walk on wings, tread in air: Sekolah rendah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Sekolah rendah
2013-03-22

Dah takleh tido tu kan, maka kelebet la FB, delete apa-apa yang patut. Buat semak FB aku je.
Yang boleh buang kita buang. Yang boleh cantas, cantaskan aje. Yang boleh hide, hide kan.
Tapi bila sampai ke gamba-gamba zaman skolah, sedihnya nak hide.
Tak sangka bila tengok gamba-gamba zaman skolah rendah, cam tak caya now dah umur 36 tahun. The best thing, bila tengok the gamba, masing-masing boleh ingat balik ni waktu klas apa, sape duduk sebelah sape, sape kena bantai dengan pembaris kuning sebab tak hafal sifir, sape kena berdiri atas kerusi sampai habis waktu...oh myyyy. Dulu rasa sedih gila kalau kena denda.
Now rasa rindu nak berdiri atas meja bila tak dapat jawab sifir tiga.
Rindu nak kena sebat dengan pembaris kuning sebab tak potong kuku.
Rindu nak kena titik sebab tak buat homework.
Rindu nak kena dera junjung kerusi berdiri luar kelas bila terlupa bawak buku teks (TERLUPA bawak pun dah kena denda junjung kerusi. Kalau SENGAJA tak bawak gamaknya mau kena junjung meja guru).




Darjah 3 Putih


Tak ingat apesal semua budak pompuan bergambar depan kelas. Sessi apekah ini?
Kemain lagi muka aku time ni.
Nak kata muka innocent pun tak. Nak kata muka budak pemalu pun tak. Nak kata muka budak bijak memang tak la. Hahah.

Yang pastinya, kenangan masa Darjah 3 yang aku masih ingat adelah :

1. Kena sebat kat tapak tangan dengan cikgu English sebab tak bawak buku latihan. Apa ntah nama cikgu tu tapi rambut dia kaler ala-ala Rihanna kauuu. Dia guna pembaris aku sendiri untuk menyebat, sampai patah. Esoknya, dia ganti dengan pembaris kaler pink. Thank you, Teacher! Haha.

2. Nampak nama "Salwa Haron" kat ruangan komen? Ok, tu anak Dato' Haron Din. Salwa ni sengal sikit kadang-kadang. Dan suka membuli orang juga. Ada satu hari tu aku dengan dia kena sebat kat tapak tangan sebab tak potong kuku. Sementara cikgu tengah dok keliling kelas nak check kuku budak-budak lain, kitorang berdua berlumba-lumba gigit kuku mana yang sempat supaya boleh mendapat belas ehsan dari cikgu. Tapi nan ado. Zapppppppppp sedas cikgu bagi. Dulu, Dato' Haron Din tak se-glemer now, cuma orang Bangi memang kenal sangat dengan Dato'. Tapi, cikgu dulu pedulik apa, kau anak Haron Din ke, apa ke, kalau salah memang kena bantai. Kalau cikgu-cikgu skarang buat gamaknya 'See u in court!"

3. Soalan lisan Bahasa Malaysia akhir tahun, cikgu tanya apa kata lawan untuk UNTUNG?
Aku jawab TAK UNTUNG.
Kata lawan bagi DEKAT?
Aku jawab TAK DEKAT.

Aku boleh imagine betapa stressnya cikgu BM aku.


4. Skip puasa sehari sebab terlajak bangun sahur. Mula-mula dah bertahan dah setengah hari. Tapi ketabahanku tergugat bila time balik sekolah nampak Ima tunggu aku habis kelas sambil menyedut air sirap. Gila sardin je muka dia sedut sirap tu. Siap kunyah ais bagai. Bahabssss.



Rombongan ke Melaka masa Darjah 5.
Darjah 5 semua dah start pakai baju kurung. Aku je terbabas.
Rambut taknak kalah. Farah Fawcet kalau nampak ni terus sujud kat aku.

 

Percubaan untuk menyopankan kangkangan....berjaya nampaknya.


Aku rasa time ni kat Bukit St Paul.
Padahal tiap-tiap bulan asal balik Tampin konfem akan masuk Melaka tapi sebab dah selalu sangat masuk Melaka sampai tak terfikir nak pergi tempat-tempat ni. Aku tak berapa ingat mana lagi tempat kitorang pergi time ni. Yang aku ingat Mak Aji punyalah excited anak nak pi rombongan buat pertama kali, dia siap masak nasik kunyit lauk rendang nak bagi aku bawak bekal. Tapi tak bekalkan aku duit. Maka di saat budak-budak lain busy tempah nama kat keychain kayu, aku melopong je laaaaaa. Dulu keychain kayu tu kira macam 'must haves' item la. Kalau takde, tak rock oooooo.

Kenangan Darjah 5 yang boleh aku ingat :

1. Accident kereta kat Nilai yang telah menyumbang kepada parut 6 jahitan betul-betul kat anak rambut. Now, area tu togel macam sulah.

2. Rumah sukan kaler kuning. Masa latihan berlari 100m waktu PJ, Cikgu Mahfuz pairkan aku dengan sorang budak perempuan tapi budak tu taknak pair dengan aku. Bila Cikgu Mahfuz tanya pesal taknak, dia jawab "Dia ni lari bodoh". Masa dia cakap tu, aku bukan kat tempat lain tau. Aku betul-betul tepi dia. Tapi aku kan macho, jadi terpaksa buat muka takde efek. Dalam hati rasa nak terajang je kepala lutut dia. Puiii.

3. Dapat the highest mark untuk subjek Alam dan Manusia, 98/100 tapi dapat nombor 21. Harap subjek tu je la aku score. Dan disebabkan subjek tu ala-ala sains subjek, dan-dan bertukar cita-cita aku nak jadi saintis pulak.
Ini semua poyo!

4. Disebabkan dapat nombor 21, maka tahun tu report card aku sign sendiri. Takut oiii nak tunjuk kat Pak Aji.




Darjah 6 Putih


Tahun ni nak UPSR jadi cikgu-cikgu pun agak kejam sikit. Tahun ni tahun tak kasik chan. Lepas exam mid term, cikgu susunkan tempat duduk based on nombor yang kita dapat. Masa tu aku nombor 10. Kawan baik aku time ni yang duduk sebelah aku dalam gambar - Farah Alwani. Aku tak tau mana dia skarang, yang aku tau, masa aku dapat nombor 10, dia nombor 11. Masa dia dapat offer ke SMA Labu, aku dapat offer SMA Maahad. Tapi dia kekal kat asrama, aku melingkup.

1. Tahun ni aku dapat jadi Junior Ambassador ke Fukuoka, Japan. First time naik kapal terbang. Jakun.

2. Kelas muzik, kena bawak rekorder. Aku segan nak bawak keluar rekorder sebab semorang rekorder baru. Aku punya rekorder buruk, rekorder zaman Pak Aji blaja muzik. Boleh bayangkan tak betapa hazabnya rupa rekorder tu? Kaler pun dah jadik kuning-kuning.

3. Wakil pertandingan bersyair. Dapat nombor 3. Cam tak caya je aku layan syair-syair ni semua. Dulu bolehla, nafas pun panjang lagi. Skarang nak habiskan pantun 6 kerat pun semput.

4. Masa ni budak pompuan dah blaja-blaja pakai bra, aku baru nak blaja pakai singlet. Biasa la kan, tetek tak berapa nak ada lagi time ni. Skarang cuba-cuba lah tak pakai bra. Takyah tunggu lama, kasik sebulan je tengok apa jadi dengan tetek kau.


posted by aveo757 @ 2:30 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER