2010-03-17

Sebenarnya nak cerita lain tapi update cerita lain



Saper nak berkenalan ngan budak ni, sila tekan-tekan nombor bagi mengisi tempat kosong. Aku dah bagi clue dah tu. Tak susah, kebarangkalian dia seploh je. Tapi aku rasa budak ni mat sempit. Sebab memula dia call ayat dia 'Hello, ni yang jual moto ke?'

Paler lutut kau.

Ada hati lak lepas tu terus sms aku nak berkenalan.
Aku hempok ngan sportrim baru tau.
Series tak cool la okk ngorat style gini.
Zaman J. Mizan dulu boleh la.

Aku ingat dah takde dah orang nak 'berkenalan' style camni, ada jugak rupanya.
Seb dapat kat aku.
Kalau dapat kat Mak Aji???
Aku rasa mau budak ni jual henfon dia dan-dan tu jugak. Boleh troma sepanjang hayat kena badi maki Mak Aji.

En Wan penah bagitau aku dulu (dulu la time belum bercouple) kalau dia nak tackle someone dia akan cakap direct, tak main la kem-kem salam ni semua.

Maka suatu waktu dahulu pada tahun 1998 di dalam telifon sambil berlatar belakang kan CD BSB 'As Long As You Love Me' :



Aku : La, apesal call? Kata nak chat?

En Wan : Aku nak bagi kau dengar lagu ni. (aku kau okkkkkkk)

Aku : Lagu apa? Tak dengar.

(kuatkan volume)

Aku : Ohhhhh lagu ni ehhh
(Sebenarnya aku tak tau pun tajuk dia apa. Maklom la orang biasa layan DJ Dave)

En Wan : Lagu ni aku nak bagi kat kau.
(Padahal nak mengorat tapi bahasa ganas. Seb baik la aku memang takde pilihan lain, kalau tak, siang-siang aku rejek)

Aku : Apesal pulak?
(Time ni sebenarnya dah gembira tapi kontrol. Biasa la kan, gedikk)

En Wan : La, kan aku suka kat kau. Aku bagi la lagu ni kat kau.

Aku : Bila masa kau cakap kau suka kat aku?

En Wan : La, aku tak cakap lagi eh?
(sangat kantoi di situ. Ciri-ciri kebuayaan sudah nampak jelas. Sampaikan tak ingat kat saper dia bagitau)

En Wan : Ok, skarang aku nak bagitau aku suka kat kau. Ok?

Aku : (Terdiam seketika. Tapi kaki hentak-hentak kat lantai kegembiraan).