2024-11-24

C-Drama: Ace Troops. Review kali kedua.

Satu benda yang aku perasan, semakin berusia, semakin aku banyak nampak kaitan antara movie/drama yang aku tengok dengan pengalaman sendiri. Akan ada je scene-scene yang buatkan aku terfikir dan terkenang pengalaman-pengalaman lama. Dan buatkan aku semakin faham realiti of life.

Hari ni aku nak cerita tentang scene-scene yang aku extract dari drama ACE TROOPS. Aku pernah buat review ringkas drama ni kat FB. Dua kali aku tengok drama 40 episod ni. Kali pertama tengok, ambil masa 3 bulan nak habiskan. Kali kedua, aku layan 2 minggu je settle. Yang penting, walau dah layan kali kedua, sikit pun aku tak skip. Aku rasa drama ni sangat best. Sangat sangat sangat best. 

Cerita tentang life dalam kem tentera dari hari pertama dorang jadi pelatih pada tahun 80-an, sampailah dan nak masuk tahun 2000, sehingga dorang menjadi Battalion Comander. Drama ni lengkap emosi sedih, marah, aksi, cinta, kelakar - semua ada. Bila dorang join perang, skuad 107 orang, tinggal 27 saja yang hidup, dengan aku-aku sekali merembes. Sebelum perang, dalam dorm ada 10 orang. Balik dari perang, tinggal 3 orang je dalam dorm. Pergi berperang dengan Ketua Platoon yang trained dorang eeveryday. Balik dari perang tanpa Ketua Platoon. Sedih betul cerita ni.

Basically cerita fokus pada 2 karakter utama iaitu Johnny Huang and Xiao Zhan. Tapi drama ni banyak tentang Gao Liang (Johnny Huang). Banyak scene Gao Liang bercerita pada arwah abangnya, tentang life yang dilalui sepanjang dalam kem ni. Ok aku mulakan cerita dengan setiap scene ada videonya.

 

It all started from Day 1 dorang semua terpilih untuk join army. Gao Liang (Johnny Huang) anak yatim piatu. Actually dia ni anak pungut. Abang dia jumpa dia and bawa balik untuk keluarganya bela. Tapi mak bapak angkat Gao Liang mati awal. Jadi Gao Liang dijaga abangnya, Gao Shan. Gao Shan also tentera, mati dalam perang. Bila abangnya mati, Gao Liang takde tempat nak tuju. Terpaksa berhenti sekolah dan masuk army. Gu Yi Ye (Xiao Zhan) masuk army sebab keluarganya memang keluarga tentera. Dia anak orang kaya sebab ayahnya berpangkat tinggi, dan also terpelajar. So kat sini ada 2 karakter berbeza antara Gao Liang and Gu Yiye.

Gao Liang ni playful sikit perangainya dan suka mengenakan orang. Dalam train dia menyamar as pegawai tentera. Tapi Xiao Zhan dah biasa tengok uniform bapak dia so dia tahu Gao Liang menyamar jadi pegawai je. Kat sinilah dorang start bertekak and jadi rival. Tapi relationship dorang ni unik. Walaupun rival, tapi dorang cherish each other at the same time. Kat station keretapi ni juga Nanzheng (Elaine Zhong) love at first sight kat Gu Yiye. Biasalah kan, Gu Yiye handsome, siapa je lah yang tak sangkut. Kalau aku pun agaknya boleh tersangkut dengan Gu Yiye.

Masa train ni stop sebab rosak, Nanzheng lari kejap untuk gi mandi dalam semak. Masa ni Gao Liang terpandangkan Nanzheng. Kalau Gu Yiye is Nanzheng's love at first sight, Nanzheng pula adalah Gao Liang's love at first sight. Bila train dah nak gerak, Gao Liang teringatkan yang ada sorang comrade lari dalam semak, jadi dia and Gu Yiye pergi cari. Akhirnya dorang bertiga jadi kawan.

Masa dorang sampai di satu station, ada sekatan. Train dorang kena ambush. Semua rekrut jadi tebusan. Yang berani cuma Gao Liang and Gu Yiye. Walaupun dalam tempoh sekatan ni dorang masih lagi bertekak, tapi they work hand in hand. Memandangkan Gu Yiye dah biasa dengan ilmu ketenteraan, dia cenderung bertindak dengan strategi. Gao Liang pulak berani redah. Jadi dia selalu buat benda yang luar kotak. Contohnya, bila dorang dapat tahu ada another train akan tiba untuk serang dorang, Gao Liang pegi bom landasan supaya train takleh lalu.

Dalam drama ni Gao Liang banyak bermonolog dengan arwah abangnya. Lepas dia letupkan landasan tu dia cakap "Brother, when I was living a cave, I loved lightng up the wick of a bomb. After the explosion, I saw the flame and I thought of you. I think in this way I can get closer to you. I really want to know what you were thinking when a bomb exploded near you. Now I am wearing the same military uniform as you. I've just bombed the railway track. I've done something important for the first time"

Karakter Gao Liang shows that, orang yang paling riang, paling suka gelak, paling playful, adalah orang yang menyimpan banyak cerita sedih hidup. Just like Gao Liang, orang nampak dia macam tak serious. Suka menyakat orang. Buat apa pun main redah tak takut apa-apa. Padahal bukan dia tak serious, tapi dia dah lalui beban hidup yang orang lain tak pernah lalu. Se-serious apa lagi kita expect dari anak yatim yang membesar dalam kepayahan? Terpaksa berhenti sekolah, duduk dalam gua, buat apa saja untuk terus hidup. Jangan sembang pasal being serious dengan orang macam ni. They've been through hardships in life so intense that we can't even begin to imagine. For them, seriousness isn't just a concept. It's a reality they've lived through.

Aku suka betul dengan brotherhood Gao Liang and Gu Yiye. Dorang ni tak sekepala sebenarnya, tapi tak tahulah kenapa, Gu Yiye still prefer Gao Liang apa-apa hal. Same goes to Gao Liang. Walau kadang dia menyampah dengan keberlagakkan Gu Yiye, tetap Gu Yiye jugak yang dia cari. Konfius betul aku dengan dua orang ni. Dah macam dorang pulak yang in relationship.



Kat kem, Gao Liang and Gu Yiye dalam satu dorm. Dorm dorang ni paling banyak buat hal. Sembelih babi orang kampunglah. Curi ayam peliharaan pegawai tentera untuk masak-masak celebrate berjaya tamat training. Panjat hostel tentera perempuan. Memang group dorang ni manjang kena denda. Di mana ada Gao Liang, di situ pasti satu pasukan kena denda sebab dia suka buat kerja gila.
 


Part ni sedih. Kan sebelum masuk kem dia ada letupkan railway track, kan? Walaupun tujuannya supaya dorang tebusan semua selamat, memandangkan dorang masih rekrut, itu tetap menjadi kesalahan. Gao Liang and Gu Yiye sama-sama kena denda tapi Gao Liang kena expelled terus sebab dia yang bomkan railway tu. Gu Yiye ugut kalau Gao Liang kena buang, dia nak quit dari army. Tapi army tetap expelled Gao Liang. 

Sedih bila dia kata orang lain masuk tentera sebab nak jadi tentera. Dia masuk tentera sebab takde tempat nak pegi. Rumah takde. Family takde. Last sekali yang dia panggil "Brother, where are you?" menangis teruk aku. Terasa macam malangnya hidup dia. Dahlah anak terbuang, keluarga angkat mati, abang angkat yang dia sayang sangat pun mati. Join tentera supaya ada tempat tinggal and ada kawan, akhirnya kena buang. Padahal kalau dia tak letupkan railway track tu, semua kekal jadi tebusan. Geram pulak aku.

Lepas dia expelled, dia tak tahu mana nak pergi, dia lepak kat sungai and cuba nak lemaskan diri dalam sungai tu. Tapi ada sorang pakcik tengah memancing selamatkan dia. Pastu dia ceritalah kenapa dia end up dalam sungai tu. Dia cerita army buang dia kerana dia bomkan railway untuk selamatkan semua orang. Rupanya that pakcik adalah pegawai tertinggi kat kem tu. That pegawai arahkan kem ambil balik Gao Liang sebab apa yang Gao Liang buat tu walaupun salah, tapi adalah satu benda yang masuk akal. 

Actually masa kecoh-kecoh railway kena bom, pegawai tu dapat laporan. Dia tahu ada rekrut baru yang letupkan railway untuk halang train tu ambush. Tapi dia tak tahu cerita sebenar. So now dia dah tahu, Gao Liang terselamat. Tapi Gao Liang tak tahu that pakcik adalah pegawai tertinggi. Until one day, this pegawai nak tengok rekrut baru tengah training, baru dia sedar pakcik itulah big boss dia. Since hari itu, pegawai tu sangat suka Gao Liang.

Kadang-kadang kita buat semua benda yang betul dengan niat yang betul, yet we're still perceived as wrong. In such situations, the thing that can save us is connections, kan? In Gao Liang's case, memang dia playful dan main redah je. Tapi kalau dia tak berani buat gitu, siapa yang akan buat? No one.



Video ni. Aku kan memang tak boleh blah la kalau si Johnny ni start buat dia punya bongok. Yang scene makan mangga tu, sebenarnya dia kena denda. Dia keluar malam nak hadiahkan Nanzheng mangga. Sekali kena tangkap. Pegawai paksa dia makan mangga tu depan-depan. 

Yang makan kaki ayam tu pulak, dorang satu dorm nak celebrate training. Celebrate dengan Ketua Platoon. Gao Liang pandai masak, jadi dorang semua minta Gao Liang masak ayam untuk Ketua Platoon. Tengah dorang sedap makan, sorang pegawai ni masuk nak mengadu ayam peliharaan dia hilang. Punyalah nak sorok bahan bukti, Gao Liang sumbat sebanyak-banyak ada kaki ayam dalam mulut. Orang lain semua berjaya telan kaki ayam, dia je yang settle-settle lagi penuh mulut. Terus terkantoi. Bongok betul muka Johnny dalam scene ni. Aku tak tahulah macamana scene ni boleh menjadi. Kalau aku dah bantai gelak berkali-kali. 
 


Nanzheng selalu jumpa dengan Gu Yiye malam-malam kat luar. Gao Liang pun suka Nanzheng. Dia tahu dia takde chance, tapi dia saja je nak try. Dia dengan Gu Yiye kan always cari pasal with each other. Kesian pulak aku tengok Gao Liang, terang-terang kena friendzone. Tapi Gao Liang ni baik. Dia selamatkan Gu Yiye dari kena tangkap masa rondaan. Gu Yiye ni membesar dalam keluarga tentera, so dia dah terbiasa tak boleh buat salah at home. Dia sempat larikan diri sebelum kena tangkap and tinggalkan Nanzheng sorang-sorang. Gao Liang kebetulan ada kat tempat kejadian mengaku dia datang jumpa Nanzheng.

Kadang-kadang bercinta dengan orang yang takut buat salah ni payah. Sebab ada kecenderungan untuk taknak ambil tanggungjawab. They often sets extremely high standards untuk diri sendiri. Buat salah is big NO. Dorang punya fear of making mistakes tu buatkan kita merasa unappreciated. Gu Yiye banyak kali hampir tertangkap. Ada satu scene tu, Nanzhen bagi dia sapu tangan. Sapu tangan perempuan mestilah wangi. Masa spotcheck, pegawai terbau benda wangi dalam bilik. Bila pegawai tanya, sorang tak mengaku. Gao Liang tengok Gu Yiye dah berpeluh dia dah syak mesti ada benda yang Gu Yiye sorok. Gao Liang terus mengaku dia beli air wangi yang tentera perempuan selalu pakai sebab kaki kawan dia busuk. Kahkahkah. Tak pasal-pasal kawan terbabit.

Scene ni tunjuk kat aku yang dalam berkawan, tak semestinya kawan mesti sekepala. Karakter boleh berbeza, tapi masing-masing memahami. Sometimes, nak memahami tak perlu jadi kawan baik, jadi rival yang healthy pun boleh. Gao Liang and Gi Yiye memang always tak sekepala, tapi dorang cover each other. Always. Padahal boleh je time ni dia nak kenakan Gu Yiye balik. Tapi dia always selamatkan Gu Yiye sebab kalau Gu Yiye kena expel, dia takde orang nak fight to be better person. This kind of friendship, arghhhhh!! I LIKE!



Scene ni Nanzheng masuk dewan makan army lelaki untuk jumpa dengan Gu Yiye. Gu Yiye ambil peluang untuk say sorry sebab larikan diri malam tu. Part makan ni pun aku tak paham. Gao Liang and Gi Yiye ni time makan pun bergasak, tapi mesti duduk sebelah-sebelah juga. Dalam mana-mana scene makan, dorang memang akan duduk sebelah. Tapi bertekak. Kadang-kadang aku rasa drama ni patut tak payah ada pelakon perempuan. Kau bagi je Gao Liang dengan Gu Yiye ni in a relationship.
 


Contohnya scene ni. Mula-mula Gu Yiye cari pasal, pastu Gao Liang kenakan balik. But dalam pada macam, tetap Gu Yiye mintak tolong Gao Liang. Sebab Gao Liang saja tahu dia nak gi celebrate birthday Nanzheng. Maybe dulu aku gini kot. Minat kat crush gila-gila, tapi sekadar menjadi posmen kepada si crush dan girlfrennya. Tahu crush ada girlfren, tapi aku masih boleh berbaik dengan both of them. Siap menjadi pendengar setia kalau dorang ada masalah. Boleh pulak aku tahan telinga siap membagi nasihat, ya. Haihhh. Mungkin aku sepatutnya pegang watak Gao Liang ni.
 


Aku rasa kesian pulak kat Gao Liang kat scene ni. Punyalah dia tak kisah Nanzheng nak bercinta dengan Gu Yiye, tak apa, asalkan jadi kawan. Kadang kesian dia orang yang tak sesiapa dan tak punya apa-apa. Takde apa yang dia boleh offer selain jadi baik pada semua orang. Rupa, kalah. Pelajaran, kalah. Keluarga pun takde. Keturunan apetah lagi. Dapat berkawan pun takpelah. 

Dalam hidup ni, kita kena ada salah satu untuk jadi sandaran. Takde rupa, kau kena jadi pandai. Tak pandai, kau kena jadi kaya. Tak kaya, kau kena jadi kuat. Jadi BAIK saja tak bawa kau ke mana-mana. This is a harsh reality. Orang sekarang values people based on external attributes or tangible achievements. Kau baik? Good. That's an admirable quality. Tapi tak cukup to make a significant impact or gain recognition. Dunia sekarang dah berubah. Kau bukan hidup zaman Seri Mersing lagi.
 


Scene inilah the turning point Gu Yiye mula faham situasi Gao Liang. Kisahnya, kawan se-dorm Niu nak merasa pakai jam. Dia selalu nampak Gao Liang pakai jam tangan. Tapi, semasa training takleh pakai jam tangan. Niu ni curi-curi pakai jam Gao Liang. Kena tangkap dek pegawai, jam kena rampas. Niu takut Gao Liang marah. Dia beli jam tangan dari Gu Yiye untuk ganti jam Gao Liang. Gao Liang taknak sebab jam tangan yang dia pakai tu adalah arwah abang dia punya. Gu Yiye tuduh Gao Liang jahat sebab nak kenakan Niu padahal jam tangan tu dari awal lagi dah rosak and pecah. 

Masa ni barulah Gao Liang ceritakan yang sebenarnya dia pakai jam bukan untuk tengok masa tapi sebab itu jam terakhir abang dia pakai sebelum mati. Jam tu retak sebab kena bom. Itu saja peninggalan abang dia yang dipulangkan bersama-sama abu mayat. Menjejes-jejes airmata aku kat scene ni. Tapi dalam scene ni takde part yang Gao Liang cerita pasal abang dia.

The next day, Gi Yiye buat permohonan pada pegawai untuk pulangkan balik jam tangan Gao Liang. Gu Yiye ceritakan pada pegawai yang abang Gao Liang adalah bekas tentera di kem tu. From that on, relationship dorang jadi lebih baik. Tapi masih lagi mengenakan ecah other bila ada peluang.
 


Gai Liang kena expell dari kem buat kali kedua. Tapi bukan dibuang terus. Dia dipindahkan menjadi public servant kepada Pegawai Tertinggi (pakcik yang dia sembang tepi sungai tu). Kisahnya, tahun 80-an kerajaan belum ada bajet yang besar untuk makanan tentera. Sedangkan tentera training everyday, perlukan makanan berat. Daging sangat susah dapat. So one day, Gao Liang cadangkan untuk buat perangkap trap babi hutan. Bolehlah jadikan makanan. Dorang pun ramai-ramai gali lubang besar tepi kem untuk tangkap babi hutan. Berjaya. Makan besarlah satu skuad, dengan pegawai-pegawainya sekali. Rupanya babi yang terperangkap tu bukan babi hutan tapi babi belaan orang kampung. Orang kampung bising kenapa tentera curi binatang peliharaan.

Untuk selesaikan kes, someone mesti bertanggungjawab. Masalahnya takkan satu team kena tanggungjawab. Jadi the pegawai sepakat untuk salahkan Gao Liang sebab dia yang merancang. Babi betul. Gu Yiye bangkang. Dia kata memang Gao Liang punya plan tapi yang gali lubang dan yang tangkap adalah ramai-ramai. However, tetap Gao Liang kena pindah. Sedihlah Gao Liang. Dia masuk kem untuk pi berperang, bukan untuk jadi pembantu kepada Pegawai Tertinggi. Tapi sebenarnya di bawah guidance Pegawai Tertinggi itulah dia grow. Kat rumah pegawai tu dia memasak, dia banyak membaca and banyak berjumpa orang-orang atasan. Pegawai tu pulak memang suka dia dari awal. Sampai pegawai tu kenalkan dia as MY OTHER KID.
 


Gu Yiye kemalangan masa training dalam hutan. Padahal masa ni Gao Liang dah bukan dalam kem lagi. Tapi, tetap Gao Liang yang menjaga Gi Yiye dan tunggu sampai dia sedar. Selamba je dia tinggalkan pegawai tu kat rumah memasak sendiri. Yang dia boleh menetap kat hospital jaga Gu Yiye.

Sebenarnya dalam tempoh Gao Liang duduk dengan Pegawai Tertinggi tu, dia banyak tahu kisah bos dia. Rupanya bos dia pernah berkahwin and ada anak. Tapi dia tak pernah jumpa anak tu. Walaupun dia selalu contact his ex-wife, tak pernah sekali ex-wife benarkan dia datang jumpa anak. But they both baik. Gao Liang ni kan kepoh sikit. Jadi with his own effort, dia cari tahu pasal sejarah keluarga his boss. Akhirnya dapat tahu yang anak pegawai ni adalah Nanzheng! Rupanya Nanzheng dah lam tahu tapi dia taknak confess dengan ayah dia sebab dia sakit hati ayah dia tak pernah datang tengok sejak dari kecil. Kiranya, masing-masing dipisahkan oleh mak si Nanzheng ni.

Maka bertambahlah sayangnya pegawai tu kat Gao Liang sebab satukan dorang anak-beranak. And Nazheng jadi makin rapat dengan Gao Liang tapi masih lagi bercouple dengan Gu Yiye. Pegawai ni tak suka anaknya bercouple dengan Gi Yiye sebab dia kata perangai Gu Yiye tu adalah seperti dia dulu. Untuk jadi a good tentera, attitude Gu Yiye adalah bagus. Tapi untuk menjadi husband kepada anak dia, dia tak berkenan. Dia kata personaliti Gu Yiye tu sama macam dia dulu yang sangat berhati-hati dan teliti dengan apa yang dibuat. Orang yang teliti selalunya sangat fokus pada kerjaya. Keluarga jatuh nombor dua. Dek kerana itulah isterinya tinggalkan dia. So dia boleh agak kalau anaknya kawen dengan Gu Yiye, she weill end up lonely macam ex dia dulu. Gu Yiye perlukan isteri yang boleh memanjakannya. Tapi kalau kau nak bermanja dengan suami, it is Gao Liang yang patut jadi suami kau.

Tapi Gao Liang tetap pujuk bosnya untuk restu relationship Gu Yiye and Nanzheng. Kerana Nanzheng sangat sukakan Gu Yiye. Gao Liang pun tak mahu friendship dengan Gu Yiye terputus hanya kerana perempuan. Lagipun dia dah macam family kepada Nanzheng sekarang. Ayah Nazheng dah anggap dia macam anak. He is more than happy already.
 


Bapak Nanzheng pindahkan Nanzheng ke art school kem tentera. Masa ni Nanzheng bakal jadi penyanyi orkestra tentera. They celebrate sekeluarga sebelum Nanzheng berpindah ke art school. Gao Liang sedih lepas ni dah tak jumpa Nanzheng lagi. Gu Yiye pun tak sedih macam ni bila Nanzheng nak berpindah.
 
Actually, Gu Yiye and Nanzheng lebih sesuai jadi kawan, bukan couple. Sebab awal-awal bercouple dulu, Nanzheng pernah putuskan relationship hyanya kerana nak fokus pada kerjaya. Dia nak fokus pada kenaikan pangkat. Sanggup dia putuskan relationship. Tapi lepas tu sambung balik. And Gu Yiye pun sama, jenis fokus pada kerja dan tak mengejar Nanzheng sangat. Berbeza dengan Gao Liang, dia memang tunjuk perasaan suka dia pada Nanzheng and sanggup buat apa je untuk Nanzheng. Maybe sebab sejarah kehidupan Gao Liang ni alone and lonely, dia cenderung untuk bina family sendiri. Sebab tu dia serious mengorat Nanzheng.



Gao Liang hadiahkan Nanzheng banyak dress sebelum Nanzheng berangkat. Pelik aku, macamanalah masa ni Nanzheng boleh tak nampak lagi yang Gao Liang lebih sayangkan dia. Inilah yang aku always cakap - kalau dapat orang yang sayangkan kita lebih, inilah yang kau akan rasa. Tapi bila kau sayang orang lebih, jadi macam Nanzheng dengan Gu Yiye lah. Bukan Gu Yiye tak sayangkan Nanzheng, tapi effort dia biasa-biasa saja. 

Tapi masa ni Nanzheng masih tak nampak lagi how carenya Gao Liang kat dia. Maybe dia tak recognized perasaan dia sendiri. But, siapa je lah yang nak pilih Gao Liang kalau ada Gu Yiye, kan. Kalau pun agaknya pilih Gu Yiye dulu.
 


Ini masa dorang nak berangkat pergi perang. Gao Liang join sekali masuk dalam skuad asal bersama Gu Yiye. Yang peluk Gao Liang tu namanya Han. Dia ni ketua kepada Nanzheng. Dia minat kat Gao Liang. Masa Nanzheng bagi white rabbit candy and hug Gao Liang, aku rasa dia masih tak recognized perasaan sendiri. Masa ni sebenarnya dia lebih care-kan Gao Liang tapi entahlah, payah nak cakap. Masih dikaburi dengan kenangan love at first sight pada Gu Yiye.
 


Inilah yang mengubah hidup Gi Yiye selepas itu. Ini masa dorang semua dah berangkat ke lokasi perang. Ketua Platoon dorang baru kawen semalamnya. Tak sempat nak celebrate wedding night, dah kena pi berperang. Jadi, Gi Yiye pi fetch wife bos dia untuk bid farewell. Itulah last wife dia jumpa suaminya. Ketua Platoon mati dalam perang.

Sedih gila dorang balik berperang. Dari 107 orang dalam satu skuad, tinggal 27 orang saja yang balik ke kem. Ketua Platoon mati atas badan Gu Yiye masa nak lindung dia dari letupan bom. Gao Liang hilang semasa perang. Mayat tak dijumpai. Heartbroken sangat Gu Yiye masa ni. Berbulan-bulan dia PTSD (post-traumatic stress disorder).



Masa ni dorang kena kepung dengan musuh. Skuad bantuan tak dapat masuk sebab sistem komunikasi kena bom. Masa ni half of the skuad dah mati. Gao Liang decided untuk distract musuh supaya Gu Yiye boleh bawak skuad keluar dari kawasan tu. Akhirnya skuad dorang selamat tapi Gao Liang yang terkepung dalam kawasan musuh. Takde arah nak selamatkan diri, dia terjun gaung.
 


6 bulan selepas perang, masing-masing mula terima kenyataan yang dorang kena teruskan hidup. Tup-tup Gao Liang dijumpai! Rupanya Gao Liang and Niu (yang pinjam jam tangan dia) terkepung dalam hutan. Dorang met each other dalam hutan. In order to surive dorang terpaksa makan ular, makan tikus, etc. Berlari Nnazheng masuk khemah medic nak cari Gao Liang. 

Kalau aku, masa ni aku dah realized aku suka Gao Liang. It's obvious kot kalau kau sangat teruja dan so happy at the same time menangis macam nak rak bila Gao Liang masih hidup, what's that if not love? Gao Liang pulak konsisten sayang kat Nanzheng walau kena reject. Sanggup tak makan white rabbit candy so that he feels close to Nanzhengh. Oh come on, Nanzheng?? Kau tak nampak lagi keeeee??



Tertipu, kan? Ya, aku pun tertipu masa tengok scene ni. Sedihnya jadi Gao Liang. Memang gini bila kau takde apa-apa to offer. Nak jadi couple macam takde harapn. Dapat jadi kawan pun takpelah. Asalkan tak jadi musuh. Yang pernah duduk kat tempat Gao Liang je boleh relate scene ni. I feel you, Gao Liang.



Lepas tempoh perang, semua yang dapat pingat ada peluang untuk sambung belajar dalam kolej tentera. Gao Liang dapat First Class Merit, tapi dia tak layak ambil exam sebab junior high school pun tak pass. Kan awal-awal aku ada mention, lepas abang dia mati, dia terpaksa berhenti sekolah. Dia kata pada waktu tu, apa yang penting adalah untuk terus hidup. Dia takde peluang nak smabung belajar. Awal-awal rekrut dulu orang ingatkan dia tak pandai membaca sebab dia je yang tak habis sekolah. Maybe sebab itu juga orang ingat dia tak bersekolah sebab nakal dan malas. Padahal masa kerja dengan bapak Nanzheng, hari-hari dia kat library baca buku.

In order nak Nanzheng ambil exam kenaikan pangkat ni, dia tipu kata dia pun akan ambil exam yang sama. Padahal dia menunggu je kat depan dewan. I is kenot la scene ni. Apesal malang sangat nasib Gao Liang? Susahnya journey dia atas dunia ni. Oh by the way, masa ni Nanzheng banyak habiskan masa dengan Gao Liang berbanding Gu Yiye sebab Gu Yiye dah macam down lepas perang.

Tetapiiii, kerana keberanian Gao Liang dalam perang, dan kerana dia dianugerahkan First Class Merit, all pegawai tertinggi luluskan kemasukan Gao Liang untuk sambung belajar. Inilah yang dikatakan, kelayakan dari pengalaman. Macam Dato Dr M Nasir dapat PhD baru-baru ni. Sekarang zaman dah berubah. PhD bukan hanya boleh dapat dari exam, tapi juga dari pengalaman. Kau dianugerahkan PhD berdasarkan kepakaran dalam bidang tertentu. Just like Gao Liang, dia mungkin skolah tak habis. Tapi disebabkan skill dia sudah terbukti, maka dengan skill itulah dia dinilai dan lulus untuk masuk kolej.



Waktu ni Gu Yiye dah benar-benar tak rapat lagi dengan Nanzheng. Masalahnya, dia gantung Nanzheng gitu je. Kesian Nanzheng asyiklah menunggu Gu Yiye. Benganglah si Gao Liang. Dahlah aku undur diri tak mengorat Nanzheng, bila kau dah dapat, kau buat perempuan tu tercangak-bangak. Kau dah kenapa?

Actually masa ni Gu Yiye dalam keadaan tak pasti. Dia sebenarnya masih trauma dengan perang. Dia terkilan Ketua Platoon mati demi nak selamatkan dia. Dia rasa bersalah kat wife Ketua Platoon tu. Namanya Xue. Xue ni pulak orang kampung. Duduk kat gunung. Jual hasil hutan. Memang miskin dan hidup susah. Dulu ada suami dapatlah hidup senang sikit. Now suami dah mati, hilang tempat bergantung. 

Orang kampung tulis surat pada Gu Yiye bagitau keadaan Xue yang sangat susah. Orang kampung pujuk Xue minta bantuan skuad tentera sebab dorang semua kenal each other. Tapi Xue taknak susahkan skuad. To her, suami dia dah mati. Dah takde kena-menegna dengan tentera lagi. Buat apa nak susahkan skuad. Due to that, Gu Yiye jadi semakin bersalah. He plans to marry Xue.



Masa ni Gu Yiye baru lepas break dengan Nanzheng. Gao Liang bengang bila Gu Yiye buat keputusan nak kawen dengan Xue and tinggalkan Nanzheng. Actually dorang berdua ni sama-sama kesian. Yang Gu Yiye dihambat rasa bersalah bila sebelum mati Ketua Platoon pesan "Tolong ajar Xue untuk ada rasa cinta pada orang lain. Aku taknak dia hidup sendiri". Being Gu Yiye yang lebih sayangkan tentera dan Nanzheng, dia anggap itu adalah satu arahan yang mesti dibuat. Ditambah pula dengan rasa bersalah, dia akhirnya pilih Xue untuk jadi wife.

Gao Liang sebenarnya lebih risaukan Gu Yiye dari Nanzheng. Dia taknak Gi Yiye carry burden yang tak sepatutnya. Like he said, it is unfair to Xue, Nanzheng and diri dia sendiri. Sebab Gu Yiye tak pernah hidup susah. Marrying Xue would come with many challenges. Nak transform someone who has grown up in poverty to fit into a family accustomed to privilege requires effort yang bukan calang-calang. Gao Liang taknak nanti Gi Yiye end up surviving the marriage only, tanpa rasa bahagia dan cinta.

Aku rasa drama ni patutnya Gao Liang bercinta dengan Gu Yiye je lah. Sebab friendship dorang sangat best.



Begitulah dorang dua ni. Bertekak, bertumbuk, bergasak, tapi ujung-ujung masing-masing cari each other juga. Masa ni Gu Yiye mati akal macamana nak pujuk Xue untuk kawen dengan dia. Si Gao Liang yang tak pernah ada girlfren ni yang dia mintak nasihat. 

Sebijik macam aku dulu. Crush aku kalau bergaduh dengan awek dia, kat aku yang dia bercerita and minta pandangan. Aku yang tak pernah ada boifren ni. Tak tahulah apa dia pikir. Tapi aku ambik je lah peluang memberi pandangan. Memandang dia la apa lagi. Kahkahkahkahkah.
 



Part ni bukan scene sedih. Tapi aku menangis sampai jadi selesema. Bila Gu Yiye kata her shoulder healed bila Xue peluk, and Gao Liang kata it is because you both have started love each other - I can relate this. Gu Yiye kawen dengan Xue sebab tanggungjawab, bukan sebab cinta. Xue kawen dengan Gi Yiye sebab nak tempat berlindung, bukan sebab cinta. But they eventually found love after getting married. Their relationship blossomed over time. This scene highlights with patience and commitment, even the most unlikely pairs pun boleh create something meaningful together. Agak sama dengan situasi aku with En Wan. Tu pasal scene ni terkesan di hati.

Scene last masa dorang salute each other tu, happy sangat terasa. Punyalah lama dorang punya friendship ni. Dari zaman rekrut kena denda sama-sama, sampailah masing-masing dah jadi Battalion Comander. Their friendship masih strong. I love this kind of friendship.



Masa ni Gao Liang and Nanzheng dah couple. Barulah nampak scene sweet. Masa bercinta dengan Gu Yiye dulu takde lansung scene sweet. Tapi masa ni Gao Liang dah jadi Battalion Comander, so tak dapat nak buat kerja gila lagi. Kalau tak, mesti lagi banyak scene sweet.
 


Berani betul dak kerempeng ni nak compete dengan Gao Liang tackle Nanzheng. Kalau zaman rekrut dulu kau wujud, konfem selesai kena benam dengan Gao Liang. Silap-silap Gu Yiye join benamkan kau sekali. Masa ni dah tahun 90-an, uniform army China dah smart sikit. Dah tak macam komunis lagi. Nanzheng pun dah jadi Ketua untuk Division Telekomunikasi.
 


Bila tengok scene ni, terasa macam takdir manusia tu kalau Tuhan nak ubah ada macam-macam cara. Gao Liang yang pada awalnya dah kena expelled dari kem sebab letupkan railway track. Akhirnya terjun sungai sebab nak bunuh diri. Pakcik yang sedang memancing selamatkan dia. Kemudian dia bersembang dengan pakcik ni tentang kenapa dia kena expelled dari kem. Rupanya this pakcik adalah Pegawai Tertinggi tentera ketika tu. This pakcik suka Gao Liang. Tarik Gao Liang untuk kerja dengan dia sebagai assitant. Kebetulan Nanzheng anak this pakcik. At the end, Gao Liang dapat jadi husband Nanzheng. Ber-ayahkan pegawai tertinggi tentera. Dan Gao Liang sendiri dah jadi pegawai tinggi. Nampak macam kebetulan, tapi bila follow drama ni from one episod to another, you will realized this is what we called destiny.



Tahun 90-an dah takde perang lagi di China. Jadi, the army banyak buat training and latihan perang sesama sendiri. At the same time dorang banyak buat kerja-kerja hapuskan periuk api zaman perang dulu. Masa ni Gao Liang down sangat sebab Sergant Han (yang minat kat dia dulu) mati terpijak periuk api. Gao Liang ada kat tempat tu tapi tak sempat nak selamatkan sebab keadaan hujan lebat, tak boleh bawa masuk bantuan. Sergeant Han mati atas riba Gao Liang.

Aku rasa kalaulah kita macam dorang yang dari berpuluh tahun tinggal bersama dalam kem, dah macam satu keluarga, bila ada ahli mati, dia punya impak tu bagi kesan yang sangat besar. Alangkan kita yang tinggal kat boarding school 5 tahun, atau belajar sama-sama kat Uni 5 tahun - ini pun dah rapat. Lagikan tentera yang berpuluh tahun dalam satu kem. Bonding dorang lagilah rapat. Aku yang sekadar tengok 40 episod ni saja dah macam 20 tahun hidup dengan dorang dalam kem. Asal ada yang mati, dengan aku-aku sekali merembes.
 



Budak perempuan tu namanya Jing Jing. Itu anak angkat kepada Sergeant Han yang mati terpijak periuk api. Budak ni asalnya buta. Sergent Han minta bagi kornea dia pada Jing Jing. That's why Gao Liang jadikan Jing Jing anak angkat. Dia rasa bersalah sebab tak sempat nak selamatkan Sergent Han. Kiranya nasib Gao Liang and Gu Yiye ni sama je. Yang sorang kawen sebab rasa bersalah. Yang sorang lagi bela anak sebab rasa bersalah.

Scene Nanzheng terkenangkan Gao Liang dari dulu suka belikan dia dress, it feels like, beginilah rasanya bila bercouple dengan orang yang betul-betul sayangkan kita. Their action will alway konsisten tak kira sekarang atau lagi 10 tahun. Sama.
 


Scene ni aku start merembes balik. Dorang ada misi banjir dan tanah runtuh. Masa ni China dilanda hujan ribut. Aku lupa apa misi yang Gao Liang buat, tapi Gao Liang volunteer untuk masuk dalam air. Keadaan tu sangat bahaya, tapi macam biasalah Gao Liang. Alasan dia always, "Aku takde keluarga, kalau mati pun tak apa". 

Dan dia betul-betul hampir mati dalam air sebab tersangkut dalam paip yang besar kalau tak silap aku. Gao Liang koma. Part ni aku kesian sangat dengan Nanzheng. Dulu, bila Gu Yiye tinggalkan dia, at least dia masih ada Gao Liang. Kalau Gao Liang tinggalkan dia, aku rasa dia akan betul-betul patah.
 


Nanzheng nak kawen juga dengan Gao Liang walau Gao Liang masih koma. Dia kata Gao Liang dah terlalu banyak menderita. At least dia nak Gao Liang rasa happy bila dapat kawen dengan dia. Tapi Gu Yiye tak bagi. Gu Yiye cakap Gao Liang nak sangat tengok wedding dia sendiri.
 


After 9 days, Gao Liang sedar, tetapiiiii dia lumpuh kaki. Aku suka scene ni sebab friendship dorang sangat strong. Padahal hari-hari bersaing sesama sendiri. Tapi bila sakit, masing-masing ada for each other. Bila Gao Liang tak kasi Gu Yiye balik, sedih pula tengok. Gaissss. I mean GUYS, korang ada tak friendship yang macam ni?

Aku syak drama ni pada awlanya nak create new relationship between Johnny and Xiao Zhan. No more Johhny and Timmy. Next will be Johnny and Xiao Zhan. Malangnya tak berjaya. Fans masih nak Johnny and Timmy, manakala Xiao Zhan and Yibo. 



Johnny start jalani fisio untuk kuatkan kaki. Dia dah giveup dah sebenarnya. Tapi Nanzheng dapat idea berpakat dengan skuad Gao Liang rekod suara dorang tengah training untuk naikkan semangat Gao Liang. Again, aku merembes.
 


Oh this scene aku nangis teruk. Sengaja aku repeat berkali-kali biar nangis banyak sikit. After 6 bulan, Gao Liang discharged dari hospital. On the way balik kem, Gu Yiye stop kat tepi pantai. Mula-mula aku ingat ini pantai yang dorang bertiga selalu lepak dulu. Rupanya ini pantai tempat Gao Liang bawak skuad dia training. Ya Allah sedih gila scene ni! Aku tengok klip kejap ni pun dah bergenang air mata. Ni karang ada yang aku repeat balik 40 episod untuk kali ketiga.

Puas hati 40 episod Ace Troops. Ni aku extract tak habis ni. Banyak lagi selepas ni. Saja malas. Nak bagi korang suspen tengok sendiri. Selesai tengok drama ni, aku salute dengan Johnny Huang. Dalam satu drama dia boleh carry karakter gila-gila, bongok, action, sedih, marah, romance - all in one drama. No wonder untuk drama Bright Eyes in the Dark and The First Shot produksi sanggup tunggu 4 tahun sampai jadual dia free. Dorang nak dia juga pegang watak tu. With acting skills like his, it’s no wonder he once won award at the Asia Film Awards.

Kalaulah produksi Malaysia nak re-make Ace Troops, aku dah terbayang siapa paling sesuai bawak watak Gao Liang - Zul Ariffin. Tinggi, tegap, dah tak berapa hensem macam dulu - hat ni dah lulus watak Gao Liang. Karakter sedih, marah, aksi - pun lulus. Karakter bongok pun Zul dah boleh carry sekarang. Ok, LULUS!

2024-11-23

Menyampah dengan Kak Di sebab blog readers dia menyibuk!


Ok hari ni aku nak cerita pasal someone. This someone aku bagi nickname Y. Senang sikit nak bercerita. 

Benaunya, Y mesej aku kat FB pada hari yang aku tulis post pasal ada orang sengaja nak buat aku and Cik Epal bergaduh. Post tu aku share di IGS dan FBS untuk mereka-mereka yang malas bukak blog. Si Y baca post tu di FB dan laju-laju mesej aku. Dia nak cerita pasal followers.

Dia kata dulu dia jual Ephyra. Jual Ephyra selepas aku promote Ephyra di blog. Bila Ephyra dah semakin famous dan nampak macam senang jual, dia pun apply jadi agen. Dia kata, kebanyakan agen refer pada post aku. Everytime aku buat offer atau promotion free gift, hampir semua agen akan buat benda yang sama. Tapi personal branding aku terlampau strong katanya. Walaupun dia follow harga promosi macam aku buat, sales dia gitu-gitu juga. Everytime aku share testimoni atau scientific knowledge tentang kolagen, dia copy sikit-sikit tetapi olahkan dalam ayat sendiri.

One day ada orang komen kat blog dia, "Copy post Kak Di ke?"

Dia tersentap. Dari sejak tu dia jadi menyampah kat aku sebab blog readers aku di mana-mana. Seolah-olah apa orang lain buat semuanya kelihatan sepert meniru aku. 

Dia admit memang post-post dia terinfluence dari post aku, tetapi dia buat dengan ayat sendiri. Dia cakap "Akak tahu tak dulu ada agen-agen Ephyra buat group mengutuk akak kat dalam tu". 

Maybe bukan semua, tapi dia kata group tu wujud. 
Aku tanya, kenapa kutuk aku? Aku ambik customer orang ke? Aku ada buang harga ke?

Dia kata tak pernah pulak dorang mengadu customer kena rampas, tapi masing-masing always tak puas hati kat aku. Everytime aku bagi free gift, dorang marah. Aku tanya kenapa nak marah? Aku beli that free gift dengan duit sendiri, bukan mintak HQ bagi.

Everytime aku buat bulk package price, dorang marah juga. Aku bagitahu, TAK PERNAH aku bagi harga diskaun untuk sesiapa yang beli hanya sekotak. Bulk purchase price always untuk orang yang beli banyak. That's normal. Siapa berani beli banyak, akan dapat diskaun.

Everytime aku update gambar parcel yang bertingkat-tingkat, group tu jadi semakin "meriah". Aku tak pasti kenapa ada yang sakit hati bila kita dapat jual lebih banyak. Customer yang datang kat aku kot, bukan aku pi tepuk bahu sorang-sorang ajak beli dengan aku.

Everytime aku update pasal stok Ephyra sangkut, dorang jadi pelik kenapa ramai sanggup tunggu stok nak beli dari aku jugak, sedangkan orang lain pun jual produk yang sama. Hat ni aku takde explanation because it's their choice nak beli dari siapa.

And dorang pertikaikan kenapa aku nak buat online business sedangkan aku dah ada business biotech. Lahhhh, dah aku tak boleh buat bisnes lain pulak dahhhh.

Slowly lepaskan Ephyra bila dah start produce GreenAard. Masa ni dia kata ramai yang lega bila aku tak pegang Ephyra lagi. Tapi masalahnya sales dorang tetap tak naik. Ramai start beli dari HQ berbanding beli dari agen. Stokis dah start buang harga. Ada yang jual RM100/kotak. Sampai macam tu sekali nak lakukan stok.

Walaupun sakit hati dengan aku, sampai sekarang dia masih follow dan baca blog aku. Looking at how aku manage GreenAard, dia kata "Masa jual Ephyra, ada ramai agen. Tapi Kak Di tetap top sales. Now Kak Di jual GreenAard sorang, tak compete dengan siapa-siapa. Bertahan sampai sekarang. Sekarang saya faham, Kak Di menjual dengan ilmu, tak compete sesiapa".

Wahhhh. Terawang-awang aku seketika dipuji gitu. 

Sejujurnya aku terperanjat juga bila tahu pasal group membawang tu. After so many years baru aku tahu orang marah aku jual Ephyra. Haihhh. Kenapalah korang buat group membawang. Kan lebih baik masukkan aku sekali dalam tu so that aku boleh guide camana nak create sales without price fight?

Ramai orang nak kesenangan yang kita dapat, tapi dia tak nak lalu kepayahan yang kita lalui. Minta maaf kalau ada ex-agen yang membaca ni. Aku sekadar nak berkongsi cerita sahaja.

Tahu tak, masa HQ release the product, takde siapa beli? Seminggu 3 kotak je terjual. Until one day, the co-founder yang so happened berkawan dengan Afiq M (he is now a famous designer) datang ke rumah aku. Afiq M was my blog reader. Afiq yang suggest to her minta Kak Di promotekan. 

Malam tu, Reni datang bawa sample produk and mintak aku promotekan. Dia tanya berapa bayaran. Aku cakap biar aku guna dulu. Kalau ok, baru aku review. Kalau tak ok, aku takkan review. Dalam progress men-try tu, aku banyak share experience and bercerita dari sudut sains. Hari pertama aku promote the product di blog, aku chanelkan semua order ke HQ. Aku tak menjual lansung. That day, kata founder, 15 kotak terjual. Dia sangat happy. Aku bagitahu yang aku akan continue share di blog, tanpa sebarang bayaran because aku seronok share knowledge pasal food science. 

Dalam sebulan lebih aku buat kerja ni. Semua order aku pass ke HQ. Aku ingat lagi, that day ada kerja di Langkawi. Masa tu tengah menunggu feri dari Langkawi-Kuala Perlis. Reni call. Dia nak bagitahu pasal komisyen. Aku cakap komisyen amenda? Dia kata HQ diam-diam allocate komisyen untuk aku. Setiap kotak yang terjual, yang leads-nya datang dari pembaca blog aku, dikira sebagai komisyen. Reni siap suruh aku teka berapa nilai komisyen aku. Hahahahaha. 

Lepas tu HQ minta aku jual direct from blog sebab dorang nak minimizekan proses mempacking di ofis. Kerana order yang masuk 90% dari blog aku katanya. Lebih baik aku handle sales terus.

Actually dari awal aku menolak untuk jual adalah kerana aku ada company untuk dijaga. Takde masa nak mempacking dan merespond order online. Tapi sebab dorang pujuk, aku minta staff aku handle semua order Ephyra. Disebabkan staff handle, semua payment masuk ke akaun company. Bukan akaun sendiri. Bila orang kata "Kaya Kak Di jual Ephyra bercarton-carton". Tak kaya, dik. Semua jadi duit company. Gaji akak tetap sama je.

Buat bisnes biotech banyak membantu aku grow Ephyra, sampaikan ada orang ingat itu produk aku. Pengalaman menjadi sole distributor di Malaysia untuk international brand, buatkan aku terbiasa dengan cara nak marketing and product placement. Bila aku start carry Ephyra, it is just another brand untuk aku promote. That's why aku dapat keluarkan marketing plan untuk buat bulk purchase, staggered delivery, free with purchase, purchase with purchase, etc. Because this is what I do everyday. 

Tapi aku sedar ramai agen tak suka aku masa tu. Salah satu sebabnya, HQ treat aku special sebab sales aku terlalu banyak. Sampaikan lori dari kilang stop depan rumah aku dulu untuk turunkan stok, then baru dorang ke HQ. In other words, stok aku lebih banyak dari HQ. Pernah satu kali, stok keluar dari kilang 60 carton. 40 carton allocate untuk aku. Itupun masih tak cukup. Founder minta aku ambil 40 dulu sebab lagi 20 nak agih-agihkan pada agen-agen lain. That 40 carton saja settle in one day. Masa tu aku dapat tahu dari founder ramaiiiiiii agen marah HQ sebab aku dapat banyak stok. Yang dorang tak tahu, stok yang aku dapat tu pun tak cukup sebenarnya.

Takde istilah pilih kasih. Aku dah biasa jadi distributor. Mana-mana principal, baik dalam negara atau international, all they care is NUMBERS. Kalau kau boleh hit sales target atau bagi dorang banyak sales, of course korang akan dilayan special. International principal untuk produk biotech aku semua gitu. Bila aku sentiasa hit target, aku mintak 100 sample pun dapat. Aku mintak urgent delivery pun dorang buat cepat. Kadang-kadang dorang absorb delivery charge. Even dengan GreenAard pun aku buat gitu. Siapa beli bulk purchase, aku tanggung delivery. That's is normal in business. Bukannya pilih kasih. Tapi ye lah, berapa ramai yang faham bab ni, kan?  

Lama-lama aku jadi tak sedap hati. Aku tak nak kawan aku susah hati kena melayan karenah agen-agen lain yang bertanya kenapa layan aku special. Slowly aku lepaskan Ephyra and build GreenAard. Kitorang pernah plan untuk join venture buat produk sama-sama. 

This is another moment yang aku ingat lagi. Masa tu both of us baru habis meeting di kilang. Dalam kereta, kereta belum gerak lagi. Our conversation:

She: Di, aku gamble dengan kau ni. Aku kenalkan kau dengan kilang tempat aku buat Ephyra. Kalau tak jadi projek kita, kau dah tahu kat mana aku buat produk aku.

Me: Don't worry, kalau tak jadi, aku akan buat produk aku kat tempat lain.

She: Kalaulah JV kita menjadi, siapa nak jadi orang depan?

Me: Kau. 

She: Kau tak nak dikenali ke?

Aku: Kalau nak famous, aku dah dapat dari blog. Kau je duduk depan. Aku buat kerja support macam sekarang.


Tapi akhirnya aku tarik diri. Bukan sebab aku nak buat GreenAard, tapi aku taknak susahkan dia. Masa tu agen-agen dah ramai pertikaikan kenapa aku dapat special treatment. Kalau kitorang bekerjasama, susah dia nak grow the product kalau orang tahu aku pun own the product. Karang tak memasal orang boikot semua product dia.

Ingatkan bila dah takde kerjasama, takde yang berbunyi. Rupanya ada! Orang tuduh aku bergaduh dengan founder Ephyra pulakkkkk. Padahal aku dengan Amiza tu berwasap-wasap tanya khabar bisnes masing-masing ok je. Until ke hari dia nak let go Ephyra, kitorang masih in good terms.

"Di aku nak jual bisnes. Kau nak beli tak bisnes Ephyra?"

Kalau dulu, insyallah aku beli. Tapi masa dia offer, aku dah ada Gloei. Aku tak nak ada clash dalam interest. But we are in good terms, gaissss. Takde siapa yang bergaduh, haih!

Sama lah macam Cik Epal kata. Dia takut nak jumpa aku atau ajak aku ke majlis dia sebab dia pernah kena sound dengan blog readers aku. Kononnya dia meniru style aku. Dia kata memang ada yang nak melaga-lagakan aku dengan dia. Padahal we are in good terms. Mana pernah bergaduh. Cuma tak berjumpa. 

Aku ni kalau berjumpa dengan bloggers mana pernah jumpa untuk saja-saja melepak, melainkan ada kerjasama nak dibuat. Tapi tulah, bila orang pernah nampak kitorang pernah melepak sama pastu tak nampak-nampak lagi, terus kena cop bergaduh. Masalahnya, aku je yang always dikatanya jahat and punca bergaduh. Sesungguhnya menjadi seorang Diana Ishak itu kriterianya memang kena tahan maki, ya.

Aku dah kata berulang-kali, takyah susah-susah nak lagakan aku dengan sesiapa. Perkara tu takkan berlaku sebab aku tak kuasa nak bergaduh dengan sesiapa. Kalau aku menyampah, aku tinggalkan je senyap-senyap. Kalau korang tak nak tengok bloggers masing-masing baik dengan aku, fine. Kitorang takkan berjumpa in public. Tapi tak bermakna kitorang tak communicate. Hahahaha.


2024-11-22

Ke Singapore, emergeeeennncccyyyyyy

Terima kasih kepada semua yang DM aku bertanya dan mendoakan aunty aku di Singapore. Moga Allah angkat doa semua dnan berikan keajaiban pada aunty. Walau doktor dah habis ikhtiar dan sekarang bergantung pada life support, anak-anak aunty (cousins aku) masih tak mahu stop life support. Masih berharap. Doakanlah, ya.

Bulan November ini jugalah, pada tahun lepas, tak disangka-sangka aku masuk hospital. Tersadai 3 hari 2 malam. Takde surgery, hanya drip antibiotic dan ubat tahan sakit sepanjang 2 malam tu. Alhamdulillah, after 2 hari, lega. Aku kena UTI. Dia punya sakit tangkap sampai ke pinggang. Dari tahun 2003 ada medical card, tak pernah claim. Tup-tup November 2023, takde simptom, takde apa. Dia datang sakit gitu je.

2 malam je kat hospital, tapi aku punya trauma duduk hospital tu makan 2 bulan jugaklah nak settle. Sebab Disember 2022 sebulan duduk hospital jaga Rayyan. Nightmare hadap Rayyan sakit pun tak settle lagi, sambung pulak dengan aku jatuh sakit. Mau tak trauma jadinya? Itu cara-cara duduk hospital swasta. Makan sedap. Layanan bagus. Bilik cantik bagai. Tu pun boleh tahan serabut mikir nasib diri. Nasib baik cepat baik.

3 hari 2 malam, total bil adalah RM7,440.69. Takde operation. Hanya duduk berehat saja sambil masukkan antibiotic. Itupun dah nak cecah 8K. Sesungguhnya medical cost sekarang dah takde yang murah. Ada tu ada, tapi kena tahanlah menunggu, duduk di bilik seadaanya, makan pun tak boleh pilih menu. Apa yang dibagi, kau hadap. Aku bukan nak katalah. Selalunya bila kita sakit, emosi kita bercelaru. Apa yang takyah pikir, kalau boleh biar jangan pikir. Contohnya, keselesaan dan kos. Sakit tu dah tentulah kita kena pikir. So, bab kos rawatan and keselesaan kalau boleh biar jangan menambahkan serabut.

Lagi satu, bila sakit, kita perlu sokongan emosi. Kalau pasangan boleh tido dengan selesa meneman kita kat hospital, at least kurang sikit bebanan perasaan. Aku tak reti nak explain bab emosi ni. Maybe orang yang pernah jatuh sakit dan tinggal hospital je tahu apa perasaannya. Punyalah bertahun-tahun ada medical card, dari menjak belum ada Redza, sampai anak aku dah 19 tahun, baru last year guna medical card. Betapa tak sangkanya aku di usia 46 tahun baru perlu medical card ni. Nasib dah ambil awal, insyallah tak rugi. Sebab benda-benda emergency ni datang takde warning.

Ada yang kata rugi bayar bulan-bulan sebab tak guna setiap bulan. Hoih! Selisih nak guna medical card setiap bulan. Dah kenapa kau? Aku yang pegang medical card 20 tahun pun tak pernah meminta nak guna. Biarlah sihat. Tapi, kalau dah sampai masanya kena guna, at least benda dah ada. Lega banyak. Ex-collague En Wan masa kat kilang Jepun dulu baru-baru ni kena heart attack. Masuk hospital Cyberjaya. Pastu Cyberjaya refer ke IJN. Kos almost RM100K. Medical card takde. Patah balik Cyberjaya. Now tak tahu apa cerita, aku lupa nak tanya En Wan.

Yang kerja kerajaan pun perlu tahu, kos prosedur memang ditanggung majikan (kerajaan), tapi kos accessories macam besi atau stent kena pakai duit sendiri, ya. Bukan semuanya kerajaan tanggung. Stent tu kalau tak salah aku seketul dah RM10K. Setakat RM10K memang ramai boleh bayar. Rasanya ramai yang mampu bayar cash. Tapi, kalau medical card boleh tanggung, buat apa nak bayar ye tak? Save duit. Macam kawan En Wan tu memang takde RM100K simpanan. Kalau ada pun simpanan RM100K, terasa hingga ke lubuk paling dalam bila kena keluarkan selepuk gitu. Bukan apa, nak kumpul RM100K tu pun dah makan tahun. Bila keluar, habis gitu je. At least kalau medical card, kita bayar bulan-bulan RM200-300. Dia cover ALL - prosedur, accessories dan rawatan susulan selepas discharge dari hospital. Duit saving tak terusik.

Masa masuk hospital tahun lepas, aku pakai medical card yang baru di-signed up in April (second medical card). Medical card yang baru ni aku ambil medic booster 1 million. Sebulan bayar RM350. Signed up April 2023, bulan Nov 2023 dah masuk ward. Kau kira berapa je aku dah bayar caruman? Baru RM2800. Tapi bil aku dibayar penuh, RM7K+. Selepas dicaj, kena buat rawatan susulan (check-up). Consultation saja RM115. Bayar sendiri. Tapi boleh pay and claim. Sebab 3 bulan selepas discharged, rawatan outpatient ditanggung medical card.

Aku tak tahulah orang lain pikir macamana. Bagi aku, having medical card adalah salah satu ikhtiar. Sediakan payung sebelum hujan konsepnya. Macam aunty aku, takde simptom apa-apa. Balik dari umrah 3 hari, dapat selsema. Pastu collapse. Dah seminggu kat ICU on life support. Tak siapa sangka dari selsema boleh ke ICU. Hari tu aku tengok, sedihnya keadaan aunty aku. Kebetulan masa turn aku naik, doktor tengah nak masukkan ubat-ubat dia dalam automatic syringe. Prepare ubat saja 30 minit. Berderet-deret wayar ubat. Infection dah attack kidney and liver. Dah masuk insulin segala. Sungguhlah, sakit ni datang kadang tak perlu warning yang lama.

That day, walaupun kitorang dalam keadaan bersedih tengok aunty macam tu, but bila berkumpul kat cafe, masing-masing masih boleh sembang-sembang rileks-rileks, and gelak-gelak, termasuk anak-anak aunty entertain makcik dan pakcik dengan sangat baik. Dorang pun nampak calm and cool. Sebab apa? Sebab at least kurang serabut mikir masalah kos rawatan. Now hanya tumpu pada procedure sahaja.

Yang nombor 1 and 2 dari kanan adalah anak aunty, my cousins. Yang tudung oren tu cousin juga. Fly from Qatar bila tahu aunty kritikal. Yang the rest adalah adik-adik kepada aunty. Ini saja yang ada petang tu. Yang datang pagi, dah balik. 

One thing yang aku kagum sangat, bila aunty sakit, SEMUA 13 beradik saling menziarah. Yang dari overseas fly in. Yang dari Malaysia dah tentu-tentulah datang sebab dekat. Tapi tu lah, semua pun dah tua, dah tak kuat nak jalan sendiri. Kitoranglah yang kecoh mengarrange segalanya nak bawak adik-adik aunty naik Singapore. Mak aku tu dah menung je kat rumah. Nak pegi, tak larat nak drive. Nak naik public transport, kaki tengah gout. Nak minta anak hantarkan takut menyusahkan. Aku kalau bab berjalan laju je. Nak pulak ke Singapore, kan. Demi roti corn. Insyallah aku gagahkan untuk sampai.


2024-11-21

Video hari pengebumian Wong Ka Kui (Beyond)



Hari tu lalu video ni kat FB. Video hari pengebumian Wong Ka Kui (Beyond). Dalam banyak-banyak komen mandarin kat situ, aku sorang je tulis english. Gasaklah kau faham ke tak, aku nak komen juga. Aku cakap aku ponteng tusyen sebab nak tengok funeral ni. Entah apa alasan aku monteng. Lepas pulak tu. Mesti aku tipu Mak Aji kata kelas bantal. Pastu minggu depan aku acah-acah balik lewat sejam konon kelas ganti padahal lepak kat McD. Mesti punya ni. Kahkahkah.

Awal-awal video yang datang ziarah ada 2 lelaki and 1 perempuan. Itu Andy Lau, and Sally Yeh. Yang baju putih tu aku lupa nama dia. Pastu perempuan yang baju putih rambut pendek tutup mulut tu Anita Yuen. 

Kalau korang perasan kebanyakan guest (dari kalangan fans) datang pakai spek itam yang lebih kurang sama pattern-nya - oval and frame besi. Itu adalah trademark gaya Ka Kui. Dia suka pakai sunglass macam tu. Aku ada satu gitu dulu. Tapi beli warna biru, bingkai besi. Terpaling Beyond la perasaan aku masa tu. 

Then kalau perasan, ramai fans datang pakai baju hitam. Belakang baju ada printed gambar 3 jari macam ni:



Kau nampak tak betapa Beyond-nya aku dengan Nurul zaman sekolah dulu. Signal 3 jari yang kitorang buat tu adalah lambang Ka Kui ni. Kegilaan aku pada entertainment cina bukan sekarang, ya. Dulu lagi dah menggila. Cara-cara resources tak banyak macam sekarang pun aku boleh loyal. Kalau dulu dah ada Weibo, agaknya akulah Presiden Fanclub Beyond Malaysia. 

By the way, gambar ni aku ambil kat IG. Tu pasal ada gambar Redza and Deena. Masa ni aku buat post pasal apa ntah. Lama dah ni, zaman budak-budak ni masih sekolah. Ohhhh! Ingat dah. Masa ni aku buat post pasal muka anak and mak. Sama kan muka anak dengan mak? Rasanya masa ni Redza Form 4. Now Deena di Manchester. 

Sebenarnya dalam video funeral tu (patut panjang lagi), ada sorang perempuan pakai all black with bunga putih sepit kat rambut (tanda berkabung). This woman tak dibenarkan masuk tapi dia tetap datang funeral. Itu ex-fiancee Ka Kui yang dah break 2 tahun sebelumnya. Ex dia ni banyak menulis lirik lagu-lagu Beyond and pernah appear dalam MV Beyond.

Tak tahulah apa reason breakup tapi sampai sekarang dia masih pakai cincin tunang dan tak pernah berkahwin. Aku syak dorang sebenarnya dah kawen, kalau tak takkan perempuan ni sanggup perjudikan zaman muda dengan appear in public dalam keadaan berkabung? 



Ka Kui mati 1993, tahun 2010 barulah dia appear in public. Dah berusia tapi masih bergaya. Kesian pulak aku tengok, sanggup tak kawen lagi. Ka Kui mati at age 31. Ka Kui tua 5 tahun dari dia. Bermakna dari umur 26 tahun dia dah decide untuk jadi "balu" Ka Kui. Kalau bukan sebab cinta, kau rasa sebab apa perempuan sanggup buat gini? Bukannya dapat harta peninggalan Ka Kui pun. 

Untung Ka Kui dapat girlfren setia. Aku rasa teori aku betul. Dorang sebenarnya dah kawen. Cerita break up tu saja je dorang create nak bagi fans tak kacau. Kau tau je la fans sana gila macamana.


2024-11-20

Medical Card: 3 soalan berkenaan takaful. Saya jawab.

Ok ini ringkas saja (boleh percaya ke Diana tulis ringkas?) 🤔

Yang pertama ada bertanyakan "Kenapa pre-mature baby tak boleh buat medical card walaupun report doktor semua ok?"

Ok macam ni. Dalam underwriting, application medical card untuk pre-mature baby mesti SELEPAS 2 tahun. Rayyan pun macam tu dulu. Selepas 2 tahun baru kitorang buatkan medical card. Sementara nak tunggu 2 tahun tu, takde perlindungan. Ini standard untuk mana-mana syarikat takaful. 

Walaupun selepas 1 tahun, dan pre-mature baby sihat serta membesar dengan baik, dorang masih ada risiko. Premature baby, atau yang lahir sebelum 37 minggu, sistem imunnya lebih lemah, dan dorang ada risiko komplikasi kesihatan yang lebih tinggi berbanding baby yang lahir cukup bulan. Even if the doctor's report indicates good condition, underwriter menilai risiko jangka panjang. Banyak risiko premature baby - breathing problem, heart problem, growth problems, etc.

That's why aku cakap hari tu, tak boleh samakan penilaian perubatan dengan penilan underwriting. Penilaian underwriting is based on RISIKO. It's not whether baby you sihat atau tak, tapi sama ada baby berisiko untuk dapat sakit atau tak di masa depan. Tempoh 2 tahun adalah tempoh untuk underwriter menilai risiko. Insyallah, selepas 2 tahun kalau baby sihat macam Rayyan dulu, boleh lulus medical card. Sementara nak tunggu 2 tahun tu kita just jaga-jaga je lah. Jangan sampai perlu hospitalization.

Yang kedua, congenital heart disease boleh lulus medical card atau tak.

Ya, boleh TETAPI bergantung kepada keparahan penyakit. Kalau minor, yang tak perlukan pembedahan, mungkin peluang untuk lulus lebih tinggi. Tapi tak bermakna takde exclusion, ya. 

Selalunya orang yang ada medocal problem dia nak penyakitnya dicover. Hat ni memang tipislah sebab penyakit memang dah ada sejak lahir. Takaful takkan cover penyakit tu, tapi dia akan cover penyakit lain. However boleh je nak cuba apply, cuma kalau ada exclusion jangan pulak tak jadi ambil. Agen dah ke hulu-hilir minta report segala. Sebaik-baiknya tanya agen dulu roughly berapa agaknya caruman sebulan. Kalau boleh bayar, minta agen proceed dengan collect medical report semua. Kalau rasa-rasa berat nak bayar caruman, hold dulu. Jangan minta agen proceed apa-apa. 

Ada juga congenital heart disease yang decline sebab severity-nya tinggi yang perlukan prolong treatment. Hat ni permohonan lebih cenderung ditolak. TETAPI, aaaaa ada tapinya. Kalau pesakit CHD adalah baby atau kanak-kanak, application SELALUNYA ditolak. Yang ni based on pengalaman aku as medical underwriter dulu. Application ditolak sebab risikonya lebih tinggi. Berbanding adults dengan CHD, adults lebih berpotensi untuk lulus medical cardnya, tapi ada exclusion clause.

Kalau anak-anak yang ada CHD nak apply medical card, kena tunggu 3-5 tahun TANPA komplikasi sepanjang tempoh ni. Maknanya, make sure ada routine doktor's report setiap tahun. Kalau lulus, polisi mungkin exclude sebarang rawatan berkaitan CHD. Maknanya expenses untuk rawatan CHD TIDAK akan ditanggung oleh takaful. 

Tapi takpelah, at least medical card tu boleh cover hal lain contohnya accident ke, patah kaki ke, atau viral fever yang menyebabkan kena hospitalized. Jangan pula tak accept medical card tu bila dah lulus nanti. Selalunya bila lulus medical card with exclusion atau increased premium client reject. Mati-mati nak yang tanpa exclusion. Takleh lah gitu sebab you kena sedar condition you now ada penyakit. Mana mungkin dapat caruman sama macam orang sihat.

Yang ketiga, HIBAH untuk anak angkat.

Ya, boleh. Anak angkat boleh dapat hibah, dengan syarat letak nama dia as penerima. Anak angkat tak layak dapat faraid. Kalau nak pastikan anak angkat tak dipinggirkan selepas you mati, sediakan hibah siap-siap. Hibah tak kisah nak bagi kat sesiapa pun. Contact En Wan nanti dia explain nak buat macamana - 012-4407757.


2024-11-19

Kenangan dengan public phone

Begitulah jawapan seorang Diana.

Kenangan pertama aku dengan public phone adalah Form 1, semasa kat Maahad Hamidiah Kajang. Sebelum aku dapat offer ke TKC, aku dapat Maahad Hamidiah dulu. Tapi kat sini seminggu je. Orientasi habis, aku pun habissss. Kahkahkah. Aku sempat guna 1 kali je public phone kat sini. Aku call bagitau spek mata aku hilang. Biasalah, orientasi. Musim-musim meragging. Spek mata aku pun dia sorokkan. Bladihel.

Tapi kenangan public fon paling diingati adalah masa kat TKC. Aku lebih lama kat sini, 6 bulan bertahan. Terer sikitlah dari Rayyan, 3 bulan je. Sepanjang 6 bulan, boleh dikira dengan dengan sebelah tangan berapa kali je aku tak guna public fon. Kalau TKC perlu maskot public fon, nescaya akulah maskot tu. Cakap je ceruk mana public fon yang takde fingerprint aku. Semua tempat aku tinggalkan jejak. Biarlah malam-malam sunyi pun. I is don't care. Walau dimomokkan dengan cerita-cerita hantu, ahhhh. I don't care. Kau takut nak pi public fon sana? Bagus. Biar aku je pi. Takyah queue.

Next, dah besar sikit, guna public fon kat kolej matrik pula. Kolej Matrikulasi aku dulu di Kota Samarahan. Tempat baru. Kitorang pioneer. Tiang public fon pun belum ada. Awal-awal dulu semua student guna henfon Pengetua kolej kalau nak call mak bapak. Mak bapak nak bercakap dengan anak-anak pun kena call line Pengetua. Punyalah hazabnya. Tapi masa tu takde rasa nak call mak bapak sangat. Seronok masuk tempat baru and jumpa new friends. Tapi tak lama lepas tu, tuang fon pun dipacakkan. Ada 2 je public fon, tapi tak pernah queue panjang pun. Tak tau apesal, masing-masing macam takde rasa nak guna fon pun. Baik lagi si Redza, seminggu 2 kali call. Maknya masa remaja dulu, harammmmmm. Maybe sebab mak Redza tak garang sebab tu Redza selalu call mak dia. Aa gituuu.

Masa kat Uni, aku pernah telefon En Wan sekali je pakai public fon. Habis RM50 ringgit aku sekali jalan. Rasanya dapat 5 minit je bercakap. Itupun selepas setahun kenal. Sebab aku tak pernah minta nombor henfon dia kat sana. Bila dah couple, aku try minta tapi dia tak bagi call. Mahal. Pernah sekali je aku try call just nak tengok betul ke dia ni belajar kat Jepun. Berangkat bila aku call. Ok betul rupanya study sana. Hahahaha.

First time kerja, umur 22 tahun. Masa ni kerap guna public fon sebab everytime balik kerja, dah sampai stesen komuter, call bapak aku mintak fetch. Kadang-kadang Pak Aji balik lambat, aku naik teksi. Kalau dia outstation, sepanjang dia takde tu aku kena naik teksi. Last-last aku upah kereta sewa fetch aku setiap kali balik kerja. Tapi disebabkan komuter kat Malaysia ni manjang je delay, everyday aku kena call pakcik tu dulu sebelum dia datang ambil. Jadi, akulah pengguna setia public fon kat steses komuter UKM. Masa ni orang lain dah ramai pakai henfon, aku masih guna kekdah conventional.

Oh tak stop sampai di situ kenangan aku dengan public fon, ya. Lepas kawen, aku masih guna public fon. Masa kerja di Prudential HQ Jalan Sultan Ismail, everytime balik kerja, aku call En Wan untuk fetch di stesen komuter Subang Jaya. Tak berani nak bagi dia tunggu siap-siap, sebab komuter selalu buat hal. Jadi, bila dah sampai Subang Jaya, baru aku cari public fon untuk call. Pastu kena tunggu 1 jam untuk dia sampai sebab waktu kerja jalan jem. 

Time tu kalau nak berjanji dengan En Wan tunggu kat mana-mana, memang kena tepati. Walaupun tempat yang aku janji tu hujan ribut, tetap bertahan kat situ sebab kalau aku blah pi tempat lain, camana nak bagitau En Wan? Nanti aku tunggu kat tempat lain, dia tunggu tempat lain, last-last bergaduh. Daripada aku bergaduh, rela aku berhujan. Janji dia nampak aku. Aku rasa kalau orang lain, tobat cari henfon jam-jam tu jugak. Tak sanggup nak lalu rutin yang sama everyday. At least kalau ada henfon, boleh update pakwe bila dah nak sampai. Maybe aku sejenis "tak kesahhhh" level tinggi. Tu yang menurun kat Redza tu. Aku kekal dengan rutin tu setiap hari, sampailah resign dari Prudential.

Umur 27 barulah aku ada henfon. 27, gaisss! Itupun sebab kerja sales. Wajib ada henfon. Kalau aku tak resign dari Prudential, mau lagi 10 tahun baru aku pakai henfon. Budak-budak sekarang pakkal pi sekolah takleh bawak henfon. Kalau tak, memang takde pengalamanlah. Rayyan rajin gak call dari sekolah. Public fon. Reda dulu sebab kat MRSM, boleh pakai henfon cokia so dia punya pengalaman guna public fon hampir takde. Aku tak rasa Redza pernah pakai public fon. Mujurlah zaman aku kat asrama dulu henfon belum wujud. Kalau tak, konfem Mak Aji putuskan line fon rumah dia. Fedap selang 2 minit call aku masuk.


2024-11-18

Kalau patah balik ke tahun 1992

Post FB 16 tahun lepas. Kegilaan apekah aku masa ni sampai nak cari kawan dari Hong Kong? Ni dulu kalau Mak Aji nampak ni, mau dia campak keluar semua kaset-kaset Cina aku.

Now no more, Mak Aji. No more. I am freeeeeee!! Mbahhahahahaha.

Anak-anak jaman now jangan nak cuba-cuba celen aku punya penyakit idol-worship, ya. Konfem kalah! 😆. Pakkal dulu internet takde, kalau ada, lagi mendonia aku. Cara-cara takde internet pun aku dapat follow progress and update Leslie and Beyond, lagikan kalau ada internet. Cara-cara duit belanja RM1 sehari pun aku boleh kumpul kaset-kaset dorang, lagikan sekarang zaman MP3. Playlist aku lagi banyak lagu Cina dari lagu Melayu. Semua kereta adalah playlist aku. Tu pasal dengan En Wan sekali terjebak syok dengan lagu cina. Akulah puncanya. Dia ingat dia balik dari Jepun bawak balik CD retis sana dia dah habis pengaruhlah tu. Lambertttt lagi. Aku punya penyakit Canto-pop menjak umur 12 tahun. Memang takleh diubati dah ni. Kena jalan terus.

Hari tu kat Thread ada orang tanya random gini. Memang cenggini je aku jawab *petik jari*. Wong Ka Kui (Beyond) mati tahun 1993. Kalau kembali ke tahun 1992, haruslah itu yang aku buat dulu.

Masa Ka Kui mati, aku menangis sampai bengkak mata, serupa macam abang sendiri mati kekdahnya. Everyday menangis. Masa tu Jade Solid Gold keluar seminggu sekali je. Kalau tunggu Jade Solid Gold memang lambatlah berita aku dapat. Nasib baik ada kawan sekelas, Leong Kok Hong. Dia tahu aku minat Canto-pop. Dialah yang bagitau "Oi, Diana. Ka Kui Beyond mati dah". Seharian aku blur kat kelas. Macam bengong kejap tak habis digest lagi news tu. Leonglah puncanya. Minggu tu punya Jade Solid Gold memang aku tunggu-tunggu sambil berdoa janganlah tetiba takde letrik. Meraung aku karang.

That week, Jade Solid Gold punya show 1 jam penuh news Ka Kui only. Masa ni dah ada video player kat rumah. Aku rekod. Pastu ulang-ulang tengok the news. Setiap kali tengok, setiap kali tu nangis. Masa tu aku pikir apa jalan aku nak show my appreaciation and thank you to Beyond. Duit takde nak hantar hadiah mahal-mahal. Lalu aku mendapat satu idea. Aku tulis surat yang panjang. Aku guna kertas printer yang bersambung-sambung tu. Biar surat ke Beyond panjang. 20 helai okay! Kat surat tu ada paper cuttings, gambar, dan hand writing aku tentang apa saja about Beyond and Ka Kui. Apa yang aku terlintas nak tulis, aku letak situ.

Sayang takde bukti nak tepek sini. Tapi serious, panjang dan cantik aku buat. Habis majalah Mak Aji aku gunting alphabets warna-warni nak tepek atas 20 helai surat tu. Pastu aku pos ke management Beyond di Hong Kong. Tak tahulah sampai ke tak. Tak kisahlah, janji aku dah buat dengan sungguh-sungguh. Kalau tak caya, tanya adik aku Ima. Betul tak wujud surat sepanjang 20 helai tu. Adik aku hidup lagi, boleh tanya dia untuk sahkan. Itu cara-cara lack of resources tu. Tapi masih mampu buat something untuk idol. Konsepnya, pakai apa yang ada. Effort yang penting.

Masa kat uni, dah ada duit. Makin banyak kaset aku kumpul. Cuma dah tak menggila sangat sebab masa tu dah busy dengan study, pastu ada boifren. Minat tu dah beralih. Tapi dengar lagu cina, tetapppp. Tapi paling terperanjat was bila news Leslie mati. Yang ni paling tak sangka, sebab dia bunuh diri. Like, why?? Why Leslie, whyyy? Dia mati nama dia masih popular. Tahun yang dia mati tu he was nominated as Best Actor untuk filem Inner Senses. And he won! Takde apa yang kurang. Dia masih popular and ada job. Later baru tahu rupa-rupanya ada clinical depression.

Masa Leslie mati, aku dah kawen. En Wan tahu aku minat sangat dengan Leslie. Dia sama-sama teman aku masuk Speedy cari VCD filem-filem Leslie. Masa tu kedai berebut keluarkan compilation filem and album Leslie. Banyak aku beli. Buat koleksi. En Wan sama naik masuk dari satu kedai ke kedai yang lain. Tolong tanya ada tak movie tajuk ni. Ada tak album lagu ni. Team work kan kitorang? Hahaha.

Disebabkan bini terchenta takleh lupa boifren lama, dia bawa aku ke Hong Kong. Nak sangat jumpa Leslie, hah meh sini aku bawak katanya. Bawak jumpa patung Leslie. Jadiklah. Aku punya meraung macam nak rak. Dari jauh nampak patung aku dah menjerit. Terpusing-pusing orang dalam tu dah kenapa ada orang terpekik. Leslie punya patung special. Dorang letak atas stage. Melompat aku naik stage peluk Leslie. En Wan stanby candid gambar aku mengongoi-ngongoi nangis peluk Leslie. Yang Mak Aji peratiiii je aku dengan muka Miranda Priestly dia. Masa tu I is don't care sebab husband I ada.

Hari tu masa En Wan ada kerja kat Beijing, aku pesan pergilah jenguk Wong Ka Kui kat Madamme Tussaud's Beijing. Peluk dia untuk aku. Aku tak pasti kenapa patung Ka Kui kat China, bukan kat Hong Kong. Tapi En Wan punya jadual pack. Dia pegi Great Wall je. Takpe, aku akan usahakan sampai ke Ka Kui one day. Ini kali, berzikir pun berzikirlah atas flight tu. I is tetapppp nak gi jumpa Ka Kui.

Tapi satu benda yang aku perati, fans China, Hong Kong and Korea sepesen. Dorang punya trend 'idol-worship' tu over. Dari zaman Leslie and Alan Tam dulu (80-an) artis sana stress melayan karenah fans. Dorang kalau kecam tak agak-agak, sampai buat Leslie bersara awal pindah Canada. Sampai buat artis bunuh diri. Sampai buat artis kena masuk mahkamah difitnah. Kalau kat India lain pulak kisahnya. Dia punya taksub kalau artis tu mati, dorang pun sanggup mati sekali.

Now kat China, sejak drama The First Shot menang Best Drama of the Year, haters dah start mengkaji gestures Johnny Huang dalam drama tu. Dorang kata Johnny and Wang Ziqi is gay couple. Kisahnya, lepas menang hari tu director cakap they waited 4 years untuk tunggu jadual Johnny free. Tak nak ambil orang lain, watak tu memang Johnny saja boleh carry. Ini mengundang sakit hati fans lain. Masing-masing kata idol dorang pun hebat. Masalahnya takde siapa kata idol kat tak hebat. Sukati directorlah nak ambik siapa.

Yang kedua, the team initially had a hard time untuk cari actor yang boleh pegang watak Prof Gu Yi Ran. Johnny tarik masuk Wang Ziqi. Johnny kata Wang Ziqi pernah jadi buddy dia dalam Bright Eyes in the Dark. Audience sangat suka gandingan dorang dalam drama tu so why not wujudkan balik bromance between Lin Lu Xiao and Lou Ming Ye dalam Bright Eyes in the Dark ke dalam The First Shot. Akhirnya gandingan Captain Zheng Bei (Johnny) and Gu Yi Ran (Wang Ziqi) dalam The First Shot memang menjadi! Ramai rindu dorang berlakon semula sama-sama sebab dalam Bright Eyes in the Dark watak Johnny mati and watak Wang Ziqi sangat heartbroken bila buddy mati.

Bila netizen tahu Johnny yang bawa masuk Wang Ziqi dalam drama tu, dorang mencari sebab. Johnny dulu popular dengan watak bi-sex dalam drama Addicted. Sekarang kat sana haters tengah busy analyze gerak-geri Johnny dalam The First Shot. Adegan pegang tangan pun dikatanya Johnny sedang berahi. Pantek betul. Kononnya Johnny sengaja cari peluang rapat dengan Wang Ziqi. Bongok gila perangai haters kat sana.
 


Yang benaunya saingan dalam entertainment industry kat sana terlalu tinggi. Kalau fans kau kuat, memang kau mendonia. Kau boleh secure more opportunities, endorsements, and support. Tapi kalau haters kuat, besar harapan kau end up bunuh diri. Haters kat sana create toxic environment kaw-kaw punya. Dorang peduli apa nak create rumors. Janji kau jatuh. Kalau boleh dorang nak lenyapkan kau terus dari industry. That's the harsh reality of the entertainment world kat sana. Dulu walaupun Leslie bersara dari nyanyian, dia kekal relevan sebab fanbase dia kat Korea and Canada kuat. So, nak jadi artis kat sana, international fanbased kena strong. Kalau tak, mati cepatlah kau nampaknya.


2024-11-17

Kalau kita tak bercinta dengan orang yang salah, kita takkan tahu apa sebenarnya yang kita PERLU



I think we need to let ourselves fall in love with the wrong people. Instead of wasting our time thinking that the perfect one will come around. Checking off our boxes as if we can control the people that we meet and if one box gets missed then it's on to the next person. But what if falling in love is not about it lasting forever like you dreamed of? What if it is meant to last a moment? one for you to feel loved, even if it's not for too long. One for you to dance your heart out like no one is watching. To have someone sing with you in the showers. To have a plus one at weddings to cry with, to hold, to laugh, and to love. And to experience life with. Isn't that something worth checking off? What if it's not about forever? And it's about falling in love with right now.

Aku setuju dengan this perspective. Kadang-kadang kita terlampau terikat dengan nak mencari "the perfect one" to be with, sampai takut nak memulakan relationship. Of course kita tak nak relationship terkandas. Semua yang bercinta, nak akhirnya berkahwin. Takde siapa nak buang masa dan effort kenal, kemudian bercinta, berhabis duit hanya untuk putus tengah jalan. Tapi, percayalah. Kalau kita tak bercinta dengan orang yang salah, kita takkan tahu apa sebenarnya yang kita PERLU.

Kita semua teringin nak pasangan yang perfect 10. Kalau perempuan of cos nak yang handsome, yang kaya, yang rajin, yang loving, yang romantik, yang pandai, yang tak berkira, yang hormat orang tua, etc. Aku pun sama gak dulu. Benda belum dapat katakan. Macam-macamlah berangannya. Nak yang best-best je. Apa-apa hal, tengok rupa dulu. Hat ni baik laki, baik perempuan, SAMA JE! Toksah nak mengencing kata korang tak pilih rupa. Semua pun tengok rupa dulu, kendian baru tengok hati. "I tak kisah rupa, yang penting hati baik". Ah! Aku bagi backhand karang, berlumba-lumba gigi kau masuk perut.

Masa aku mula-mula terpandangkan crush, I was in Form 2. Crush tu lain kelas. Tak pernah terperasankan lansung kewujudan dia kat sekolah tu. Alih-alih ternampak. Oh, rupanya dia macam aku juga, quit dari boarding school. Cuma aku terer sikit, 6 bulan dah blah. Dia tunggu setahun baru quit. Padahal tak kenal pun siapa dia. Nama pun tak tahu lagi, tapi dah tersuka. Kenapa tersuka? Sebab rupa! Sebab tu aku cakap, waklu sangatlah kalau ada yang kata "Saya suka dia sebab hati baik". Aku pangggg karang.

Along the way, we realized we are in a wrong relationship. Terasa buang masa. Bercinta 1-2 tahun. Penat. But at the same time kita kena akui yang not every love story needs to end in marriage or be something that lasts a lifetime. Kadang-kadang cinta tu hadir sekejap, untuk bagi kita pengalaman, tapi its impact can stay with us forever. Dari relationship yang gagal dan bercinta dengan orang yang salah, kita akhirnya tahu apa sebenarnya yang lebih tepat untuk kita. 

Aku dulu nak yang handsome dan bijak. Masa tahu crush aku pun ex-SBP, terasa wow sangatlah. Kena dah ni dengan kriteria yang aku nak. Rupanya bukan itu yang aku PERLU. Ujung-ujung bila dia nak kat aku, aku yang reject dia.

"Wujud ke istilah bercinta dengan orang yang salah?"

Yes, in a way. 

Sometimes, we fall for people who may not be the best fit for us in the long run. Tak bermakna dorang jahat, tapi relatioship tu tak bawa yang terbaik untuk dua-dua pihak. Masa mula-mula aku dengan si anu, kriteria yang buatkan aku tertarik adalah, dia pandai Fizik and Maths. Dia dapat good grades dua subjek ni masa first semester. Aku kagum. Aku suka someone yang ada kepandaian yang aku tak pandai. Tak kisahlah lelaki ke, perempuan. Apa yang orang tu pandai dari aku, aku suka berkawan dengan dia. In his case, dia capture perhatian aku sebab dia pandai dalam subjek yang aku tak pandai. Kebetulan, rupa dia oklah, takdelah orang kata hauk sangat. Sebelum aku rapat dengan dia, ada je perempuan yang suka kat dia.

Tapi dia ada perangai. Malas la aku nak bukak balik cerita ni. Penat. Pendek kata, kalau aku tak bercinta dengan dia, aku takkan tahu apa sebenarnya yang aku perlu. 

Dulu aku ingat bijak and ada rupa mesti kriteria yang atas. Kerana pengalaman yang sangat men-traumatized-kan aku, aku dah tak tengok apa-apa kriteria lagi dah, as long as orang tu sayang aku lebih dari aku sayang dia. Ini je yang aku perlu. Kalau ikut kehendak, memang nak yang ada rupa, pandai, kaya, baik, dan segala tok nenek green flag. Tak pernah ada dalam list aku "nak lelaki yang sayang aku lebih". Tak pernah ada. Sebab aku rasa kalau aku takde perasaan sayang pada dia, relationship tu takkan jadi. Aku kena ada rasa cinta. Rupa-rupanya, itu pun tak payah. Janji kau sayang aku lebih dan tak semakkan mental aku, ok jom kita berkawen. Yang the rest can be manageable.

Toxic patterns is a BIG NO ya, walaupun kau hensem macam Zul Arifin, kau ingat aku kesah?? Toxic behavior jangan tolerate lansung. 

Ada orang salah anggap toxic behaviour dengan imcompatibility. Dia merasa macam "Eh, dia toksik ke, atau kami belum cukup serasi?". "Dia toksik ke, atau it is a just a matter of time?" 

Aku dulu gitulah. Padahal red flag tu banyak sangat. Kawan-kawan aku pun dah nampak red flag tu tapi biasalah, orang tengah bercinta mana nak dengar nasihat. Aku asyiklah "Takpe, bagi dia peluang dan masa". Asyik bagi dia peluang, peluang, peluang, sampailah dia memBAGI aku sebijik. Barulah masa tu tersedar yang aku kena lari. 

Sebenarnya aku bersyukur jugalah dia tampar, hantukkan kepala aku kat dinding, nak toreh tangan aku semua tu. Seriously, aku bersyukur. Sebab aku ni jenis bertahan. Aku perlu something yang bagi impak, supaya aku sedar. Dan akhirnya, bila dah jadi kes besar, barulah aku berani bergerak.

Bercinta dengan orang yang salah buatkan aku cekap spot pattern lelaki narsistik. Kau tunjuk SATU je cukuplah. Aku reject. Walaupun kau ada lagi 9 kriteria green flag. No way. Not again. Selepas break dengan dia, aku start appreciate my mental health. Dulu, apa-apa aku kedepankan dia. Baju aku tak berganti, baju dia aku belikan. Duit aku tinggal tak banyak, makan dia aku tetap belanja asal kita berdua boleh makan sama-sama. Lepas tu no more. En Wan lah yang jadi mangsa. Aku dah tak beria masa couple dengan En Wan. Ada peluang dating, aku tak keluar duit lansung. Takde nak shopping-shopping belikan baju ke apa semua. NO MORE. Betul-betul aku pentingkan diri sendiri. I mean, aku dulukan diri sendiri.

Maybe orang yang tak lalui kesakitan yang sama, takkan faham ni. Aku lalui relationship yang SANGAT MENYAKITKAN sampai traumatized. Dia punya sakit tu, sampai aku decide untuk accept sesiapa je asalkan orang tu sayang aku lebih. Dah malas nak bercinta. That's how big-nya impak relationship yang salah. Tapi bak kata video tadi, jangan takut bercinta hanya tak mahu dapat relationship yang salah. Dari salahlah kau akan tahu apa sebenarnya yang kau mampu buat. In my case, kalau tak kerana si anu tu, I didn't know I was capable of accepting someone without feeling any love.

Korang kalau ada Iqiyi, try tengok drama ACE TROOPS. Lakonan Johnny Huang and Xiao Zhan. Ini cerita tentang military. Tapi ada kisah cinta juga. Kisah cinta dalam drama ni adalah classic case of jatuh cinta disebabkan rupa, tapi akhirnya berkawen dengan orang lain sebab orang tu sayang dia lebih. 

This lady love at first sight dengan Gu Yi Ye (Xiao Zhan) sebab Gi Yi Ye handsome dan pandai. Tapi Gu Yi Ye terlampau perfectionist dan takut buat salah. Dia jenis by the book punya orang. Jenis patuh pada rules, and do things according to standards. Jenis book-smart. At the same time, Gao Liang (Johnny Huang) pun suka the lady. Gao Liang ni orang miskin, anak yatim, masuk tentera bukan sebab nak jadi tentera tapi sebab takde tempat tinggal. Dia work hard punya orang. Apa-apa pun langgar asal praktikal and lojik. Jenis street-smart. 

Bezanya, Gao Liang berani tunjuk effort pada perempuan tu. Berani curi-curi masuk hostel perempuan semata-mata nak bagi buah mangga, nak bagi makanan, etc. Tapi perempuan ni tak suka Gao Liang sebab Gao Liang tak terpelajar dan tak se-handsome Gu Yi Ye Last-last kawen dengan Gao Liang juga sebab dia akhirnya realized karakter Gao Liang itulah sebenarnya yang dia perlu dalam relationship.

I have so much respect for people who never give up on love. Jenis yang lepas putus, bercinta lagi. Putus lagi, bercinta lagi. Asal putus, tak lama lepas tu bercinta lagi. Korang memang kuat. Aku tak kuat. Sekali je aku putus, terus aku taknak try lagi. I’ll just accept anyone who loves me, and that’s enough. Aku rasa kalau En Wan tak muncul, aku suruh je Mak Aji cari sesiapa nak kawen dengan aku. Aku tak nak start apa-apa dah. Serik.


2024-11-16

Apa Kak Di rasa bila mula-mula pakai tudung?


Post aku kat IG gambar 15 tahun dulu bergambar dengan one piece di tepian pantai. Then, gambar last aku letak gambar terkini. Bertudung dan berbaju loose dan labuh.

"Apa Kak Di rasa bila mula-mula pakai tudung?"

Aku pernah berkali-kali tulis pasal ni. Tapi maybe tulisan aku tu tanpa gambar. Jadi maksud aku tak sampai. Bila aku tepek gambar 15 tahun dulu, barulah orang start terpikir macamana someone yang berani pakai one-piece in public, tiba-tiba bertudung and tukar cara berpakaian?

SUSAH.

Inilah maksud aku bila aku cakap "Bukan senang untuk someone yang dah biasa pakai baju tak cukup kain, tiba-tiba bertudung. Jadi, jangan judge if dia masih belum boleh berpenampilan syari'i".

Itulah yang aku berkali-kali tulis. Sebab aku bercakap melalui pengalaman sendiri. Orang yang dari kecil dah bertudung takkan faham perasaan ni. Senang-senang je nak memaksa itu ini.

"Tudung tu labuhkan biar tutup dada!"

"Pakai tudung tapi still pakai baju ketat!"

"Tutup kepala tapi leher nampak!"

Kau tak tahu beratnya someone yang bertahun-tahun free hair, bertahun-tahun pakai skirt pendek, bertahun-tahun pakai blouse see thru nampak bra dalam, nak mengubah penampilan. Jadi bila dia cuba untuk berubah, berikan dia masa. Letakkan diri kau di tempat dia. Bukan senang untuk dia kuatkan semangat untuk istiqomah. Entah berapa orang kawan dia hilang demi nak berubah menjadi lebih baik. Entah apa cemuhan yang dia dah telan. Pastu datang kau, push-push dia supaya berubah drastik. Manalah orang tu tak stress. Lama-lama dia free hair semula. Padan muka kau. Dapat saham ke neraka sekali sebab kaulah punca dia give up.

Aku bertudung tak dirancang. Tak pernah merancang nak bertudung. It happened suddenly. Kisahnya, aku ke kenduri akikah someone di area rumah aku. Kat sana ada orang berzanji. Aku boleh follow dorang berzanji, tanpa tengok buku berzanji. Sebab ustazah tempat aku mengaji dulu ajar berzanji juga. Masa tu aku tiba-tiba realized, it has been a while aku tak berzanji. Amazing sungguh aku masih boleh ingat. Tiba-tiba aku realized ada sesuatu yang pernah ada dalam diri aku, and it hasn’t disappeared. It’s just something I have not nurtured.

Balik dari kenduri, aku bersiap nak ke ofis. Masa tu ofis aku di Seri Kembangan. On that same day, ofis berpindah ke Putra Heights. So aku nak jenguk ofis di Seri Kembangan untuk check progress pindah. Aku bersiap dengan santai sekali, pakai blouse, pakai jeans....dan tarik shawl. Pakai. Kebetulan, memang ada a few shawl kat rumah just in case nak pi kenduri. So, itulah kejadiannya. Tanpa dirancang. Aku sendiri pun tak plan. Pergi kenduri pakai selendang. Balik dari kenduri pakai tudung dah. On the same day. Macam tu je dia datang. Dan alhamdulillah sampai sekarang, beginilah. Pesen ikat shawl yang sama, tak berubah. Cuma dulu shawl aku pendek, tak cover dada. Now dah labuh sikit.

Yang kelakarnya, 2-3 hari sebelum tu aku baru je bershopping. Beli skirt baru. Skirt kerja. Skirt pendek. Baju pun ada beli gak. Bila besoknya nak pi kerja baru terperasankan baju-baju yang baru beli ni. Masa tu terdetik menyesalnya bertudung. Patutnya pakailah dulu skirt-skirt ni. Dahlah wardrobe semuanya baju tak cukup kain. Lagilah berasa macam nak kensel bertudung.

Tak senang sebenarnya nak berubah. Nak mengekalkan penampilan baru satu hal lagi. Nak menambah ilmu satu hal lagi. Bila orang biasa tengok kau berpenampilan daring, once kau berpenampilan modest, orang nampak pelik, lagikan bertudung. Customer aku jadi janggal nak bersembang dengan aku. Macam eh betul ke ni Diana? Awat pelik ni? Aaa gitu. Itupun aku pakai shawl lilit-lilit leher je tau. Baju belum loose. Masih pakai candy jeans. Jangankan orang yang tengok aku, aku tengok diri sendiri depan cermin pun akward. Is this me? Masa tu ada je yang kondem aku. Bila lagi nak ambil peluang cari kesilapan aku, khen. Inilah masanya. Pakai shawl jarang, hencap. Pakai shawl lilit leher, hencap. Pakai jeans ketat, hencap. Tak pakai socks, hencap. Kononnya "sekadar berpesan-pesan". Tahik!

Selama ni sinonim dengan baju ketat, skirt pendek, rambut menyala, high heels tali-tali, baju see thru, low cut neck - hoih! Sekali baju loose, tudung cover dada, bersock segala. Nak menangis tengok diri sendiri. Macam tak siap. Especially bila pakai baju besar. Nampak badan tu besar juga. Memang berbolak-balik hati ni. Aku daftarkan diri sendiri ke kelas agama. Kelas berkumpulan, dan private. Sebab aku rasa, sekadar ubah penampilan tanpa ilmu, susah nak istiqomah. I need pencerahan supaya faham. Surprisingly, yang join kelas agama, yang mengajar agama, lansung tak judge aku yang pada masa tu hadir dengan shawl jarang lilit-lilit leher. Yang menghencap aku konon faham agama sangat tu pulak yang macam berapi-api macam takde otak.

Slowly, berbaju besar dan bertudung cover dada dah jadi biasa. Dah tak kisah dah bila nampak someone bergaya sofistikated. I've been in her position before, maybe even bolder, and I believe she'll change one day too. Tak perlu nak membanding-bandingkan. Kat hotel ni (Golden Sands Resort), bila aku lepak kat balkoni sambil tengok orang berendam dalam kolam, aku terpikir. Back then, I’d be the one racing to jump into that pool in a one-piece. Now, I just sit back and watch them with a smile.