2012-10-14

Photoshoot Tsugoi


Semalam first photoshoot Tsugoi.
Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Jumaat, aku dah brief model untuk bawak baju apa, datang pukul berapa, alamat photoshoot.
Makeup artist pun dah di-informed.


Sabtu, before 9am, model semua dah sampai rumah Elly.
Elly dah standby breakfast so that semua takde alasan untuk sampai lambat sebab breakfast semua disediakan. Makeup artist pun punctual. Aku je yang gabra kejap-kejap call orang sana, kejap-kejap call orang sini. Tapi aku yang lambat. Haha.
Takpe...takpe..aku lambat 15 minit je, semorang tengah makan lagi masa tu.

Filla sampai half an hour kemudian.
Filla bawak Moon as our photographer.

En Wan dan Win (laki Elly) bertindak sebagai buruh kasar. Tenaga dorang diperlukan untuk unpack baju-baju and shawl. Aku sampai-sampai je dah mintak Elly iron and board. Aku dengan Filla bertindak sebagai bibik hari tu sebab kitorang kena gosok. Aku gosok shawl, Filla gosok baju.


 

Apa-apa hal breakfast dulu. Jap gi nak kerahan tenaga.
Tapi sebab aku dah breakfast siap-siap before datang, jadi aku meratah sambal ikan bilis. Model-model aku semua makan sejemput je. Model lah katakan.
Kitorang pun model jugak. Tapi model dalam blog sendiri je la. Sendiri snap gamba, sendiri tepek kat blog, sendiri puji.



 Kitorang kasik model-model and makeup artist makan dulu.
Pastu dorang dah naik atas untuk bemekap, kitorang pulak take turn makan.



 Suka betul tengok eyeshadow macam-macam kaler.
Sampai nak pakai pun tak reti.



 
Sukma, our makeup artist.

Esok aku akan publish gamba shawl, korang boleh tengok how sweet mekap Sukma buat.
Seriesly, kalau sesape nak kawen, bertunang, nak pegi dinner, you may consider Sukma.
Dari kat GZ lagi kitorang dah discuss sape nak mekap model. Kitorang taknak model dimekap terlalu tebal sebab fokus now pada shawl bukan pada model. That's why kitorang perlukan model yang dah sedia suwit and beautiful complexion supaya makeup artist takyah mekap tebal and photographer tak banyak keje nak meng-edit muka.



Anak tudung aku yang aku beli melamba-lambak kat Arianni, ujung-ujung aku tak pakai sebab muka aku tak sesuai pakai anak tudung serkup cenggini.



 
 
 Aku kan handle bahagian shawl, jadi haruslah suara aku yang paling kuat semalam.
Padahal takde benda pun. Tapi kecoh mesti mau lebih.


 
 Stok baju dah bertempiaran untuk di sort out.
Kebanyakkan baju kat sini adelah bahagian Elly and Filla.
Tapi dun werry, untuk yang bertudung pun aku tak lupa ambik. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu..



 Sape tengah carik bibik?
Aku suggest dia ni. Tapi mahal sikit la bayor dia. Don't worry, keje memang tip top. Tinggal lagi ko kena tahan telinga sikit la. Bak kata Elly, pompuan ni kaki protes.

 Masa ni Filla tengan gosokkan baju untuk Elly pakai. Elly model pakaian. Tapi jangan harapla kitorang nak bagi muka dia masuk website.Ambik gambar dari leher ke bawah je. Jangan harap Elly. Jangan harap.


 
 Masa ni aku dah nak keluar kejap, ada talk kena attend. Tapi kejap je. Time ni model masih dimekapkan. So aku tunjukkan sikit Filla camne nak lilit shawl ni. Haruslah kepala Filla jadi bahan. Tapi yang ni kitorang main lilit-lilit basic style je. Pastu masa model pakai style lain.

Aku tak tau pesal aku nak kena pegang dada Filla time bergamba ni.



Filla mengutuk aku. 
Dia kata aku dah macam beruk bersenggayut kat dada dia.
Barua punya member.



Betul-betulkan sikit tudung model.
Tak dapat jadik model, dapat jadi tukang betulkan tudung model pun jadiklahhhhhhh. 
Mesti letak kat resume ni! Mesti!
*pftt*

Oh yes, kalau sesape yang bertudung ambik Sukma as mekap astist, sangat untung. Sebab Sukma pandai pakaikan tudung untuk model-model kitorang semalam.



Dah namanya profesional photographer kan.
Main tembak kat dinding je tapi hasilnya sangat cantik!



Fidily tengah check gamba-gamba yang dah disnap.



Discussion.




Makan time!!
Jangan nak ngengada break for lunch kat luar ye. Elly dah orderkan lunch for that day - gulai lemak ayam, sayur campur, ulam-ulam, ikan masin, sambal belacan.

Lepas break for lunch, sambung balik sampai pukul 4pm.
Lepas model balik, Fidily duduk bersila asing-asingkan stok baju. Pastu pack balik shawl untuk aku bawak balik.

Sampai rumah 6.30pm.
Gila letih.
Dah macam keje hari biasa semalam. 9-5pm.
Tapi alhamdulillah, semua settle.
So esok aku akan publish shawl dulu.

Cekidawottttttttt.