walk on wings, tread in air: USJ <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

USJ
2014-04-05

Everyday keluar news MH370. Not only news, tapi juga wawancara khas dengan aviation experts dari Jepun. Walaupun semuanya dialih suara, takpe sebab ada En Wan. Bila kat sana sentiasa ada news pasal ni, sangat-sangat terasa yang dunia mengambil berat.


Day 2 kat Osaka, kitorang pi Universal Studio Japan (USJ). Ni gamba depan pintu masuk Japanese restaurant kat hotel. Again, breakfast makanan Jepun. Tak boring, sebab best. Pergi USJ berompek je sebab Pak Aji pulak tak sihat. Semalam agaknya kesejukan dari pagi sampai ke malam, hujan lak tu, terus flat. Mak Aji pulak asal jalan banyak je, kaki dia jadi sakit balik. So, dorang tak join.



Kitorang gerak memang awal.
Sebab tak plan tunggu sampai petang kat sini. Limit sampai tengahari je sebab esoknya dah nak balik, jadi aku nak bershopping pulak petang. Kitorang sampai sini, kaunter tiket baru bukak. Tapi manusia dah ramai. Alhamdulillah kitorang dah beli tiket siap-siap kat Matta hari tu. Takyah aku beratur panjang.

Cuma tiket Mak Aji ngan Pak Aji macam burn je.
Again, alhamdulillah terserempak dengan keluarga dari Indonesia. Kebetulan dia belum beli tiket and barisan pulak gila bapak panjang, so kitorang offer dia 2 tiket dengan harga diskaun sikit. Sape taknak ambik kan. Dah la diskaun, pastu kau takyah beratur panjang. Cuma, dia tetap kena beratur jugak sebab tiket tak cukup untuk sorang lagi.


Larat nak beratur?
Sementara nak tunggu kau dapat tiket, aku dah boleh naik 2 game kat dalam.
Jadi, belilah tiket kat Matta.


Kan aku cakap, di Jepun ni, mana-mana tourist attraction semuanya penuh dengan rakyat dorang je. Masa pi USS dulu kat globe ni takde pun seramai ni, at least ada space untuk aku ambik gamba sefamili. Kat USJ ni kalau nak tunggu semorang ke tepi baru kau nak ambik gamba, memang tak berambik la gamba jawabnya. Jadi, selit je la kat mana-mana janji ada gamba kenangan.


Lepas bergamba kat globe, dengan riaknya aku berjalan menuju pintu masuk tatkala kiri kanan  orang penuh beratur beli tiket 
Hnns...hnssss...hnnssss *hidung kembang kempis*


Begitu girang sekali emaknya.
Cuaca time ni sangat best. Mendung je. Dah la sejuk, baru lah best nak main. 
Kena beratur panjang pun tak amukan sebab ketiak tak berlengas.


 Aku ngan Redza happy gila nampak Woody Woodpecker.
Tapi Rayyan....hmmm. Dia macam pelik je tengok. Mesti dia kata menatang haramjadah apelah yang mak aku peluk ni? Tapi, kalau lah aku dapat ambik video kejadian sebelum dapat bergamba ni, mesti korang tak caya. En Wan lagi over dari aku rupanya. Dia nampak Woody ni, dari jauh dia berlari and terus peluk Woody. Bukan takat aku je konfius. Menatang ni pun konfius jugak, terus dia stop kejap. Orang yang kat tepi-tepi semua undur selangkah ke belakang. Dorang pun terkejut. Bila Woody stop baru kitorang dapat bergamba. Rupanya strategi! Bedebah sangat strategi ni. Sesape rasa nak try strategi ni time ambik gamba ngan Mickey, silakan. Jangan dapat penampar Mickey dah.


Seblom tulang tongkeng aku bengkok mendukung Rayyan, bendalah ni kena dapatkan dulu.



Anak-anak dara menconteng muka.
Aku takde anak dara, jadi takyah stop sini.



Aku tak sure apa nama tempat nbi, tapi macam arcade for kids. Takde apa sangat. Rayyan suka la tempat macam ni sebab dia boleh hentak button tu sesuka hati. Aku risau je punat tu terbenam dia kejekan.


Terminator 2 : 3D
Ni tak masuk sebab show lambat lagi, malas nak tunggu.
Apa la nasib aku, masa kat USS tak dapat masuk Transformers sebab rosak. Kat USJ tak dapat tengok Terminator 3D pulak.  


Dapat tengok Sesame Street 3D je. Jadiklah...
Actually kan 3D theather ni ada 2 show, salah satu tu The Adventure of Shrek. Ingatkan nak tengok Shrek sebab masa kat USS dulu dah tengok Shrek episode Far Far Away, best. Sekali kitorang salah time. Masuk time Sesame Street. Belasah la janji 3D.
Ce tengok screen....agak-agak paham dia tulis apa??
Memang sangap okeh.


Rayyan punya "peace", sampai keluar 5 jari terus.



Sian anak aku, kemain excited nak tengok 3D show. Sekali keluar bahasa Jepun dari awal sampai abis. Nak gelak pun tak sampai ati sebab aku pun tak paham jugak, kah kah kah.


Disebabkan geram tak paham punya pasal, keluar je theathre terus masuk Sesame Gift Shop. Shopping untuk melepaskan tekanan.
Tekanan lah sangatttt.


 Redza nampak caramel pop corn terus cakap "Mama ganti balik pop corn Redza kat Disneyland hari tu sebab tak sedap".
Dah apehal pulak popcorn tu yang tak sedap aku pulak kena ganti?
Tapi sebab aku pun nak makan popcorn, jadi beli la jugak sebekas.
Ok kali ni punya konfem sedap sebab terang-terang dia tulis caramel kat situ.
Sesape pegi Disney Tokyo, jangan buang duit korang beli popcorn sebab kat sana popcorn dia semua butter and soy sauce. Gila bapak tak sedap.


 
Beratur memang panjang. Jangan berangan nak carik game yang queue pendek. Tak jumpa de. Melainkan kau nak upgrade tiket kau ke Fast Pass. Yang tu boleh la kau nak eksyen menonong je masuk ke dalam sambil melambai-lambai gaya Miss World ke arah pengunjung yang tengah queue berlapis-lapis.



Kitorang masuk Backdraft.
Ni kekdahnya sama macam aku tengok "Light, Camera, Action! by Steven Spielberg" kat USS.
Ni bukan game, tapi movie special effects show. Kau takyah buat apa-apa kat dalam ni, kau berdiri je tengok secara live semua special effect ni. Seblom masuk dia dah bagi warning kalau ada heart attack atau mengandung, jangan masuk. Sebab bakal terperanjat-terperanjat nanti. Kang terberanak kat dalam ni satu hal orang dapat tengok show lain pulak.

Kalau kat USS, show tu pasal hurricane, tapi kat USJ fire scenes.
Memang menjerit-jerit aku kat dalam tu. Padahal kat USS dah penah tengok jenis show macam ni so dah boleh expect apa yang bakal berlaku but still aku nak duduk row depan jugak. Ni namanya gatal.




Masa tong ni meletup depan aku, aku punya pekik macam nampak flasher. Sekuat-kuat ati.
Tapi aku syak takde sape kisah aku jerit sebab bunyik letupan kat dalam ni lagi kuat. Semua pun menjerit. Tapi anak-anak aku sorang tak menjerit, masing-masing melopong je. Tak tau la kenapa dorang tak takut. Kurang penghayatan kot dorang ni. Dalam ni sebenarnya takleh ambik gamba tapi En Wan kan pendegil orangnya.



Cerita panjang pun tak guna. Ni tengok video ni, ambik sendiri feel camne keadaan kat dalam tu.
Kamera viideo ni berada di row pertama, row yang aku berdiri. So boleh bajet la yang duduk row depan impaknya camne kan.


Kiut je tempat ni.
Masa ni angin belum kuat, time angin kuat, bunga-bunga kat belakang tu semua berpusing-pusing.


Dereten kedai and restoran.



Takkan nak ambik gambar luar kedai je kan, haruslah masuk ke dalam sama.


Terang-terang orang tu letak sign OFF GRASS, kau lagiiii nak pijak.
Siap boleh pose kat bawah sign tu lagi. Ni bukan pailang. Ni namanya kuang ajaqqqq.
But seriesly, kitorang tak perasan lansung tanda tu sebab bukan takat kitorang je tapi ramai lagi tengah pose kat atas rumput. Ada yang pose baring lagi.
Anggap je la aku tak paham cakap omputih. Aku rasa Jepun-jepun tu posing atas rumput pun sebab dorang tak paham kot. Kah kah kah 
*PANGGGGG. Kuang ajar*




Kalau pi USJ ni, tempat wajib pegi is 'The Amazing Adventures of Spiderman - The Ride 4K3D'.
Even masa kitorang beli tiket USJ kat Matta pun, dorang highlitekan Spiderman ni. Dorang bagi passport cover Spiderman lagik. Show ni menang award 7 tahun berturut-turut for world's best attraction and world's best ride.

Tapiiiii..kitorang tak masuk pun sebab aku tak berani.
Aku ni bukannya berani nau. Belum abis hilang terperanjat lagi tengok Backdraft.
Tak kuasa aku nak tambahkan stress.


Baik aku shopping baju Spiderman.
Mesti tak stress.



Kan betul...dapat sambar 2-3 helai, pasti hilang stress.



Ce korang try tengok ni, walaupun tanpa cermin mata 3D, aku boleh imagine aku bakal memekik sampai terkeluar anak tekak.



Dah la nak tengok 4D beratur gila panjang, nak bergamba ngan patung Spiderman terbalik ni pun ramai gak! (aku bulatkan dengan merah). Sungguh aku tak paham ketaksuban apekah ini.
Patung kot, bukan Spiderman orang. Kalau Spiderman orang agaknya dorang histeria.




Topi ni cantik kan? 
Aku cakap "Bang, ok tak Di pakai ni?".
En Wan reply "Wow, cheetah. Wild..". *angkat-angkat kening*
Ok, jangan dilayan. 


Kebetulan masa kitorang jalan kat laluan ni, karakter anime One-Piece keluar untuk jumpa peminat.
Aku tak kenal pun. Aku ingatkan pailang Jepun masuk USJ. Sekali Redza menjerit "One Piece! One Piece!" Rupanya karakter manga. Mana la aku laki bini nak kenal. Kalau DJ Dave yang keluar tadi aku kenal la.


Pandai pulak awek manga ni senyum kat kamera laki aku.
Kesian kan dia sejuk-sejuk terpaksa pakai macam ni kat luar jumpa peminat.
Cleavage kemain lagi fake. Berapa banyak la agaknya guna tisu nak sumbat bawah tetek.
*nada-nada dengki detected*



Masuk gift shop One-Piece pulak.
Redza belikan souvenir and birthday present kawan dia kat sini.


'Jurassic Park - The Ride'.
Tak naik pun sebab En Wan kata dia dah naik ngan Redza and Ibal kat USS.
Bagus, jimat masa aku. Takyah tunggu.




Ride dia sama macam kat USS.
Mula-mula dia bawak kau tour dunia Dinasour kat dalam tu ada 3-4 ekor. Dah round-round dia campak kau ke bawah macam ni. Masa kat USS dulu En Wan lencun terus beli baju baru. Tapi spender tetap pakai yang basah sampai ke malam. Kepam.


Waterworld Show.
Sangat best. Walaupun aku tak paham. Tapi bila tengok aksi dia je, kau jadi macam paham la jugak.


Silapnya cuma dorang cakap Jepun.
Ataupun silapnya aku yang tak paham cakap Jepun.
Ataupun silapnya USJ ni memang hanya untuk orang Jepun.
Sumpah tak paham dowhhhhh. Cuma nasib baik Waterworld ni aku penah tengok movie dia, so bajet show ni pasal apa. Janji ada stunts dah.






Dia punya props and battle scene memang class.
Tinggal lagi aku tak paham apa dia cakap.
Kalau dia cakap omputih, mesti Nora bagi empat bintang.



Layan jap.
Show ni 25 minit, tapi ni aku jumpa video yang just 5 minit. Nikmatilah...


Satu lagi attraction yang must go! - JAWS.
Ni boat tour.
Kekdahnya, sedang kau belayar, tetiba keluar kepala jaws betul-betul tepi boat kau. Seblom naik ni, aku nasihatkan berak dulu siap-siap. Jaws ni memantul-mantul keluarnya. Kang terperanjat, terkincit pulak. Mana ada jual spender kat dalam ni. Susah kang.




Ni video aku gugel. Boleh tengok and feel how scaryyyyyyyyyyyyyy-nya tour ni.


Dah penat terpekik-pekik, marilah singgah Baskin n Robbin pekena apa-apa yang patut. Tapi flavour limited kat dalam ni. Choc chip feveret aku pun takde.




Ni lah keje dia. Tido di mana-mana saje.


Asal masuk mana-mana kedai, memang panglima ni akan pegang barang yang dia nak dulu.
Konfem dia akan bawak at least satu barang. Hai lah anak, bertuah benar perangai kau ni. Memang budak bertuah! Tapi nasib baik Rayyan ni jenis makan pujuk. Kalau aku trade barang kat tangan dia dengan benda lain, dia ok je. Walaupun aku trade dengan lolipop, takpe. Janji dia dapat something. Value doesn't matter. Bersyukurlah..


Anak aku sorang je yang tak makan saman duduk kat kaunter cashier. Anak orang lain takde pun.
Dia ingat USJ ni bapak dia punya kot.


Ecececehhh....
Motif sangat gamba ni. Slack-nya orang belakang tu time ni la jugak dia nak terselit kat tengah.
Aku panggg kang.



Ni kat Hello Kitty Fashion Avenue. Terasa diri cute seketika. Kalau yang ada anak dara memang menggila la kejap korang masuk sini. Ya ampunnnnn comel-comelnya game dia. Gift shop Hello Kitty lagi la cute. Aku berjaya halang diri dari masuk gift shop. Sebab kalau aku masuk, aku tak janji boleh jumpa jalan keluar. Heaven hoih!!


posted by aveo757 @ 12:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER