Dari dulu lagi dia dok mengajak aku teman dia tengok bola. Kalau tengok kat rumah tu gagah lagi la. Kalau nak suruh aku sama naik bertempik kat stadium memang tak la.
En Wan kata PM bagi free tix tapi kena buat slogan ke apa ntah kat website 1 Malaysia. So dia buat sekali menang. So dapat seat RM388. Dapat 2, sekali dengan 2 pass untuk tengok training.
Dia bukannya nak tengok ManCity pun. Laki aku ni bukan layan sangat bola-bola omputih, takat ambik tau berita ada la. Tapi kalau nak tengok dia berjaga malam layan bola, kumpul jersi bagai memang tak. Aku tanya dia, dah tu apesal beria nak pi tengok? Dia cakap, kalah memang konfem kalah la. Tapi dia nak pegi sebab saje nak tengok ManCity kena sebijik dua gol dari Malaysia. Jadiklah kan. Hahahha.
Petang Ahad tu dia pujuk-pujuk aku, ok lah, aku layan.
Memula taknak bawak Redza sebab pass masuk pun dua keping je. Tapi aku cakap better bawak Redza. Si Redza ni kalau tension-tension kena tinggal kang tau-tau dia pi bukak puasa. Sesia je dah pukul 5 petang time tu.
Seperti yang dijangka, memang 2 orang je boleh masuk. Yang takde pass, sila tinggal luar.
En Wan kemain lagi memujuk brader kat entrance ni.
Yang brader ni pun gamaknya tengah puasa, kepala pun tak berapa nak betul sikit, pi tanya kitorang "Budak ni umur berapa?"
En Wan : 8 tahun.
Brader : Oh, tak boleh. Kalau 3 tahun ke bawah baru boleh masuk.
Aiseyman bro.
Takkan la kau tak nampak anak aku tu besar mana.
Sah-sah la bukan 3 tahun.
Yang kau pi tanya umur tu apesalla???
Oh, mungkin nak beramah-mesara agaknya.
Taknak bagi masuk takpe.
En Wan pi beli satu pass. RM10 je pun. Takpelah.
So kitorang bertiga masuk tengok training.
Masa dorang semua bersorak bila nampak the players keluar untuk warm up, semua bersorak siap berdiri.
Aku cam blur-blur. Nak sorak apa pun aku tak tau. Bukan aku kenal pun.
Rasa macam aku sorang je yang tak berapa nak excited jumpa players ManCity sebab aku sumpah tak kenal haram sorang pun. En Wan explain ok yang tu menantu Maradona, yang tu coach, yang tu ini, yang ini itu la, gini, gitu. Aku angguk je. Menantu Maradona?
Maradona pun aku ingat-ingat lupa.
Yang aku kenal Safiq Rahim.
KFCM.
Safee Sali.
Hasbullah Awang.
Aku tak selesa dengan keadaan hiruk-pikuk.
Aku memang takut sikit kalau dengar orang bersorak, menjerit, berkumpul rapat-rapat pastu bangun diri atas kerusi nak rebut bola. Aku dah nangis dah time tu sebab takut. Ngeri la keadaan dalam stadium. Memang takleh masuk betul. Dah la panas. Pastu ketiak orang sebelah gila bapak hamis. Hilang bau perfume aku. Padahal aku just pakai tudung instant je, takde shawl-shawl bagai tapi peluh menitik-nitik. En Wan pun heran apesal aku duduk diam-diam pun boleh berpeluh. Aku rasa aku berpeluh sebab takut kot. Tak reti la aku berhimpit-himpit ni. Maybe sebab tu la aku tak pernah pegi Jom Heboh, tengok konsert, mahupun demonstrasi jalanan. Alangkan masuk pasar ramadhan pun aku nak keluar cepat-cepat. Mabuk.
Last-last setengah jam je kitorang kat dalam tu sebab nak balik pun ye jugak, kang stuck kat tengah jalan bulan-bulan puasa ni sangatlah azab.
Tapi yang bestnya gi stadium ni sebab kat luar ada jual banyak makanan.
Macam pasar ramdhan.
Dengan burger, goreng-goreng, hotdog, snacks, best la.
Kalau ajak aku lagi sekali pi stadium mungkin aku just duduk tepi gerai je.
Semalam kan, salah satu barang yang aku order dah sampai.
Masa oredr tak ingat.
Main order je. Bila dah sampai dia punya rasa cuak tu satu macam okeh?
Nak tau aku order apa?
Ngeh ngeh ngeh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Untuk kesekian kalinya....
Kali ni Shah bagi aku gift sebab dia kata aku dah banyak beli dari dia.
Seb baik ko takde jual Chanel and CDior Shah.
Kalau tak, konfem aku regular customer.
Semua perfume lama-lama. Bukan baru pun.
Cuma aku pun tak tau apesal aku nak collect perfume.
Pakainya tak jugak.
Kadang-kadang sembur atas katil je before tido.
Tak pun sembur kat toilet.
Aku susah sikit nak beli perfume baru sebab takde banyak reference. Kalau aku tengok ramai kata best ke apa ke, baru aku beli. Macam perfume atas ni memang konfem best punya sebab aku pun penah pakai Clinique Happy dulu. Flora pun Mak Aji guna. The Beat dah penah bau cuma belum pernah beli.
Aku tengah carik sesape yang jual Chanel and CD online.
Silalah bagitau aku.
Aku tak boleh beli kat kaunter.
Kalau beli kat kaunter En Wan konfem ada sekali. Susah kalau ada dia ni. Kang aku kena bagi 10 dalil kenapa nak kena beli perfume. Nak pulak kalau aku beli sekali rap macam ni, silap-silap kena tepuk kat dahi. Kalau beli online ni best sikit. Dia tak tau. Hahah. Tau-tau dah sampai. Takleh buat apa dah masa tu. Pasrah je la bang...
Tapi tu la kan.
Nak sorokkan pun dari suami sendiri.
Dah lebih 12 tahun dia kenal aku, so dah paham sangat dah tebiat bini dia.
Padahal semua perfume ni aku simpan.
Kotak semua dah buang. Siap bungkus dalam plastik hitam lagi.
Sorok-sorok buang kat luar. Dah macam pencuri je gaya.
Tetiba tak tau apesal, aku jadi senyap semacam je semalam.
Dia pun heran apesal aku tak bising.
Aku mana pernah senyap.
Kat rumah ni memang aku je yang bercakap. Kalau aku tak bercakap memang senyap je la. En Wan lagi la, mana nak bercakap. Kalau aku tak mulakan percakapan, sampai ke sudah la sepi.
Pastu aku macam nak mengelakkan dari pandang muka dia.
Gila lah...tak boleh nak dibayangkan kecuakkan dalam diri.
Masa aku nak masuk bilik air nak mandi tetiba dia tanya "Beg apa ni?"
DEMMMMMMM!!!!
Gift beg yang Shah bagi tu aku letak atas meja study.
Great.
Kan aku cakap, En Wan ni takde satu benda barang-barang aku yang dia tak kenal.
Dia memang boleh perasan apa barang yang aku baru beli walaupun sepit rambut.
Padahal En Wan just tanya "Beg apa ni" kan?
Tapi sebab gabra punya pasal, meluncur laju je statement aku "Hari tu Di beli perfume, so tadi dah sampai. 6 je. Ala takpe la, Bang. Eh? Takpe eh?"
Pastu baru terfikir, apa ke bangangnya la aku pi bagitau.
Padahal jawapan takde kena-mengena dengan soalan.
Tapi takpela, dia dah tak marah aku beli perfume lagi :)