walk on wings, tread in air: Motifnya apa sebenarnya ni? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Motifnya apa sebenarnya ni?
2012-03-14
Sementara hati tengah panas, eloklah kita rempankan kat blog. Sebab tak aci la pulak kalau aku sorang je yang sakit hati kan, mesti di pihak yang satu lagi pun kena sakit sama. Baru namanya 'member'.

Pendekkan cerita je la sudah ye. Sebab aku type guna BB je ni.

Citer dia gini..
Ada sorang member blogger ni.
Aku kenal dia pun asal-asalnya dengan blog jugak. Tapi dia blogging lagi awal dari aku. So dalam ertikata lain, dia lebih dikenali la. So, kalau dikenali tu makanya perangai biar senonoh sikit la ok? Sebab kalau kau buat taik konfem kau akan lagi tambah dikenali.

Nak kata kenal sangat tak la jugak.
Tapi sama-sama baca blog each other dulu. Tak sure if dia rajin belek blog aku now sebab aku pun dah jarang baca blog orang sekarang ni. Aku tak tau cerita yang blog dia ni penah masuk dalam satu magazine apa ntah aku lupa tapi macam blog-blog pilihan gitu. Blog budak ni rupanya dipilih sebab dia suka shopping and travel. Asik shopping and travel je dalam setiap entry dia. Lantak kau la kan nak buat apa pun, takde de aku kisah.

Tapiiiii, yang aku kisahkan sangat adelah apabila dia dah buat taik dengan aku. Blogger ni ada la pinjam duit aku, tak banyak pun RM1K je. Punca dia pinjam tu takyah cerita la, takde kena mengena pun dengan kes aku bengang ni. Yang aku heran tu boleh pulak dia terpikirkan aku time nak pinjam duit. Tapi sebab aku rasa aku dah kenal dia ni, tau rumah mak dia kat mana, husband dia sape semua, so aku bagi.

Dah setahun jugak dia pinjam tapi tak bayar-bayar. Aku ni pulak bangsa lupa sikit. Until baru-baru ni dia call aku cakap nak pinjam lagi 1K. Time tu baru aku teringat yang dulu dia ada pinjam duit aku. So aku cakap la kau nak buat apa, apa yang kau buat dengan gaji kau, duit aku dulu bila nak bayar, bla bla bla...

Dia cakap dia memang tengah sesak sangat, kereta accident la apa la. Tapi aku bukak blog dia takde pulak cerita pasal kau accident ke apa. Cerita yang best-best je. Siap beli DSLR baru bagai. Aku jadi serba-salah nak bagi ke tak. Macam pelik je aku rasa, like RM1K pun kau nak pinjam ke? Takkan saving kau RM1K pun takde? Lain la kalau RM100K tu lojik la nak pinjam-pinjam kat orang. Ni takat RM1K takkan laki kau pun takde? Mak bapak kau takkan takde? Plis la..

Bila aku dolak-dalik (kang kalau aku cakap direct sentap pulak) taknak pinjamkan duit, dia perli-perli pulak aku beli beg boleh, beli perfume melambak-lambak boleh, aku bisnes la apa la. Bengang la aku kan ada auditor tak bertauliah pulak sibuk nak kira harta benda aku segala. Dah tak dapat pinjam tu dah la kan, takyah la nak mengingatkan aku seolah-olah aku ni tau enjoy sendiri-sendiri je tapi member mintak tolong aku kedekut. Bahabi la.

Aku cakap aku boleh bagi dia tapi aku nak ada black and white. Now aku nak buat betul-betul cara berbisnes. Aku cakap aku draft surat, both kena sign siap ada saksi. Pastu dia bengang. Eh boleh pulak pastu cakap bisnes aku bukan untung juta-juta pun nak bagi pinjam RM1K pun nak bersurat segala. Sukati aku la bingai. Bisnes aku memang belum sampai untung juta-juta lagi. Tapi untung ratus ribu dah memang pasti, bodoh!

Tetiba lak nak kondem bisnes aku bagai. Padahal kau dulu yang terkinja-kinja nak hantar resume keje ngan aku. Very the tak tau malu eh?

Pastu dia kata dia akan bayar bila duit Nuffnang dia masuk. Hoh, nak tergelak kejap. Bayar hutang dengan duit Nuffnang??? Seriesly kau that sengkek sampai bayar hutang pun kena tunggu Nuffnang release cheque? Gila punya kedana.

Tapi takpe. Takpe...
Nak bayar dengan duit Nuffnang?
Bolehhhhh. Janji kau bayar, tapiiiiii printscreen dulu Nuffnang earnings kau sebagai bukti.
Tetiba aku rasa aku saiko gila. Hahah.
Ada aku kesah??

Dia diam.
Lama gak dia diam.
Pastu dia cakap, duit Nuffnang dia yang masuk bulan ni dia takleh bayar aku lagi sebab dia ada benda nak buat dengan duit tu. See????
Ngelat kan?

Dia cakap dia nak pi travel lagi this month. Duit Nuffnang campur duit gaji tak lepas, dia just need another RM1K je. Aku dengar macam nak hilang ingatan kejap.

Kau nak melancong tak cukup duit sampai nak kena pinjam-pinjam bagai sampai menjerut diri sendiri apehal? Dah takde duit tu duduk je la rumah dendiam. Yang kau sibuk nak travel tu jadahnya???

Aku tak tau la apa sudahnya dia dapat ke tak korek lagi RM1K. Yang pasti, duit aku terselamat. Yang dia dah pinjam tu aku tak tau la kurun keberapa esok nak dapat balik. Kau kalau nak bayar, silakan. Tapi kalau kau dah la tak bayar pastu kau nak memburuk-burukkan aku kat semorang, kau siap! Aku canang nama kau kat sini. I swear!!

Tak payah la nak menggelabah tunjuk kat semorang kau gila banyak duit, setahun 6-7 kali gi melancong shopping segala kalau saving pun sebenarnya takde. Ni semua bukan apa ni, masing-masing dapat jadi blog pilihan, glabah la kan. Nak la mantain the momentum melancong biar orang gila kagum. Padahallll.

Helo, kau boleh gebang apa yang kau nak kat blog. At the end hanya kau saje yang tau cerita sebenar. But in YOUR case, tough luck. Sebab cerita sebenar kau bukan kau je yang tau but aku pun tau sama, soooooooooo....???

Semua orang nak dipandang tinggi, dikagumi, diidolakan. Tapi rasanya tak perlula kot bersusah-payah nak impresskan orang, at the end kau dapat apa? Dapat pujian je la. Yang merana berhutang pun ujung-ujungnya kau sorang. Sape yang taknak hidup mewah, senang, seolah-olah takde masalah, seolah-olah bahagia. Come on laaa...takde sape nak cerita masalah dia kat semorang. Semua orang nak cerita yang best-best, takde sape nak cerita dia miskin. Jadi jangan jadi bodoh la gigih sangat nak tunjuk yang kau best sebab realitinya takde sape dalam dunia ni nak tunjuk yang dia sengkek. Cuma kau je yang bodoh terlajak nak tayang 'kemewahan'. Ujung-ujung...??

Beb, kita hidup bukan berbelanja ikut kemampuan tapi berbelanja DI BAWAH kemampuan. Baru lah kita ada saving. Apa ertinya kejap-kejap kita tunjuk kat orang kita shopping itu ini, pegi sana-sini bila kita tau saving kitakat bank RM10K pun takde. Kesian gila ok!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 4:21 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER