2011-10-28

LIBAS


Dah seminggu aku pujuk En Wan subscribekan filem LIBAS kat AstroFirst.
Sebab utama aku nak tengok cuma nak make sure-kan betul ke tak instinct aku cakap citer ni ada sangkut-paut dengan Shaolin Soccer.
Tak kisah la dia Malay version ke, takraw version je, soalnya betul ke tak?

Bila aku tengok cerita tu, aku rasa jawapannya adelah YES!
Jalan cerita dia of cos la tak sama. Nak mampus tiru sejibik sejibon?
Jalan cerita memang ada olahan tapi IDEA-nya tetap sama.
Tak payah la nak tipu diri sendiri cakap 'mana adaaaaaaaaaa!!'.
Aku pun rakyat Malaysia jugak, orang Melayu.
Kalau aku tak suka cerita Melayu, aku takkan layan lansung LIBAS ni.
Tapi tak semua benda kita kena backing, kalau mengkritik tu akan bagi perubahan yang lebih baik, rasanya lagi baik dikritik. Tapi haruslah yang membina kan.

Pada aku la, cerita dia ok.
Kalau kau suka Shaolin Soccer, mesti kau akan suka LIBAS gak. Sebab ideanya sama.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii yang buat cerita ni jadi tak best mungkin sebab BAJET dia ciput.
Aku konfem bajet dia ciput.
Kalau bajet dia besar, cerita dia akan jadi lagi best.
Sebab jalan cerita dah ok dah.

Kalau tengok cerita ni kan, kau akan cakap 'Apesal Rosyam Nor berlakon citer macam ni, eh?'

Series!
Aku sendiri macam tak percaya Rosyam Nor nak berlakon citer macam ni.
Sebab suasana citer ni macam kampung gila.
Like pertandingan melibatkan America, Iraq, Pakistan, China, Japan, kira peringkat world champion la ni, tapi suasana pertandingan, gelanggang, costume, bla bla bla, rasanya sukan skolah Redza lagi gempak kot.

I mean aku tau maybe kau nak masukkan unsur-unsur lawak kat cerita ni sebab tu pakaian pengadil, tukang kutip bola, bla bla bla semua macam terencat je aku tengok. Ok la tu, nak buat lawak sikit-sikit, tapi kau buat dorang tu macam terencat sangat okkk? Tak caya korang gi tengok.

Sebenarnya apa yang LIBAS ni buat sama je dengan citer-citer omputih tu cuma garapan omputih tu lebih kemas sebab tu nampak macam real. LIBAS ni macam buat 'asal ada' je sebab tu nampak kelakar. Tapi maybe macam yang aku cakap la, bajet sikit. Kalau bajet besar mungkin cerita ni akan jadi lebih baik. Just like ceria KRU Merong tu. Tu sebab bajet besar, maka kita asa bangga je tengok. Real je nampak walaupun part si Khir bergasak dengan Stephen kat beach tu ada angle-angle dia nampak cam katun bergaduh. But still, acceptable sebab itu kesalahan yang terlampau minor. Takde benda yang perfect pun kat dunia ni.

Tapi dalam LIBAS, frankly aku rasa macam dorang buat asal jadik je.
Penonton tengok rasa macam tak puas sangat-sangat.
Bila kita komen nanti dikata 'tak sokong filem Melayu'.
Padahal kalau kita tak sokong, takde de aku nak tengok lansung citer ni.


Walaumacamanapun, cerita dia kategori boleh layan la.
Cuma takde la sampai kau nak ada rasa 'wowwwwwwwwwwwww!!' bila tengok.

Aku rasa citer-citer Melayu ni memang bole pegi jauh, tinggal lagi nak kena ada bajet besar. Contohny citer Syamsul Yusof bandingkan dengan yang Farid Kamil arahkan tu (aku lupa apa tajuk dua-dua ni). Padahal cerita dorang lebih kurang je tapi yang bezakan adelah bajet. Bajet kau tinggi, konfem kau dapat pengarah yang baik, prop yang baik, semua yang terbaik.

Just like Puteri Gunung Ledang. Gila cantik cerita tu kan?
Walau cerita tu tak balik modal tapi bukan sebab cerita tu tak bagus.
Cerita tu tak balik modal sebab tayangan kita terhad.
Omputih tu satu dunia dia pasarkan filem dia.
Citer merepek pun balik modal.

Lagi satu, Malaysia ni (especially Malyu) kalau buat filem/drama asikla tonjolkan yang kaya gempak-gempak, bisnes yang gempak-gempak, stylo-stylo. Sebab tu la budak-budak skarang banyak yang berangan je lebih sebab banyak sangat hadap cerita-cerita macam ni. Balik-balik berangan kalau nak carik keje mesti kat company besar, kalau keje pejabat tu mesti nak pakai yang stylo, coat siang malam, bawak keta posh, makan tempat class-class, beli rumah yang tahap mansion.

Harapnya in future Malaysia akan produce lebih banyak cerita-cerita macam LIBAS ni (action + CGI teknik) sebab aku dah rimas dengan love story, love story, love story.
And kalau nak buat teknik gempak-gempak ni biar bersungguh sikit ye.
Kalaupun apa yang kau tayangkan tu tak lojik like tangkap bola sambil terbang (tetiba teringa Moero Attack), tapi biar nampak real and kemas.

Just like cerita my SUPERRRRRRRRRRRRRRRRRRR HERO..


Walaupun dia sorang je manusia dalam dunia ni boleh lari lagi laju dari peluru, dan mempunya pistol berpandu, tapi kenapa cerita dia semua orang tengo tak jemu-jemu??
Sebab dia buat dengan sangat kemas!

Sebab dia SUPERRRRRRRRRRRRRRRRRR!

Sebab dia COOOOOOOOOOOOOOOLL!

Sebab dia BOSS!


p/s : tribute sempena Deepavali.