2010-03-30

Bra aku kaler biru, Yes!



Tadi aku turun ke kedai bawah opis ni, nak tapau lunch.
Orang takde la ramai sangat, ada la 5 orang mamat duduk satu meja tengah bakar sampah berjemaah. And aku sorang je perempuan kat situ.

Memang ni la pun yang aku tunggu-tunggu, orang tak ramai, baru bertenang-tenang sikit aku nak pilih lauk.

So, dah tapau makanan, aku tunggu air.
Lama gak la padahal aku mintak sirap limau je.

Sekali dengar suara dari dapur...


Budak A : Siapa punya sirap limau ni?

Budak B : Akak yang pakai bra biru.


Kimakkkkk.

Punya la aku pakai baju cantik-cantik, bra jugak yang kau nampak.
Padahal baju aku bukannya jarang, cuma bahu dia terkangkang sket so nampak tali bra kaler biru. Cara dia cakap tu macamkan ada seploh pompuan yang pakai bra sahaja tengah tunggu air kat depan. Mamat yang tengah sembang tu pun sepantas kelajuan cahaya pandang aku. Ada satu brader tu siap pandang tepat kat tetek aku. Gila babi punya scan tak agak-agak nak cover. Aku ingatkan scan-scan bra ni cuma wujud time skolah menengah je.

Oh yes, by the way, apesal masa skolah dulu budak-budak laki tend to referkan tetek kepada nasik lemak?

TETEK = NASIK LEMAK


Apa benda dowhhh??
Aku tak nampak kat mana wujudnya formula tindakbalas kimia kat sini.

Takde pulak aku pernah nampak orang beli nasik lemak 'Acik, bungkuskan saya tetek dua?'

Haaaa, kalau aku lah yang jadik acik tu, memang aku sumbat-sumbatkan dalam mulut dia sampai tercekik. Kau nak sangat tadi kan?


Tapi time skolah menengah dulu aku rasa hormon gatal tu berkembang dengan sangat pesat la. Pantang tersalah cakap sikit je mesti nak double meaning.

Sebut nasik lemak salah.
Sebut kuih batang buruk salah.
Sebut joystick salah.

Ntah apa-apa.

Ada satu time kat kelas dulu cikgu aku ada buat kuiz.


Cikgu : Apa nama empangan hidroelectrik yang terbesar merentasi sungai di Sarawak?

Seriessssss takde sorang pun budak laki angkat tangan.
Semua bajet malu nak sebut 'Batang Ai'.

Macamkan aku hadap sangat nak imagine batang kau.