2012-04-19

Doa buat adik Edrian

From: "watie" watie@ukm.my
Date: Thu, 19 Apr 2012 08:34:04 +0800
To: aveo757@yahoo.com
Subject: oa buat adik Edrian
Salam Kak Di,

Mohon Kak Di share kt blog akk berkenaan keadaan anak kawan sy yg sedang bertarung nyawa. Diharapkan dengan DOA dari kite semua akan meringankan beban dan penderitaan Edrian.Tengs Kak Di...

Kepada semua kawan-kawan yang terbaca post ini, mohon diluangkan sedikit sahaja masa anda untuk mendoakan kesejahteraan anak kawan saya EDRIAN.

EDRIAN (1 tahun 4 bulan) anak kepada Ernie Zulkiff masih lagi dlm keadaan koma.

Edrian telah mengalami kecederaan dalaman yang serius akibat terjatuh didlm bilik air di rumah babysitter. Pembedahan tidak dapat dilakukan Sekiranya otak yang membengkak masih tidak surut. Mohon budi baik semua sahabat utk terus berdoa demi keselamatan Edrian. Semoga Edrian kembali sehat seperti sediakala.

"Ya Allah, sembuhkanlah Edrian dari segala penyakit dan permudahkanlah segala urusannya. Amin" .

Semoga sahabat yg mendoakan kesejahteraan Edrian akan sentiasa dilindungi Dan dirahmati Allah swt. Edrian kini masih lagi dalam keadaan kritikal di Wad Pediatrik, HKL.

Ini berita yang terkini saya dimaklumkan oleh ibu Edrian:

Berita Terkini Edrian : 19 April 2012, jam 7 pagi, BP Edrian sudah di tahap paling rendah..doc said what we can do is pray for him and redha..kalau itulah fitrahnya buat Edrian,sama-samalah Kita menerima dgn berlapang dada..Kita dah buat dan ikhtiar yang terbaik.. Teruskan DOA demi kesempurnaan Edrian.