2010-07-29

Hantu popular



Apesal aku rasa zaman skarang dah takde hantu like dulu-dulu?

Dulu zaman aku skolah kecoh pasal hantu kom-kom, hantu tetek and hantu yang ketuk pintu rumah sambil bawak batu nisan. Balik-balik 3 ekor hantu ni la yang budak-budak dok jaja cerita. Sampaikan petang-petang berkumpul dah takde mood nak main getah, semua pakat cerita pasal hantu ni kat tepi longkang. Dan dek kerana hantu batu nisan ni la, Mak Aji balik surau ketuk pintu sampai nak tertanggal tombol pintu, aku tak bukak-bukak jugak. Bila dah bukak, pelepappppppp sedas kat kepala dia bagi. Hambik kauuu. Penakut sangat kan. Cis, kalau aku tau begini balasannya, aku kurung dia kat luar sampai esok pagi.

Kenapa nama dia hantu tetek? Kenapa tak hantu gigi? Or hantu kaki? Or hantu buah pelir?

Orang kata hantu tetek ni laki pompuan pun boleh. And tetek dia kat blakang, bukan kat depan. Tapi aku rasa kalau pompuan yang jadi hantu tetek, dimanakah keseramannya? Tak seram okkk, kagum lagi ada. Tapi kalau lelaki yang jadi hantu tetek, konfem aku seram.........................dan jugak geli. Mesti hantu tetek jenis ni dulu bapok Thailand.

Seingat aku, disebabkan hantu tetek ni glemer time aku kecik-kecik dulu and aku pun sangatlah takut terjumpa hantu tetek, everytime aku nak potong kuku malam-malam, alasan Mak Aji 'Potong lah kuku malam-malam, mati sok jadi hantu tetek'.

Kalaulah alasan tu benar, malam ni jugakkkkkk aku potong kuku aku. Tak cukup kalu, aku potong perabis kuku Mak Aji ngan Pak Aji sekali. Biar ramai-ramai jadi hantu tetek.



Hantu kom-kom pulak adelah hantu yang pakai telekung and bagi salam tapi dia bagi salam like this :
"Assalamualaikom kom".

Dulu cukup takut. Nak pulak kat Bangi dulu tengah ramai set-set yang join Al-Arqam pakai purdah tutup-tutup muka. Pastu mintak derma lak dari rumah ke rumah. Mau tak bertebarai aku adik-beradik lari kalau set-set ni bagi salam depan rumah. Walaupun tengah-tengahari buta, lantak kau la. Ko bagi la salam sampai terkeluar anak tekak, aku takkan bukak pintu punya.

Kesian pulak bila ingat-ingatkan balik akak-akak ni nak mintak derma tapi aku tak bukak pintu. Takpela Kak, biasa lah adat nak berdakwah ni memang banyak dugaannya. Sabar ye?

Cuma aku tak pasti kenapa aku takut sangat dengan hantu kom-kom ni dulu.
Kalau pontianak tu kita tau dia nak gigit leher kita.
Kalau polong tu nak hisap darah orang bersalin/mengandung.
Tapi hantu kom-kom ni apa kejernya? Bagi salam pastu blah? Sangat tak thrill okkk.

Tapi hantu kom-kom ni ada preference. Dia suka kat budak-budak je. Pastu dia suka datang waktu senja.

Jadiiiiiiiiiiiii.... kesimpulannya kat sini, hantu kom-kom ni tak wujud. Ni semua modus operandi mak bapak kita dulu nak suruh kita balik rumah before senja.

Pembantu rumah aku dulu kalau mintak aku ambikkan barang dia lam bilik (masa tu dia kat bawah), kemain lagi marah aku kalau aku cakap aku takut nak naik atas sorang-sorang 'Mana ada hantu kat dunia ni!!'. Cuba kalau aku taknak benti main getah time senja tu, balik-balik alasan dia 'Biar diaaa...nanti hantu datang ambik dia bawak balik'.

Boleh eh?


Hantu yang bawak batu nisan ni aku tak sure adelah ini se-spesis dengan hantu kom-kom?

Dulu aku hafal kronologi hantu batu nisan ni. Now dah lupa sikit. Something related dengan menuntut ilmu salah. Dia kena hisap darah budak-budak 44 orang dalam masa 44 hari. Sekali tak lepas, terus jadi hantu batu nisan. Aku pun tak paham apa signifikannya kau tak dapat darah budak pastu ko nak jadi hantu bawak batu nisan? Hantu ni kononnya masa tu dah sampai kat kawasan flat seksyen 4 kat Bandar Baru Bangi tu. Konon hantu ni kendong baby jalan dari satu rumah ke satu rumah. Dia mengadu dia susah takde duit nak beli susu. Ayat dia (oh, ada ayat okkk. Kira kalau ko dengar dia cakap sebijik-sebijik camni memang konfem hantu tu lah) 'Saya susah encikkk. Anak saya dah 5 hari tak minum susu. Dah kurus keras badannya. Tengoklah kalau encik tak percaya'. Bila bukak kain tutup batu tu rupanya batu nisan.

Masa dulu memang cerita ni menakutkan la. Tapi bila pikir-pikir balik, gila tak lojik kau ada tetek, ko sumbat la tetek kau kat anak kau tu. Yang kau nak beli susu apekejadah? Lain la kalau ko cakap 'Kesiankanlah anak saya dah 5 hari tak minum Milo'. Itu baru lojik.

Masa tu boleh la aku reply 'Saya takde air Milo, air ludah ada. Nak?'