2013-09-18

Petua yang.....err




Siap share status yang aku tak tahan tu.
Tak berilmiah lansung okeh status ni nak dishare. Cis.

Sebenarnya sampai skarang aku takleh nak relate apa kaitan spender yang dah dipakai dengan sawan.
Aku ingatkan kalau kita lumurkan spender kepam kat muka orang baru boleh mendatangkan sawan.
Rupanya terbalik.

Tetiba teringat time aku mengandung Rayyan dulu.
Dokter tahan aku sampai 28 hari kat wad sebab takut aku kena sawan.
Dokter cakap kalau kena sawan dalam hospital takpe, semua peralatan ada.
Tapi kalau kena kat rumah payah. Sementara nak sampaikan ke spital, dah berbuih satu badan.

Kenapala dulu petua ni tak singgah kat aku kan.
Kalau tak, tak payah la aku jadi maskot kat wad bersalin tu sampai 28 hari tersadai.
Sampai aku boleh jadi tourist guide la kat pelawat-pelawat sana. Aku pulak yang tunjuk kat dorang arah nak ke toilet, nak pi kaunter pertanyaan segala. Penangan terlampau lama lepak kat spital.
Kan ke bagus dulu standby kan aje spender Pak Aji dalam henbeg.
Alahaiii....tak sanggup pulak tetiba.

Mak mertua aku cakap dia pun tak tau apa kaitan guna spender yang dah dipakai untuk hilangkan sawan. Dah la mesti guna spender bapak kandung pulak tu. Spender orang lain tak jalan.
Spender yang sedang dipakai okeh.
Spender baru lepas basuh tak jalan.
Jam tu kena sawan, jam tu jugak kau kena tanggalkan spender kau.
Adoii letih.

Anak-anak, sila jangan derhaka dengan bapak ya. Just imagine, alangkan spender dia je pun dah boleh buat macam-macam.
Apetah lagi benda lain.
So, don't play-play with your father.

Aku tanya mak mertua aku ada ke dalam klorga kita penah try lumur spender ni.
Mak aku cakap ADA!
Yang pastinya bukan laki aku la.

Aku tanya kenapa mesti spender bapak?

Mak aku jawab "Sawang ni banyok turung dari bapak, jadi kena hanto balik ke asal"
Wahkahkahkahkahkah.
Rilekkk je mak aku jawab sambil potong cili. Sikit tak rasa bersalah.

Tapi macam tak fair je kan kalau hanya spender bapak je yang boleh hilangkan sawan.
Takkan bapak punya je.
Mak pun nak gak berbakti.

Cuma aku geram takleh nak kaitkan spender terpakai bapa kandung ni dengan kemampuannya nak hilangkan sawan. Baik dari segi saintifik mahupun tak. Tak jumpa kaitan.
Yang best tu mak aku cakap "Terus tak dapat-dapat sawan dah pastu". 
Misteri sangat kemampuan spender bapak ni. Tak puas hati betul aku.

Cuma aku rasa kalau dikaji dari sudut lojik, mungkin bukan faktor spender.
Tapi faktor bau spender tu sendiri.
Betul tak?
Sebab kalau faktor spender, baik ambik je spender yang berlipat dalam laci tu.
Aku rasa ni mesti ada sangkut-paut dengan bau celah kangkang tu.
Nak kangkangkan muka anak macam tak gamak. So dorang gantikan dengan lumur spender.
Lojik tak?
Lojik?
Ye la...takkan nak halakan muka anak kat celah kangkang bapak dia pulak kan.
Kang hilangkan nak baikkan sawan, tak pasal je anak kau troma terus masuk wad gila.

Okeh!
Aku rasa konsep ni lojik. Boleh pakai.
Cuma aku still tak puas hati kenapa mesti spender bapak only.
Whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.







Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form