Kat FB tak habis-habis lagi netizen membincangkan isu Nubhan. Memang ada apa dengan kes dia ni benaunya? Curang ke apa? Macam tak puas hati je netizen dengan Nubhan. Aku malas nak korek. Kalau korang tahu ceritalah kat aku. Aku pun tak nak ketinggalan gosip retis Malaysia. Antara komen-komen yang aku baca:
“Dulu orang kata nak tengok lelaki tu macamana, tengok cara dia layan emak. Terlampau melayan emak, bini pun sanggup dicerai…”
“Dapat isteri baik, berpelajaran, lembut, cantik, boleh beranak, masih kena cerai. Aku yang tak belajar tinggi ni nampaknya takde harapanlah..”
Samalah macam orang perempuan. Kalau tanya nak lelaki macamana:
Beriman
Solat tak tinggal
Tahu agama
Baik akhlak
….
Semua yang baik-baik kena duduk atas sekali. Betul tak?
Aku dah BANYAK tengok situasi lelaki yang dapat isteri baik, solehah, lembut tapi after 5-10 years kawen lagi satu dengan perempaun yang cantik, sexy, free hair and outstanding berbanding isteri. Patternnya sama je.
Perasan tak? Sometimes terpikir memang at certain age kita semua ada preference berbeza ke? Atau sememangnya dari dulu lagi kita suka pesen yang nombor 2 tu, tapi disebabkan nak ikut buku, buku kata pilih yang baik, lembut dan solehah, maka kita pun pilih itu. Selepas a few years baru realised you want something else?
Semalam aku tanya En Wan sebelum dia pernah bercouple dengan sesiapa, pernah tak ada aim nak perempuan macamana?
1. Sexy
2. Pandai
Dua tu je kriteria dia. Simple gila.
Aku tanya padahal dia orang kampung, Tganu pulak tu. Kita semua tahu orang pantai timur penampilannya baik-baik, bertudung, cakap pun lembut-lembut. Nak pulak duduk kampung. Mana kau terpikir ada idea nak perempuan sexy ni?
En Wan kata “Standardlah orang lelaki suka perempuan sexy. Apa yang peliknya?”
Adakah beliau terlalu jujur atau apa dia cakap tu betul?
Aku tanya lagi “Takde ke nak tanya if perempuan sexy tu solat ke tak? Rajin mengaji ke tak?”
Dia tanya aku balik “Awak pun dulu sexy tapi solat, kan? So?”
Yelah, tapi tu lepas kawen baru nampak saya solat. Sebelum tu pun awak tak pernah tanya pun?
“Solat tu semua orang kena buat. Samada buat atau tak je. So tak payah tanya”
Wow!! After 24 years of marriage baru aku dengar dia cakap macam ni. Sebab dalam logik aku selama ni, semua orang mesti nak pasangan yang baik. Tapi bila En Wan cakap macam tu, itulah sebenarnya realiti yang ramai orang tak berani nak akui. Lelaki memang visual dulu, spiritual kendian. Pasal solat tu pun betul juga. Solat tu sepatutnya default setting, bukan kelebihan.
Seorang biologist nama John Speakman kata lelaki lebih mengutamakan daya tarikan fizikal dalam mencari pasangan. Bila tengok perempuan, lelaki mula-mula tengok rupa atau fizikal perempuan tu. Ini kajian sains tau. Bukan aku cakap. Bermakna betullah statement En Wan mana ada lelaki tak suka perempuan sexy.
Jadi, toksahlah korang cakap "Kami terpikat kerana hatinya baik". HAKTUIH! Kalau perempuan tu tak cantik, tak menggoda, agak-agak kau berminat nak kenal hati dia ke? Tak pun. Yang sebenarnya, peluang tu kau tak dapat. Kalau dapat peluang kenal dengan perempuan cantik gojes, dah tentu effort gila babi nak dapat attention perempuan tu, kan? Again, jangan kecam guwe. Ini kajian sains. Hahhahaha.
Kita orang perempuan lebih complicated dalam memilih, kan? Sebab kita nak pilih ketua keluarga so mestilah nak tapis sebaik mungkin. Mesti yang rajin, bekerja, solat, baik, bertanggungjawab, pandai …. kalau nak list, boleh gostan orang lelaki terus terbantut plan nak kawen. Hakikatnya nak dapat semua-semua yang best ni tak mungkin. Mustahil. Jadi, ambiklah mana yang penting UNTUK DIRI SENDIRI.
Aku dulu pun kemain lagi tastenya. Nak yang hensem, baik, kelakar, beragama bla bla bla. Bila dah terkena sekali, terus aku punya kriteria - JANGAN PSIKO. Cukup.
Masa kenal En Wan banyak sebenarnya yang aku nak tanya tapi tak tertanya-tanya sampai ke sudah. Mula-mula aku lansung tak terpikir yang negatif. Tapi sebab Mak Aji terlampau mencurigai, sebab En Wan study overseas, pakai sport car, outfit pun tak nampak soleh 🤣, pakai rantai and gelang segala, dia selalu saiko aku “Duduk overseas apa dia buat kat sana kau mana tahu?”
Tak banyak sikit hati aku mula la nak pikir macam-macam negatif. Tapi tu lah, nak tanya solat tak? Mengaji tak? Tapi tak terluah nak tanya. Maybe masa tu aku cuma pikirkan baiknya dia ajak aku bertunang nak selamatkan aku dari si anu. Mengenangkan baik dia tu, aku ignore keinginan nak bertanya. Balik-balik aku ingatkan diri “At least dia tak saiko dan tak buat aku rimas”.
Maybe Tuhan tahu perlu partner yang macam ni lebih dari segalanya. Bila dah kawen, tengok cara En Wan yang bagi aku banyak space untuk aku grow in career and business, tak kisah aku balik lambat sebab bekerja, tak kisah aku selalu outstation, tak kisah aku spend banyak masa depan laptop dari dia - aku rasa maybe betullah kriteria yang aku pilih - JANGAN BUAT AKU RIMAS.
Semua orang nak pasangan baik, beriman. Tapi kadang Allah bukan bagi kita orang yang kita nak, tapi orang yang kita perlu untuk jadi versi terbaik diri kita.