2011-01-17

Tiada rahsia




Ini email dari Zura.
Actually email ni lama dah masuk, tapi aku malas nak reply (hahaha) sebab aku tak tau apa nak reply.
Tapi disebabkan entry aku pakai spek dari zaman kecik sampai ke besar tu ada la pulak 3-4 orang hantar email tanya 'Apekah rahsia- Apekah rahsia'.

Rahsia pekebenda la.
Ape teruk sangat ke muka aku dulu?

Boleh lah tahan teruk..
Tapiiiiiiiiiiiii, disebabkan spek itulah maka aku terhindar dari gangguan seksual, flasher mahupun godaan pria-pria yang hanya mendambakan tetek lebih dari sekeping hati yang luhur.
Itu punnnn asal aku balik skolah lambat je Mak Aji tanya 'Mana kau pegi ni? Dating??'

Dating?????? Aku ni kalau dapat adik angkat pun mujur okeh. Dating konon.

Kalau muka cam aku boleh berdating, orang pertama yang resign adelah cikgu disiplin aku.
Sian cikgu disiplin aku dulu tau, hari-hari nak kena settlekan masalah couple-couple yang berleluasa. Disebabkan bantuan aku lah maka couple-couple itu dapat dikesan dan dibumbankan ke dalam detention class. Lantakkkkkkkk!

Biasa la kan, orang kalau takde boifren memang suka buat keje-keje amal macam ni. Siap volunteer lagi nak pi tangkap mangsa. Cikgu tak suruh pun aku buat jugak. Hari-hari mesti ada nama-nama pasangan yang aku hantar kat HEM walaupun sebenarnya aku pun tak suka dengan HEM tu. Tapi disebabkan aku pun ada buat salah seperti tuang kelas Add Maths dengan Timbalan Ketua Pengawas sebab balik rumah ikut pintu blakang skolah. Balik goreng keropok. Kau berani? Haha.
Jadi untuk mengelakkan aktiviti ponteng kelas tu dihidu HEM, aku terpaksa la kona baring sikit, bukak topik lain. Topiknya adelah Hapuskan Cinta Monyet. Sebab ini je yang aku takkan mungkin terjebak.

Agak-agak Add Maths dua masa dah nak habis, kitorang datang skolah balik dengan muka takde efek. Konon ada meeting tergempar, padahall. Patutla Add Maths aku hampir-hampir nak lingkup.
Lagi satu, kelas Fizik. Oh dem!!!

Tapi kelas Fizik aku takleh buat cam kelas Add Maths, sebab kelas Fizik selalunya subject last. Kang kalau aku tuang kelas balik goreng keropok kena patah balik skolah nak ambik beg. So terpaksa la hadap matapelajaran yang sangat bohsan ni. Kalau kau nak kuruskan berat badan, bacalah buku teks Fizik. Konfem muntah tanpa henti 3 hari. Boring sialll. Kalau dalam lab Fizik tu ada 8 meja, meja ke lapan tu aku duduk. Kalau boleh duduk dalam tong sampah kat blakang kelas tu, memang aku gi duduk.

Takde, takde!
Aku takde rahsia.
Takde apa yang berubah pun, kecuali aku dah tak pakai spek.
Selebihnya tetap sama.
Rambut still hitam.
Kulit memang hitam.
Badan je dah gemuk sikit (nak jugak mention 'sikit').


Muka kontrol depan webcam. Takleh sengih lebih-lebih sebab nanti nampak lagi tembam.
Sama macam muka aku 1st year dulu kan?