2012-06-07
Durian. Oh No! Oh never!
Sape boleh makan durian?
Kalau boleh, sila letak #tangankattetekmatajulingkeatashidungkembangkeluarkangigi
(ye, aku tau masing-masing tengah buat now)
Aku memang tak makan durian.
Dulu time kecik-kecik aku pernah try, series takleh masuk.
Tapi kalau adik aku, Ima, memang hantu durian.
Hantu durian kalau nampak dia mentekedarah durian pun bagi standing ovation.
Aku punya alergik kat durian ni tahap kalau bawak masuk durian dalam rumah aku, jam-jam tu jugak ko kena habiskan pastu sila mop rumah aku sampai hilang bau!
Kalau kereta aku jadi mangsa angkut durian, memang aku takkan naik la kereta tu sampai bau tu hilang.
Ada sekali tu En Wan bawak masuk durian dalam kereta aku, aku suruh dia singgah Select beli roti Gardenia. Dia bajet kot aku nak buat bubur durian ke cicah roti. Memang takkkkkkkkkkkkkkkk la!
Sampai je rumah, aku taburkan 7 keping roti dalam kereta bagi serap bau.
Terpisat-pisat muka mak mertua aku tengok menantu dia tensi anak laki dia bawak masuk durian dalam kereta. Amerika lah sangatttttttttt gaya, sampai takleh bau durian. Padahal Jawa.
Semalam, En Wan balik dari keje belikan makanan for dinner.
Aku pesan nasik ayam.
Lepas tunggu dia mandi semua baru sama-sama turun dapur nak makan.
Aku bukak pintu bilik je aku dah terbau durian.
Aku tak cakap apa-apa pun. Aku toleh and pandang muka dia je.
Terpusing-pusing dia tak tentu arah nak palingkan muka dari aku.
Dia beli durian okehhhhhhhhhhhhh?????
Mau tak hangin aku???
Dah la dia letak durian tu dalam fridge. Konon nak sorokkan dari aku la.
Dia tak tau bini dia punya hidung kalau durian ni memang langkau 6 bijik rumah pun aku leh bau dah.
Habis semua air sejuk dalam botol ada bau durian. Mati selera aku nak makan.
Semalam aku makan nasik bersulamkan air teh o panas. Tension je tak dapat minum air sejuk. Kontaminasi!
Aku ni memang bukan saje-saje gedik taknak layan durian ye, tapi memang aku tak boleh.
Dia punya bau tu aku mabuk.
Dulu mak mertua aku bawak durian dari kampung, memang bersabar je lah.
Aku tunggu je masa durian tu selesai, sepantas kilat aku tuang ajax fabuloso dengan klorox, sental lantai cukup-cukup. Siap sembur febreeze bagai. Seb baik mak mertua aku tak nampak. Aku cakap siang-siang, kalau sape taknak kecik ati dengan aku, tolonglah jangan bawak buah tangan segala bentuk makanan berasaskan durian kat rumah aku, konfem ada yang sentap nanti.
Semalam time nak tido memang hazab.
Dah la bilik pasang aircond, si tua kat sebelah ni tido nak berhimpit dengan aku pulak, pastu muka mengadap aku. Ha kauuuuu, bau dia masyallah. Aku lagi rela letakkan spender kepam atas muka aku dari kena bau durian. Durian ni kau gosok gigi kau dengan klorox belum tentu hilang bau dia, so plis tido mengadap belah sana boleh??
Taknakkkkkkkk.
Nak jugak mengadap muka aku ni.
Tak cukup tu ada hati nak peluk aku.
Sebelum aku terajang kau, baik ko pusing belah sana.
Pening kepala aku bau nafas durian.
Last-last agak-agak dia dah nyenyak tido, aku ambik bantal aku tangkupkan kat muka dia.
Kasi sikit je lubang udara untk dia bernafas.
Hmmm..baru boleh tido dengan nyenyak tanpa pencemaran udara.