2026-02-09

Penat ni most of the time jadi bila semua benda kita buat sendiri



Inilah yang aku blog-kan hari tu. 24 jam kita tak sama dengan semua orang, especially dengan orang yang can outsource help. Tak sama.

Penat, burnout, dan letih yang tak habis-habis.
Salah satu sebabnya?

Sebab semua benda kita nak buat sedangkan ada alternatif. Tapi ye lah, maybe alternatif tu tak nampak macam mak mithali. Mak-mak sekarang kan kalau boleh nak terjadi terpaling mak. 

Penat ni bukan sebab tak pandai manage masa semata-mata. Let alone tak bersyukur. Penat ni most of the time jadi bila semua benda kita buat sendiri, without sistem, without sokongan, dan semua benda nak kena cepat. 

Aku nampak dah benda ni berlaku kat Mak Aji dulu. Dia bangun pagi untuk masak lunch, bukan breakfast. SANGAT JARANG Mak Aji masak breakfast. Nasi lemak waktu pagi on weekdays, TAK PERNAH. Mee goreng waktu pagi on weekdays, TAK PERNAH. Sepanjang tahun boleh kira berapa kali dia buat nasi goreng for breakfast. Tak sampai 10 kali. Selebihnya aku breakfast ROTI WITH BUTTER.

Kalau kau boleh muntah tak hari-hari breakfast roti putih? Aku dah immune. Elok pulak tekak aku ni tak pernah muak dengan roti. Tekak marhaen agaknya. Apa terhidang, belasah.

Selalunya sambil dia masak, dia akan basuh baju (washing machine). Tak sempat sidai. Biar je dalam tu, nanti balik sekolah aku sidaikan. Lepas masak, dia bersiap pergi kerja. Itu rutin dia kat rumah. Selebihnya dia kat ofis. Balik rumah jarang masak sebab dah masak pagi.

Kalau ikutkan, tak penat mana pun. Seriously, bila aku dah bekerja dan berkeluarga, aku boleh cakap rutin Mak Aji dulu tak memenatkan pun. Tahu apa yang buat dia penat?

Sebab dia nak segalanya perfect.

Dia nak dapur berkemas, bermop everyday. Dia nak rak pinggan mangkuk kat tepi sinki tu sentiasa CLEAR, without pinggan. Maknanya lepas 30 minit sidai pinggan dalam tu, kena lap terus and susun dalam kabinet. Dia nak rumah sentiasa berkemas. Bersapu everyday. Jangan ada baju yang dah kering berlonggok dalam bakul. Everyday kena lipat. Lepas lipat terus susun. SEBIJI selipar pun tak boleh ada depan pintu. Kena susun di rak kasut. Bilik-bilik semua kena sapu EVERYDAY. Habuk-habuk semua pastikan takde.

Kau bayangkan nak buat semua ni EVERYDAY, tapi dia tak berkemampuan nak buat. Tu pasal dia always mengeluh and mengamuk. Because dia penat, tapi nak buat juga. Nak tak nak, akulah kena tolong. Sebab aku malas nak dengar dia bising. Dengar dia mengamuk lagi meletihkan daripada kena kerahan tenaga.

Working mom + marhaen. Inilah sebenarnya punca penat. Bila kau berkerja, pastu balik rumah kau jugak yang kena buat semua benda. Kaulah memasak. Kaulah membasuh. Kaulah mengemas. Kaulah uruskan anak. Kaulah ajar anak mengaji. Semua benda kau buat sendiri.

Bangun pagi dengan checklist yang tak pernah habis. Anak dah bangun ke belum. Susu cukup tak. Bekal nak buat apa. Makan tengah hari nanti nak masak apa. Stok dapur ada ke tak. Baju kerja dah gosok ke belum. Semua benda nak pikir. 

Tu belum masuk opis lagi. Stress kerja bukan kecik. KPI, deadline, expectation, office politics. Balik rumah tak letak beg terus sambung second shift. Masak. Urus anak. Basuh botol. Lipat kain. Kemas rumah. Orang lain dah tido, kau masih mensettlekan kerja rumah yang tak habis-habis.

Inilah punca burnout. Burnout sebab load mental and fizikal berterusan non-stop, sedangkan badan ada limit. Otak kita pun ada limit. Bila everyday hidup dalam mode survival, lama-lama burnout. Minat hilang. Rasa hilang. Fokus hilang. Dah terlampau penat sampai tak rasa apa-apa.

This is why dalam post aku hari tu aku cakap ada banyak beza orang berduit dengan yang tak berduit. Ni bukan beza duit dalam bank tau, tapi bagaimana bila berduit, 24 jam tu tak sama untuk semua orang. 

Orang berduit punya 24 jam tak sama dengan kita level marhaen punya 24 jam. Ini fakta, bukan nak perli atau merendahkan sesiapa. Sebab aku tahu rasanya bila tak berduit, semua benda kena buat sendiri. Kau takde pilihan. Memang kena work hard lebih dari orang lain.

Orang berduit boleh beli masa. Dorang boleh outsource benda-benda yang makan tenaga. Boleh upah orang bersihkan rumah. Boleh hire maid atau cleaner. Boleh order makanan kat Grab, tak pun order frozen food. Boleh hantar anak ke daycare yang reliable. Balik kerja tinggal ambil anak dah siap mandi and makan. Beli groceries and barang basah pun online, siap siang siap pek cantik dalam tupperware tinggal nak susun dalam freezer je. Semua ni jimatkan masa, jadi dia boleh rehat and bercantik-cantik.

Orang marhaen, semua benda buat sendiri. Rumah bersepah, sendiri kena sapu kena lap kena mop. Kalau lapar, sendiri kena masak. Kalau anak sakit, terpaksa ambil cuti jaga. Kalau penat, kena hadap je kepenatan tu. Kalau burnout, menangislah sorang-sorang.

24 jam atas jam memang sama, tapi beban dalam 24 jam tu tak sama. Satu jam orang berduit boleh fokus kerja atau rehat. Satu jam orang marhaen penuh dengan kerja tak bergaji. Bila mengadu penat, ada pulak yang jawab, “Aku pun kerja, okay je”

Salah ke yang menjawab tu?

Tak. Sebab dia menjawab based on pengalaman dia. Cuma, konteks hidup masing-masing berbeza. Si A ada support. Mungkin juga ada privilege. Si B takde semua tu.

Bukan nak kata orang yang berduit tak penat. Semua orang penat. Tapi jenis penat tu berbeza. Penat yang ada jalan keluar dengan penat yang stuck kat tempat yang sama, lain.

Yang menjawab “Aku pun kerja, okay je” ni takpe lagi. Yang aku menyampah tu yang menjawab "Penat untuk keluarga, besar pahalanya"

Diamlah setan!
Menyampah aku sikit-sikit pahala, syurga, pahala, syurga. Be realistik boleh tak? Yang tengah penat ni nakkan solution.

Bagi aku, penat yang berlebihan tu tanda ada yang salah dalam sistem hidup kita. Badan kita pandai bagi signal. Penat sikit tu normal. Tapi kalau penat berpanjangan, bangun pagi pun dah penat, itu biasanya petanda sistem badan dalam keadaan tertekan. 

Maybe jadual terlalu pack takde rehat. Mungkin makan cukup, tapi tak support hormon dan tenaga. Mungkin tidur dapat, tapi tak berkualiti. Mungkin hidup terlalu lama dalam survival mode - kejar deadline, kejar expectation, kejar semua benda.

Inilah punca kenapa ramai perempuan, especially working mom senang nak burnout. Penat tu tak tahu nak letak kat mana. Bila semua benda buat sendiri, kau bukan je penat badan tapi penat emosi. Penat mental. Penat jadi strong sepanjang masa. Penat jadi orang yang sentiasa boleh diharap. 

That's why aku kata burnout bukan masalah individu. Burnout adalah hasil dari hidup yang tak balance, yang demands too much without giving any space to recover.

Pengalaman membuatkan aku tekad bila dah besar esok, AKU NAK AMBIL MAID! Memang itulah cita-cita aku. Aku tak nak buat dah semua kerja yang aku buat masa kecik sebab penat. Aku nak jadi ibu dan isteri tapi tak nak berpenat. Gasaklah orang kata "kalau tak penat bukan maklah namanya". Eh lantak. Kau nak jadi mak yang berpenat, silakan. Aku tak nak. Aku takkan bertanding dengan kau. Kau menang jadi mak. Ambiklah.

Aku nak kekalkan kewarasan. Sebab aku dah tengok macamana miserable-nya Mak Aji nak cope dengan kerja ofis and role-nya as ibu dan isteri. I tell you, you cannot do all kalau nak kekalkan kewarasan. Kena delegate kerja pada orang lain. Tak payah nak buat semua benda, takde siapa peduli pun whether or not you are a supermom melainkan kau sendiri nak cerita kat orang.

Zaman media sosial sekarang kita banyak terpengaruh dengan macam-macam. Nak jadi mak yang masak healthy food. Nak jadi mak yang jaga anak sendiri. Nak jadi mak yang walau ada anak 7 orang, rumah sentiasa kemas. 

It's ok. Takde hal kalau nak buat semua tu. Sukati. Tapi kalau kau burnout kerana nak jadi supermom, aku nak tanya balik, "Memang ada yang kisah ke?"

Now ni, hantar anak kat boarding school pun kena cop "Mak bapak yang nak lepaskan tanggungjawab mendidik anak". Sampai ke tahap tu gilanya orang brainwash kita mak-mak. As if siapa anaknya duduk boarding school, mak-maknya nak kerja senang. Pastu ditambah pulak dengan naratif nanti anak tak rapat dengan mak bapak bila dari kecil duduk asrama. 

Eh, aku lali dah dengar perpektif bullshit tak masuk akal macam ni. Dari zaman aku tak menetek anak lagi orang dah keluarkan perspektif macam ni. 

Anak yang tak minum susu ibu, lebih nakal, lebih senang dapat sakit. Anak yang dijaga maid, nanti tak rapat dengan mak bapak. Anak yang masuk asrama kurang kasih sayang and perhatian mak bapak. Aku tak tahu anak siapa yang dorang bagi contoh ni, sebab anak aku tak pun. So, lantaklah kau nak cakap apa.

Kadang letih tengok mak-mak muda mengadu penat, burnout, takde me time apa semua. Boleh tak jangan buat semua benda kalau tak larat? Tinggalkan je la rumah tu sehari tak masak, sehari tak berkemas. 

Tak larat nak masak macam-macam lauk? Goreng telo mata bubuh kicap je. I tell you, anak kau kalau dibagi makan maggi 1 hari pun tak jadi apa la. Jangan nak kalut sangat boleh tak?

Dah tahu penat, still lagi nak berpenat buat baby food from scratch. Beli je la yang dah jual kat kedai tu. Ingat food technologist yang come out with Heinz baby food tu tak pikir pasal nutrition ke apa semua ke? Ingat food technologist yang buat susu formula tu tak tahu ke apa yang patut ada dalam susu untuk baby? 

Jangan cakaplah "saya nak jimat". Most of the time kau bukan nak jimat, tapi nak jadi terpaling mak. Tu je benaunya. 

Kalau kau penat walaupun rasa “tak buat apa sangat”, percayalah cakap aku, kau sebenarnya dah buat terlalu banyak benda yang tak pernah diiktiraf. Kerja yang orang nampak remeh, tapi sebenarnya renyah. Kadang-kadang, masalahnya bukan pada tak cukup masa, tapi semua tanggungjawab jatuh atas bahu kau sorang.

Suami tak tolong? Ok, sama-sama jangan buat. Meh kita lima hari straight makan ikan bilis goreng, atau telo mata, atau nasi goreng bodo, TAK JADI APA LAH! Baju tu longgok je hujung minggu karang baru basuh. Rumah tu Sabtu karang baru kemas. 

Itu kalau tak larat la. Kalau larat, buat. Tapi janganlah merungut. Kau yang nak buat sangat, kan. Takde sape letak parang kat tengkuk suruh buat.