kadang-kadang serba salah bila ada orang mintak derma datang. Kita nak datang dekat dia pun takut. Dah aku ni macam sombong pulak main pekik je dari dalam. Tapi takkan nak campak duit dari dalam jugak kot kan. Oihhh jadi paranoid aku dah.



posted by aveo757 @ 12:53 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER