2011-09-10

Tak jatuh miskin pun setakat 2 pot nasik

Terkejut aku bila dengar sendiri tuan rumah salah satu rumah aku bertandang masa raya dengan selambanya bagitau bibik-bibik dia (dia ada 2 bibik) kalau nak makan, beras beli sendiri.

Haaaaaaa, pernah dengar?

Aku bet takde sape pernah dengar.

Melampau kan?

Aku tanya tuan rumah berapa dia bayar untuk sorang bibik.
Dia kata RM500.
Laa, aku ingatkan banyak sangat.
RM500 tu standard gaji je untuk pembantu. Aku ingatkan kau bagi bibik kau RM1500.

Aku tak tau la kalau rules ni ada pada rumah-rumah lain.
Tapi bagi aku, ini macam melampau sangat.
Kau gajikan orang jaga anak-anak kau, basuh berak anak kau, kemas rumah kau, basuh kain baju kau, lipat spender kau anak-beranak, gosok baju segala dengan gaji hanya RM500, tapi makan sendiri-sendiri?

Aku kan suka buat channel discovery ni.
So diam-diam masa hantar pinggan ke dapur, aku sembang ngan bibik dia.

It's so true!

Memang bibik dia kata, diorang berdua share beli beras 5kg.
Periuk nasi tuan rumah bagi pinjam.
So dorang masak sendiri.

Kalau lauk pulak?

Lauk pulak diorang boleh makan lauk tuan rumah (yang sebenarnya dorang jugak yang masakkan) sekiranya tuan rumah makan lauk ikan.
Kalau ayam and daging boleh ambik seketul sorang.
Kalau nak makan udang, seafood or other seafood yang lain, boleh jugak. Tapi potong gaji.

Boleh??

Ni kedekut tahap apa ni?
Kau nak simpan beras kau sampai lama mana yang punyalah bakhil tahap Haji Bakhil pun bunuh diri tengok kau punya kedekut.

Banyak mana sangat kau nak makan anak-beranak sampai nasi pun bercatu?
Banyak mana sangat perut bibik tu makan nasik sehari?
Kalau dia makan lebih sikit pun apa salahnya, dia keje berat hari-hari.
Ingat menguruskan rumah and anak-anak ni tak penat eh?
Kalau keje tu takat uruskan rumahtangga tak penat la?? So boleh bagi makan biskut je?

Tang potong gaji kalau makan udang tu yang aku tak tahan.
Kalau kau tengok rumah orang ni, dia bukan miskin ok.
Sederhana pun tak.
Dia ni mewah.
Rumah banglo besar.
Keta mewah 3 bijik.
Bibik pun sampai 2 orang.
Pernah duduk overseas sebulan just untuk bercuti and bershopping.

Tapi taik hidung masin.

Bila aku tanya tuan rumah if bibik-bibik tu tak kisah makan bercatu?
Tuan rumah cakap 'La, dorang kan keje. Kita bagi duit. Guna la duit tu untuk beli barang makanan sendiri'.

Well...
Aku nak cakap lebih-lebih pasal tuan rumah ni pun aku tak tau apa yang perlu aku cakapkan.

Yang nak berjimat sangat ni kau okk. Bukan orang lain.
Kau yang nak berjimat, tapi kau menyusahkan orang.
Kalau nak berjimat, tak payah la ambik bibik sampai 2. Tak pun kau je la yang buat semua keje. Kau ambik orang bekerja dengan kau tapi kau buat orang tu atas sikittttt je dari hamba abdi.

Kalau kau tengok dia gi mana-mana bawak bibik dia (sebab sorang bibik jaga sorang anak), jauh beza sangat.
Aku heran, dia ni berjalan pergi rumah orang sana-sini bawak bibik. Tapi kau tak malu ke bibik kau selebet maut, gi beraya dengan t shirt stok-stok kolar dah kembang, pakai seluar track senteng. Yang kau berkasut tinggi, ber-brooch juntai-juntai besar penumbuk, baju silk, kalau gelang ngan rantai ni toksah cerita la. Kalau tak berlapis-lapis tak sah.

Pastu nak nasihatkan aku supaya jangan dimanja-manjakan sangat bibik aku ni.
Nasihatkan aku apa-apa barang bibik ni kita potong gaji.
Like berus gigi dia, ubat gigi, sabun mandi, shampoo tu semua kita kena potong gaji.

Gila ke apa???

Benda tu benda basic la.
Takat sabun seketul apa sangat?

Kalau aku jadi bibik dia, aku cakap takyah potong gaji.
Biar aku takyah gosok gigi, takyah bersabun, takyah bershampoo.

Tak cukup jimat lagi?

Ok, mandi pun takyah.