walk on wings, tread in air: Sleep walking? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Sleep walking?
2011-09-30
Ada sesape ada penyakit suka mengigau tak?

Aku kan selama kawen dengan En Wan, tiap-tiap malam dia mesti mengigau.
Mula-mula tu aku ngeri okk, pastu dah jadi bahan gelak.
Now dah jadi kesian pulak.
Kesian kan, dah tua-tua pun nak mengigau lagi.
Orang tua-tua kata orang yang kuat mengigau ni selalunya kuat merayap, time maghrib tak reti nak balik, tido tak cuci kaki.

Tapi yang kes En Wan ni, merayap memang tak la.
Maghrib selalunya dia ada kat rumah, kalau tak pun, ada kat opis lagi.
Nak kata cuci kaki sebelum tido, aku rasa En Wan ni la yang balik pembersih sekali dalam rumah tu.
Tetapppppppppp mengigau.

Mak aku cakap penyakit mengigau dia ni dari kecik lagi.
Pernah dulu time skolah rendah kot, dia tido dalam bilik, waktu siang.
Tetamu ramai kat bawah.
Tetiba mak aku cakap dia berlari turun tangga sampai ke bawah tetiba jatuh baru dia tersedar rupanya dia sleep walking.

Ngeri tak?

Bila dia sedar and nampak ramai orang terus lari naik atas sambil nangis.
Kahhhhhhhhhhh!!

Malu la tu kan.
Sape suruh kau ngigau?
Kalau aku la antara tetamu yang ada masa tu, takde de aku nak terima pinangan kau.

Tapi tu la kan, takut takut sangat, last-last dapat kat aku jugak.

Bila aku tengok cerita I'm Not Single dulu, memang sanagt teringat En Wan.
Sebab tu aku akan tido lambat.
Selagi dia tak nyenyak, tak tenang aku nak tido.
Dia punya mengigau tu satu macam.
Pernah dulu aku dah baring, tapi tengok tv.
Bilik pun dah gelap masa tu, semua dah tido, aku je belum tido.
Tetiba kan dia meloncat dari katil lari tepuk dinding.
Kau tak hangin???
Dah la aku tengah layan cerita suspen, kau kat sebelah tetiba melompat sambil tepuk dinding jerit "Hohhhhhhhh!!".

Aku baling bantal kat dia, terus tersedar.

Sakit ati betul.
Buat aku terperanjat okkk.

Pastu kalau esok paginya aku tanya dia 'Abang tau tak abang ngigau semalam, abang mimpi apa?'

'Eh, mana ada????'

Mana ada ajeeeeeeeeeee.
Yang ko terloncat malam-malam buta tu apa bendanya.

So sejak bertahun lepas, aku hanya akan tido lepas dia mengigau.
Selagi dia tak mengigau aku takkan tido.
Selalunya dia akan mengigau sambil terbangun duduk.
Apa aku akan buat is, aku cepat-cepat peluk dia and kunci (kunci kauuu, macam silat la pulak nak berkunci segala) lengan dia and cakap 'Bangggggggggggggg'. Tapi nada tu biar kuat sikit la.
Aku kena kunci lengan dia sebab sometimes bila aku peluk, dia tepis okkk. Mau tercampak aku ke bawah. Siap dia meronta-ronta macam nak lepaskan diri dari dirogol pulak.

Tapi itu tahun lepas la.
Tahun ni kalau dia mengigau je, aku terus jerit 'Heiiiiiiiii!!!!!'

Terus tido balik.

Settle.

Aku tak paham apesal kau mesti nak kena mengigau tetiap malam.
Aku lagi tak paham macamana selama 10 tahun ni aku boleh teruskan bercinta dengan lelaki yang kuat mengigau.

Cinta sejati agaknya.

Tuiiiiiiiiiiiiii.

Ok, aku ada appointment.
Kalau customer aku tak nampak aku tak tau la....besar penumbuk aku punya bunga.


posted by aveo757 @ 11:07 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER