walk on wings, tread in air: No matter what happens I know you'll be in my heart <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


No matter what happens I know you'll be in my heart
2009-06-01
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Lagu ni sangat-sangat buatkan aku sebak.
Sebak mengingatkan how aku pernah ada kawan yang sangat-sangat baik dulu.
Sangat-sangat baik.
Sangat-sangat close.
Close to my heart.

We can share everything. Sometimes, benda yang aku payah nak share dengan En Wan, aku akan share dengan this friend. The bond was so tight sampaikan we both boleh sense kalau one of us ada problem. Maybe because we share the same sign, so ada persamaan especially kuat bercakap, kuar bertekak, kuat mengenakan orang. Asal ada orang melintas kalau pelik sket je orang tu siap la kitorang bukak forum. Siap boleh sambung besok nak mengutuk orang. Tak sedar diri sendiri pun lebih kurang je. Tapi pedulik apa aku kan. Tapi macamana kitorang bertekak, bergaduh tetap tak lama. Esok boleh layan teh tarik sama-sama.

This fren actually tak la seburuk yang orang sangka. Tak tau la kalau dia memang bertindakbalas secara kejam terhadap awek-aweknya, tapi dengan aku tak pernah. Cuma aku je yang selalu melebam-lebamkan badan dia. Pantang silap cakap sket je berdebuk aku bagi.

Walaupun sometimes aku rasa sakit hati dengan dia especially dengan ke-cocky-annya melontarkan pendapat yang aku rasa pendapat tu sangat-sangat bias, tapi aku cuba fikir secara rasional apa sebab dia bertindak macam tu. Dia pun akan berfikir cara yang sama kalau time aku naik hantu especially kalau masing-masing tengah panas. Tapi selalunya aku diamkan je, sebab malas nak bertekak. Selalunya aku akan buat dek tak bercakap-cakap.

So kalau dia sense something wrong dengan aku tu kang kejap lagi ada la terpacul depan ofis ajak lunch. Dan apa lagiiiiiiiiiiiii. Dah nama orang tu buat salah kan. Haruslah di paw sesedap rasa. Tapi aku rasa dia lebih rela di paw dari aku buat dek. Sebab aku sorang je kot yang tahan ngan dia. Hahaha.

Selalunya En Wan memang payah nak angkat telifon kalau kat ofis sebab dia sibuk ngan mesin-mesin dia. Kalau dia angkat pun telinga aku leh pekak dengan bunyik mesin dia and bunyik dia terpekik bercakap. So sebelum aku taik telinga aku meleleh, adalah lagi baik aku takyah call.

Jadi sometimes aku akan call this fren kalau aku ada prob. Selalunya kalau pi mana-mana especially tempat yang aku tak familiar, macamana diprovidekan dengan map sekalipun, aku tetap akan sesat. Dah macam badi. Padahal map tu kata belok kanan, aku tetap akan belok kiri sebab konon nak tengok kot-kot aku leh explore new route. Sudahnya sesat. Dah sesat tu memang dia yang aku attack dulu. Selalunya sebelum dia tunjuk jalan, aku akan kena maki dulu. Sukati ko la nak maki yang penting aku tau jalan nak balik rumah.

Pernah satu kali tayar kereta aku bocor kat MRR2 tak perasan ada batu kat tengah jalan ntah saper la mangkuk hayun pi letak batu tengah-tengah dunia. Seb baik yang langgar tu kereta, kalau motor yang langgar? Ada yang buat sommesault berputar kat highway kang.

Dah la sorang pun member lam keta tu tak reti tukar tayar apetah lagi aku. Aku nak check air keta pun tak tau. So, aku call En Wan, dia busy. Jadi aku call this fren. Sanggup dia datang dari ofis padahal masa tu baru kul 4pm, balik awal semata-mata nak carik aku kat MRR2. Tapi sebab kitorang yang dalam kereta ni telah menunjukkan bulu peha di tepi jalan, walaupun hujan tetap ada gak orang nak benti tolong. Bagusla rakyat Malaysia ni, kaya dengan sifat tolong menolong wanita yang berada dalam kesusahan. Tapi dalam pada ko tukar tayar tu sempat gak la ko jeling-jeling kat kitorang yang pakai skirt ni kan????

Satu lagi persamaan ialah kuat makan.
Masa aku baik dengan dia susah betul aku nak diet sebab masing-masing involve in sales so sentiasa berada di luar ofis. Dah nama kat luar ofis tu maka selalu la set time and place makan sama. Ko rasa makanan aku sket, aku test makanan ko sket. Jadi banyak la aku makan.

Aku boleh luahkan apa saje masalah aku kat dia, begitu jugak dia.
Aku rasa selain En Wan, dia adelah orang yang pernah tengok betapa buruknya muka aku bila menangis.
Tapi aku pedulik apa, yang sengsara menengok pun kau, bukan aku.

But, until one day.

Aku tak sure if silap tu datang dari aku or dia.
Aku kenalkan dia dengan this one girl which aku sendiri tak kenal sangat, kenal kat alam maya je. Knowing that both of them still single, so aku ambik peluang ni kenen-kenenkan.
Memula tu kawan aku ni macam taknak. Macam laaaa..hak tuihhhhh.
Sebab dia pun baru putus chenta.
Tapi lama-lama boleh get along.

Aku tak kisah kalau benda ni akan buatkan we all jauh.
Aku faham situasi tu.
Dia mesti nak spend time dengan gf dia, and aku of cos dah memang ada life sendiri.
But not to an extend where jarak tu terlampau jauh sampai seolah-olah aku dah tak kenal dia.

Betul la kata orang, Cinta Itu Buta.
Bila kita bercinta selalunya kita takkan pandang orang kiri kanan.
Akhirnya benda ni berlaku kat both of us.

Aku tak tau di mana silapnya, satu pagi, dia called and marah aku sebab aku sakitkan hati gf dia.
Aku macam ... whattt???

Apa yang aku cakap ngan awek ko sampai dia sakit hati?
Apa benda yang aku cakap sampai ko tergamak tuduh aku and tengking aku?

Aku ada bukti conversation aku dengan awek ko tapi ko taknak terima.

Memang hari tu aku sedih gila sampai aku ambik half day. Sebab mata aku bengkak menangis.
Aku sedih bila orang yang cukup rapat dengan aku rupanya belum cukup kenal aku.
Atau mungkin ke dia tak nak terima hakikat yang his gf was lying to him?

Whatever.

Nak kata hati aku terlampau sakit tu, mungkin jugak.
Sakit sampai aku rasa numb.
Sakit hati sebab aku tak diberi peluang untuk jelaskan perkara sebenar.
Sakit hati sebab aku tak tau apa motif gf dia buat macam tu.
Sakit hati sebab apa salah aku sampai ko warned aku macam tu sekali?

And that was the last call yang aku terima dari dia, lepas tu aku tak dengar apa-apa dah until one day dia call aku, itupun after a few months, tapi aku tak angkat.
It's not that aku taknak angkat sebab aku dendam. Aku cuma rasa cukuplah, aku taknak bergaduh panjang lagi.

Aku takkan berdendam dengan sesiapa. Sebab benda tu akan menyebabkan aku tak boleh buat keje. Kalau kau rasa kau taknak ada kaitan dengan aku, that's your call. Cuma bagitau reason at least aku boleh ubah diri kalau betul aku silap.

After a few calls aku tak angkat, last-last dia hantar sms "Now I know the whole truth about her" (his gf la)

Aku baca and simpan.

In fact I still keep his sms.
Bukan aku simpan the sms sebab nak jadikan bahan untuk kenakan dia balik in future.
NEVER.
Aku takkan buat macam tu.

Cuma sms tu aku simpan sebab I am glad dia kenal siapa gf dia akhirnya.
Aku tak berpeluang untuk sedarkan dia, but I'm happy dia sedar sendiri.

After more than a year, baru-baru ni aku ada contact dia, tanya khabar.
And I'm happy dia angkat call aku.
But, situasi dah lain.
Aku dah tak boleh berborak dengan dia macam dulu.
It seems that ada very hugeeeeeee gap between aku and dia.
Tapi satu benda yang aku realized about him yang tak pernah berubah was macamana kitorang bergaduh, aku ada masalah dia tetap tolong aku.

Thank you for that.

Apa pun yang terjadi, aku tetap happy dia pernah ada dalam chapter hidup aku.

To him :

Hey, remember LOBO's song How Can I Tell Her?
I know you are still watching me..:)
**oh perasannya aku**


My 2nd fren.

This is the closest fren yang aku pernah ada.
Tapi aku tak pasti if aku betul-betul kenal dia.
Yang pastinya dia tak kenal aku lansung.

Yup, aku tak rasa dia kenal aku.

Apa yang aku share dengan dia berbeza dengan apa yang aku share dengan kawan-kawan lain. Tak banyak persamaan but we all rapat disebabkan situasi.
Masing-masing dah married so the friendship jadik lebih best sebab lagi banyak benda yang kita boleh share. Aku rasa macam aku hidup dalam rumah dia sebab dia selalu cerita pasal family, anak-anak and wife.

Memang tak banyak persamaan, apa yang aku boleh ingat, we all minat the same fast food, minat genre muzik yang sama and minat menyanyi walaupun suara aku cam pantek tapi aku pedulik apa. Yang kena dengar pun kau.

Tu je yang sama.

Sikit gila dowhhhh.

But, we share the same thoughts and think the same thing.
We even finish each others sentences.
Sometimes, kalau masing-masing tengah diam tetiba kang he will turn and look at me, 'Nak makan KFC tak?'
And aku memang tengah pikir nak ajak dia makan KFC.

Kalau masing-masing tengah ada problem, we feel each other sampai boleh menangis sama.
Tears make our friendship grow, right?

Dan disebabkan terlampau close itulah yang akhirnya menyebabkan aku semakin renggang dengan dia.
Bila kita terlampau mengenali orang tu, walaupun kita tak duduk setempat and jarang berjumpa, kita still boleh sense apa yang sedang terjadi pada dia.

Macamana nak cakap eh.
Bukan telepati.
Tapi macam coincidence.

Benda-benda yang berlaku kat dia yang dia sorokkan dari pengetahuan aku akhirnya aku tau. It so happen that semua tu aku tau dari orang yang aku tak berapa kenal. And this orang yang aku tak berapa kenal semuanya kenal dia.

Tapi bukanla apa yang dia buat tu jahat.
Tak jahat pun.
Dia baik.

Cuma aku sangat terkilan tiada kejujuran dari dia.

Bila aku tanya, dia mengelak, or jawapan dia tak seperti yang aku harapkan walaupun aku dah tau jawapan dia, cuma nak dapatkan kepastian je.

Bila aku bagitau aku tau jawapan dia, dia still mengelak lagi padahal aku ada bukti-bukti dia.

Aku tak faham kenapa dia susah sangat nak bersikap jujur.
Adekah nak menjaga hati aku?
Kalau kau tak bagitau benda yang betul lagi aku sakit hati.

Aku orang yang rapat dengan kau.
Boleh tak ko jujur dengan aku for once??

Or, mungkin aku je yang rasa dia rapat dengan aku.
Mungkin dia anggap aku just like another friend.

Betul, tak semua benda kita boleh share.
Sebab tu ada word RAHSIA.
Aku hormat kalau ko kata 'I nak keep it to myself'.

Tapi setidak-tidaknya tolong lah bersikap jujur dengan aku sebab aku ada bukti-buktinya. Adelah menjadi satu benda yang sangat menyakitkan hati bila aku ditipu hidup-hidup.
And the worst part is bila aku ditipu oleh someone yang aku percaya.

Ko boleh bayangkan tak betapa kecewanya aku bila benda berlaku depan mata, tapi ko masih lagi beria-ia denykan. And the best part was ko terus selamba dengan aku macam takde apa-apa berlaku. Never say sorry, never give explanation.

Aku ni cuma jadi kawan ko masa ko ada masalah je ke?
Or aku ni kawan masa ko tengah boring sementara nak tunggu ada benda yang boleh thrill up ke?

Kalau betul aku ni kawan paling rapat macam yang pernah kau kata dulu, kenapa susah nak berkata benar?
Aku tak sure mana satu personaliti kau.
Please show me the real you. Or else, there is nothing I can do to make this last.


To him :

I want you like you were before not the way you are now.
Are you still you?


p/s : here i stand, at my breaking point, smiling, make people think I'm not hurting at all.



Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati

Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis
Kemudian hari

Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini
posted by aveo757 @ 10:30 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER