walk on wings, tread in air: Benda yang sengaja diundang <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Benda yang sengaja diundang
2012-04-20
Terima kasih la kepada reader-reader aku yang sangat concern pasal sakit kat kaki aku tu. Dah ok dah. Takde sakit dah. Alhamdulillah. Aku rasa urat terpeleot kot. Aku kan bangsa yang suka terkinja-kinja. Tengah mandi pun aku boleh shuffle. Biasa la...kuat berangan.

Macam-macam petua and pandangan aku dapat from readers. Tima kasih.

Ada satu reader tu boleh la pulak terbabas-babas cerita pasal hantu, saka, puaka segala. Buatkan aku teringat zaman sekolah menengah dulu tengah hot trend panggil roh duit syiling. Spirit of the coin bak kata Robert Pattison.

Sape kat sini penah buang tebiat main bendalah ni?

Aku tak heran sangat part roh tu.
Yang aku heran kejadah apa manusia-manusia ni panggil hantu tu??
Tebiat nak mampos ke apa?

Aku rasa game spirit of the coin ni dah lama tersebar sampai dah nak basi baru aku tau kewujudan game bangang ni. Tu pun sebab ada satu kawan aku (aku tak kenal sangat pun tapi dia kawan kepada kawan sekelas aku. Tapi kitorang semua satu skolah yang sama) ceria yang dia sampai tak pergi sekolah sebab roh yang dia panggil tu taknak balik-balik. Bodo ok game ni. Elok-elok kau nak release tension kononnya, terus kau boleh heart attack kalau roh tu terlebih nak bermesra dengan kau.

Budak ni cakap dia boring pagi tu (time ni kitorang skolah petang) takde apa nak buat kat rumah so dia main spirit of the coin sorang-sorang dalam bilik. Budak ni pulak jenis gatal bijik, main spirit of the coin sebab nak tengok sape nama bakal suami. Gatal bijik tak namanya?
Kau skolah lagi kot.
Bagilah bijik kau tu membesar dulu baru nak pikir pasal bakal suami ke apa.

Aku sebenarnya tak berapa tau camne dia panggil roh tu tapi dia kata ada jampi-jampi jugak. Tau-tau nanti duit syiling tu bergerak sendiri. Yang aku lagi takleh terima tu dia kata bila coin tu dah bergerak kita janganlah terus tanya roh tu apa yang kita nak. Roh ni pun nak berkawan jugak, so kita kena tanya nama roh tu dulu. Apa kepundek????

Tak tau la dia tipu ke tak, tapi dia cakap bila dia tanya sape nama roh, coin tu gerak ...... Y............A...........P...........A.........H........L......O........Y

Boleh????

Meremang bulu tengkuk aku masa dia cerita. Boleh la pulak cakap 'Slow gila coin tu, roh orang tua katakan'.

Rasa nak taboh je.

Dah bagus la roh tu gerak slow.
Kalau slow-slow dia muncul depan kau? Baru kau tau nasib.

Dia kata macam-macam dia tanya roh tu.
Nama.
Macamana mati.
Macamana life kat kubur.

Adoiyaii.
Berdasarkan soalan yang dia tanya pun aku macam "Hmm...patut la kau main benda bodoh ni".

Aku tak sure if game bangang ni masih lagi orang main.
Tapi tu time skolah.
Time aku kat matrik, budak rumah aku (junior) kena sampuk dek hantu sebab main benda ni lah. Budak ni dari awal dia masuk rumah kitorang lagi macam tomboi-tomboi sikit attitude. Macam cool selamba gitu. Kira kalau takat hantu-hantu ni takde hal la. Dia selalu tanya kitorang (senior) pasal cerita hantu. Asik-asik tanya 'Kat sini takde hantu ke?', 'Takde orang nampak hantu ke kat kolej ni?'. Macam pelik la jugak aku apehal pompuan ni asik tanya pasal hantu? Macam nak sangat jumpa hantu. Kang hilangkan nak nampak hantu, aku yang naik hantu kang.

Satu malam tu aku and Rozie (roommate) terjaga dari tido sebab dengar ada bunyik sesuatu cakar dinding bilik dari luar. Rumah kitorang ada satu bilik je kat bawah. Lagi empat bilik kat atas. Do kat atas ada 6 junior and 2 kawan aku. Aku and Rozie duduk bilik bawah. Masa dengar bunyik cakar tu otomatik dua-dua terjaga. Masa tu kitorang tido hadap-mengadap. So bila dengar cakar tu mata masing-masing terbukak serentak. Pelik masa tu sebab rumah kitorang tu macam rumah kayu resort style. Dia bukan atas tanah betul-betul. So kalau anjing yang cakar sangatlah tak lojik. Kalau orang yang cakar, kejadah apa cakar dinding pukul 2 pagi?

Lima minit lepas kitorang terjaga tu dengar junior kat atas menjerit. Rupanya budak tomboi tu dah kena sampuk. Puncanya, dia rajin main spirit of the coin. Bila kerap sangat panggil, gamaknya bendalah tu dah naik syok and datang sendiri tanpa dipanggil. Masa aku naik bilik tu aku nampak budak tu tengah duduk bersila tengah-tengah bilik sambil kepala dia pusing-pusingkan macam pak dukun jampi serapah.

Dalam rumah tu semua pompuan sape ajela yang berani. Aku lagi la tak berani. Masuk toilet pun aku berteman. So kitorang pi ketuk rumah budak lelaki yang alim-alim tu mintak tengokkan. Kes ni memang hot kat kolej kitorang tahun tu. Rasanya sebulan dua jugak kes ni tak bersettle-settle sebab Pengetua Kolej tak percaya benda-benda mistik macam ni. Ada ke patut dia arahkan driver gi hantar budak ni ke hospital? Sah-sah nampak budak tu menurun menghempas, lagi kau nak bawak dia pi hospital. Tak sampai setengah jam pi hospital, van patah balik sebab pakcik driver nampak dari side mirror ada benda melayang atas van.

Memang masa tu kitorang dalam rumah tu sentiasa dalam keadaan stress. Nak blaja kat rumah memang tak dapat la sebab masing-masing on standby mode. Kau baru bukak buku belum sempat baca separuh muka, dah dengar orang terpekik kat atas. Macam-macam la kitorang lalui. Hadap budak ni makan 4 bungkus nasik. Teman budak ni petik bunga sebab dia kata "kawan" dia suruh tido atas bunga. Peratikan budak ni bersolat berkiblatkan bilik air. Orang tahiyat angkat jari telunjuk, dia angkat jari kelingking. Ohhh, stress pulak aku kalau ingat-ingatkan balik.

Semuanya berpunca dari gatal bijik pi panggil roh-roh. Apa best ke buat member dengan hantu? Sumpah tak paham. Aku harap sangat game ni dah berlalu and tak valid dah zaman skarang. Sebab aku taknak esok lusa anak-anak kita lak pi panggil segala benda-benda ni masuk rumah. Nauzubillah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 1:14 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER