Aku terbaca satu komen ni. Dia tulis:
“Tak boleh ke waktu kerja stop sampai 3 pm? Ofis dahlah jauh, perjalanan 1 jam. Balik dah gelap. Esok nak keluar kerja balik. Takde life macam ni”
Aku baca terus rasa, ya Tuhannnn. Kenapalah banyak nau permintaan manusia zaman sekarang. Semua benda nak ikut keselesaan sendiri. Semua nak tailor-made. Memang sekarang ni zaman employee demand macam-macam ke camana?
Seingat aku dulu, tahun 2002 kerja kat Prudential HQ di Jalan Sultan Ismail. Kena naik komuter pukul 6.20 pagi dari stesen Subang Jaya. Kalau terlepas train 6.20 maknanya aku lambat masuk kerja hari tu. Dari rumah nak ke stesen dengan traffic lite yang banyak, paling lewat kena keluar rumah 5.50 pagi. Sebab platform hala ke KL adalah di seberang. Aku perlu masa nak berlari ke seberang platform. Jadi pukul 5 pagi dah kena bangun. Jangan tanya solat Subuh aku, ya. EVERYDAY kerja aku qada Subuh!
En Wan lagi kesian. Kerja masuk pukul 8.30 pagi, tapi sama-sama kena bangun 5 pagi sebab nak hantar aku. Lepas hantar, dia terus ke kilang. Sambung tido kat workstation sampailah waktu kerja start.
Dari komuter Subang Jaya, turun KL Sentral. Naik LRT ke Stesen Dang Wangi. Dari Dang Wangi jalan kaki sampai ke Prudential. Dulu belum ada monorel. Dari Dang Wang ke Prudential tu jauhhhhh. Kalau train tak buat hal, dapatlah 15 minit melepak sebelum masuk waktu kerja sambil makan Sosej Mc Nugget depan PC. Everyday aku tapau breakfast McD beli kat KL Sentral. Akak kaunter tu dah hafal menu aku. Nampak muka aku je "Macam biasa ya, dik?" Ya. Macam biasa.
Balik??
Balik pukul 6 petang. Kena lalu jalan yang sama...sampai stesen komuter Subang Jaya pukul 7.30-7.45 pm. Dari situ jalan kaki ke Carrefour sebab En Wan pikap aku kat bus stop depan Carrefour. En Wan selalu keluar kilang lepas Maghrib, jadi aku tumpang solat kat Careefour dulu. By the time En Wan sampai dah pukul 8-8.15 pm. Gedebak-gedebuk, pukul 9 pm baru sampai rumah. Begitulah rutin everyday.
Sampailah satu tahap tu aku cakap I don't want this kind of life anymore. Jadi aku resign and cari kerja di Subang Jaya.
Aku tak mintak ofis stop kerja pukul 3 pm hanya kerana aku duduk jauh. Aku tak mintak ofis start pukul 10 pagi hanya kerana penat nak bangun awal sangat. Sebab aku ada pilihan - terus kerja atau resign. So kenapa dak-dak sekarang demand yang bukan-bukan bila kau bekerja tempat orang? Kau ada pilihan untuk resign, kan? Takde sape letak parang kat tengkuk kau untuk stay.
Aku bukan nak kondem. Aku pun nak hidup best, nak ada masa free, nak ada life. Tapi kalau sampai semua benda nak senang, maybe we should pause and ask ourselves are we actually struggling atau kita sebenarnya terlalu selesa sampai susah sikit pun rasa macam ditindas?
Bila someone cakap “takde life”, apa maksud "life" tu untuk dia?
Life tu wajib balik sebelum gelap? Or life tu wajib kerja dekat dengan rumah? Or life tu wajib ada masa breakfast santai-santai sebelum start kerja? Adakah life tu kerja yang tak stress, gaji RM10K, bos baik, jarak 5 minit dari rumah, fleksibel hours, boleh cuti bila-bila suka, kerja senang tapi gaji besar?
If that’s the kind of “life” you are looking for, then honestly almost everyone dalam dunia ni would be considered as TAKDE LIFE.
Sebab realitinya, hidup memang kerja. Hidup memang penat. Hidup memang ada fasa kau kena stayback, keluar gelap, balik gelap. Orang dulu kerja kebun bukannya pukul 10 pagi keluar. Dari selepas Subuh dia dah gi noreh. Orang yang kerja kilang pun ada shift-shift-nya. Doktor lagilah kerja sampai tak kenal hari. Polis takde cuti. Pekerja F&B balik pukul 11-12 malam. Semua orang penat. Semua orang struggle. Semua orang tengah cari balance. Bezanya, dorang tak banyak merungut.
Sekarang?
Tak boleh kerja lebih sikit.
Tak boleh kerja jauh sikit.
Tak boleh penat sikit.
Tak boleh tak cukup tidur sikit.
Tak boleh susah sikit.
Sekarang ramai sangat expectation tinggi. Nak semua benda ideal. Nak hidup yang takde ketidakselesaan.

Ingat kat media sosial yang tunjuk life selesa tu memang 24/7 selesa, ke? Takde maknanya! Hidup mana pernah macam tu. Bila kita terlalu expect keselesaan, benda normal pun nampak macam kejam.
Ofis jauh 1 jam. Honestly, that’s normal. Nothing unusual about it at all. Beribu orang everyday commute kerja sejam setengah. Dua jam pun ada. Ada yang naik tren dari Seremban kerja kat KL. Tukar LRT, tukar MRT, sambung pulak naik bas.

Kawan En Wan berulang dari Paka ke KT everyday! 1 jam setengah pergi, 1 jam setengah balik. Bezanya orang-orang ni tak meratap. Because to them, that’s life. Dorang pilih untuk stay sebab stay lebih baik daripada pilihan-pilihan lain yang ada. Maybe ada pilihan kerja dekat dengan rumah tapi gaji kurang, benefit kurang, environment tak best. Jadi dorang pilih yang terbaik yang meet dengan keperluan dorang.
Masalahnya bila kita membandingkan hidup dengan orang yang konon hidupnya balance, kerja remote sambil minum cappucino, kerja 4 jam sehari, income RM20K, pagi sempat buat pilates, petang santai-santai gi swimming. Itu yang buat kita rasa hidup kita tak betul. Padahal life orang tu bukan life yang normal. Itu outlier. Bukan standard hidup yang biasa.
Orang yang hidup selesa macam tu pun hakikatnya yang kita tak nampak dia tak berada dalam keadaan selesa sepanjang masa pun. Ada beban kerja yang dia tak tunjuk. Manusia memang suka tunjuk sisi paling sedap dipandang. Kita assume hidup dia sangat best sebab dia tak post bahagian yang tak best.

Bila dia share pukul 10 pagi baru nak berangkat ke ofis, kita nampak freedom.
Bila dia share bukak laptop by the pool, kita nampak flexibility.
Bila dia share earnings, kita nampak success.
Yang kita tak nampak adalah their anxiety, their deadline, their client yang demanding, pressure nak maintain lifestyle and the fear kalau semuanya hilang sekelip mata.
Kita tak nampak dia tidur pukul 3 pagi nak kejar project.
Kita tak nampak dia tidur pukul 3 pagi nak kejar project.
Kita tak nampak dia kerja weekend siang sampai ke malam (aku nampak, ada sorang kat rumah aku ni. Hahaha).
Kita tak nampak dia constantly overthinking pasal future sebab kerja yang fleksibel selalunya takde security.
Tapi semua tu off-camera. That’s why bila kita compare our life to the life of these “pretty people on the internet” we always end up feeling less. Kita rasa hidup kita tak cukup balance, sedangkan hidup kita sebenarnya jauh lebih normal daripada yang kita sangka.
Kerja jauh dari rumah, tapi setidak-tidaknya kerja stabil, ada gaji tetap, ada jadual, ada rutin, ada tujuan jelas. Semua tu anchor yang bagi hidup kita flow. Yang jadi masalah now, expectation dek kerana banyak sangat melayan social media. Kita jadi percaya kalau hidup tak fancy maka jalan yang kita pilih adalah salah. Padahal aesthetic people tu pun banyak masalah, tapi takkan dia nak cerita dia punya stress. Kan dia tengah pegang latte tu, takkan nak cerita bab susah?
Life yang stabil, rutin, kadang-kadang penat, kadang-kadang mundane, itulah life yang paling REAL, not some rare outlier yang hanya 1% of people can actually live.
Kalau semua orang stop kerja pukul 3, agak-agak ekonomi apa yang tinggal? Klinik buka sampai 3 pm? Polis kerja sampai 3 pm? Restoran kerja sampai 3 pm? Airport operate sampai 3 pm? Hospital stop operation pukul 3 pm? Grab driver pun berhenti pukul 3 pm?
Kau sakit pun kena sakit sebelum 3.
Kedai makan pun kena makan awal sebelum pukul 3.
Bila ada orang demand macam ni, trend pelik akan muncul. Nak kerja, tapi tak nak komitmen. Nak gaji, tapi tak nak workload yang banyak. Nak masa, tapi nak duit banyak. Nak rehat, tapi nak career progress yang laju. Tak ke yang pelik-pelik namanya ni?
Manusia sebenarnya bukan penat sebab kerja, tapi penat sebab harapan terlalu tinggi. Penat sebab apa yang dibayangkan tak sama dengan realiti. Penat sebab tengok orang lain tak struggle macam dia. Padahal sekeras-keras hidup kita yang kerja 9 to 5 ni, masih ada lagi konsep self-care hari-hari. Masih ada cuti 10 hari setahun. Masih boleh balik tido malam. Some people takde privilege nak tukar kerja lansung sebab kelayakan takde, jadi tak berani nak demand macam-macam. They kerja gunakan kederat. They hidup, memang literally hidup. Orang yang macam tu ada SATU benda yang generasi sekarang hilang iaitu RESILIENCE.
Sekarang sikit-sikit burnout. Sikit-sikit takde work-life balance. Sikit-sikit kerja jauh. Sikit-sikit I deserve better. Ah pergilah kalau deserve better.
It’s fine to have standards for your life, but when those standards are unrealistic, all you end up with is repeated disappointment. Kau bukan depressed, kau cuma terlalu manja dengan keselesaan.
I’m not judging. I like living comfortably too. But I think our generation needs to face a hard truth. Life is not designed to pamper us.
Susah tu normal.
Penat tu normal.
Kerja jauh tu normal.
Takde work-life balance tu normal.

Bak kata Barack Obama and Indra Nooyi, "There’s no such thing as work-life balance if you really want to succeed". Dah berjaya esok baru kau ada balance ni.
Hari tu masa orang dok share-share konsert KRU, dak-dak Gen Z komen "Yang pergi ni semua geng-geng financial dah stabil" [read: dah tua]
Ya, dik. Sekarang, at age 40. Memanglah dah stabil. Dulu zaman acik umur kau, keluar gelap balik gelap. Gi Penang balik hari. Hari ni Penang, esok JB pulak. Acik pernah lalui dah apa yang korang tengah lalui now. Satu je acik pesan, kalau tak tahan, berhenti. Carilah kerja lain sesuai dengan kehendak. Jangan merungut. Sebab ramai yang nak your spot tu.
Kalau betul hidup takde “life”, solutionnya bukan expect dunia adjust ikut kau, tapi kau yang kena adjust. Because I have always believed that life is not about what time you get home. Life is about what you do with the time you have.
Ada orang balik pukul 10 malam masih ada life. Ada orang balik pukul 3 petang pun masih rasa takde life. Maknanya masalah tu bukan pada waktu kerja tapi pada cara kita hidup.
Memang sedap berangan kerja stop pukul 3. Tapi realiti tak macam tu. Bukan suruh semua orang kerja sampai burnout. Tapi nak highlight, kalau setiap kali hidup tak ikut preference kita, kita rasa tertindas, itu tanda kita terlalu banyak permintaan dari dunia. Kalau every day ada demand baru, ada expectation baru, itu tanda kita dah terlalu lama hidup senang. Manusia kalau terlalu senang, dia akan mula cari alasan kenapa hidup dia tak sempurna.