walk on wings, tread in air: Benjol <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Benjol
2013-09-02

Pagi yang indah dimulakan dengan benjol di dahi.
Seb baik bertudung, boleh la nak sorokkan bengkak.
Ni semua sebab dijatuhkan dari katil.
Bukan jatuh katil ye.
Tapi dijatuhkan.

Mak mertua aku dah balik Tganu semalam.
Rayyan ni kalau nak tido dia carik aku dulu.
Aku kena usap-usap belakang badan dia, garu-garukan sikit celah kelengkang dia, korek-korek alur pantat sampai terlena.
Bila dah tido nanti En Wan angkat bawak pi bilik mak.
Mak nak tido dengan Rayyan jugak jugak.
Takpela, at least aku leh tido nyenyak. Ngagagaga.


Sian dia, nangis je semalam carik nenek sampai ke dalam stor.
Motif nenek kau nak duduk dalam stor?

So semalam bila mak mertua aku dah balik, Rayyan memang akan kekal dalam bilik aku.
Mula-mula dia tido atas katil, bila dah lena, aku alihkan ke tilam bawah. Biar dia tido sebelah abang dia. Rumah aku ni namanya banyak bilik, tapi semua nak berkampung dalam bilik aku. Si Redza tu penakut ya hamat! Nama nak suruh tido kat bilik dia memang tak la. Dah dibawak tido dalam bilik aku, nak suruh tido atas tilam pun boleh jadi bertempik. Nak tido atas tilam sebelah katil aku pun dia takut. Alasannya aku kat atas, dia kat bawah. Boleh?

Bila dah dipujuk-pujuk tido kat bawah, dah satu hal pulak aku takleh pusing arah lain, kena hadap muka dia sampai pagi. Tu yang selalu kena backhand tu. Ngada-ngada la kau nak kena berhadap-hadap bagai.

So semalam, lepas Rayyan tido, En Wan alihkan ke tilam bawah, sebelah abang dia.
Maka gembiralah ibu dan bapa boleh kuak lentang atas katil tanpa gangguan.

Eh tau-tau tengah malam aku rasa cam apesal ketat je dada aku ni.
Susah nau nak bernapas.
Rupanya elok je Rayyan baring atas dada aku.

Aku kejut En Wan suruh ke sana sikit nak biar Rayyan baring kat sebelah.
Tapi takleh. Rupanya Redza dah siap-siap parkingkan diri sebelah En Wan.
Ya hampunnnnnnn, sakitnya jiwa aku tengok budak-budak ni sama naik nak bergumpal atas katil.
Dah satu keje pulak aku laki bini nak menyusun pantat-pantat dorang ni biar semua boleh tido atas katil. Dah settle susun-menyusun kitorang pun tido balik.

Tetiba je aku sedar aku dah tertiarap kat bawah.
Yang di bapaknya pulak kalau dulu aku bangun malam slow-slow nak pi bilik air pun dia leh terjaga, terus pegang tangan aku "Di nak pegi mana?"
Chenta lah konon, sampai aku nak gi kencing pun kau susah hati.

Semalam aku berlempung menjunam ke bawah, dia leh berdengkur rilekkkkk je. Sikit tak terjaga.

Aku kejut dia "Bang, alihkan Redza ke bawah. Adik ni tido lasak. Habis Di dia terajang. Di jatuh katil"

Dia bangun capai henfon dia and pass kat aku.

Hoih!
Nak aku buat apa dengan henfon ni?
Tepon 911???

Dia ni kan kalau mengigau yang pelik-pelik aku tengok.

Takpe...takpe..
Buat dek ye..
Ok fine.
Malam kang biar aku terajang semua sekali.
Aku tak terajang jatuh katil.
Aku terus terajang biar tiga-tga orang sekali tercampak keluar bilik.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
posted by aveo757 @ 9:51 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER