2013-03-08

Makanan




Ramai rupanya berminat dengan telekung hitam tu.
Silakan peniaga-peniaga telekung labuh, sila jual. Ni ramai yang interested ni.
Sorry ya, aku tak sempat nak reply, ada yang aku dah reply, ada yang belum.
Tudung tu dua-dua helai aku dah bagi kat orang (reader). Aku harap telekung tu dapat jejak Madinah and Makkah semula. Memang aku dah lupa mana aku beli. Yang aku ingat kat PKNS Shah Alam, kedai dia atas BSN (kalau betul la ni). Nanti korang carik la ya. Rasanya kat PKNS Shah Alam tu banyak kedai-kedai kelengkapan umrah/haji tapi tak sure la if cutting and design telekung dia sama.

Semalam aku mengemas-ngemas "supermarket".
Mak mertua and bibik cakap rumah aku ada "supermarket", iaitu ada satu compartment khas untuk letak snacks. Mak aku cakap, kalau Giant dah habis barang, boleh datang rumah aku ambik.
Actually takde la banyak mana pun, tapi aku suka jadikan rumah aku stok simpan makanan.

Dulu masa kecik-kecik, rumah Mak Aji selalu sangat takde stok makanan.
Bukan takde makanan lansung, kalau raw meat, sayur-sayur tu memang la ada. Tapi tu semua kena masak. Tapi kalau jajan-jajan, biskut, keropok, kacang, meggi, semua benda yang boleh disediakan sepantas kilat ni memang hampir takde. Pulak tu kawan-kawan ngan sedara-mara mak bapak aku ni suka nai datang rumah time Mak Aji ngan Pak Aji takde. Menggagau aku adik-beradik nak punggah bawak keluar makanan apa nak kasik tetamu ni.

Ada satu time tu kan, ada satu aunty ni datang. Dia ni kawan baik Mak Aji dari zaman muda, Aunty Ina nama dia. Aunty ni sampai rumah before Mak Aji balik. Masa tu kul 4pm rasanya. Tengah panas berdenting kat luar, so sebagai tuan rumah yang bajet peramah, aku dengan konfidennya tanya "Aunty duduk dulu ya? Aunty nak minum apa? Cold? Hot?"

Pehhhh, offer tak agak-agak. Dah macam kat restoran.

Aunty Ina : Hmm..ok cold.

Pastu aku masuk dapur, tutup pintu.
Masuk je dapur nampak Ima pandang muka aku dengan pandangan rimau.

Ima : Kau pandai-pandai tanya kan? Rumah kita oren Sunquick dah habis la!

OHEMJIIIIIIIIII.
Oren sunquick dah habis?????
Sungguh neraka namanya ni.

Nak dijadikan citer ais cube pun takde!
Esbok Mak Aji gila oldskool, tempat buat ais pun takde. Kitorang kalau nak buat ais, isi dalam tupperware eskrim. Rasa-rasa nak pakai ais, hempokkan dengan lesung batu, berkecai terus ais tu. Toksah kata jadi ice cube, terus jadi ice flake!

Ok, masa tu masing-masing dah gabra.
Oren takde, air takde. Nak buat air sejuk kejadahnya?
Punggah-punggah compartment sayur, nampak la limau nipis 2 bijik. Blasah la.
Perah limau, tuang ais sejuk yang tak berapa nak sejuk dalam esbok tu, letak gula. Done.
Sambil berdoa, jangan lah Aunty Ina ni mintak air tambah. Mampos aku tak tau nak keluarkan apa dah.

Sedap rupanya air akuuuuuuuu!!!!!
Aunty Ina sampai puji depan Mak Aji "Pandai anak u buat air limau, just nice rasa dia".
Bangga Mak Aji dengar.
Dia tak tau tunggang terbalik kitorang keje kan dapur nak menyiapkan segelas air tu je.

Tu satu kes.

Satu kes lagi pun masa Mak Aji ngan Pak Aji takde rumah.
Sepupu dorang datang, seb baik 3 orang je.
Datang kul 4pm macam tu gak la.
Masa tu aku je ada kat rumah. Masa ni Ima dah masuk asrama.
Rasa macam nak buat-buat jatuh kerusi and pengsan kat dapur. Sumpah tak tau nak hidang apa sebab memang takde apa yang boleh dihidang. Nak nangis okeh.
Last-last aku buat nasik goreng.
Kau ada minum petang hidang kat tetamu nasik goreng?

Masa tu aku rasa kenapalah rumah mak aku ni takde stok makanan ringan?
Paling bangsat pun biarlah ada keropok nak buat tetamu kunyah-kunyah.
Aku rasa dulu selain dari faktor ekonomi, satu faktor lain adelah dorang taknak kitorang kenyang dengan jajan. Nanti dah kenyang, masing-masing taknak makan nasik. Nasik ngan lauk-lauk tu kan penting untuk sumber nutrien yang meningkatkan keupayaan otak untuk blaja.
*pandang diri sendiri dengan penuh konfius*

.........tapi aku tetap tak pandai-pandai. Mentekedarah nasik je laju. Puiii.

Pernah la aku tanya kat Mak Aji "Ma, apesal rumah kita ni asik takde makanan? Beli la kacang-kacang ke, meggi ke. Kitorang kadang-kadang takde benda nak makan, sampaikan kunyah tomato ngan ratah Milo"

Mak Aji macam biasa la kan, dia kan suka memprovoke aku "Esok rumah kau aku nak tengok makanan apa yang ada. Jangan sampai balik-balik rumah mama jugak ko makan"

Lain macam je dia punya ancaman ni.
Tak boleh jadi nih!

Maybe disebabkan pengalaman-pengalaman macam ni, aku dah janji kalau aku ada rumah sendiri nanti aku memang akan pastikan esbok and dapur aku sentiasa ada makanan untuk waktu-waktu terdesak, paling-paling pun meggi. Pulak tu kawen ngan orang Tganu, konfem aku pastikan inventory keropok aku sentiasa di-replenish dari semasa ke semasa. Ni pulak mak dah duduk sekali, maka stok karipap pun tak pernah susut. Semalam aku kemas-kemas "supermarket" ya ampunnnnn, rasa macam dah membuak sangat. Twisties sampai 3 perasa, Mamee 2 perasa, kacang cap tangan, keropok tamban, keropok ikan parang, meggi tomyam, meggi ayam, meggi kari, indomie, mister potato, cheese, air kotak, cekelat, swiss roll, oreo, biskut Tiger, eskrim sampai 3 bangsa aku tak tau masa bila aku beli, etc.......patut la En Wan berbulu je kalau aku yang beli barang.

Tapi sebenarnya bagus.
Aku memang bukan beli untuk aku makan.
Takat kitorang anak-beranak memang muntah la kalau asik nak makan benda yang sama je kan.
Tapi ia sangat membantu bila ada orang datang rumah. Rumah aku ni sentiasa ada sedara-mara, anak sedara En Wan and kawan-kawan Redza datang. So bila ada orang datang tu kita rasa seronok and tak risau apa nak hidang, apa nak bagi makan, etc. Cuma kadang-kadang dah terlampau seronok borak, sampai aku pulak yang lupa nak keluarkan makanan. Nasiblah. Haha.

Eh, cuba korang dengar 2 lagu ni.
Betul tak kalau aku cakap Ezad nyanyi lagi best? Bila Ezad nyanyi, aku tak rasa lagu ni cengeng sangat.



Spoon version 
Penah satu flight dengan arwah ni ke Kuching. Series, mata dia cantik!



Exist version


Dan everytime aku dengar mp3 lagu E.Y.E ni (bawah), sakit kepala aku nak mengimaginekan how nice kalau Ezad yang nyanyi. Lagu ni sedap gila, tapi kepala aku takleh masuk dengan suara penyanyi dia. Merengek sangat. Cuba korang dengar lagu ni sambil pejam mata and bayangkan suara Ezad.