2011-09-20

Selfish!

Eiiiiiiii aku tak faham dengan kawan aku yang sorang ni.
Dulu aku pernah beberapa kali buat entry pasal dia yang sanggup ditipu so many times dengan boifren. Dari dulu lagi aku cakap laki ni tak boleh pakai. Tak boleh pakai. Tak boleh pakai.
Layak pakai buang je.
Tapi dia tunggu gak laki ni.

Ok la fine.
Cinta itu buta.
Aku pun pernah alami jugak kebutaan terhadap cinta ni sampai kena belasah pun aku dok jugak stay dengan laki yang sama.
Tapi, setelah beberapa kali dihentak, aku akhirnya sedar jugak relation aku dengan boifren aku tu takkan ke mana.

Yang kawan aku ni pulak dah 8 tahun dah dengan boifren dia ni tapi still tak sedar-sedar jugak.
Laki ni sebenarnya laki orang.
Masa dia cerita kat aku dia bercinta dengan laki orang (tapi sebaya dengan dia), aku nak mara pun ye jugak, tapi aku taknak komen apa-apa. Sebab benda ni sangat sensitif. Kot-kot la esok jadik kat keluarga aku pulak.

Cuma aku bagitau dia, kau bercinta dengan laki orang, risiko sangat besar.

Risiko tu citer lain.

Kalaupun dapat kawen pun esok, kebanyakkan benda takkan berpihak pada kau.
Dah nama jadik nombor dua kan, of cos la segala-galanya akan jatuh jadi nombor dua untuk kau. Takkan jadi yang pertama sampai bla-bila pun.
Nak pulak kalau isteri pertama tak tau laki dia dah menikah lagi.
(eh tapi boleh ke menikah lain tak minta izin isteri pertama?)
Sorry la kau nak merasa bahagia.
Boleh la kot merasa bahagia, tapi lagi banyak derita la dari bahagia.

8 tahun dia bercouple dengan laki orang ni, memang aku nampak laki ni sayang kat dia. Kalau kawen, anak dah masuk darjah satu dah pun.
Itu kalau dah kawen.
Masalahnya sampai skarang tak kawen-kawen!

Aku tak nafikan laki ni sangat baik.
Dia layan kawan aku macam isteri.
Segala keperluan kawan aku, dia sediakan.
Everyday dia call/sms.
Everytime berjumpa, dia pastikan keperluan kawan aku ni cukup.
Memang sebijik macam suami isteri la.
Cuma tak kawen-kawen sampai skarang.

Bila aku tanya kawan aku laki tu tak pernah ajak dia kawen ke?
Kawan aku cakap, laki tu nak kawen dengan dia tapi dia takut kalau kerana dia berkawen lain, kebahagiaan dia dengan keluarga dia skarang akan hancur.

Laaaaaaa.
Bahagia rupanya kau dengan bini kau?
Aku ingatkan tak bahagia.
Habis, kalau dah bahagia, apakejadahnya kau bercinta dengan kawan aku?

Takdir.
Cinta tak mengenal siapa.
Cinta itu buta.

Ok la.
Betul.

Sometimes kita sendiri tak sedar yang kita berupaya untuk sayang 2-3 orang dalam satu masa.
Itu bukan persoalannya pun.
Kau nak bercinta dengan laki orang ke, nak bercinta 4 orang serentak ke, itu cerita lain. Bak kata Norman Hakim dulu 'Soal hati dan perasaan ni susah nak diceritakan'.

Yang aku soal sekarang ni kenapa taknak kawen-kawen dengan kawan aku????
Kau dah 8 tahun bercinta.
Kau layan dia sangat-sangat baik.
Masing-masing happy, bahagia.
Apa masalahnya sekarang???

Hanya kerana kau sayangkan isteri and anak-anak kau, kau takut keluarga kau pecah-belah, kau takut makbapak ipar duai pandang serong, kau malu dengan jiran-jiran and kawan-kawan, maka kau jadikkan kawan aku perempuan simpanan forever???

Gila selfish kau kan?

Kau sorang je nak bahagia ada anak cucu?
Habis kawan aku?
Esok dah tua humbankan kat Rumah Orang Tua-Tua?

Dah berapa kali aku cakap kat kawan aku, ajak dia kawen, ajak dia kawen (tiba-tiba aku jadi peng-keji sebab sokong kawen dengan laki orang).
Memang kalau boleh aku taknak dia di-cop perampas sebab aku tau kawan aku takde niat nak rampas pun laki tu. Cuma entah la eh, kita susah nak jangka la benda-benda macam ni. Mentang-mentang kita kawen dengan lelaki bujang, maka kita boleh kutuk orang yang kawen ngan laki orang. Tup tup sok laki kita buat perangai yang sama. Kan??

Niat aku cuma nak laki tu be fair dengan kawan aku.
Korang dah saling sayang.
Daripada kawan aku di-cop pengikis harta laki orang, baik ko kawen je dengan kawan aku. Sah-sah dia dah jadik bini kau sok, memang tanggungjawab kau sara dia.
Kalau laki tu tak tanggung kawan aku skarang pun tak jadik hal, sebab kawan aku memang bekerja, professional field lagi. Duit tu insyaallah takde masalah. Tapi dah kau nak tanggung dia sangat kan, silakan.

Bagi aku laki ni sangat-sangat tak fair, malah sangat kejam buat kawan aku macam ni.
Walaupun pada zahirnya laki ni baik, tapi bagi aku, dia kejam secara halus, tanpa dia sedar.

Kau hari-hari balik rumah kepada keluarga kau, anak bini kau, ada orang masak untuk kau, tido berteman, hujung minggu keluar berjalan sama-sama.
Habis kawan aku?
Gundik je la kan?

Kawan aku dah 3 kali mintak putus sebab mak dia nak terima pinangan orang.
Tapi laki ni merayu-rayu jangan tinggalkan dia.
Dia cakap bukan dia taknak ambik kawan aku sebagai isteri, dia nak sangat kawen dengan kawan aku cuma dia mengharapkan miracle berlaku.

Miracle what????
Apa yang kau expect?
Kau expect bini kau mintak cerai?
Kau expect bini kau ditangkap khalwat dengan laki lain so kau ada alasan nak kawen lain?
Kau harap bini kau mati?

Plis la babi.
Jangan pikirkan diri sendiri je boleh tak?
Kau nak kawan aku jaga perasaan kau, tapi kau ada jaga hati kawan aku?
Ada fikir perasaan makbapak kawan aku?
Kawan aku tu perempuan.
Of cos makbapak dia risau dia tak kawen-kawen lagi.
Of cos makbapak dia nak pastikan sebelum diorang mati, anak perempuan dia ada orang jaga.

Dijaga oleh suami!
Bukan boifren!

Lain kali, kalau kau tak boleh nak berlaku adil, jangan commit!
Jangan tamak, semua kau nak. Yang sana kau nak, yang sini kau nak.
Kau suruh kawan aku bersabar dan serahkan semua pada takdir.
Kalau kau tak berusaha, nasib tu takkan berubah.

Yang kawan aku ni pun satu hal.
Dah lama sangat dia tungggu laki tu kawen dengan dia, sampai bila nak tunggu??
Dah la...
8 tahun dah pun.
Dah cukup nak buktikan masing-masing sayang each other. Tapi kalau macam ni je takde kesudahan baik kau blah je la.

Aku kan jahat.
So 2-3 hari lepas aku search nama laki tu kat twitter. Tapi aku tak tau bin apa, so aku search atas nama dia je. Kawan aku ni pulak anti-sosial. Dia patut satu geng dengan En Wan. FB takde, twitter takde. Frenster pun dia tak tau menatang apa.

Search punya search sekali jumpa, sebab dia letak avatar gamba dia.
Aku baca tweet dia.

"Cuci kereta with anak dan isteri. Baling-baling buih. God, I love them so much!"

"Jogging with my beloved wife. Now it's mamak time. Just the 2 of us"


"Melihat isteriku tidur, syukur Tuhan. Terima kasih atas anugerahMu"



Bahabiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Memang puki.

Aku tak marah dia tweet kebahagiaan dia.
Itu memang wajar.
Sebab itu anak bini kau. Keluarga kau. Memang patut pun kau sayang.

Tapi yang aku marah tu di mana hati perut kau?
Kau pernah terfikir tak, masa kau tweet kebahagiaan kau ni, kawan aku tengah buat apa kat rumah?
Pernah tak terlintas kat fikiran kau, waktu kau tenung bini kau tengah tidur, kawan aku tengah tengok gamba kau baru dia boleh tido??

Pernah kau fikir tak babi???!!!!

Fine.
Kawan aku salah sebab bercinta dengan laki orang.
Tapi benda ni takkan jadi kalau laki tu tak bagi dia harapan!!