2013-11-22

Jangan sampai dibalikkan ke diri sendiri




Ramai orang lupa atau tak tau yang urusan hidayah tu Allah yang aturkan.
Kita hanya boleh berusaha berdakwah dan berdoa tapi Allah yang akan bagi hidayah tu pada sesiapa yang DIA nak. Contoh paling best, kita tengok sejarah Umar. Umar tu pun dulu sebelum Islam, apa benda yang dia tak buat? Minum arak buat. Sembah pokok kurma pun dia buat. Last-last bila kelaparan, pokok kurma yang dia sembah tu jugak la dia makan balik. Bunuh anak perempuan dia sendiri pun dia buat. Tapi ada tak orang zaman dulu pernah sangka dia akan masuk Islam?

Tak pernah!

Tapi hidayah tu milik Allah.
Allah pilih dia untuk berjuang dengan Rasulullah.
Dan akhirnya dia jadi mertua Rasulullah.
Dimakamkan sebelah Baginda lagi.

Sebab tu, mulut kita kena jaga. Jangan dok menilai orang berdasarkan luarannya saja. Seksi, jahat, semua tu hanya di mata kita. Allah boleh balikkan balik bila-bila DIA nak. Kebanyakkan kita kalau nak mengata orang tu sampai melampau-lampau. Melalui pengalaman aku yang pernah berada dalam situasi dikutuk sebab cara berpakaian aku dulu, percayalah cakap aku - manusia takkan berubah dengan sindiran, apetah lagi dengan caci-maki.
Sebab takde beza antara yang kena maki dengan yang memaki.
Yang kena maki tidak memaki tapi berpakaian seksi.
Yang memaki pulak tak seksi tapi memaki.
So kat mana beza dia?
Pusing-pusing....sama jugak dua-dua.

Takde sebab untuk pompuan seksi tu nak ikut nasihat kita yang bertudung litup ni kalau cara kita menasihati macam puaka.

Wardina.
Pernah orang sangka dia berubah jadi macam dia sekarang?
Pi la gugel history dia dari zaman join Dewi Remaja dulu kalau still boleh jumpa.

Wilma.
Cuba tengok filem Pasrah.

Noor Kumalasari.
Pernah tengok zaman dia jadi calendar girl?

Dorang sendiri pun tak sangka Tuhan akan bagi hidayah pada dorang.
Tapi aku percaya walaupun dulu dorang begitu, jauh di sudut hati dorang ada keinginan untuk berubah tapi tak tau where and how to start. Kita jangan ingat orang yang yang seksi ni tak mampu berubah. Kalaupun bukan dari hasrat empunya diri, mungkin hasil dari doa orang-orang yang terdekat. Kuasa doa sangat hebat. Redha Allah pun bukan hanya terletak pada amalan semata tapi banyak faktor lain. Hati yang bersih pun membawa kepada keredhaanNya.

Kadang-kadang aku pun tak paham kenapa nak concern sangat bila orang lain seksi.
Jangan cakap la kita concern sebab kita sayang sesama Islam.
Kerat jari!

Kalau kita benar-benar sayangkan saudara seIslam, pendekatannya lain.
Bukan dengan cara mengaibkan, bukan dengan cara mengutuk, bukan dengan cara sumpah seranah, tak dapat kutuk depan-depan kita kutuk kat forum bagai. Mesej tu sampai ke?
Sebenarnya kita bukan nak sampaikan mesej pun kan.
Tapi saje nak lepaskan bengkak kat hati.

Secara lojiknya, kalau perkara tu kita tak berminat, maka kita takkan ambik tau.
Masa aku belum bertudung dulu, aku tak penah jaki kat orang yang pakai tudung Fareeda.
Sebab aku rasa aku takde keperluan untuk pakai tudung Fareeda tu. Tak berminat.

So dalam kes contohnya RCW, kenapa yang beria-ia kutuk dia?
Tak puas hati dia cantik?
Tak puas hati body dia macam anak dara?
Tak puas hati dia bakal dapat laki muda?
Kita nak pakai mini skirt dia?
Kita nak pakai bulu mata dia?
Taknak??
Dah kalau taknak apesal yang tak puas hati?
Sebab meluat?
Kalau meluat jangan tengok!

Aku kalau meluat kat orang, aku seboleh-boleh tanak tengok muka dia dah.
Tapi ada jugak bangsa yang lagi dia meluat lagi kejap-kejap dia kelebet kan?
Meluat jenis apekah ini?
Meluat tapi mahu kotttt.
Hahahaha. Ok, tak klaka.

Alhamdulillah, bila now dah bertudung, kalau nampak kat newsfeed budak-budak ni selfie baju mandi ke, short ke, tunjuk kaki panjang ke....perasaan jaki tu takde. Sebab perasaan nak pakai macam tu dah takde. Dah puas pakai kot. Hehe.
So bila orang dok mengutuk sangat orang ni tayang body, orang ni tayang kereta, orang ni pakai skirt, kenapa kita beria-ia kisah?
Ada 2 sebab - samada kita dengki sebab nak pakai tapi tak dapat ataupun kita meluat.
But still, kalau meluat pun, kenapa dihadap jugak hari-hari?
Cuba tanya Ustaz Kazim, camana ada seorang pelacur yang mendengar ceramah dia dan akhirnya berubah menjadi baik. Ce tanya dia, ada ke dia seranah pelacur tu?

Aku yakin dengan apa yang aku percaya sebab aku dah laluinya.
Aku percaya yang kita tak boleh mengubah manusia.
Yang kita boleh adelah ubah diri kita supaya boleh jadi contoh kepada yang lain.
Sebab aku sendiri melalui perubahan ni bukan disebabkan kata-kata nasihat, apetah lagi maki hamun.
Aku terkesan dengan seorang kawan (asalnya dia silent reader blog puaka aku ni) yang terima aku seadanya. Masa first time aku jumpa dia, aku pakai sleeveless and skirt atas dari paras lutut siap belah kat peha. Kalau aku duduk, the belahan tu tak sampai sejengkal je dengan tali spender aku. Sebenarnya aku pakai blazer tapi time break, aku malas pakai. Berpusing-pusing dia carik tempat nak bawak aku lunch. Agaknya dia pun blur mana nak lunch dengan pakaian aku yang macam tu. Masa lunch tu aku tanya la dia "I ni nampak macam stranger ke?"

"Why?"

"Orang-orang kat sini asik pandang-pandang I je. Dorang tau kot I bukan orang sini kan?"

"Bukan macam tu. Orang kat sini biasa-biasa je. Dorang tak pandai bergaya macam you"

Aku tau dia maksudkan "....orang kat sini tak pakai baju tak cukup kain macam kau"
Tapi halus berlapiknya dia cakap.

Sebab tu aku percaya pada teladan.
Nak ubah orang, ubah diri sendiri dulu.
Cuba bayangkan kalau UAI atau Ustaz Kazim nasihat orang dengan cara melahar, ingat ada orang nak dengar cakap dia walaupun dia bertittle Ustaz? Takde nya!

Lagi satu pe'el sesetengah kita suka membanding-bandingkan orang.
Semalam aku baru tau pasal kes Allahyarham Ahmad Ammar.
Aku tak kenal siapa arwah. Masa aku tau pasal ni pun salah sorang reader mintak aku buat entry pasal arwah ni. Tapi aku tak kenal. Minta maaf, aku tak rasa aku nak buat entry pasal ni sebab aku tak kenal. Apa yang aku baca adelah dari artikel and video yang orang sampai-sampaikan.
Alhamdulillah, rezeki dia dapat disemadikan di kalangan para sahabat Nabi.

Tapi yang aku rasa ralat bila kat newsfeed aku nampak ada orang letak status membandingkan arwah ni dengan pelajar-pelajar AF. Membandingkan yang seolah-olah pelajar AF tu dapat glamour di dunia je. Something like that.

Pertama sekali, kita sama-sama kena akui lah, kalau tak kerana video arwah yang tersebar tu, adekah kita kenal dengan arwah?
Kalau tak kerana cerita pasal arwah meninggal tersebar, adekah kita akan kagum dengan dia?
Kita pun tak kenal.
Entah-entah kita pun sama-sama agungkan pelajar AF sampai ke sudah.
Kenapa bila timbul cerita pasal arwah, mulalah kita nak membandingkan arwah dengan pelajar-pelajar AF?
Yang aku musykil kenapa kita mesti bandingkan dengan pelajar AF?
Kenapa tak bandingkan arwah dengan diri kita sendiri?
Kita yakin ke kita jauh lebih baik dari pelajar AF tu?
Mudah sangat kita judge orang.

Aku pun tak pandai agama sangat.
Banyak lagi aku kena belajar.
Tapi aku bercakap dari sudut common-sense.
Sepatutnya bila timbul cerita pasal arwah ni kita jadikah ia hikmah untuk kita menilai diri kita sendiri. Perancangan Tuhan tu hebat. DIA gerakkan hati mereka-mereka yang terlibat untuk hasilkan video tu supaya boleh beri kesedaran dan pengajaran kepada kita, bukan untuk merendahkan maruah orang lain. Orang kita kalau nak mengkondem suka 'beralaskan' agama. Suka rasa diri lebih baik dari orang lain. Kalaupun benar kita lebih baik, harus ingat apa juga amalan yang kita buat, yang kita tahu, ia adalah kurniaan Allah, bukan usaha kita. Dan DIA berhak menarik balik dalam sekelip mata.