walk on wings, tread in air: Kura-kura <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Kura-kura
2011-07-21



First time aku rasa Popeye.
First time aku nampak Popeye ni tahun 2008 kat Singapore Airport.
Masa tu aku macam 'Eh, Popeye?? Apa ada jual sini? Makan spinach kah?'
Tapi tak masuk sebab aku tak jumpa logo Halal.
Lagipun aku buat andaian, kalau ada benda yang best berlaku kat Singapore (termasuk la makanan) mesti cousin and makcik-makcik aku dah sibuk bercerita. Kalau takde, maknanya tak best. Haha.

Pastu aku dah lupa dah pasal Popeye ni.
Alih-alih Sabtu lepas gi cari baju raya budak-budak ni En Wan ajak masuk Popeye, dia cakap best.




Ni la rupa makanan kat Popeye.
Aku ambik set chicken, En Wan set shrimp, Redza fries je.

Fries dia ok.
Ala-ala curly fries AnW. Ok, yang ni pass.

Chicken dia ok, lagi sedap dari ayam McD tapi still takleh lawan KFC. Mungkin KFC ni sedap sebab ayam tu diselet kat tapak kasut dulu kot. Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Shrimp dia alahaiiii hidup segan mati tak mau je aku tengok.
Lembik melempai-lempai.
Tapi tetap dibedal.

Biskut dia pada pendapat aku sangat lah tak sedap!!!
Berderai sangat (nama pun biskut kan).


Kau tengok muka Redza.
Muka dia macam 'Eiii, apa benda ni?'

Aku nak tergelak pun ada tengok muka dia masa ni. Kalau Mak Aji ada sekali mesti dia kata 'Sebijik perangai kau!'
Sebab aku kalau first time rasa makanan mesti macam tu gak.
Aku pandang and check keliling-keliling makanan tu pastu cium dulu, konfiden kalu, baru makan.
Tapi muka aku lagi kejam la dari Redza ni.
Redza ni muka dia macam muka 'Eh, apa ni?'.
Aku punya muka macam 'Euwwwwwww, kejadah apekah menatang ni???'
Tu pasal kalau aku tengah kelebet-kelebet makanan, tapak tangan Mak Aji mesti smpai kat belakang kepala aku. Stress kot tengok muka aku camtu.



Sebenarnya agenda nak cari baju raya Redza ngan bapak si Redza ni.
Tapi sebab kau dah bawak aku melintas depan Transformers, haruslah kena cukai.
Alasan dia kali ni 'Penat dah Redza berlari dapat no. 2. Papa tak beli hadiah pun'.

Cantekkkkkkkkkkkkkkk muka kau??

Tiap-tiap kali dapat result exam dah tentu-tentu aku kena bagi kau hadiah.
Kau bersukan pun aku nak kena bagi???

Tak paham la aku anak-anak zaman sekarang ni.
Segalanya nak kena bgai hadiah.
Bila aku cerita kat Mak Aji dia cakap 'Kau dengan anak takat seratus dua pun nak berkira'.

Halo Mak Aji.
Aku bukan berkira pasal duit.
Tapi yang aku berkira tu apekehalnya kejap-kejap aku kena bagi hadiah ni?
Setahin 3 kali exam.
Setakat ni baru 2 kali. Dua-dua aku kena bagi hadiah.
Ok la takpe, motivasi katanya.

Bersukan pun nama aku terbabit sekali?
Padahal lari dalam guni je pun.
Aku time skolah dulu dapat nombor satu lari dalam guni pun tak berani nak bagitau Mak Aji.

'Lari dalam guni? Tu je ke yang kau boleh buat??'

Ha kauuuu. Rasa nak cakar muka sendiri je dengar dia cakap macam tu.
Tu pasal lepas bersukan aku malas nak beratur ambik medal. Baik aku beratur ambik nasik lemak.

Masa keluar hari tu aku try pakai tudung cara baru. Tudung penyek kat dahi.
Asalnya gini..

Baru-baru ni aku ada shooting (ni aku cerita kendian-kendian).
So produksi nak bagi muka aku nampak clear, taknak awning-awning ni menggangu muka aku. Jadi dorang ikatkan tudung aku style pakai anak tudung yang biasa tu.
Aku dah bajet mati la muka aku nampak cam pompuan Nepal pasni.
Sebab dahi aku ni keluasan dia kecik. Jarak antara kening dengan anak rambut cuma 2 jari je. Sebab tu aku pakai tudung awning nak bagi nampak dahi tu lebar. Kalau pakai anak tudung leper tu memang nampak muka aku penyek dan kemek (skarang pun kemek gak. Muka Jawa la katakan. Tapi kalau pakai tudung leper lagi menambahkan kekemekkan).

Ok ke tak aku pakai anak tudung leper ni? Ke lagi ok tudung awning?


Dah la muka kau tembam kan, pakai macam ni pulak. Macam muka kura-kura je kan?
Ini pun aku dah naikkan anak tudung tu sampai habis. Kalau tengok betul-betul, nampak anak rambut dah tu. Tak aci betul pakai tudung nampak anak rambut.
Tapi kalau aku turunkan, lagi nampak pelik. Penyek.
Tapi sebenarnya lagi best pakai anak tudung penyek ni. Selesa and luas je pemandangan kau. Suka. Suka. Suka.

Tapi kura-kura.

posted by aveo757 @ 12:01 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER