2026-01-10
Silap pilih pekerja, jahanam.
Aku makin noticed ada naratif yang makin kuat kat media sosial, iaitu MC ITU HAK PEKERJA.
Ya, betul. MC memang hak pekerja. Hospitalisation leave, maternity leave, semua tu hak yang termaktub dalam undang-undang. Takde siapa nafikan. Undang-undang buruh wujud untuk protect pekerja daripada eksploitasi. That’s the basic point we all agree on. Tapi bila naratif tu dibawa tanpa konteks, itulah yang jadi masalah kepada problem, bak kata Amy Mat Piah.
Hak memang hak, tapi hak datang bersama amanah. Bila MC diambil mudah as if tak bagi kesan pada operasi syarikat, that’s already missing the whole point of why undang-undang buruh exists in the first place. Undang-undang wujud untuk lindungi pekerja daripada eksploitasi, bukan untuk disalahgunakan. Realitinya, bila someone KERAP ambil MC (aku tak tahu apa penyakit orang yang kerap ambil MC ni), beban kerja usually jatuh pada colleague atau majikan.
Sometimes aku terfikir, orang yang 14 hari MC setahun habis guna ni, badan dorang memang tak fit ke camana. Atau sebab MC tu dianggap kuota untuk dihabiskan? Sebab kalau betul-betul sakit, that’s already a chronic health issue that should be taken seriously. MC sepatutnya jadi perlindungan bila perlu, bukan rutin. Bila jadi kebiasaan, majikan mana yang nak percaya? Lama-lama, orang lain yang betul-betul sakit pun akan dipandang suspicious.
Kalau nak bercakap tentang hak, cakaplah sekali tentang etika kerja, integriti, dan tanggungjawab. Sebab ini bukan between "aku and majikan", tapi satu ekosistem. Bila sorang ambik mudah, yang lain akan terkesan sama. Jarang orang nak discuss kos and risiko yang majikan tanggung from Day 1 dia hire pekerja. Dari Day 1 dah tanggung kos walaupun pekerja tu belum bagi apa-apa lagi kat company.
Contoh macam screenshot tadi. Pekerja gajinya RM2500 sebulan. Lebih kurang RM96/hari. Dari hari pertama masuk kerja, majikan kena ada "standby cost” untuk MC (berbayar), hospitalisation leave (berbayar), maternity leave (berbayar). Itu belum masuk KWSP, SOCSO, EIS. Tak kira lagi kos training, masa untuk train, kesilapan kerja, and produktiviti yang slow. This is not teori, ya. Ini real cash outflow.
Orang selalu lupa satu benda. Majikan bayar gaji bukan sebab kau hadir ke tempat kerja. Majikan bayar gaji sebab ada jangkaan pulangan dalam bentuk kerja yang siap, hasil berkualiti, produktiviti konsisten, dan operasi syarikat boleh berjalan tanpa gangguan. Bila attendance tak seiring dengan sumbangan, work relationship gets off balance. Gaji tetap jalan, tapi value yang sepatutnya dibagi balik pada company tak sampai.
Naratif “MC hak pekerja” ni as if bila dah kerja, majikan wajib tanggung semua, dan pekerja takyah fikir kesan ke atas company. Pernah nampak kat Thread dengan bangganya sorang ni tepek screenshot e-leave. MC penuh, hospitalisation leave ada baki sikit lagi, AL ada balance 2 hari padahal masih bulan Ogos. Proud tulis "Gen Z hadir. MC itu hak pekerja hahahaha". Konon macam generasi dorang sangat berani menuntut hak tak macam millenials yang takut nak pakai MC.
Funny?
Maybe.
Bijak?
Belum tentu.
Sebab dunia sebenar, bila someone kerap MC, walaupun sah dari segi undang-undang, majikan akan mula berfikir:
“Boleh ke aku serah big projek kat dia?"
“Kalau aku bagi task penting, siapa nak cover kalau dia asyik takde?”
“Patut ke naikkan pangkat kalau gini pattern-nya?”
Kat sinilah ramai yang rasa “teraniaya”.
Hakikatnya, undang-undang memang protect pekerja daripada dibuang sesuka hati, tapi undang-undang tak pernah jamin kenaikan gaji, bonus, sambungan kontrak, atau peluang naik pangkat. Itu semua discretionary. Kena ingat tu. Jangan pulak nanti gaji tak naik, buat-buat tanya apa salahku? Aaa gitu.
Kalau aku as majikan, dapat pekerja yang kerap nau MC, dari sudut bisnes, dia bukan aset yang stabil. This is not discrimination. Ini risk assessment. Sebab dalam bisnes, risiko is everything. So bila orang kata, “Majikan kena berhati-hati pilih pekerja,” that’s a pretty realistic way to put it. Silap pilih pekerja, kosnya bukan sikit-sikit.
Aku pernah ada pengalaman macam ni ke?
Of cos ada.
Yang aku pernah dapat, budak ni datang kerja rajin. Tapi sekadar rajin datang kerja je lah. Hasil kerja hauk. Bagi dia 4 hari buat video editing, serupa macam aku edit pakai capcut dalam masa 30 minit je hasilnya. Baik aku buat sendiri. Some pekerja ingat dia boleh buat kerja sambil lewa sebab beranggapan boss takleh buat that task.
SILAP!
Bos bagi kau task bukan sebab dia tak reti buat, tapi dia ada banyak benda lain nak buat. Sebab itu kau kena buat task tu. Kalau bos yang buat, kau tak perlulah diambil berkerja kat situ. Boleh terminate terus.
Look. Menggunakan hak tak salah. Tapi menggunakan hak without realizing the effect, itu problem sebenar. Kau takleh simply cakap "Aku ikut undang-undang, majikan takleh buat apa-apa”.
Boleh dik, boleh. Dunia kerja is all about long-term relationships. Perception, trust, and reliability play a huge role. Kau betul dari segi undang-undang, tapi rugi dari segi career. Reputasi profesional dibina bukan dari hasil kerja saja, tapi dari kedatangan, konsistensi and reliability. Bila majikan nampak kau selalu absent walaupun dengan MC sah, mesej yang sampai tetap sama, iaitu you are hard to rely on.
Jangan salah faham. Yang betul-betul sakit takyah terasa. Kalau dah sakit nak buat camana, kan. Tapi ada beza antara keperluan sebenar dengan mentaliti “aku ada hak, jadi aku guna”. Jangan kata majikan, kawan-kawan seofis pun boleh tahu pattern orang yang betul-betul sakit dengan yang manjang nak MC. Orang yang sakit, cara dia ambik cuti, cara dia jaga kerja, semua konsisten. Jenis yang selalu ambil MC ni patternnya obvious. Timing AL pelik. Timing MC pelik. Tak perform. Mengular banyak.
Jadi jangan rasa pelik some company letakkan probation yang panjang, sometimes lebih 6 bulan. Some buat banyak short term contract. KPI pun ketat. HR pun kurang toleransi. Semua tu sebab nak berhati-hati. Silap pilih pekerja, jahanam.

