walk on wings, tread in air: 10/2012 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Belum tentu lagi...
October 31, 2012
Ada sorang customer aku student MSc.

Student je.
Belum grad lagi.

Tapi dia punya eksyen mak aiiiii macam dah ada tittle Dato' Dr. Ir. Aku dah handle supervisor dia (Dr Lopez, bukan nama sebenar) sejak tahun 2008 lagi. Dalam beberapa tahun ni dah ramai student Dr. ni aku pegang. Dari yang belum dapat Masters sampai dah sambung PhD sampai dah grad ada tittle Dr, sorang pun takde yang berlagak macam student MSc ni. Padahal dia baru register Masters. Barang-barang research dia pun aku baru je hantar. Kau belum start apa-apa pun lagi tapi kau punya kerek macam lah aku ni bangang sangat. Padahal apa yang kau nak buat tu aku dah buat dah few years back. Entah-entah kau SPM pun belum lagi masa tu. In fact aku yang suggest lab manager dia what to buy based on projek-projek student. Lagi nak kerek dengan aku. Kang aku sabotaj kit kau baru tau.

Tapi memang ada set-set macam ni. Merasa diri bijak gila bila sambung blaja. Bak sini tunjuk CGPA first degree kau berapa dulu aku nak tengok. Porah.

But seriesly, selama aku handle student-student sejak aku keje line ni since 2003, 99% yang berlagak tu sebenarnya tak excell mana pun. Ada 4 orang yang aku boleh ingat lagi, jenis kerek kategori kerek terlampau alih-alih aku tak nampak dah kat lab. Bila sembang-sembang ngan supervisor dorang, laa...dah quit rupanya. Tapi kebanyakkan student yang berjaya, jenis yang "Kak, camana ye kalau saya nak buat macam ni..."...."Kak, bacteria saya tak grow, camne ye kak". Memang betul kata pepatah "Malas bertanya sesat jalan". Kalau aku, aku lebih suka orang ingat aku bodoh sebab banyak bertanya daripada buat macam paham padahal bingai.

Banyak bertanya bukan bermaksud kita bodoh. Tak bertanya bukan bermaksud kita pandai.

Like this kerek girl, first time aku jumpa dia kat lab. Masa aku masuk lab dia, there are a few students yang dah biasa dengan aku, so aku tanya-tanya khabar and sembang-sembang pasal projek dorang kot-kot ada masalah apa-apa yang boleh aku tolong (padahal aku pun tak pandai tapi tolong je la sikit-sikit). So sorang kawan dia kenalkan dia kat aku. Bila aku bagi namecard muka dia cam sialpalis. Kalau ekspresi muka dia boleh diletak caption mesti caption dia "Kau paham ke sains ni apa?". Dah la namecard aku memang tak letak kelulusan, dengan muka aku yang berlengas turun naik lab, konfem dah macam jiban. Memang gila jijik la muka aku time tu.

Kawan dia cakap "Kalau u nak apa-apa contact akak ni, dia tau nak suggest apa".
Then dia nak test aku gamaknya, dia cerita la projek apa dia nak buat. Speaking London okeh. Motif nak speaking ngan aku? Oh ye la, nama aku kan cam omputih. Haruslah speaking. Wakakaka.

Malas aku nak cerita sini apa yang dia explain tapi kepada yang tau terms ni, this girl nak buat phylogenetic. Adoi la..cakap pung pang pung pang macamkan aku tak tau la apa ko nak buat. Kalau ikut hati nak je aku balas "Ohhh...nak buat taxonomy study je la ye?". Tapi takpe. Aku memang suka layan orang camni. Biar dia ingat kita bodoh so kurang sikit keje aku.

Phylogenetics adelah keje yang rutin tapi banyak karenah. Takde la senang sangat, tak juga susah tapi kekerekkan dia buatkan aku pelik apesal yang kau nak berlagak sangat padahal kau buat phylogenetics je?
Letih aku dengan spesies-spesis perasan bijak ni. Patutnya tajuk research aku dulu adelah meng-identify gene-gene kerek dalam manusia.

Dia sentiasa tak puas hati dengan apa aku buat.

Quotation aku tak bersign.
Dia cakap tak boleh proceed untuk buat PO.
Padahal dah terang-terang kat situ tulis "this document doesn't need signature". Bertahun aku handle universiti tu tak pernah ada issue quotation kena ada signature.
Tapi takpe, aku layankan. Customers always right kan.
Aku sign.

Quotation takde delivery period.
Padahal kat bawah quotation dah ada tertulis delivery 2-3 weeks. Oh taknakkkk. Nak setiap item aku tulis bila estimate time arrival. Boleh??
Takpe, aku layankannnnnn. Customers always right.
Aku edit balik quotation.

Pastu dia nak sample kit. Aku bagi. Tapi dah nama pun sample, mana ada hardcopy protocol. Aku hantar pdf file protocol.
Dia suruh kau post protokol jugak.
Susah dia nak copy file dalam thumbdrive and print kat pejabat am, dalam lab takde printer. Ok takpe, aku layankan. Customers alwaysssssssssss right!

Pastu bagitau aku produk aku tak jalan. Takde result pun. Katanya laaa...
Aku pun assist la dia buat project dia melalui emails and phone calls. Saje je aku nak layankan. Sebab aku paham sangat dah pe'el kelaku spesis macam ni. Cakap lebat, action zero. Last-last boleh. Dapat pun result. Tapi dia tak puas hati lagi ni. Dia kata produk aku bukan plug and play. Kena ada optimization baru menjadi. Aku tak tau la nak gelak ke nak tumpang simpati dengan kebijaksanaan budak baru nak ambik master ni. Selama ni kawan-kawan dia pakai produk yang sama takde sebijik komplen pun. Of cos la kena ada optimization. Tengok la sample kau apa. Kalau sample kau tissue takde masalah. Ni sample kau scale! Memang la kena ada optimization. Oh plisssssssssss lah. Dah cukup bagus kau buat Masters guna kit. Semua dah ready dalam tu. Aku dulu bancuh sendiri solution, boleh?
Nak buat optimization pun malas ke?

Masa undergraduate boleh la bersenang-lenang. Plug and play. Ni dah sampai ke peringkat sarjana, takkan nak yang mudah-mudah je. Bersusah-payah la sikit. Esok jadi lecturer takdelah kena gelak dengan student.

Tapi takpelah, customers always right.
Layan je la kepala dia.

Sepatutnya aku pegang pepatah "customers always right" tu. Bila dia kata A, aku angguk. Dia kata B, aku angguk. Biar projek dia tunggang-langgang tak bersiap. Nak ikut kepala dia je. Kau mungkin teror secara teknikal, tapi ini produk aku. So apa salahnya kau dengar cakap aku. Manjang nak kondem pehal?

Kerek!

Teringat satu kes masa registration MSc dulu, ada sorang budak ni sangat tersendiri dan menyendiri. Dia sama-sama macam aku yang bukan dari lulusan Bachelor UKM. Memang kat dalam bilik meeting tu aku and dia je graduate dari U lain. The rest semua graduate UKM. Aku pun tak kenal sesape gak masa tu but at least masa tu Ima temankan aku masuk sekali. So takde la menyendiri sangat. Tapi that girl sangat lonely. Muka pun selenga je dengan sling beg, dengan botol air, dengan baju saiz XL padahal badan dia saiz S. Masa sessi perkenalan tu semua kena bagitau nama, grad U mana and CGPA. Masa tu budak-budak UKM ada gak la perangai %@*#!!. Mungkin ke'eksyen'nan tu adelah sebab dorang graduate situ pastu lecturer-lecturer dalam meeting room tu semua dorang dah kenal so macam "kitorang ngan lecturer geng okeh!". Nak pulak masa sessi perkenalan tu Timbalan Dekan sebut nama dorang sorang-sorang masa tanya berapa CGPA. Kira dorang takyah perkenalkan diri la, Prof dah kenal. Just bagitau CGPA je. Eksyen melampau ok padahal paling tinggi dikalangan dorang adalah 3.09 je. Ada yang 2.75 tapi boleh buat masters???

Bila sampai turn budak selenga tu, 3.8 something. Amekkawwwwwwww! Menyengat. Senyum je aku dengar. Sangat gembira sebab pastu yang lain terus senyap. Terus tak berbunyik sampai ke sudah.

Moralnya, cukup-cukup la buat perangai eksyen ni. Jangan la bangga sangat dengan diri sendiri. Aku tau kau sebenarnya pun tau kau tak hebat mana. Tapi sebab kau takut orang pandang rendah kat kau, jadi sebelum kau dipandang rendah maka kau up-kan diri kau siap-siap. Padahal takde orang nak ambik tau pun. You think I care? No.

Selalunya yang eksyen ni tak pi jauh mana pun. Dia akan hidup dalam dunia repitition. Balik-balik dia sebut benda yang sama sebab tu je paling hebat dia ada. Contohnya kalau yang grad dengan pointer yang rendah dan grad pulak dari universiti/kolej yang jadi pilihan terakhir. Kira kalau U lain rejek maka kita applylah U pilihan terakhir tu. Jenis U yang takyah ada kelulusan hebat sangatlah, kau apply sure diterima punya. Ok kalau jenis ni, kau akan tengok balik-balik dia akan repeat yang dia blaja tinggi, dia blaja tinggi, dia blaja tinggi. Dia takkan mention yang lain-lain. Dia akan mention dia blaja tinggi je. Cuba kau tanya dia grad mana, pointer berapa. Mesti sepi.

Sometimes kita lupa kita bukanlah diri kita yang dulu. Tapi siapa kita sekarang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by green apple @ 11:38 PM  
Newer›  ‹Older
Extend
October 30, 2012


Promosi Ephyra memang dah tamat Jumaat lepas.
Tapi sambutannya sangat overwhelming sampai aku kena pos 2 batches.
Batch pertama dah dipos today, aku dah email sorang-sorang tracking number. pada yang belum dapat tracking number maknanya korang punya masuk batch kedua, iaitu akan dipos esok/lusa. Minta maaf sangat sebab aku memang sangat-sangat occupied this week, so aku kena juggle time between ofis work and Ephyra and Shawl. Oh btw, shawl aku akan usahakan pos esok juga. Maka, malam ni overtime la aku tulis consignment note. Kepada yang kata nak self collect, pun aku dah email. Boleh datang rumah aku sebab aku dah klipkan siap-siap nama pada setiap paperbag supaya bibik aku senang nak ambik. Just sebut nama korang time collect ok?



First batch dah diangkut petang tadi.
Disebabkan ada yang order sekali 6, sekali 5, sekali 3, so packagingnya pun pelbagai. Harap takde yang histeria bila dapat parcel esok. Sambil-sambil minum Ephyra, bolehla baca paper tu sekali ya.

Dari semalam, ada yang request untuk extend the promo sebab minggu lepas orang mood raya so tak sempat nak baca blog and buat payment semua. Yang return customer pun tanya kenapa this time punya promo aku tak email dorang. Memang before ni sebelum aku launch promo aku akan email semua customer-customer yang pernah beli Ephyra. Aku akan bgtau dorang dulu then aku akan publish kat blog. This time aku tak sempat nak email sorang-sorang sebab list customer sudah increased. But to be fair to all, baiklah.

PROMO EPHYRA RM200/box DI-EXTEND SEHINGGA JUMAAT (2 NOV 2012)
*pembelian haruslah lebih dari sekotak untuk membolehkan korang dapat proce RM200/kotak. If not, harga tetap RM228/kotak*


But, untuk yang beli promo extend ni, aku akan pos next week. 
Kederat aku this week cuma boleh siapkan delivery untuk order last week and shawl sahaja, insyallah. Sebab Khamis and Jumaat aku dah out of ofis semula. So readers, please place order by Friday. Email me at aveo757[at]yahoo[dot]com.


posted by green apple @ 8:06 PM  
Newer›  ‹Older
Tahi lalat

Setelah 35 tahun hidup baru aku perasan aku ada tahi lalat kat celah bontot.
Celah ok, celah. Motif kau nak duduk kat celah?
Mati-mati selama ni aku ingatkan parut chicken pox. Masa aku kena chicken pox dulu aku suka kopek keruping dia, so memang bersepah parut chicken pox aku satu badan. Besar-besar kelingking pun ada. Even kat pipi aku pun ada. Ofismate aku cakap aku konfiden gila keluar pi keje tak pakai concealer sebab parut tu memang obvious nak mampos. Pedulik apa aku obvious ke tak obvious.

Selama ni kalau time basuh bontot, aku perasan macam ada bijik kat celah bontot, aku ingat chicken pox. Baru-baru ni ada nyamuk gigit pantat aku so aku tergaruk-garuk and tersentuh kat area berbijik tu. Terus mintak En Wan tengokkan. Dah nak masuk 12 tahun kawen baru nak suruh laki tengok-tengokkan. En Wan kata tahi lalat. Dia kata dia dah lama perasan (of cos la kan. Hahah) tapi dia ingatkan aku tau. Yang aku boleh nampak is kat tulang belakang ada sebijik, tapi kat bontot memang tak tau.

En Wan tanya aku taknak buang ke taik lalat tu.
Jadah apa aku nak buang? Bukannya dia membesar sampai tutup lubang bontot aku.
Atau adekah ia menggangu aktiviti kau kat belakang tu selama ni? Eh.

Tapi memang tahi lalat ni ada yang bahaya.
In fact tahi lalat ni sebenarnya tumor, tapi tumor yang bukan sedangerous tumor yang boleh bawak maut. Tapi boleh menjadi kanser jugak. Tak salah aku dulu aku penah baca kat Reader's Digest pasal mole. Dia kata tahi lalat yang tak bahaya bentuk dia bulat, and tak melebih 5-6mm diameter *cepat carik pembaris*. Tapi kalau tahi lalat yang bentuk dia bersepah (tak bulat) pastu kaler pink la, brown la, then besar lak tu, ok yang tu potential kanser. So boleh la kalau nak buang.

Kekdah nak check tu dipanggil ABDC :

A : asymmetry : tahi lalat mesti bulat. Takleh bujur atau pat persegi.

B : border : border tahi lalat mesti rata, takleh bergerigi.

C : color : tahi lalat pada badan mesti kaler yang sama, takleh sebijik pink, pastu kat pipi sebijik lagi hitam, pastu kat perut sebiji lagi kuning.

D : diameter : macam aku cakap tu la. Dia takleh lebih dari 5-6mm


So tadi aku telah mengukur tahi lalat celah pantat aku ni dengan menggunakan compass geometri set. Siap geledah kotak dalam store nak carik balik geometri set. Kau mampu nak buat macam tu?
Dah la tahi lalat tu kat bontot. Dengan penuh berhati-hati aku adjust compass tu biar betul-betul kena atas tahi lalat. Tapi on the way tu berapa kali gak la tercucuk bontot.
Tu pun mujur takde angkup vernier dalam rumah ni. Kalau tak, mungkin measurement tahi lalat aku menjadi lebih jitu.


 
Angkup vernier digital okehhh. Mau tak tepat diameter tahi lalat kau kalau pakai ni?
*picture digugel*



Tapi takpela, compass pun compass la.
Ukuran adelah 4mm.
Quite besar jugak la tahi lalat celah pantat aku ni. Tak tau la merbahaya ke tak sebab tak nampak jelas. Malam kang la aku mintak En Wan snap gambar, biar aku amati bentuk dan warnanya. Dan kita akan bincangkan kemudian.

Pastu gugel-gugel la pasal tahi lalat hidup. Sekali terbumped into ciri-ciri tahi lalat.
Tak tau la boleh caya ke tak, tapi boleh la kot just for fun.
Aku baca baca baca sekali terkonfius :



Tahi lalat di punggung.
Tahi lalat di pantat.
Kalau ikut bahasa aku, punggung ngan pantek sama je maksud dia.
Ni mesti orang tu maksudkan pepek.

So aku malas nak percaya yang ni.
Carik sumber lain pulak.




4mm tahi lalat belah pantek kanan, aku rasa jatuh katergori sederhana, or maybe besar.
So aku adelah :

Pendiam.
Aku pendiam?
Pendiam lah sangattttttt.

Pemurah.
Boros adelah lebih tepat.

Setia.
Bukan setia, tapi takde pilihan lain. So terpaksa setia. Ngahaha.

Menepati janji.
Janji ditepati.

Kuat daya seks.
Jap eh. Nak keluar lunch.


posted by green apple @ 1:33 PM  
Newer›  ‹Older
Pencuri geng-geng Pak Itam
Kawasan Putra Avenue tempat aku tinggal ni dah macam pesta merompak. Every other day mesti ada email dari komuniti yang sampaikan ada kes pecah rumah. Dah macam acara mingguan pulak. Dari zaman ada pak guard sampai ke zaman pak guard kena buang (sebab takde beza ada guard ke tak, still ada rumah kena pecah) manjang je ada kes. Macam pelik pulak sebab perompak tu dah macam 'punch card' kat kawasan rumah kitorang ni. Hari ni ada kes, besok rilek, lusa ada kes, tulat rilek, pastu ada kes lagi. Yang aku heran, apesal dia dok attack area rumah aku ni je? Tapi kan, bila teringat balik kasut Adidas limited edition En Wan yang hilang tu, aku suspek yang mencuri ni bukan calang-calang orang sebab pandai memilih! Padahal ada je kasut Vincci ngan Bonia aku kat depan tu, ada bling-bling lagi. Taknak pulak kau rembat. Macam dia tau je tu kasut made in Malaysia.

Malam tadi lepas Maghrib aku pi carik barang-barang tailoring dengan En Wan. Balik rumah nampak ada kereta polis kat depan rumah jiran kitorang. Jiran yang lagi satu, bukan jiran yang baru meninggal hari tu. Nampak keta polis terus aku menggigil. Apehal sampai ada polis bagai kan. Kepala otak aku dah terpikir ada kes bunuh. Banyak tengok 999 katakan. Belum masuk rumah, Redza keluar bagitau "Pa, rumah jiran kita kena rompak". Terus macam nak tertanggal kepala lutut aku dengar. Terus nangis. Tak pasal-pasal menggigil sampai rasa sakit dada. Berlari bibik aku ambikkan air bagi aku minum. Ntah apa-apa. Kat blog kemain terer lagi kau kan, baru dengar perompak dah nak pitam. En Wan terus keluar pi rumah sebelah. After 20 minits, dia balik ajak aku pi sama jumpa the wife. Jap, jap. Kasik aku bertenang diri dulu. Kang yang kena rompak tak apa-apa, aku yang melawat ni rebah.

Cash lima ribu gone.
Jewelleries RM40K gone.

Kitorang suspek perompak ni buat keje time hujan lebat petang tadi around 4-5pm sebab waktu tu tailor aku dengar macam bunyi benda pecah. Tapi masing-masing tak sangka la ada perompak kat rumah sebelah. Padahal bibik Lenny aku cakap dia ada je tepi sliding door mengadap rumah sebelah, time tu dia tengah membalut Ephyra aku.

Jiran aku cakap perompak ni memang spesis terer. Memang bangsa perompak yang terdidik untuk menjadi perompak.
Dorang cakap dorang tak letak cash setempat. Dorang letak sikit kat dalam envelope dalam laci, letak sikit dalam poket baju, letak celah buku...tapi still perompak tu boleh tau! Pelik kan? Sempat kau seluk every pocket baju untuk check ada duit ke tak. Samada dia ada alat untuk detect duit and gold ataupun dia memang pakar nak mampos dalam bidang rompak-merompak. Kemain lagi kau had your own sweet time membelek selai-selai buku and baju semata-mata nak check duit orang kan?

Pastu jiran aku simpan jewelleries dia pun bukan setempat. Dia simpan sikit kat sewing box, sikit kat laci, sikit sana sini...but still boleh jumpa! Yang klaka, kuasa pulak kau membelek sewing box tu kan? Ni memang konfem bukan calang-calang perompak. Ni memang tauliah tertinggi punya lahanat. Otherwise, kejadah apa kau boleh terfikir nak kuis kotak jahitan? Kalau cara-cara kita ni memang takkan terfikir or even tak kosser nak kelebet sewing box. Tapi dia boleh gigih carik emas dalam tu.

Kesian jiran aku. The husband cakap cash tu dia tak kisah sangat tapi dia kesian la kat wife dia barang-barang kemas turun-temurun, yang baru beli semua habis kena sapu. Memang bangkai la.

Memang perompak ni semua bangsa yang cerdik. Dia tau time hujan takde orang keluar rumah. Time hujan orang bantai membuta. Waktu tu la dia bergotong-royong. Yang best tu waktu siang hari dia selamba panjat gate (sebab satu palang gate patah, so suspek adelah perompak kategori obes yang merasakan diri dia ringan nak panjat palang gate) pastu dia umpil lock sliding door and pecahkan glass. Padahal sliding door dia tu kalau dari rumah aku memang boleh nampak. Tapi sebab hujan kan, so bibik aku tutup semua pintu and tingkap, duk dendiam dalam rumah. Sedang elok la dia nak projek rumah sebelah.

Memang terkilan betul aku bila rumah jiran kena pecah masuk sebab rumah aku ada orang. Tapi takde sape perasan ada babi tengah menyondol-nyondol kat sebelah.

Sebenarnya dalam keadaan macam ni aku takut sangat. Sebab aku jenis tak pakai barang kemas. Memang sebijik emas pun aku tak pernah beli. Mak Aji belikan time kecik-kecik dulu semua kitorang tak ambik. Malas nak pakai. Dulu pakai pun time raya. So bila ada kes pecah rumah ni aku takut. Nak lagi kalau jenis perompak yang berani masuk time kita semua ada dalam rumah, macam kes rumah Wardina tu. Tau je la babi-babi ni semua, dorang aim cash and gold je. Mana dia nak percaya kalau perempuan tak pakai barang kemas. Aku takut je kalau masuk rumah aku (nauzubillah) selagi tak jumpa barang kemas selagi tu dia tak puas hati. Dorang ni kalau tak dapat apa yang dia nak nanti mulala ada je benda lain dia buat. Series aku memang takut.

Dah tak sedap hati pulak nak tinggalkan rumah lama-lama. Eh tak payah lama pun. Sorang customer yang datang tempah baju bagitau, dia tinggalkan rumah dia sejam je pi makan luar anak-beranak. Dia nampak ada kereta berenti depan rumah tapi tak suspek apa-apa. Lepas sejam dia sampai rumah nampak kereta tu berdesup jalan. Masuk rumah tengok sadaqallah...

Memang la kita boleh pujuk hati "takpelah, bukan rezeki kita" tapi kita manusia biasa jugak, hati tetap rasa sakit kalau terkena kat diri sendiri. Duit kita tercicir pun kita boleh rasa terkilan. Tu cara-cara kita cuai. Apetah lagi kalau orang yang ambik duit kita.

Last week, ada rumah kat area ni jugak kena pecah masuk tapi dapat tangkap orangnya, orang Peru. Geng-geng kote itam ni memang cukup terer buat kacau-bilau eh? Tau la ko ada kebolehan camouflage di malam hari tapi agak-agak la kan kau duduk negara orang. Kot ye pun hidup merempat takyah la jadi perompak. Pi la jadi gigolo ke apa. Tu pun aku nak ajar ke.

Tapi bak kata En Wan, ada CCTV ke, ada alarm system ke, ada 24 hours guard ke, kalau benda nak jadi, tetap jadi. Tapi takkan nak tawakal je kan. Mesti ada usaha jugak nak prevent dari kecurian ni terjadi lagi. Komuniti area rumah aku ni tak sebulu. Ada kelompok yang setuju kawasan ni gated and guarded. Ada sekelompok tak setuju sebab masing-masing dah invest kat CCTV and alarm so taknak invest dah kat manpower. Padahal RM50 je pun sebulan. Skarang ni RM100 sekejapan habis sehari. Takat RM50 sebulan nak berkira. Keta dua tiga bijik setiap rumah. Nak invest kat CCTV ke, alarm system ke, sukatilah. Tapi as a komuniti apa salahnya kita bersatu hati pagarkan housing area ni and letak balik pak guard, buat satu access je untuk keluar masuk. Pak Guard memang bukan satu gerenti rumah kita terjaga dari dimasuk pencuri but at least bila ada guard, gated, and single access, terkawal la sikit orang yang keluar masuk. Ni tak. Mintak signature nak buat gated area, ada yang taknak. Mintak signature untuk buat single access, ada yang bangkang. Susah nak keluar pi keje, jauh kena pusing.
En Wan kata ada satu rumah yang ada CCTV kena rompak baru-baru ni. Bijak tak bijaknya pencuri tu, dia masuk time black out. Kannnn??


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by green apple @ 12:58 AM  
Newer›  ‹Older
Tribal Wars
October 28, 2012


Sekarang corak tribal kembali 'in'.
Dari blouse, seluar, beg, baju kurung, masing-masing nak carik tribal print. Tsugoi pun ada, apa ingat kitorang takde?? Plis okkk...see the leg. Warna-warna ceria sudah pasti, taknak la rembat tribal print yang kusam-kusam kan. Dulu masa zaman blaja, brader-brader Fakulti Seni Kreatif banyak usung beg tribal print ke hulu hilir, maklumla aku blajo kat Sarawak, so corak-corak macam ni sinonim dengan culture di sana. Aku sendiri ada tempah baju kurung plain tapi kain kurung dia corak tribal. Ntah mana la baju tu meruyup. Tak jumpa dah. Rasanya aku bagi kat orang time nak balik KL dulu. Malas nak mengangkut banyak-banyak barang.




See?
Tribal shawl also dah ada.
So ladies yang bertudung takyah risau, korang pun boleh rasa 'in' now.

Tsugoi is now offering you our Tribal Print Shawl!
Shawl ni cukup lebar untuk korang gayakan dengan pelbagai cara ikatan.
Kalau sesiapa berminat nak pakai tribal print shawl, silakan pilih mana yang berkenan.
Harga tetap sama macam shawl yang dulu.

Material : 100% cotton.
Size : 120 x 95cm
Pattern : Tribal print
Price : RM39/pc

To order, please email : aveo757[at]yahoo[dot]com



 
 S21-1



S21-2



S21-3



S21-4



S21-5



S21-6




p/s : Model ini juga sudah berkahwen. Berhenti mengusha beliau.



posted by green apple @ 12:30 AM  
Newer›  ‹Older
Raya Haji
October 27, 2012


Aku dah sampai rumah semula pukul 2pm tadi :)

YEAY!!!!

Hahahha.


Mentang-mentang la balik kampung orang kan, kemain suka lagi kalau dapat balik rumah sendiri awal-awal. Cuba kalau turn kita dapat balik kampung sendiri. Kalau boleh nak menetap terus kat kampung. Cewah, kampung sangatlahhh Bandar Baru Bangi tu.

Kitorang seperti biasa, raya haji kat Tganu la kan, wajib. Sebab kalau beraya kat Bangi pun penyudahnya mengangkang depan tv je keje aku. Sebab selalunya raya haji macam ni Pak Aji busy kat surau gotong-royong melapah daging. Lepas tu malam-malam komuniti kat sana ada sambutan la, opne house raya haji la, apa la, so nanti makpak aku takde gak kat rumah. Jadinya, balik la aku balik Tganu je.

Gerak Rabu, malam. Sebab esoknya aku ada keje kat UMT.
Keluar pukul 9mlm. Stuck kat Karak, sampai pukul 12mlm! Pukul berapa nak sampai ni oiii?
Nasib baik tailor tak ikut sekali balik sebab dia nak siapkan ada urgent tempahan baju jadi bibik Lenny ke ikut. Makanya, kereta lapang la sikit. Dapatla si Redza terbongkang sepanjang-panjang seat belakang tu. Rayyan macam biasa nak duduk atas riba aku. Rela dia tido duduk sepanjang jalan. Nyenyak pulak tu. Bersandar kat tetek, apa tak nyenyak kan. Tanyalah bapak dia. Beliau lebih arif.

Malam tu jem bukan sebab orang ramai balik pun, tapi sebab ada accident kereta la, lori terbalik la, kereta rosak la. Tapi sampai kat exit mana ntah, jalan dah lengang. Aku rasa yang tu exit orang-orang Kelantan masuk. Kuala Lipis kot eh? Tapi LPT terang gila. Aku tak tau la berapa pantas En Wan pecut, tapi kul ompek pagi dah sampai rumah mak. Tu cara-cara ikut jalan pantai yang penuh dengan traffic lite. Kalau ikut Bukit Besi konfem kul 3am sampai dah. Pulak tu malam tu aku tido, tak kuasa aku nak layan pujuk rayu dia ganti drive. Boleh laaaaaaaaa blah. Aku dah sound kalau nak balik malam ni, balik keje awal. Tak pun ambik half day. Biar rest. Oh tanakkkkkkkkkkkkkkkkkk. Nak keje jugak. Balik lambat jugak. Pastu nak rayu-rayu aku ganti drive eh? Takde. Aku nak buat keras jiwa.

Alhamdulillah sampai Manir dengan selamat.
Terus tido.

Esok pagi aku anjakkan appointment aku ke pukul 11.30am sebab series tak larat nak catch appointment awal-awal. Seb baik customer aku pun ada hal pagi tu. Fuh! Selamat.
Settlekan keje, pastu zassssssssssssssssssssssss port biasa - AnW Batu Burok. Padahal sebelum gi keje dah pekena nasik goreng sepinggan. Pastu nak makan hotdog with cheese la pulak. Memang cenggini la kalau everytime period. Mentekedarah je keje. Lembu pun takut tengok aku makan.




On the way nak ke Batu Burok tu, aku post gambar aku yang penuh riang kat FB. Riang la kan, keje dah settle. En Wan ajak pi Pasar Payang lak tu, mau kau tak riang?

Tetiba ramai pulak yang komen pasal shawl yang aku pakai that day. Kaler suwit la, tudung cantik la, taknak let go tudung ni ke, bla bla bla.

Puiiii.

Padahal aku dah penah pakai shawl ni, siap tepek kat blog lagi.
Bedebah sungguh baru skarang nak notice. Kuang hasam.
Ni dah kejadian kali kedua dah ni. Hari tu blouse hitam aku. Padahal sepuluh kali pakai tapi takde orang notice. Baru-baru ni pakai ramai pulak tanya blouse beli kat mana. Kelmarin shawl pulak. Sangat bedebah.



First time pakai bulan 7 tahun 2012


Shawl yang menjadi kegilaan ramai orang (wah gitu) kelmarin.


Padahal aku pakai shawl ni memang dengan blouse ni je. Sebab tu la pun tujuan aku beli shawl ni, semata-mata nak pakai dengan blouse ni je. Maybe anak tudung yang aku pakai dulu meneggelamkan ke-kiut-an kaler shawl tersebut. Heh.

Oh lagi satu ada soalan berbunyi kejam aku dapat kat inbox. Ada yang tanya kenapa shawl yang aku pakai lawa-lawa berbanding shawl yang aku jual. Hahaha. Kejam tapi tulus ikhlas. Takpe, aku terima soalan tu.

Boleh je kalau ada permintaan nak kitorang jual shawl-shawl macam aku pakai tu.
Tapi the last time aku jual 100% mulberry silk harga cuma RM89/sehelai tapi tak ramai yang beli. Maybe sebab mahal. Shawl yang aku pakai ni also mulberry silk, aku beli kat Arianni RM129/sehelai. Agak-agak kalau Tsugoi jual 100% mulberry silk ada ke yang nak beli. Kalau ada, kitorang memang sangatlah suka sebab mulberry silk memang sangat cantik and lembut. Cuma memikirkan demand mungkin tak banyak, jadi kitorang push material yang boleh diterima ramai.


 Tapi shawl yang Tsugoi jual kualiti not bad. Murah bukan disebabkan kualiti dia tak ok, tapi sebab kitorang beli in bulk. So jangan risau kalau harga dia murah. Gambar atas ni salah satu shawl yang Tsugoi jual, S20-B (tapi dah habis).

Oh, btw, Isnin nanti cekidaut, aku publish new shawl from Tsugoi.



Hari Khamis tu aku ronda-ronda kat Pasar Payang cuma nak beli baju tido kaftan je. Baju kaftan aku semua dah rabak-rabak stok boleh buat kain lap kaki. Everytime balik Tganu baru gelabah punggah lemari carik baju tido yang senonoh nak bawak balik. Sedar-sedar yang koyak kat leher la, rabak kat ketiak la, yang lusuh buruk nak mampos pun still ada dalam lemari aku. Sumpah mati syahwat laki aku kalau tengok aku pakai baju ni. Hari tu dapatla rembat 6 helai. Jadikla buat nak pakai balik Tganu.

Jumaat, raya.
Tapi serupa tak raya. Sebab lepas solat raya, semua bertempiaran pi rumah mak lagi satu. Korban buat kat sana. Aku datang kat sana lepas lembu dah tumbang sebab En Wan lama kat kubur arwah ayah. Sampai rumah sana, bantai bersembang dengan Mek sampai makan pun tak. Alih-alih En Wan dah ajak balik rumah. Sampai rumah, membuta. Begitulah adanya hari raya saya.

Malam tu lepas isyak ada tahlil sikit.
Tapi aku duduk dalam bilik sebab Rayyan mengamuk nak tido. So aku tak dapat join orang tahlil kat bawah. Sekian, kenduri tahlil saya.

Pagi ni pukul 9.15am dah keluar dari Manir. Sangap kat sana lama-lama sebab tak tau nak buat apa. En Wan pun macam banyak agenda nak buat kat rumah ni. Ni pun esok dia dah ajak aku pi 1-U ntah nak carik apa lagi la orang tua ni. Sungguh aku tak paham.



Ini je la pun gambar raya haji aku tahun ni.
Mengusung kamera kemain lagi En Wan, tapi tak snap apa pun. Ni pun aku snap gamba berdikari masa nak keluar pi tengok lembu. Ingatkan bawak kamera konon nak ambik gamba keluarga la kan. Tapi pagi-pagi lagi anak-anak aku dah meruyup ke mana ntah. Kang kalau aku carik, mau lecak ketiak aku. Dah, tak payah bergambar.


posted by green apple @ 4:20 PM  
Newer›  ‹Older
Mengapalah bersusah payah sampai macam ni..
October 24, 2012

Tak payah la buat macam ni sekali oiii.
Aku tau those yang bukak bisnes jual baju design aku tu adelah di kalangan yang mesej aku kat FB Fleur jugak, buat-buat tanya harga. Kan?

Ni mesti bangsa yang life gila boring lantas tak tau nak buat apa maka menghabiskan masa stalk sesape yang bagi komen kat photo-photo baju aku pastu PM sorang-sorang offer the same baju dengan harga jauh lebih murah.

Beb, meh sini aku nak bagi nasihat.
Kau nak tiru design aku, silakan. Aku takde hal pun.
Tapi tunjukkan dulu gamba hasil dari jahitan korang membentuk design baju aku tu pada customer. Tu baru namanya usahawan cerdik.
Bukan cilok gamba dari FB aku, tepek kat wall masing-masing and buat promo "Baju ni harga RM150-RM200". Tu namanya takde keyakinan diri. Kau nak berbisnes tapi kau sendiri tak yakin dengan produk kau lalu terpaksa menepek gamba orang untuk di'jual' kat blog sendiri. Akai ada? Ada la kot. Tapi kat celah kangkang.

Sabtu lepas (mana yang ada dalam FB list aku tau la kot), 3 aktiviti pemplagiatan berjaya diberkas (dah macam 999). Terima kasih kat reader-reader yang dikasihi kerana mendetect dan menginform.

Mula-mula plagiat baju pic profile Fleur by Mrs Him.
Pastu ada sorang lagi inbox aku bagitau ada lagi sorang makhluk 'jual' baju aku. Yang ni lagi berani, siap cakap brand tu Fleur by Mrs Him seolah-olah dia agen aku. Wadehel.
Yang ketiga, plagiat entry caller HotFM (I know you are reading this sebab sah-sah kau baca blog aku).

Aku sampai dah tepu that day. Macam back to back pulak. Kira macam dorang ambik turn nak kena bambu. Reader-reader aku ni pun boleh tahan terer. Aku just printscreen and letak kat wall, sejam pastu tau-tau semua dah delete the post/photo. Ntah apa la yang korang kejerkan sampai dorang delete semua post. Heh.

Malam ni dapat pulak satu email.
Ok yang ni memang gila saiko. Sampai boleh stalk page aku and perati saper yang ada cara-cara nak tempah baju, terus dia add as fren and offer service. Takde hal la bai kau nak offer RM190 ke, RM90 ke, 90 sen ke tapi kalau aku sebagai customer pun, aku nak tengok contoh baju dulu baru yakin boleh tempah ke tak. So, kalau kau nak jual baju aku tu, silakan. Tapi jahit dulu then bagi orang tengok produk kau pulak camana bentuknya. Jangan lah menipu customer oiii. Aku tak tau la apesal korang ni nak berjaya dan kaya dengan mudah.


Padahal medium online bisnes ni adelah medium yang paling mudah dapat customer kalau kau tau caranya. Kau dah tau kau nak jual baju, patutnya kau produce the baju, ambik gamba, letak kat blog, then promote. Customer pasti akan carik kau. Lagipun kau nak jual baju biasa, baju kurung je pun, bukan kau nak jual baju kalis peluru yang siap nak demo bagai. Tapi bila kau sampai ke tahap bersusah-payah email, PM customer, kau tak sedar yang sebenarnya kau dah tunjukkan kat customer how unprofessional you are. Kalau aku pun aku cuak. Tetiba je tak tau ujung pangkal masuk PM dari sesape ntah "You nak beli baju Fleur by Mrs Him ye? I boleh offer RM190 je". Apekah??

Same goes to pencilok gamba cookies Mak Aji.
One of agen aku bagitau ada orang sabotaj kukis Mak Aji. Dia pi ambik gamba kukis aku and letak kat FB dia pastu dengan riang-rianya promote RM12 sebalang. Siap kata kukis dia lagi sedap, bahan-bahan pun guna tak mahal, so boleh jual murah. Tapi yang kau guna gamba aku apesal? Kalau betul kukis kau lagi Grade A, pakailah gamba kukis kau kan. Yang pakai gamba aku, motif? Sebab kukis kau bantat betul tak?

Kau nak jual lagi murah ke, kau nak bagi free ke, itu masing-masing punya inisiatif. Aku ambik bahagian aku, kau ambik bahagian kau. Konsep aku macam tu. Aku tak peduli orang. Tapi kalau kau gunakan gamba-gamba dengan tujuan nak mengaburi mata customer, itu aku ambil peduli. Takyah la bersusah-payah beria-ia mencantas orang lain. Kalau benda tu hak kita, akan jadi hak kita juga. Kalau benda tu bukan hak kita, tetap bukan hak kita. Penat je kau nanti.



KLIK HERE : PROMO EPHYRA

KLIK HERE : SHAWL



posted by green apple @ 12:21 AM  
Newer›  ‹Older
Big Saver!
October 22, 2012

 


Tak sampai hati aku baca email-email yang dok tanya bila aku nak buat promotion Ephyra.
Agak 'sakit' jugak la kan sebenarnya harga RM228/box sekarang kan? Ada yang tanya apesal meloncat jauh sangat harga dia.

Cenggini anak-anak.
Harga Ephyra ni memang RM228/box semenjak azali lagi.
Tapi disebabkan kita nak perkenalkan Ephyra kepada semua, jadi kita bagi harga introduction RM198/box. Kebetulan dah nak puasa masa tu, jadi Ephyra melajakkan harga promosi tu sehingga ke selepas raya. Ha, tak cukup-cukup lagi promosi?


Sebab tu aku lancarkan harga runtuh RM185/kotak dulu supaya korang boleh simpan stock. At least takde la terkejut sangat sedap-sedap harga RM198 bulan ni, alih-alih bulan depan RM228. Tapi atas rasa belas kasihan yang amat tebal dalam diri, baiklah, buah biadara hamba lurutkan.

Start dari hari ni sampai 26th October (Jemahat) nanti, aku turunkan harga dari RM228 kepada RM200 sekotak dengan syarat pembelian haruslah melebihi sekotak. Maknanya, minimum purchase adelah RM400. Ok la tu kan, dulu RM198, now RM200. Dua hengget je beza. Actually today dah ada customer yang beli dengan harga promo baru sebab kebetulan dia request so aku pun suggest ambik promo deal ni.

Akan tetapiiiiiiiiii....

Oh, mesti ada tapiiii. Mana boleh takde tapi.
Memandangkan ini promosi yang singkat, jadi sila hantar dulu order kepada aku kat aveo757[at]yahoo[dot]com, Ephyra akan aku pos next week sekaligus. Ini adelah kerana esok aku out of office, Rabu aku dah balik Tganu. So plis send your order now. Sehingga Jemahat je ok?

Cepat grab sementara aku tengah baik ni. Kang aku tarik balik kanggggg.


posted by green apple @ 9:11 PM  
Newer›  ‹Older
Aku nak let go ini barang


Ok, ni aku nak jual barang persendirian.

Mula-mula sekali aku nak jual aku punya Coach yang terbaru.



 Ni gambar dalam website Coach - SOLD

* legacy stripe canvas with vachetta leather trim
* inside zip, cell phone and multifunction pockets
* zip-top closure, fabric lining
* handles with 8' drop
size : LxHxW : 15 1/4" x 10 1/4" x 5 1/2"


Aku aim lama dah Coach ni sebab aku kan suka rainbow kaler yang ada tempias-tempias pink. Pastu baru-baru ni aku gugel-gugel sesape yang ada ready stock, eh sekali ada. Terus email and bayor. Lusa dapat. Tapi baru last week aku pakai bawak pi utara, tu pun isi telekung senang nak bawak turun kat RnR Gurun. Rasanya sebab beg yang aku pakai skarang lagi besar so aku lebih selesa pakai beg yang ada. Jadi, daripada Coach ni jadi tukun, maklumlah aku takde anak dara nak diperturunkan beg-beg ni semua, jadi aku offer kepada sesape yang nak beli, silakan email aku.

Ni bukti beg ni memang sangat baru dibeli :





Aku beli 8 October, dapat 10 October.
Baru pakai last week, 16, 17 and 18 October. And sekarang dibungkus balik dalam dustbag.
Aku beli kat pesonabutik dengan harga RM780 + RM10 (transport).
Aku gugel-gugel, ada yang jual RM790, ada yang RM850.

So since aku dah pakai last week, aku nak let go dengan harga RM600 (free postage).
Kalau nak ambik sendiri kat rumah aku pun dialu-alukan.
Beg ada dustbag and card.
Tapi plastic-plastic ni semua takde la kan, semua dah barai aku koyakkan masa sampai tu hari.




Cenggini la rupa masa datang hari tu. Sohih authentic!



Wrapping paper pun Coach punya sebab budak ni pi beli sendiri kat US.




Ni gamba dari lensa kamera ku sendiri, dan juga aku snaplan gamba isi perut dia sekali.



Ok tamat satu bahagian.

Bahagian kedua yang aku nak offer is Candy Colour Skinny Pants.

Aku order candy pants (cotton jeans) ni dengan supplier barang-barang makmal aku so alang-alang dia pos barang for company aku, aku suruh dia carikkan seluar untuk aku sekali. Manager Ivy ni aku dah kenal 4 tahun, dia la jugak yang selalu kirim shawl cantik-cantik kat aku sampai aku terus terminat nak jual shawl. So memandangkan kitorang dah ngam, aku mintak dia carikkan candy pants yang lawa-lawa, shipkan sekali dengan barang-barang company aku. Jimat sikit freight charges. Aku beli dengan harga RM58/pc je.

Tapi En Wan tak approve aku pakai seluar ni kat luar. Dia kata ketat sangat untuk orang bertudung. Dia kata kalau pakai kat rumah boleh. Apa barang aku nak pakai seluar panjang dalam rumah kan. Dah la kat luar aku bertutup, kat rumah haruslah pakai yang pendek-pendek. Kalau ada yang lagi pendek lagi bagus. Bogel terus pun takpe. So, aku nak let go jugak seluar ni.

Seluar ni belum nampak dunia luar lagi, baru Rabu lepas.
Aku sarung untuk bergamba je ni.

Saiz adelah satu saiz saje, iaitu saiz aku, pinggang 74cm (size 28).

Kalau nak, sila email aku juga.
Aku jual RM58 + RM10 (postage).



Green - SOLD


Grey - SOLD


Pink - SOLD


Red - SOLD


Sky blue



Email aku : aveo757[at]yahoo[dot]com


posted by green apple @ 2:23 PM  
Newer›  ‹Older
iPAD


 
 Abang sedang main iPAD dengan tenang.


 
 Penjaki sedang mengorak langkah.



Yah! Yah! Yah! Alamak takleh naik pulak.



Kot sini pulak. Hiyah! Hiyah! Come on...come...I can do it!



Oraittt. Sudah dapat naik kerusi.



Bagi aku! Bagi aku guna! Cekik dia. Cekik dia!



Tepi ahh. Tepi wehhhhh.



Hiyarkkkkkkkkk!!! 



YES!






Sebelum tido, gugel dulu apa-apa yang patut....


Besar harapan iPAD ni aku hempaskan depan-depan mata dorang. Biar berkecai. Konfem diam.


posted by green apple @ 12:19 PM  
Newer›  ‹Older
Kuku
October 20, 2012

 

Hari tu Redza kena bantai dengan aku tak pasal-pasal.
Aku nampak lukisan ni atas meja study aku. Dia buat komik. Tapi bukan buat komik yang aku kisahkan. Kau nampak gamba belah kanan tu. Tu apa tu, middle finger semua keluar?????
Memang berhantu satu badan.


Aku : Redzaaaa!!!!!!!!! Naik! kau naik skarang!


Redza masuk bilik aku dengan muka kecut telo.
Bibik-bibik melarikan Rayyan siap-siap sebagai persiapan takut dengan Rayyan Rayyan sekali aku libas.


Aku : Ni apa ni??? (sambil pegang kertas lukisan dia)

Redza : Komik.

Aku : Ni apa??? (tunjuk kat gamba middle finger)

Redza : Tangan.

Aku : No! Ni apa??? (jotos-jotoskan jari telunjuk kat gamba middle finger)

Redza : Finger.

Aku : Finger apa yang Redza lukis ni????

Redza : Finger macam ni..(sambil gayakan dengan tangan kanan dia, plam mengadap ke arah dia)

Aku : Jangan nak tipu Mama! Ni middle finger kan? Redza lukis middle finger kan?? Mana blaja?? Sape ajar??

Redza diam.

Aku : Cakaplah sape ajar!!! (Dassssssssssss hanger kat peha aku bagi)


Start nangis.


Redza : Ija tak tau. Ija lukis aje. (mengongoi-ngongoi nangis gosok peha)

Aku : Mana Redza blaja lukis middle-middle finger ni??

Redza : Ija tak tau Ma...Ija tak tau.


Dassssssssssssssssss satu kali lagi dapat.

Pastu aku tinggalkan dia dalam bilik. Aku keluar.
Rasa macam nak nangis anak pandai lukis middle finger segala.

Dalam sejam lebih macam tu aku masuk bilik, tengok dia dah tertido.
Aku gosokkan minyak gamat kat peha sebagai persiapan nanti kalau bapak dia nampak tak pasal aku pulak kena belasah. Redza terjaga.


Aku : Redza, cuba cerita kat Mama pasal komik ni apa.

Redza : Dia macam ni....bla bla bla bla....

Aku : Kenapa orang ni buat tangan dia macam ni? (aku buat middle finger)

Redza : Mana ada macam tu. Macam ni la..(dia tunjukkan lima-lima jari kanan dia, palm mengadap ke arah dia)

Aku : Ye ke, macam tu. Kenapa jari tengah tu lagi tinggi?

Redza : La, kan jari yang tengah ni memang lagi tinggi, Cuba mama tengok jari mama.

Aku : Ye ke? Bukan Redza lukis macam ni? (sambil buat lagi sekali middle finger)

Redza : Bukan. Kan ada gamba kuku-kuku ni Ija lukis.


DEMMMM!!
Memang ada gamba kuku kat semua jari tu!!!!

Ya Allah, rasa bersalahnya pukul Redza hari tu.
Menaip ni pun aku rasa sebak. Rasa nak belasah diri sendiri dengan hanger.
Macamana la aku boleh tak perasan ada gamba kuku kat katun tu?

Jap tadi Redza tanya aku "Ma, yang hari tu mama tunjuk macam ni (buat middle finger) tu apa?"

Ok pulak yang glabah skarang.
Elok-elok anak tu tak tau, skarang dah tau.


Puuiiii.

posted by green apple @ 5:00 PM  
Newer›  ‹Older
Pos

Selasa lepas aku gerak ke utara.
Kali ni angkut Mak Aji, Pak Aji and Ibal sekali. Kasik dorang berehat setelah berhempas pulas buat kukis non-stop. Aku ajak Ibal sekali sebab hari Rabu tu dorang nak ke Langkawi, aku tak ikut sebab keje, jadi biar Ibal teman kot nak ngangkut-ngangkut periuk ke apa kan.

Sampai Ipoh, aku call Pos Laju sebab Isnin tu aku dah pack Ephyra and shawl siap-siap so that they can collect Tuesday. So bila dah call Pos Laju tu kira legalah, sebab dah pasti barang-barang akan dicollect. Kebetulan Selasa tu appointment aku full kat USM Penang and Bertam. Pastu nak terus ke Kangar sebab appointment aku esoknya tu awal pagi. Lagipun biar Pak Aji and Mak Aji gerak ke Langkawi awal-awal. Malam tu, aku call rumah tanya hal budak-budak. Sekali bibik aku cakap, "Madam, pos tak datang ambil barang". Meloncat la aku kan. Aku dah email semua customer tracking number dorang, alih-alih pos tak datang. Dah la aku penat driving hari ni, kau memang carik point nak trigger kemendidihan darah aku.


Kes 1
 

 Aku tak kira.
10 malam pun 10 malam la. Kau kena ambik jugak barang tu malam tu. Dah banyak kali sangat buat hal. Kalau sekali dua aku leh tolerate lagi. Ni dah banyak kali. Kot ye pun staff yang selalu ambik tu MC, takkan kau takde staff pengganti nak collect/hantar barang area Putra Heights? Gila tak lojik punya jawapan.




 Kes 2




Ni lagi satu aku hangin.
Dia ingat tiap kali invoice sampai aku main issue cheque tak check details gamaknya. Takde de. Aku memang akan check satu-satu. Sekali aku terperasan satu CN ni barang sampai 29kg! Sejak bila aku guna Pos Laju kalau barang more than 10kg? Kalau barang-barang company aku, yang lebih dari 10kg semua aku hantar pakai logistik, takde gila de aku nak pakai Pos Laju.

Bila check balik, Ephyra rupanya!
Customer ni beli 3 kotak, so berat untuk 3 kotak is 2.9kg. Dia boleh salah key in 29kg. Tak sawan kau kejap???

Dia kata nak issue credit note.
Sampai skarang tak sampai-sampai lagi credit note. Nasiblah. Kau tak bagi credite note, invoice bulan depan jangan harap aku nak bayar.



Kes 3


Ni kes email pagi tadi.
Manjang je la pelekat pos laju teetanggal.
Dulu aku dah kena sekali. Ni sekali lagi. Seb baik dia call customer siap-siap, kalau tak, balik-balik asik email aku je la masuk kat e-Aduan. E-Aduan pun fedap nampak email aku.



Kes 4

Ni kejadian pagi tadi.
Aku kan takde dari Selasa lepas, outstation. Pastu Pos Laju datang hantar barang, takde sape yang boleh sign sebab En Wan takde, pastu bibik nak sign passport dia kitorang pegang. So aku kena pick up sendiri. Alang-alang pickup tu aku tanya la sekali, aku dah lama mintak medium flyers and printed consignment note. Dia tanya aku ada akaun ke dengan Pos Laju. Aku bagi no akaun semua. Pastu dia mintak aku tunggu jap "Puan boleh tunggu ke? Kita print sekarang"

Baru nak print!!

Nak kena sembah baru dapat.
Padahal everyday kalau call Pos Laju Pick Up Hotline tu, manjang je before letak telifon, operator akan tanya "Selain dari tu ada apa-apa lagi yang Puan nak?".

Kemain lagi pertanyaan kan.
Tapi sampai ke sudah apa yang aku mintak tak dapat-dapat.   
Bila aku tanya apesal pesanan aku tak sampai-sampai, "Ye, saya tengok memang dekat rekod Puan ada mintak, benda ni ambil masa".

Sangatttttttttttt ambik masa.  
Bila aku datang sendiri kat kaunter boleh pulak print on the spot.

Pos Laju, please jangan overdo dalam membuat sistem.
Nanti kau sendiri yang confuse, customer yang jadi mangsa.

posted by green apple @ 12:06 PM  
Newer›  ‹Older
Pebenda je la...
October 19, 2012


Ni reader aku yang forwardkan.....

 



Sesuka hati je ambik gamba design aku tepek kat page dia kan?
Ingat design tu aku copy ke? Kerahan otak aku melukis.
Tak paham la manusia yang suka ambil kesempatan.

Orang lain pun berbisnes gak makcik.
Tapi gunakan lah cara yang betul.




posted by green apple @ 9:04 AM  
Newer›  ‹Older
Edited : Peplum is in da house!!!
October 17, 2012

***Announcement: Ada sedikit perubahan pada ukuran baju peplum. Please check saiz baru yang aku edit kat bawah (scroll plis).
Anyways, ini adelah current inventory :

ALL SOLD OUT


Dan ini inventory untuk Shawl (sila klik, kaler taknak tukar pulak)


T20-A (SOLD OUT)

T20-B (SOLD OUT)

T20-C (SOLD OUT)

T20D (AVAILABALE)

T20E (AVAILABLE)

T20f (AVAILABLE)



Skarang kan sana-sini sibuk orang tempah style peplum kan.
Baju kurung apa semua sibuk orang nak style peplum.
Kepada customer-customer Fleur khasnya, yang tak dapat buat tempahan kurung peplum, apa kata korang beli siap ke baju peplum and suai-padankan dengan skirt or kain?

Pakai seluar cam dak Elly pakai ni pun cun dah.
Cun sangat-sangat dah ni!




Amacam?
Ada berani pakai cenggini time raya.
Bila lagi nak bergaya kan.


Ok, kalau berminat, sila serbu baju-baju peplum kat bawah ni :

 

Orange
SOLD OUT





White
SOLD OUT




Green
SOLD OUT


Size M Bahu : 36cm
Panjang Lengan : 56cm
Dada : 84cm
Pinggang : 74cm
Labuh (front) : 56cm
Labuh (back) : lebih labuh dari front (sila refer picture)

Size L Bahu : 37cm
Panjang Lengan : 58cm
Dada : 86cm
Pinggang : 76cm
Labuh (front) : 56cm
Labuh (back) : lebih labuh dari front (sila refer picture)

Selepas ukur dan masing-masing dah tau size apa yang sesuai.. boleh start order...
Emailkan pada 

PRICE : RM85 (FREE POSTAGE)

EMAIL : tsugoi12@gmail.com
Subject: PEPLUM ORANGE or GREEN or WHITE
Please provide your FULL NAME, ADDRESS and CONTACT NO.

posted by green apple @ 6:00 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER