2010-05-17

Selamat Hari Guru



Eh lupa pulak semalam Hari Guru.
So to all teachers especially bloggers and readers yang jadi Cikgu, Selamat Hari Guru.

Dulu masa skolah, aku suka Hari Guru sebab takyah blaja. Hari tu penuh dengan game, makan-makan and makan lagi. Tapi tak best sebab kena bawak hadiah. Bukanlah cikgu tu paksa, tapi pepaham la kan, dah nama Teacher's Day tu, maka tunjukkanlah appreciation sket. Dah la kau kat klas paling malas blaja, siap boleh pindah dok meja blakang everytime kelas Fizik, so time Hari Guru ni bagilah hadiah hendaknya so that takde la cikgu tu menyumpah Fizik kau dapat F9 sok. Tapi aku memang tak pernah bagi hadiah pun. Aku bagi ucapan kasih sayang je. Sebab kalau aku bagi hadiah, mesti kena bagi semua kan? Padahal cikgu Fizik aku tak suka, cikgu Add Maths aku menyampah, cikgu PJ laaaaaaaaaagi haram. I mean bukan aku tak suka cikgu yang ajar subjek ni, tapi cikgu aku time tu la. Aku ni manjang je tak suka orang, padahal orang pun tak suka aku gak. Hahah, ada aku kesah?

Orang kata macamanapun cikgu tu buat kita (well, cikgu aku dulu ada yang bias), dia tetap cikgu sebab dia curahkan ilmu. So, kita wajar hormat dia.

Betul la tu.

Tapi ada satu cikgu yang bukan saje aku tak suka tapi kalau aku sebut nama dia kat sini, junior aku 7 tahun pun konfem tak suka jugak. Punyalah glemernya cikgu ni sampai skarang kalau bukak cerita pasal dia, mesti macam-macam cerita ko jumpa.

Cikgu ni laki. Dulu, orang kata dia ni kuat meraba. Tapi takde pulak kena tindakan disiplin. Maybe takde orang report. Tapi, kalau takde orang report, mana tau dia suka meraba kan? Tapi memang ada la dengar-dengar cerita dia ni meraba tetek satu kakak kat skolah time kena histeria. Like apakejadah la ko nak ramas tetek akak tu kan. Hantu tu meresap masuk lam badan kot tetek ke?

Cikgu ni jugak adelah cikgu disiplin. Tapi dia sendiri tak berapa disiplin, pakaian tak pernah kemas. Tak salah aku dia jugak Cikgu PRS (Pembimbing Rakan Sebaya). Eiiiiii, aku takde rakan sebaya pun takpelah okkk kalau cikgu ni la penaungnya.

Pak Aji dulu was Education Officer Negeri Selangor bahagian Displin and Kaunseling. Tapi anak dia....astagaaaaa.
So, cikgu ni kerap la jugak datang rumah Pak Aji untuk discuss apa-apa ntah aku tak paham tapi sumthing to do with Disiplin la. Actually Pak Aji pun tak berapa berkenan sangat dengan cikgu ni. Tapi dia tak cakap la, cuma aku kenal sangat dengan Pak Aji tu, kalau dia tak suka memang tau airmuka dia camne.

Yang paling aku ingat, masa tu aku dah matriks, balik bercuti.
Lepas maghrib masa tu.
Kitorang sibuk tengah nak dinner. Sekali dia datang.
Eh, sorry la aku nak pelawa ko makan sekali. Aku sound Pak Aji kalau ajak dia makan sekali, aku taknak makan sampai bila-bila. Wahhh, mengugut la. Masa tu aku dok 'oversea' la katakan, balik sekali-sekala. So mestilah makpak ikut cakap aku sebab takut aku tak balik-balik kawen ngan orang Sarawak. Adik aku jemput dia masuk tapi mintak dia tunggu kat hall dulu sebab we all tengah makan. Yang aku bengang tu dia ni kan memang suka sangat datang rumah orang time makan. Bukan sekali dua, dah banyak kali dah. Lojik la sikit weh, orang Malaysia ni waktu makan dan istirehat dia adelah dari kul 6.30 - 8.30pm. Masa ni la orang nak makan, nak tengok berita, takde de orang teringin nak layan tetamu. Melainkan kalau ko call dulu cakap nak datang. Ni tak, main redah je.

Sampai satu tahap, malam tu Pak Aji makan pun slow-slow je, takde nak rush-rush sebab tau dia memang tebiat macam tu suka sangat datang tak bagitau, pastu datang time makan. Sori la, aku taknak pelawa kau.

Lepas makan tu, dia pun sembang la ngan Pak Aji kat depan ntah apa bijik butir aku malas nak tanya. Bila aku keluar hidang air, dia tanya 'Ni, anak murid saya dulu ke?'

'Ye, saya cikgu' (buat-buat tak kenal pulak kan, padahal tiap2 bulan ko datang rumah Pak Aji ni, mustahil la ko tak kenal aku, melainkan masa tu aku dah cun so kau tak cam dah. Wakakaka)

'Blaja mana?'

'UNIMAS'

'Bagus!! Bagus!!! Bangga saya anak murid saya berjaya macam ni!'

Berjaya apekah?? Matriks pun belum semester ketiga lagi.
Oh, mungkin bangga la dapat masuk U.

Tapi yang tak boleh blah, masa dia mention 'Bagus!! Bagus!!' siap berdiri lagi okkk, tepuk-tepuk blakang aku. Macam nak bagi pengistiharan Merdeka. Like wtf la hoi?? Bapak aku ada kat depan kau, kau sesedap je tepuk-tepuk badan aku. Aku suci lagi ye, tolong sikit. Boleh tak jangan pegang-pegang?

Oh ye lupa.
Actually sebelum aku hidangkan air tu, ada la nak dekat sejam jugak dia berborak kat depan. Aku memang plan taknak bagi air. Hahahah. Keji sialll. Tapi ko nak tauuuuuu, dia boleh buat buat berdehem-dehem depan Pak Aji konon tekak kering penat bercakap siap cakap 'Kering pulak tekak'. Abis tu takkan la Pak Aji tak mintak buatkan airkan, terpaksa la aku buat air, padahal air dah buat dah, saje malas nak hidang.

Tu satu cerita.
Satu lagi masa aku Form 2.
Dia ni cikgu BM kelas aku.
Sape yang Form 2 year 1991 mesti ingat salah satu tajuk dalam buku teks BM is satu article pasal Nunuk Ragang, ingat tak?
Aku pun tak tau apa maksud nunuk sebenarnya.
Masa tu baru aku tau. Tu pun dia yang bagitau satu kelas siap sengaja je sebut perkataan tu kuat-kuat. Bila sampai part Nunuk Ragang tu dia sebut kuat-kuat 'NONOK'. Cam kesiyallll. Cikgu ke macam ni?

Dah la aku duduk depan time tu.
(Arifah mana, Arifah?? Ko ingat tak pasal ni sebab kau yang lebih-lebih geli kan?)
Bila time perkataan Nunuk tu nanti dia pandang budak pompuan. Budak laki pun meluat, apetah lagi aku yang pompuan ni.

Lepas habis kelas, kitorang kuar rehat. Aku ni jalan sorang-sorang kat koridor. Tetiba dia letakkan tangan dia kat bahu aku macam hug tu, and jalan beriringan dengan selamba, tanya macamana BM aku ok ke tak. Hoih! Dah kau yang periksa buku-buku BM aku apehal lak kau nak tanya aku ok ke tak? Ko patut lebih tau aku ok ke tak. Dah la peluk-peluk aku depan member. Kot ye pun nak berskandal dengan aku, boleh tak pakai deodoran dulu?

Sebab dia suka peluk-peluk aku la maka aku terpaksa percaya yang dia memang suka meraba. Aku rasa dia selamba peluk aku konon anggap aku macam anak la sebab dari dulu lagi dok datang rumah Pak Aji, but still benda tu tak beradap okkk. Ni skolah. By the way, aku tak penah panggil kau PAKCIK. Aku panggil kau CIKGU. So, kalau CIKGU tu, sila tunjukkan tingkahlaku seorang CIKGU. Profesional sket la eh, ni kat skolah.
Masa aku tuisyen rumah dia dulu (darjah 6), ada satu budak ni suka pakai skirt pendek yang gila micro skirt. Apa la yang ko nampak kat budak umur 12 tahun? Tetek pun takde lagi. Tapi dia suka benar letakkan tangan kat peha budak tu. Masa tu budak-budak lagi, so kitorang takde la rasa apa sangat, tapi bila dah selalu sangat "tergesel" peha, troma la okk?

Macam saiko pun ada gak cikgu ni. Ada satu time masa kitorang tusyen kan, sekali dia turun tangga dari blik dia dengan pakai serban and jubah putih siap mata bercelak bagai pastu bagi tazkirah kat kitotang. Walahweyyyy, mak pak aku hantar sini suruh blaja matematik bukan fardu ain. Kalau ilmu kau betul takpe jugak, ni ntah apa-apa yang ko ajar. Kejap ko jadi ustaz, kejap ko jadi dukun, kejap ko jadi peraba.

Aku rasa kalau ada antara budak skolah aku yang baca entry ni mesti ingat sape cikgu ni. Aku takyah ingatkan dorang saper nama dia pun takpe, konfem korang ingat kan?

Apa-apa pun, selamat hari guru lah.