2026-02-22

We are not really like a typical husband and wife, tapi lebih kepada housemate.


Kagum aku dengan dak-dak Gen Z yang baru kawen or yang bakal berkawen. Kat Thread boleh tahanlah pertanyaan dorang.

"Saya bakal berkahwin lepas raya, nak tanya pendapat kakak-kakak yang dah kawen lebih 10 tahun, macamana nak jadi isteri taat?"

"Saya nak jadi isteri yang taatkan suami, apa yang patut saya buat supaya tak derhaka?"

Terkesima aku. Bukan apa, dorang muda-muda dah terfikir nak jadi taat, dah buat persiapan jadi isteri taat. Masalahnya, aku TAK PERNAH terfikirkan hal ni dulu. Bila baca post-post macam ni, baru terfikir, eh ye lah aku tak pernah terlintas nak jadi isteri taat. Dalam kepala aku, just nak kawen and nak membina keluarga dan life sendiri. Itu je.

Basically, taat tak pernah ada dalam plan, but mutual respect? Absolutely, yes. Sebab aku pikir macam ni. I’ve always believed that respect lasts longer. Bukan kata taat tu tak betul, cuma mutual respect creates partnership. 

Bila ada mutual respect, tak perlu siapa lebih berkuasa atau siapa yang kena patuh all the time. Segala keputusan dibuat dengan berbincang, jadi dua-dua rasa dihormati, bukan dikontrol. So when both choose to honor each other, there’s no need for "taat" because consideration and understanding come naturally. Itu pandangan aku lah. 

Lagi satu, bila aim aku fokus untuk create kehidupan dan masa depan berkeluarga, secara tak sedar dengan sendirinya aku contribute duit dan tenaga ke arah tu. Takde lansung terfikir suami provide 100% dan tak terfikir nak jadi submissive wife. Aku dengan sendirinya merasa perlu share expenses rumahtangga untuk sama-sama hidup selesa dan cari bahagia.

Maybe sebab aku bekerja. Jadi aku expect kita sama-sama faham masing-masing penat, masing-masing ada tanggungjawab and the fact that we both contribute financially. In many ways, we are equals. En Wan pun tak pernah expect aku ke mana-mana mintak izin, atau dia balik dari kerja aku hidangkan air, atau sendukkan lauk untuk dia, atau uruskan segala hal rumahtangga alone. 

We are not really like a typical husband and wife, tapi lebih kepada housemate. We coexist, we share the space, and handle our own things. Less romance, more practical living. Dulu ada bibik semua bibik buatkan. Now, dia basuhkan baju and sidai, aku lipat and gosok. Dia kemaskan katil, aku mengemop. Dia buang sampah, aku basuh pinggan. Tak payah disuruh, macam tau-tau dah kena help each other sebab takde hamba abdi nak selesaikan semua ni. 

Until now, bila nampak aku hidang lauk, dia akan ambil pinggan dari kabinet and sendukkan nasi untuk aku and dia. Kalau sudu lauk takde, dia bangun ambil sendiri dalam laci. Air memang aku tak pernah hidang atas meja, sendiri tahu ambil dari fridge, tuang sendiri dalam gelas masing-masing. Kat sini aku bersyukur bila En Wan tak masuk dapur terus duduk kat meja harap segalanya disuakan ke muka. 

Sebab ada relatives aku di kampung, dah biasa dengan semua hal rumah isteri uruskan. Lelaki betul-betul macam bos. Nak makan baru masuk dapur. Air basuh tangan kena hidang, padahal terang-terang makan kat dapur. Pergi je lah basuh kat sink patutnya. Takkkk, nak juga mintak mangkuk basuh tangan.

Yang paling aku tak suka, orang lelaki makan dulu. Pastu set-set lelaki makan tak ingat belakang. Yang perempuan makan belen-belen apa yang ada. Kalau belen tu tinggal sikit, kita sama kita pulak kena bercatu sorang sikit. Yang dorang dah kenyang terus ke depan sambung bersembang. Panassss je aku.

Paling aku menyampah asal masuk dapur je tanya "Ada apa yang boleh dimakan?"

Nasib baik yang tanya tu bukan bapak aku. Kalau tak, konfem Mak Aji bertempik.

Tadi aku cuba ingat-ingat balik pernah ke aku and En Wan berbincang pasal benda ni awal-awal dulu? Macam takde. Everything just happens with an unspoken understanding between us. Macam sendiri-sendiri tahu masing-masing kerja, masing-masing penat, masing-masing chip in duit, jadi saling meringankan beban. Mana yang boleh buat sendiri, buat. Setakat nak minum air, senduk lauk, cedok nasi tu semua takyah harap aku buat. Dia boleh buat sendiri.

Masa menulis ni aku tanya En Wan "Bang, apesal dulu abang tak pernah request balik kerja hidang air untuk abang?"

Dia tanya balik "Hidang air apa?"

"Hidang air la untuk suami penat balik kerja"

Pastu dia jawab "Bukan abang ke yang sampai rumah dulu dari awak. Awak kan balik malam"

Kahkahkah. Lupa pulak aku yang balik lambat dari dia. Patutlah tak pernah terfikir nak hidang air.

Until now, kalau aku ada di rumah, En Wan on the way balik dari kerja akan whatsapp "Masak ke?"

Kalau aku masak, dia balik makan. Kalau aku cakap tak masak, dia terus gi makan kedai and tapaukan untuk aku. Tak pernah lagilah dia "Masaklah, orang balik nak makan ni". 

Kadang aku rasa En Wan ni banyak mengurangkan potensi aku nak jadi derhaka. Ada masak? Makan. Takde masak, tapau. Tapi, kalau masak, syaratnya kena 3 lauklah.