2010-01-02

Kalau kau rasa bangga bagitau orang dengan apa yang ko ada, kenapa ko mesti nak sentap bila aku bagitau kau apa yang aku ada?



Seorang budak telah ajak aku join get-together.
Aku sangkakan dia adelah member, tapi rupanya "member".
Aku tak tau apa problem dia dengan aku or maybe dia sememangnya problematic.

Dia tau aku bukan jenis branded punya orang, let alone nak cerita pasal shopping barang-barang high class ni semua. Lagipun aku memang takde benda nak cerita. Apa benda yang aku nak story? Borong bra Scarlet kat JJ tujuhbelas helai? (ni aku tak tipu, memang aku baru je beli. Murah sialll, RM10 sehelai. Bra je, spender takyah beli, boleh pakai En Wan punya).

Aku tak tau reason dia bukak the topic adekah sebab nak malukan aku, or sengaja nak menampakkan aku sangat low class with no taste at all depan member2 yang lain. Ataupun dia tak sengaja. Which is very unlikely. Like lancau lah ko tak sengaja kan padahal ko ngan aku rapat gila babi like mandi sesama, makan bersuap, kencing berteman, berak ko masuk la dulu aku tunggu luar.

Dah la dia kata nak lepak kat mamak. Bila aku dah sampai, dia kata tukar venue sebab majoriti nak lepak Old Town. Ok lah, aku pun bukannya peghak sangat sampai Old Town tak penah masuk.

Sampai kat sana, ada la 2 orang member dia join which aku tak kenal lansung. Takpela, takde hal.

Aku pun tak tau apa point dia ajak aku jumpa sebab dari mula sembang sampai ke sudah tajuknya shopping. Aku macam, pehal dia ni? Ajak aku jumpa ingatkan nak gossip2 pasal cerita lama-lama. Sekali bukak cerita yang dia tau aku tak berapa nak minat. Nak cerita pasal shopping tu tak kisah la, yang ko ajak aku tapi ko taknak sembang ngan aku ni apehal? Aku terconggok depan korang tiga orang ni apa motifnya? Tukang ambik minit mesyuarat?

Cerita pasal bra harga dua ratus sehelai la, kasut tujuh ratus, bla bla bla.

Agak kecik ati jugak la aku bila dia seolah-olah merendahkan taste aku bila tanya 'Eh, ko still pakai Vincci lagi?'

Well, yes. Aku tengah pakai pun skang ni. Apesal? Nak try?

Tapi takde la jawab macam tu kan.
Kang kawan dia kata aku kuang ajar lak.
Padahal memang aku kuang ajar pun. Cuma setan dalam badan aku tido mati kot time tu so aku tak terasa nak carik pasal. Lagipun aku nak peratikan je sampai tahap mana dia nak malukan aku. Sampai level berapa dia punya eksyen.

Mula-mula duduk je dia dah test aku. Tapi aku tak dapat spot lagi motif dia.

She : Ni ko ada duit tak ni?

Me : Apesal?

She : Ye la, kan laki ko bagi duit belanja RM50 je seminggu.

Owhhhh.
So skang aku tau dia tau dia pun baca blog aku.
Tapi, ape motif ko nak ungkit-ungkit pasal duit yang laki aku bagi depan member2 kau?
As if macam aku tak berduit?
By the way, prestij sangat ke Old Town ni?

Until la dia menguji kesabaran aku :

She : Eh, ko taknak join the club ke? The LV Mama Club. (sambil point kat beg LV dia and frens)

Me : Tak la. Aku tak main la LV, Prada, Fendi ni semua.

She : Abis, ko main apa? Like Boniaaaaaaaa?? (gelak-gelak)

Me : Aku main Hitachi, Honda, Sony, Santorini, Rattan Decor, LG..brand-brand macam tu la.


Terus game over.

Maybe sebab dia terasa macam aku perli dia.

Takyah la aku bagitau apa reason aku cakap macam tu kat dia. Dia sendiri boleh tau apesal. Kang kalau aku elaborate panjang kat sini, ada yang kata aku menongkat langit.

Aku tau aku tak patut cakap kat dia macam tu bila aku sebenarnya tau macamana life dia disebalik handbag LV and kasut Jimmy Choo yang dia pakai. Tapi aku rasa dia sebenarnya perlu diberikan lesson so that dia sedar yang ko tak kaya hanya kerana ada beg LV. And orang lain pun bukannya sengkek hanya kerana dia pakai kasut Vincci.

Frankly, aku kagum dengan orang yang suka shopping barang-barang keperluan yang mahal-mahal. Diorang memilih untuk memanjakan diri (ambik kau ayat Dapur Impiana aku pakai), dengan barang-barang branded. Aku tak memilih untuk memanjakan diri (lagi sekaliiii) dengan barang-barang macam tu sebab bukan tak minat, tapi aku rasa buat masa ni keperluan aku lebih pada benda lain.

Jadi, disebabkan aku aim nak beli keperluan yang lain, so aku korbankan kehendak aku untuk memenuhi keperluan tadi (apesal cam sial punya nerd ayat aku malam ni?). Sape taknak sarung kasut Jimmi Choo wehhh, beruk pun nak. Inikan lagi aku. Abis tu takkan disebabkan aku nak catwalk ngan kasut JC, baju anak aku sampai berkerak tak berganti? Aku rilek pakai LV dua tiga bijik tapi balik rumah bagi laki aku mencekik sardin sebulan. Boleh?

Aku takde la kata saper yang pakai LV tu kat rumah makan sardin. Korang kaya, lain. Kalau aku yang pakai LV, insyaallah paling kurang 3 bulan ikan sepat masin tetiap hari ada dalam menu aku.

Aku tak kisah lansung sesaper pun nak cerita pasal dia beli mekap ratus ribu, baju juta-juta. Tapi janganlah merendahkan orang lain. Kau tak perlu nak menjatuhkan orang untuk let people notice kelebihan kau. Kalau kau hebat, kehebatan tu dengan sendiri akan muncul. Lagipun, macam la aku buta tak nampak kau bawak LV. Aku nampak. Cuma aku lupa nak tanya ko beli kat Pavillion ke kat Bukit Kayu Hitam.


p/s : aku tak penah masuk Pavillion so aku main hentam je. Ada ke LV kat Pav?